bahan kbs 3053
Post on 18-Feb-2015
158 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kanak-kanak Pemulihan Khas
Merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.
Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.
Oleh yang demikian, setiap kali murid-murid ini masuk ke dalam kelas pemulihan khas, mereka akan rasa dihargai dan di terima oleh guru dan juga rakan-rakan. Guru pemulihan khas sangat mengambil berat tentang diri, kemajuan dan pencapaian mereka. Bahkan setiap kejayaan walau sekecil manapun akan diraikan dengan tepukan dan ganjaran. Ada di kalangan murid-murid pemulihan khas ini berasa sangat gembira apabila melihat hasil latihan yang mereka buat dengan sendiri, seperti tidak percaya, " Eh, saya betul semua lah!" kata mereka kepada kawan-kawannya. Walaupun latihan yang diberi sangat mudah dan senang tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Murid-murid pemulihan khas perlu diberikan latihan bermula dari kemahiran asas yang paling kecil supaya mereka boleh mencapai objektif pembelajaran pada hari itu.
Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :
1. Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan.
Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses
pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.
2. Mencabar
Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :
a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.
3. Menepati
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan pengajaran yang diperakui.
4. Menarik
a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.
5. Jimat dan mudahSekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.
6. Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.
7. Mudah alih
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-
mana dan tidak terlalu berat atau besar.
Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.
Definisi Bahan Bantu MengajarThomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandanganseseorang.” Atan Long ( 1982: 174 )“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”
Penggunaan bahan bantu mengajar member sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).
Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran danpembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapatmenyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasamenyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah denganpenggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaiandengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untukmencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalampenyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yangsesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberipenerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 )merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: •memberi rangsangan dan minat murid-muird.•menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
•membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal•menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
•dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaankata.•ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkanlagi bacaan murid-murid.
Sebagairumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:•menjimatkan masa•dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid •menyeronokkan murid-murid Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan
Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.a) Inspirasi dan kreativitiAspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.b) Menjadikan dialog bersifat komunikatifAspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan bergunaBahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikalBahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologiDari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.
Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran
Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru. a) KetahananAlat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.b) KosBahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.c) Aspek-aspek TeknikalAlat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.d) Ketepatan MaklumatBahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.e) Mudah AlihGuru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.
f) Saiz/Pengelolaan KelasSaiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.g) Jangka MasaGuru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.h) Strategi Pengajaran PembelajaranUntuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.i) Bentuk dan Fungsi
Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui ‘non-verbal means’ tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku.j) KetepatanKetepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada ‘communicative competence’ yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu. k) KepelbagaianKepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu. Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik.l) Kemahiran BahasaAspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.m) Standardisasi dan SimplikasiProses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.n) Penyerapan Nilai dan PengetahuanSatu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.
Kepentingan BBM Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
a) Dapat membantu dalam pengajaran yang berkesanb) Memperbagaikan pendekatan pengajaranc) Menyampaikan ssesuatu konsep daengan jelasd) Penyampaian dan penerangan maklumat lebih terperincie) Memusatkan perhataian pelajarf) Menjimatkan masag) Memberi suatu pengalaman baru kepada pelajarh) Melahirkan interaksi dan kerjasaman amntara pelajar dengan guru dan pelajar dengan gurui) Melahirkan dorongan daya kreativiti kepada palajar dan guru
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum
pemilihan bahan pengajaran ialah:
i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-
bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru
perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak
dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan
sewenang-wenangnya.
ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-
tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya
menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu
mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan
pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih
cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap
situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata.
iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu
mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para
pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan
pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat
latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan
memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.
iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk
melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam
Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah
mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya
menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan
kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.
vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada
bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan
pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada
sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.
Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan
BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
iv. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
v. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
vi. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
vii. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di
kalangan pelajar
viii.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam
dan beragam.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:
i. memberi rangsangan dan minat murid-muird.
ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran
mereka lebih kekal.
iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-
cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan
beragam.
iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
RUMUSAN
Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak
didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam
memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu
mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM
moden sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti penggunaan
bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden
masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Sikap
guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa penggunaan
BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali.
Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi
seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis,
seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat
atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik,
kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-
kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu
juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi – pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan
diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa
mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.
“ Kembali ke Asas” adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey
(1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke
tahap mengikut masa, keperluan, kehendak masyarakat dan berbagai fenomena di sekelilingnya.
Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa
khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan
bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan
kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat
menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan
pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan
pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan Pelajar …….TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. ……..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,
Longman Malaysia Snd. Bhd.
Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi
Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: ……Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.
Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam. …….Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. …….Bhd.
Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad, Kasnani Ab. Karim. (2000). Psikologi Pendidikan
II. Petaling Jaya” Addison Wesley Logman Sdn. Bhd.
Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab
Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.
Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. ………..Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
BAHAN BANTU MENGAJAR
PENGENALAN
Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di dalam bilik darjah.
Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur
dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.
Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh
dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu
- bahan bantu mengajar bukan elektronik
- bahan bantu mengajar elektronik
- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh
seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk
- memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat
verbalistik
- mengatasi keterbatasan ruang
- mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan
- mempersamakan pengalaman
- membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.
Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran
sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan
kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
mencukupi.
Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, bahan bantu mengajar adalah faktor
terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan
rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk
menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.
Pada masa sekarang penggunaan bahan bantu mengajar telah berkembang
dengan pesat dalam dunia pendidikan.
Perkembangan ini amat ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi.
Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara
praktis dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam mencipta
peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh
guru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para
pelajar.
Keberkesanan setiap bahan bantu mengajar bukan terletak pada kecanggihan
bahan atau alat tersebut, namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannya
berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungan
sesuatu mata pelajaran.
Di samping itu kecekapan seseorang guru mengapliksikan bahan bantu
mengajar adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran
menjadi tidak berkesan atau merosakkan pengajaran dan pembelajaran
seluruhnya.
Selanjutnya Omardin Ashaari (1997), berpendapat sebagai pendidik, guru juga
harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yang dipilih
untuk digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar
yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai
kepentingannya yang tersendiri.
Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan
dan mengekalkan minat murid.
Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan
dapat meransangkan para pelajar untuk belajar.
Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi
mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Disamping itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan
minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru.
Dalam pengajaran moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau
rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu
dalam hati para pelajar
Seterusnya beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar dapat
menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada
pelajar-pelajar.
Penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau
sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan.
Contohnya dengan melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi
oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak
perlu di kalangan para pelajar.
Mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang
sedang diterokai.
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan
aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Melalui bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang pelajar berinteraksi
dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.
Justeru dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari oleh
para pelajar.
Contohnya dalam aktiviti menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal, guru
meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, di
samping meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.
Tidak kurang penting, bahan bantu mengajar juga dapat memberikan
pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah
konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku
teks.
Dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, pengajaran
pendidikan moral akan memberikan keseronokan kepada para pelajar.
Mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guru yang
mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan cerita juga
tidak membosankan.
Para pelajar juga boleh dilibatkan bersama dan secara tidak langsung
pembelajaran secara interaktif dapat dilaksnakan.
Kepentingan bahan bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan dia atas sahaja, malah ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan, membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar, mendorong pelajar menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan mereka dan dapat memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
KESIMPULAN
Bahan bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matkamatnya. Sebagai seorang guru
yang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru yang
menggunakan bahan bantu pengajaran berbanding dengan guru yang mengajar secara
tradisi tentu sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan
tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta
pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yang dedikasi perlu menyedari
hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar lebih
diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada gurunya.
Selain bahan bantu mengajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang
penyediakan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut
Taksanomi Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik
perlu menguasai kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengan kemampuan
dan latar belakang para pelajar, kandungan pelajaran serta tujuan sesuatu soalan
tersebut dikemukakan.
Kesimpulannya sekiranya kedua-dua faktor di atas dapat diberi perhatian yang
sewajarnya oleh para guru, maka pembelajaran Pendidikan Moral akan mencapai
matlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran Pendidikan
Moral tidak lagi dilabelkan sebagai mata pelajaran yang membosankan atau sebagai
mata pelajaran suka-suka sahaja.
Ciri-ciri Bahan Bantu MengajarProses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaiantidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yangdigunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-duapihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai.Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akandigunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.
Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991,m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan mediapengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan danpengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakanharuslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yangjelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankanciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak,ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika bolehdikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada gurugurukerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat.Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990,dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahanseperti berikut:1. tepat dengan tajuk2. tahan lama dan ekonomi3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar4. mudah disimpan5. kepelbagaian penggunaan.
Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan BantuMengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002,m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yangrealistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teoriyang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang.Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yanglebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atauperkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pulaadalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberibeberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitubahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati,boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan danmudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.
TUGASAN 2
Bahan bantu mengajar untuk kelas pendidikan pemulihan ada pelbagai, guru pemulihan perlu kreatif dan inovatif dalam menghasil bahan bantu untuk guru gunakan semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Cadangan bahan bantu mengajar ialah menggunakan bahan maujud, contohnya guru mengajar tentang nama buah-buahan seperti buah mangga, buah betik, buah pisang, buah tembikai dan buah limau. Guru akan membawa buah-buahan sebenar ke dalam kelas pemulihan dan tunjukkan kepada murid-murid, minta mereka pegang buah-buahan tersebut, eja nama buah dan sebut. Kemudian menggunakan lembaran kerja minta murid memadankan nama buah dan gambar yang sesuai. Dalam mata pelajaran matematik, guru akan memotong buah tembikai kepada dua bahagian untuk menunjukkan sebiji buah dibahagi dua, kemudian potong empat bahagian dan seterusnya enam bahagian dan lapan
bahagian. Bahan bantu mengajar yang digunakan jika berdasarkan persekitaran hidup seharian murid-murid akan lebih mudah difahami.
Kemahiran pengamatan perlu dikuasai kerana ia dapat membantu murid pemulihan cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jika murid pemulihan tajam pengamatannya mereka akan bermotivasi dan kesediaan belajar murid menjadi lebih positif, sebagai contoh aktiviti menyiapkan tugasan dalam bentuk permainan puzzle murid yang cekap pengamatannya akan cepat dapat melengkapkan puzzle tersebut, kerana murid yang dapat mengamati bentuk-bentuk yang sesuai akan melengkapkan puzzle berpandukan pengamatan warna, bentuk potongan puzzle dan garisan yang sama.
Murid pemulihan yang lemah daya pengamatannya bukan bermakna ketinggalan terus, guru pemulihan boleh melaksanakan strategi menangani masalah pengamatan dalam kelas. Antaranya melalui latih tubi, terapi, ulangan, modelling dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.
Antara aktiviti kemahiran pengamatan yang boleh dilaksanakan untuk menanganimasalah pengamatan ialah bermain sambil belajar , kelihatan pelajar PISMP
Pend.Pemulihan Amb.2011 sedang melaksanakan bermain sambil belajar "Ops Jangan Sampai Terbuang"
semasa Bengkel Inovasi Pengamatan kendalian Pn.Hjh.Zaharilah
Pelbagai aktiviti sama ada di luar kelas atau dalam kelas boleh dilaksanakan untuk menangani masalah pengamatan murid pemulihan. Aktiviti yang dilaksanakan dalam tempoh lima ke sepuluh minit sudah memadai untuk menjalankan aktiviti berbentuk bermain sambil belajar.
Aktiviti dalam kelas menyusun huruf, meneka huruf,melengkapkan gambar dengan perkataan yang betul dan
bahan pengajaran yang berunsur audio dan visual amat menarik minat murid pemulihan
Latih tubi dan pengulangan dengan bimbingan guru amat membantumeningkatkan pemahaman murid dan boleh mengurangkan masalah pengamatan
yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu dan matematik
Bahan bantu untuk pembelajaran amat penting untuk merangsangdaya pengamatan murid pemulihan guru perlu kreatif dan sediakan bahan berbentuk
pembelajaran secara interatif
Teknologi Bahan Bantu Mengajar Bagi Masalah PenglihatanDec 8
Untuk mencetak nota, isi kandungan mata pelajaran dan latihan dari komputer.
Untuk mencetak gambar rajah dan nota untuk diberikan lebih dari sorang pelajar.
Tongkat putih untuk orientasi dan mobiliti
Untuk latihan psikomotor
Untuk pelajar yang mempunyai masalah penglihatan yang terhad.
Telefon bimbit
Bahan bantu mengajar untuk pelajar belajar tactile, psikomotor dan kemahiran komunikasi
Bahan bantu mengajar sebagai teknologi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Brailler sebagai medium untuk mereka menulis.
Sebahagian dari teknologi untuk kemahiran psikomotor.
Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan juga tidak terkecuali dari menggunakan teknologi ini. Teknologi untuk murid-murid dan pelajar-pelajar masalah penglihatan turu ketinggalan dalam menggunakan teknologi sebagai sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya adalah seperti yang tertera didalam yang tersebut diatas tadi.
Teknologi ini juga merupakan untuk kemudahan proses pengajaran dan pengajaran. Pendidikan untuk kanak-kanak yang mempunyai kepelbagaian kecacatan adalah penting dan itu adalah hak mereka untuk menerima pendidikan sama seperti pelajar-pelajar tipikal yang lain. Hak samarata harus diberikan kepada mereka. Jikalau tiada teknologi-teknologi seperti diatas maka proses-proses pengajaran dan pembelajaran mereka akan menjadi sulit dan tidak sesempurna yang sepatutnya ada seperti sekarang. Ketiadaan tekonologi juga akan membataskan guru-guru dan para pendidik untuk menyediakan pengajaran yang sempurna untuk mereka.
Penyediaan Bahan Sesi Pemulihan Bahan-bahan pemulihan disediakan khusus untuk menyelesaikan masalah deria tertentu. Oleh itu alat bantu mengajar yang sesuai adalah alat yang boleh digunakan oleh murid-murid berdasarkan deria pendengaran, penglihatan dan psikomotor.
1. Aspek Pendengaran
a) Sebutan guru hendaklah terang dan lantang dengan kadar yang berpatutan supaya murid-murid boleh mendengarnya dengan jelas.
b) Hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja diajarkan . Sebutan bunyi yang lain tidak harus dicampurkan dalam sesi pemulihan.
2. Aspek Penglihatan
a) Bahan pengajaran yang akan ditunjukkan hendaklah besar, ringkas serta menarik supaya murid boleh melihatnya dengan jelas.
b) Gunakan warna untuk menunjukkan perkara yang penting . Untuk menunjukkan perbezaan huruf atau suku kata , warna-warna yang berbeza harus digunakan.
3.Aspek Psikomotor
a) Guru harus menggunakan benda maujud yang boleh dipegang, disentuh dan dimainkan oleh murid.
b) Bentuk huruf , nombor atau perkataan yang akan diajar hendaklah "timbul" supaya murid-murid boleh mengesan dengan sentuhan atau tekapan mereka.
Contoh bahan bantu mengajar yang boleh disediakan oleh guru
top related