bahan kajian k pru · pdf file(mtem) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi...
Post on 04-Feb-2018
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 1
PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian PerkongsianPerkongsianPerkongsianPerkongsian Trans-PasifikTrans-PasifikTrans-PasifikTrans-Pasifik ((((TPPATPPATPPATPPA ---- Trans-PacificTrans-PacificTrans-PacificTrans-Pacific
PartnershipPartnershipPartnershipPartnership AgreementAgreementAgreementAgreement))))
PengenalanPengenalanPengenalanPengenalan
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ialah cadangan perjanjian perdagangan
bebas yang melibatkan 11 negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Chile,
Mexico, New Zealand, Peru, Malaysia, Singapura, Brunei, dan Vietnam. Pada 15 Mac
2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan minatnya untuk
menyertai perundingan TPP. Korea Selatan pula diundang oleh AS untuk
mempertimbangkan penyertaannya dalam perundingan tersebut. Walau bagaimanapun,
Korea Selatan telah menolak undangan tersebut buat ketika ini dan masih membuat
pertimbangan di samping memantau perkembangan, memandang ia telahpun mencapai
perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan Amerika Syarikat.
Perjanjian yang kelihatan multilateral ini sesungguhnya merupakan set-set perjanjian
bilateral antara Amerika dengan negara anggota TPPA. Maka, wujudnya keraguan
bahawa cadangan Perjanjian TPP ini ialah tunggak usaha Washington bagi memacu
pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat. 1
Rundingan Perjanjian TPP kini telah masuk pusingan ke-17, dan diadakan di Lima, Peru
dari 15 Mei hingga 24 Mei. Perundingan pusingan ke-18 akan diadakan di Kota Kinabalu,
Malaysia dari 15 Julai hingga 25 Julai 2013.
Perundingan Perjanjian TPP yang dilancarkan sejak tahun 2010 di bawah pentadbiran
bekas presiden AS George W. Bush, merupakan perkembangan dari Perjanjian
Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasific (TPSEP atau P4) pada tahun 2005 yang
ditandatangani di antara Brunei, Chile, New Zealand dan Singapore, yang bertujuan
meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik.
Perjanjian TPSEP atau P4 berkuatkuasa pada tahun 2006. Dengan pelaksanaan perjanjian
tersebut, kebanyakan tarif yang dikena pada barangan perdagangan telah ditarik balik
1 http://www.jpost.com/Breaking-News/S-Korea-prioritizes-Asia-trade-pacts-over-Pacific-partners
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 2
serta-merta, yang lain pula akan dihentikan secara beransur-ansur. Misalnya, P4 telah
menghapuskan duti setinggi 92 peratus yang dikenakan pada barangan eksport dari
New Zealand ke Brunei dan 90 peratus barangan eksport dari New Zealand ke Chile.2
Sesungguhnya, perundingan Perjanjian TPP telah menimbulkan pertelingkahan di
kalangan masyarakat, terutamanya dikritik dan ditolak oleh kumpulan aktivis dan wakil
rakyat, akibat kerahsiaan rundingan dan perjanjian tersebut dikatakan merangkumi skop
yang terlalu luas, serta beberapa klausa kontroversi yang terkandung dalam draf yang
terbocor.
International League of Peoples’ Struggle mengutuk secara kerasnya kerajaan AS dan
kapitalis monopoli yang mengambil kesempatan giat merealisasikan Perjanjian TPP
sebagai skim mengenakan kuasa mereka terhadap perdagangan dan pelaburan. Hal ini
dikatakan bakal memburukkan dan menyulitkan lagi situasi eksploitasi golongan pekerja
dan alam sekitar, sebagai jalan penyelesaian bagi meningkatkan keuntungan dan
menangani krisis ekonomi dan social yang serious.3
Jadual:Jadual:Jadual:Jadual: KeahlianKeahlianKeahlianKeahlian dalamdalamdalamdalam PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian TPPTPPTPPTPP
NegaraNegaraNegaraNegara StatusStatusStatusStatus TarikhTarikhTarikhTarikh permulaanpermulaanpermulaanpermulaan
perundinganperundinganperundinganperundingan
Brunei Penandatanganan asal Jun 2005
Chile Penandatanganan asal Jun 2005
New Zealand Penandatanganan asal Jun 2005
Singapore Penandatanganan asal Jun 2005
Amerika Syarikat Dalam perundingan Februari 2008
Australia Dalam perundingan Novermber 2008
Peru Dalam perundingan Novermber 2008
2
http://www.mfat.govt.nz/Trade-and-Economic-Relations/2-Trade-Relationships-and-Agreements/Trans-Pacific/2-P4.php3
http://basicsnews.ca/2011/11/trans-pacific-partnership-an-american-imperialist-scheme-to-extend-its-domination-over-pacific/
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 3
Vietnam Dalam perundingan Novermber 2008
Malaysia Dalam perundingan Oktober 2010
Mexico Dalam perundingan Oktober 2012
Kananda Dalam perundingan Oktober 2012
Jepun Dalam perundingan Mac 2013
Pada 9 September 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan
bahawa Malaysia dan Amerika Syarikat berhasrat memuktamadkan rundingan TPP
menjelang akhir tahun 2013, meskipun masih terdapat beberapa isu masih belum dapat
diselesaikan.4 Kenyataan tersebut bertepatan dengan dakwaan bahawa TPP bakal
dilancarkan secara rasmi pada Oktober oleh Presiden AS, Barack Obama.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempertahankan perjanjian TPP
bahawa ia bakal menjadi sebuah kawasan perdangan bebabs dengan pasaran hampir 2.7
bilion pengguna. Dalam suatu kenyataan, MITI menyatakan bahawa TPP akan
membantu menyediakan persekitaran perniagaan lebih berdaya saing dengan
menggalakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus serta mempunyai satu bab
khusus untuk mengintegrasikan perusahaan kecil dan sederhana dalam rangkaian
pembekalan global.
Sementara Jepun secara rasminya mengumumkan minatnya untuk menyertai perundingan
TPP, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pula
menyatakan dalam kenyataan beliau pada 19 Mac bahawa keanggotaan Jepun akan
memperkasakan perundingan tersebut, kerana ia boleh menjadi platform peraturan
perdagangan bebas (FTA) masa depan yang merentasi rantau Asia Pasifik. Tambahan
pula, Malaysia mempunyai FTA dengan Jepun , iaitu Perjanjian Perkongsian Ekonomi
Malaysia-Jepun (MJEPA) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Asean-Jepun
(AJCEP); maka keanggotaan Jepun dalam TPP akan meningkatkan lagi hubungan dua
4
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120910/dn_04/Malaysia,-AS-harap-rundingan-TPP-dapat-dimuktamadkan-akhir-2013
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 4
hala.5
KontroversiKontroversiKontroversiKontroversi PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian TPP:TPP:TPP:TPP: KekuranganKekuranganKekuranganKekurangan ketelusan,ketelusan,ketelusan,ketelusan, mengugatmengugatmengugatmengugat privasiprivasiprivasiprivasi dandandandan kebebasankebebasankebebasankebebasan sivilsivilsivilsivil
digital,digital,digital,digital, menggadaikanmenggadaikanmenggadaikanmenggadaikan kedaulatankedaulatankedaulatankedaulatan negaranegaranegaranegara
Negara-negara yang terlibat dalam perundingan TPP tidak mendedahkan mana-mana teks
atau isi kandungan perundingan untuk pengetahuan awam. Satu-satunya informasi yang
didapati oleh masyarakat awam ialah isi kandungan dalam draf perjanjian yang terbocor.
Kerahsiaan perundingan perjanjian TPP hangat dipertikaikan memandangkan perjanjian
tersebut meliputi skop yang luas dan bakal mendatangkan implikasi signifikan terhadap
beberapa aspek, termasuklah ekonomi dan harta intelek (intellectual property) di seluruh
dunia, dan dikhuatir berkemungkinan besar menulis semula peraturan antarabangsa atas
penguatkuasaan dalam aspek tersebut.
Draf teks yang terbocor menunjukkan salah satu bab dalam perjanjian tersebut adalah
mengenai harta intelek yang merangkumi hak cipta, cap dagangan, paten dan mungkin
juga petunjuk geografi, melangkaui dari sektor farmaseutikal ke infomasi digital. Ia
dilihat akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebebasan bersuara dan hak kepada
privasi atau kesulitan, serta menjadi suatu halangan kepada inovasi kreatif.
Contohnya, draf terbocor pada Februari 2011 mengenai hak harta intelek telah
mendedahkan bahawa perunding AS giat menggerakkan penggunapakaian pengawalan
hak cipta yang jauh lebih ketat berbanding dengan permintaan perjanjian antarabangsa
yang lain, seperti Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan (Anti-Counterfeiting Trade
Agreement, ACTA) yang penuh dengan kontroversi.6
Di samping itu, dokumen terbocor juga mendedahkan bahawa perunding sedang
mengadakan peruntukan yang menetapkan peraturan bagi mengehadkan penguatkuasaan
badan perundangan negara dan keputusan Kongress mengenai bidang-bidang tertentu.
Selain daripada bidang hak harta intelek seperti paten dan hak cipta, sektor lain yang
akan terjejas termasuklah:
5
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mustapa-keanggotaan-jepun-akan-tambah-nilai-perkongsian-trans-pasifik6 https://www.eff.org/issues/tpp
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 5
- Pelaburan dan penggunaan tanah;
- Peraturan sektor perkhidmatan;
- Keselamatan produk dan makanan;
- Persaingan korporat;
- Tenaga buruh;
- Piawaian atau standard alam persekitaran;
- Perkhidmatan kewangan
Semua negara yang menandatangani perjanjian tersebut dikehendaki mematuhi dan
mengakuri peruntukan dalam perjanjian tersebut, biarpun bercanggah dengan dasar-dasar
dan undang-undang domestik.
Sedangkan perundingan Perjanjian TPP diadakan di belakang pintu tertutup dan butiran
terperinci tetap kekal sulit, mahupun Parlimen tidak mendapat akses kepada teks-teks
perjanjian, korporat besar pula terlibat secara langsung dalam perundingan tersebut. Hal
ini telah menimbulkan keraguan bahawa akhirnya kuasa akan diserah kepada
korporat-korporat atas nama “perdagangan” dan membuka jalan untuk mereka mengejar
dan mencapai kepentingan korporat, pada masa sama meminggirkan kepentingan dan hak
majority dan negara.7
Suara kebimbangan dan keraguan sebegini turut muncul di negara maju lagi besar
Amerika Syarikat, apatah lagi negara sedang membangun seperti Malaysia.
SuaraSuaraSuaraSuara bantahanbantahanbantahanbantahan dalamdalamdalamdalam negaranegaranegaranegara
Dalam negara kita, terdapat juga pihak yang menyuarakan kesangsian dan bantahan
terhadap perjanjian TPP. Antaranya termasuklah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu
(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta
mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara.
MTEM dalam satu kenyataan pada 14 Mei menzahirkan kebimbangan terhadap
rundingan TPP yang dilakukan dalam suasana ‘penuh rahsia’ tanpa dibentangkan di
7
http://www.globalresearch.ca/secret-negotiations-the-trans-pacific-partnership-agreement-tpp-a-corporate-takeover/5335348
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 6
Parlimen dan mempersoalkan beberapa klausa khusus dalam TPP yang akan memastikan
negara yang menyertai perjanjian itu seolah-olah menyerahkan kedaulatan mereka.
MTEM juga khuatir perjanjian TPP yang dikatakan menekankan undang-undang
perdagangan dan pelaburan tunggal boleh menjejaskan sosioekonomi unik di Malaysia
yang menggunakan pendekatan berhubung pembangunan kumpulan etnik berbeza dan
dalam masa sama mengekalkan keseimbangan ekonomis dan sosial antara kaum.
Standard yang digunapakai dalam TPP akan menyebabkan polisi ekonomi Malaysia
dilihat sebagai tidak berkesan dan menyalahi undang-undang. 8
Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang juga merupakan Naib Pengerusi KEADILAN, Nurul
Izzah turut mempersoalkan perjanjian tersebut di mana perundingannya diadakan secara
tertutup, sama ada bakal menggadaikan kepentingan dan kedaulatan negara atas nama
kebebasan perdagangan.
Dalam kenyataan Nurul Izzah bertarikh 6 Jun, beliau menyatakan kebimbangan bahawa
pihak kerajaan akan menandatangani perjanjian TPP tanpa mendapatkan pendapat
masyarakat awam, atau pun memberi perhatian kepada pertimbangan dan sentimen
rakyat Malaysia terlebih dahulu, walaupun kerajaan sememangnya dibenarkan mencapai
persetujuan dengan pihak luar dalam perjanjian antarabangsa tanpa mendapat kelulusan
Parlimen. Namun, skala dan saiz TPP telah pun menggantikan mana-mana perjanjian.
Penting sekali, TPP memberikan hak undang-undang yang lebih besar kepada perniagaan
asing berbanding yang tersedia kepada perniagaan domestik melalui klausa yang digelar
resolusi penyelesaian pertikaian antara pelabur dan negara (“investor-state” dispute
settlement, ISDS). Ini bermakna, pelabur luar negara berhak mencabar kerajaan di sisi
undang-undang sekiranya undang-undang atau dasar-dasar dalam negara “menjejaskan”
pelaburan dan kepentingan mereka. Persoalannya, apakah motif kerajaan menyertai suatu
perjanjian yang memberi kuasa kepada syarikat-syarikat asing bagi mencabar
undang-undang dan peraturan-peraturan negara kita di luar mahkamah domestik?9
8 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tpp-penjajahan-ekonomi-oleh-as-1.1606559
http://anwaribrahimblog.com/2013/06/06/press-statement-nurul-izzah-anwar-malaysias-sovereignty-sacrificed-for-free-trade/
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 7
Australia, khususnya, telah menolak klausa sedemikian, seperti yang terdedah dalam bab
perjanjian yang terbocor, walaupun hak pelabur asing masih diperkasakan. Juga perlu
disentuhkan bahawa klausa yang memberikan hak istimewa kepada pelabur asing bagi
mendakwa kerajaan negara turut dikeluarkan dari Perjanjian Perdagangan Bebas
AS-Australia, dan juga tidak tergandung dalam Perjanjian Perdagangan Bebas
Malaysia-Australia.10
Keengganan Australia menerima klausa tersebut adalah disebabkan kerajaan Australia
pernah dicabar oleh syarikat tembakau gergasi Phillip Morris dengan menggunakan
peruntukan dalam perjanjian pelaburan dua hala antara Australia dengan Hong Kong
ekoran kerajaan Australia memperkenalkan undang-undang berkenaan pembungkusan
biasa.11
Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menekankan bahawa peruntukan mengenai
pelanggaran Perdagangan Berkaitan Hak Harta Intelek (TRIPS) yang merangkumi sektor
farmaseutikal asas selain daripada informasi digital berkemungkinan mengakibatkan
peningkatan kos perubatan dan harga unbat-ubatan. Hal ini secara langsung memberi
impak nyata kepada kehidupan harian semua lapisan masyarakat.
Tambahan pula, wujudnya juga beberapa peruntukan yang akan menjadi halangan kepada
hak privasi, hak bersuara dan inovasi di Internet akibat pembekal perkhidmatan Internet
(Internet Service Providers, ISPs) bakal dikehendaki memantau aktiviti-aktiviti pengguna
internet setiap hari, dan mereka juga akan diberi kuasa untuk mengambil tindakan seperti
melumpuhkan akses penguna ke internet, secara langsung menghambat dan mengganggu
kebebasan bersuara di ruang siber.12
Sesungguhnya, Amerika Syarikat telah didedahkan bahawa mengadakan pemantauan dan
pengawalan terhadap aktiviti seharian pengguna Internet. Maka, timbulnya kerisausan
jikalau Perjanjian TPP tercapai dan peruntukan pengawalan sebaran informasi dalam
10
http://aftinet.org.au/cms/trans-pacific-partnership-agreement/leaked-tppa-trade-chapter-australia-says-no-investor-rights-sue-11 http://www.greenpeace.org/new-zealand/en/blog/tppa-not-a-trade-deal/blog/43257/12
http://anwaribrahimblog.com/2013/06/06/press-statement-nurul-izzah-anwar-malaysias-sovereignty-sacrificed-for-free-trade/
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 8
ruang siber dilaksanakan, kebebasan pengguna sudah tentu akan disekat lagi. Menurut
liputan The Guardian bertarikh 17 Jun, bekas kontrator dari Agensi Keselamatan Negara
(National Security Agency), Edward J. Snowden telah mendedahakn dokumen yang
menunjukkan bahawa agensi-agensi perisik Britain dan AS “memantau” emel dan
panggilan orang kenamaan dari negara asing dalam dua sidang kemuncak antarabangsa di
London pada tahun 2009.
Pendedahan tersebut adalah ekoran liputan The Washington Post dan Guardian dua
minggu sebelum itu yang juga berdasarkan pendedahan Snowden tentang pengawasan
yang meluas yang dilakukan oleh AS terhadap rakyat biasa bagi mengesan aktiviti
pengganas.13 Syarikat Internet yang dikatakan terlibat dalam activiti pemantauan yang
dikenali sebagai Prism ini termasuklah Microsoft, Google, Yahoo dan Apple. Laman
social seperti Facebook, Youtube dan Skype juga tersenarai.14 Pendedahan sedemikian
telah menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat umum kerana ia dilihat sebagai
pencerobohan privasi.
Perjanjian TPP juga dilihat bakal mengugat alam sekitar. Nurul Izzah dalam kenyataan
beliau tidak terkecuali menitikberatkan isu berkenaan dan memberi tekanan kepada
kerajaan Malaysia supaya memperkukuhkan undang-undang perlindungan alam sekitar
bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan ekosistem yang berkepelbagaian.
Dalam hal ini, masyarakat di New Zealand terutamanya memberi perhatian kepada isu
berkenaan dengan perlindungan alam sekitar dalam perundingan perjanjian TPP, maka
munculnya suara bantahan. Antara kebimbangan golongan pencinta alam di New Zealand
adalah sekiranya Perjanjian TPP ditandatangani, syarikat minyak antarabanga seperti
Shell dan Anadarko mungkin tidak perlu lagi memenuhi piawaian alam sekitar seperti
Undang-undang Laut yang ditetapkan di bawah Konvensyen PBB (UN Convention of the
Law of the Seas, UNCLOS) dan sekiranya “hak” mereka terhalang kerana kerajaan
tertentu melarang aktiviti-aktiviti yang memudaratkan ekosistem laut seperti
penggerudian laut dalam, mereka berkemungkinan mengambil tindakan mahkamah
13
http://www.washingtonpost.com/world/britain-united-states-spied-at-summits/2013/06/17/b4c3166c-d72b-11e2-b418-9dfa095e125d_story.html14 http://www.guardian.co.uk/world/2013/jun/07/nsa-prism-records-surveillance-questions
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 9
terhadap kerajaan negara tersebut.15
Kes-kes mahkamah sedemikian benar-benar berlaku. Pada bulan 8 November 2012,
syarikat gas Amerika Syarikat, Lone Pine Resources Inc., telah memfailkan notis bahawa
berhasrat menyaman kerajaan Kanada di bawah peruntukan kontroversi dalam Perjanjian
Perdagangan Bebas Amerika Utara (North-American Free Trade Agreement, NAFTA)
kerana melarangkan penggunaan “fracking”, iaitu process menggerudi dan menyuntik
cecair ke dalam tanah pada tekanan yang tinggi bagi memecahkan batu syal untuk
melepaskan gas asli yang terkandung di dalam. Lone Pine Resources Inc. menuntut lebih
daripada $250 juta sebagai pampasan.16
Sama sekali, sekiranya Perjanjian TPP ditandatangani oleh kerajaan Malaysia, apabila
kerajaan Malaysia mengadakan peruntukkan bagi melarang syarikat perladangan dari luar
negara menggunakan kaedah membakar secara terbuka bagi membersihkan ladang
mereka, sebagai langkah mengelakkan masalah jerebu seperti yang sedang dialami oleh
negara kita yang mengakibatkan kemudaratan kesihatan masyarakat dan alam sekitar,
pihak syarikat boleh mencabar sekatan sedemikian di tribunal antarabangsa, kerana
dikatakan merugikan perniagaan mereka.
Peruntukan sedemikian yang memberikan hak dan kepentingan yang lebih tinggi kepada
pelabur asing sesungguhnya membawa implikasi yang tidak patut dipandang ringan oleh
sesbuah negara yang berdaulat dan rakyatnya.
Selain daripada sektor-sektor yang telah pun disentuh di atas yang bakal terjejas secara
langsung dengan pelaksanaan Perjanjian TPP, sektor pertanian dalam Malaysia,
khususnya, tidak patut terpinggir dalam perbincangan TPP.
Dalam perbentangan Bajet 2013, penekanan dikatakan diberi kepada sektor pertanian
bagi meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan
makanan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diperuntukkan dengan sebanyak
RM5.8 bilion untuk membangunkan program pertanian dan membela nasib petani.17
15 http://www.greenpeace.org/new-zealand/en/blog/tppa-not-a-trade-deal/blog/43257/16
http://www.theglobeandmail.com/globe-investor/us-firm-to-launch-nafta-challenge-to-quebec-fracking-ban/article5337929/17
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 10
Namun sedemikian, sekiranya TPP yang bertujuan mengurangkan tariff pelbagai
barangan, termasuklah produk pertanian ini ditandatangani oleh pihak kerajaan Malaysia,
maka ia akan mendatangkan hentaman kuat kepada petani-petani tempatan dan
pengusaha produk pertanian tempatan.
Satu contoh yang perlu disentuh adalah terkandung dalam perjanjian perdagangan bebas
yang gagal tercapai antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana
Malaysia mahu mengecualikan pengurangan tariff yang dikenakan ke atas beras import
dalam perundingan perjanjian tersebut sementara AS membuat permintaan
mengurangkan tariff beras sehingga sifar, biarpun tidak banyak beras AS yang diimport
masuk negara kita. Pada masa itu, Malaysia mengenakan tariff 40 peratus ke atas beras
diimport sebagai perlindungan kepada petani padi tempatan. Harus diingati bahawa beras
AS mendapat subsidi yang tinggi di mana harga eksportnya adalah rendah daripada
kosnya.
Persoalannya, sekiranya TPP ditandatangani dan peruntukkan sedemikian dilaksanakan,
adakah petani dan pengusaha produk pertanian tempatan dapat bersaing dengan barangan
luar negara yang berharga jauh lebih rendah? Dapatkah nasib petani tempatan terbela?
SuaraSuaraSuaraSuara bantahanbantahanbantahanbantahan didididi LuarLuarLuarLuar NegaraNegaraNegaraNegara
Sebelum perundingan pusingan ke-17 diadakan di Lima pada 15 Mei, tindakan
menentang Perjanjian TPP telah dilancarkan di negara-negara anggota dalam
perundingan:18
- Aktivitis di Amerika Syarikat melancarkan sebanyak 13 acara di seluruh negara;
- Kesatuan Australia dan organisasi social mengadakan perhimpunan di Sydney dan
Melbourne;
- Majlis Kanada melancarkan “lawatan perdagangan” di sekurang-kurangnya enam
Bandar di Vancouver;
- Di Peru, gerakan social yang menumpukan perhatian terhadap kesihatan awam dan
http://www.statistics.gov.my/portal/download_Agriculture/files/Indikator_Terpilih_Pertanian_Tanaman_Ternakan2006-10.pdf18 http://www.itsourfuture.org.nz/nz-part-of-international-day-of-action-against-tppa/
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 11
akses kepada ubat-ubatan, kemunsnahan yang disebabkan perlombongan di Amazon,
serta pencabulan hak asasi bumiputera telah melancarkan pelbagai activiti selama dua
minggu bertepatan dengan perundingan yang diadakan.
- Di Jepun pula, pihak yang membantah Perjanjian TPP merancang perhimpunan besar di
Tokyo pada 25 Mei.
- Di New Zealand, tiga acara telah diadakan, antaranya termasuklah program mendidik
masyarakat dan ahli parlimen tentang Perjanjian TPP dan implikasinya terhadap pelbagai
aspek.
Di Amerika Syarikat, perjanjian perdagangan yang berat sebelah dan dirunding oleh
korporat dikatakan hanya mendatangkan kekayaan dan memanfaatkan Wall Street dan
segelintir CEO, manakala membawa kesusahan kepada kelas menengah. Contohnya,
sejak China menyertai Organisasi Perdagangan Dunia (World-Trade Organization, WTO),
AS telah kehilangan lebih daripada 50,000 buah kilang dan sekurang-kurangnya 6 milion
peluang pekerjaan kepada China disebabkan kos pembinaan infrastruktur di AS yang
tinggi tidak dapat bersaing dengan kos yang lebih rendah di China.
Juga, walaupun hanya dengan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan
Korea Selatan, ekonomi AS turut terjejas. Perjanjian tersebut telah meningkatkan defisik
perdagangan, meningkatkan import dan mengurangkan eksport. Laporan kenyataan oleh
Public Citizen19 yang baru-barunya dibentangkan telah menunjukkan bahawa kadar
eksport ke Korea Selantan telah mengurang 10 peratus manakala defisik perdagangan
telah meningkat secara mendadak ke 37 peratus. Di samping itu, sebanyak 12,000
peluang pekerjaan telah hilang akibat perjanjian tersebut.20
Jelasnya, perjanjian perdagangan bebas sedemikian juga tidak kelihatan dialu-alukan oleh
masyarakat di negara besar AS.
Di Australia, sebanyak 33 kesatuan Australian dan organisasi sosial telah mengeluarkan
kenyataan bergabung pada 14 Mac 2010 minta Menteri Perdagangan mempertahankan
Skim Faedah Farmaseutikal (Pharmaceutical Benefits Scheme), kandungan tempatan
19 http://www.citizen.org/documents/fta-trifecta-factsheet.pdf20
http://www.globalresearch.ca/secret-negotiations-the-trans-pacific-partnership-agreement-tpp-a-corporate-takeover/5335348
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 12
dalam media Autralia, pengawalan makanan kaedah kejuruteraan genetic (GE),
pengawalan pelaburan asing dan dasar industri bagi melindungi dan menyokong
pekerjaan tempatan.21
Kerajaan Australia mendengar seruan masyarakat dan memberikan maklum balas yang
agak positif. Contohnya, apabila sekumpula syarikat-syarikat besar Amerika Syarikat,
termasuk syarikat tembakau Philip Morris, mengadakan jamuan makan mewah di
Washington dan menjemput duta-duta dari negara anggota perundingan perjanjian TPP
seminggu sebleum perundingan diadakan, Persatuan Kesihatan Awam Australia (Public
Health Association, PHAA) telah berjaya melobi kerajaan Australia supaya menarik diri
daripada jamuan tersebut kerana Philip Morris pada masa itu cuba menyaman kerajaan
Australia bagi mendapat pampasan ekoran penguatkuasaan pembungkusan biasa.
Satu lagi contoh adalah dalam bentuk penindasan korporat, di mana sekumpulan syarikat
AS termasuk juga Philip Morris mengutus surat kepada Presiden Obama dan mengadu
tentang dasar kerajaan Australia yang menentang resolusi penyelesaian pertikaian antara
pelabur dan negara. Sebagai respons, Menteri Perdagangan Australia Emerson membuat
kenyatan menyatakan bahawa kerajaan berdiri teguh atas dasarnya yang diluluskan oleh
cabinet dan persidangan ALP. Hal ini telah memberi kesan positif terhadap perundingan
TPP antara AS dengan Australia secara keseluruhan. 22
21
http://aftinet.org.au/cms/trans-pacific-partnership-agreement/tppa-community-organisation-statement-australian-government22 http://aftinet.org.au/cms/trans-pacific-partnership-agreement/trans-pacific-partnership-agreement
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 13
PerkongsianPerkongsianPerkongsianPerkongsian EkonomiEkonomiEkonomiEkonomi KomprehensifKomprehensifKomprehensifKomprehensif SerantauSerantauSerantauSerantau (RCEP(RCEP(RCEP(RCEP ---- RegionalRegionalRegionalRegional
ComprehensiveComprehensiveComprehensiveComprehensive EconomicEconomicEconomicEconomic PartnershipPartnershipPartnershipPartnership))))
PengenalanPengenalanPengenalanPengenalan
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merupakan rundingan perjanjian
perdagangan bebas yang ditubuhkan pada pertemuan ASEAN+6 di Bali, Indonesia pada
20 November 2012. Ia merangkumi 10 anggota ASEAN, iaitu Brunei, Kemboja,
Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, serta
enam negara yang dikenali sebagai rakan-rakan dialog yang mengadakan perjanjian
perdagangan bebas (FTA) dengan anggota ASEAN, iaitu Australia, China, India, Jepun,
Korea dan New Zealand.
RCEP diumumkan sebagai perjanjian perkongsian yang komprehensif, berkualiti tinggi
dan memanfaatkan sesama diri bagi memacu perkembangan perdagangan dan pelaburan
serantau, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi
global.23
RCEP dikatakan suatu langkah signifikan dalam evolusi rangka kerja dasar perdagangan
di Asia Timur dalam dekad lalu. Pada tahap permulaan, RCEP merupakan kajian
berkenaan dengan FTA di antara anggota ASEAN, China, Jepun, dan Korea (dikenali
sebagai ASEAN+3). Bermula dari tahun 2007, kajian tersebut dilakukan selari dengan
kajian FTA ASEAN+6, di mana Australia, New Zealand dan India turut mengikut serta.
Kedua-dua kajian dilengkapi pada tahun 2011, dan dari situlah konsep RCEP
dikemukakan.
Secara umumnya, RCEP meliputi aspek perdagangan dalam bentuk barangan dan
perkhidmatan, pelaburan, kerjasama ekonomi dan teknikal, harta intelek, persaingan,
penyelesaian pertikaian dan sebagainya yang bakal dikenalpasti sepanjang proses
perundingan.
Perundingan pusingan pertama RCEP telah diadakan dari 9 Mei hingga 13 Mei tahun ini
23
http://www.asean.org/news/asean-statement-communiques/item/regional-comprehensive-economic-partnership-rcep-joint-statement-the-first-meeting-of-trade-negotiating-committee
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 14
di Brunei Darussalam. Perundingan tersebut dikatakan menunjukkan perkembangan yang
memuaskan bagi menuju ke sasaran memuktamadkan perundingan perjanjian menjelang
akhir tahun 2015. Tiga kumpulan yang masing-masing meletakkan fokus pada sektor
perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan telah ditubuhkan dalam perundingan
pusingan pertama tersebut bagi membincangkan halatuju seterusnya.
Perundingan pusingan kedua akan diadakan di Brisbane, Australia selama tiga hari
bermula dari 24 September 2013. 24
Sedangkan perundingan Perjanjian TPP berjaya menarik perhatian pelbagai pihak,
perundingan RCEP pula dijalankan tanpa menimbulkan perbincangan hangat di kalangan
masyarakat. Walau bagaimanapun, impak dan implikasinya tidak patut sekali-kali pun
diketepikan.
PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian RCEPRCEPRCEPRCEP
Pertama sekali, walaupun kerjasama antara anggota ASEAN dan keenam-enam rakan
dialog dalam perundingan RCEP adalah dikatakan bagi memperkembangkan peranan
ASEAN dalam menyelaraskan perdagangan serantau, tujuan utamanya adalah bagi
mendamaikan dua cadangan perjanjian yang lama dikemukakan, iaitu Perjanjian
Perdagangan Bebas Asia Timur (East Asian Free Trade Agreement) yang merangkumi
negara ASEAN, China, Jepun serta Korea Selantan, dan Perkongsian Ekonomi
Komprehensif (Comprehensive Economic Partnership) yang turut disertai oleh Australia,
India serta New Zealand. Dengan menggunapakai skim kesertaan terbuka, RCEP dilihat
sebagai jambatan menghubungkan kedua-dua cadangan perjanjian tersebut.
Seperti yang sedia dimaklumkan, RCEP melibatkan antaranya tiga ekonomi terbesar di
dunia, iaitu China, India dan Jepun, maka ia sesungguhnya bakal mendatangkan kesan di
peringkat global. Blok ekonomi ini mencakupi sebanyak 49 peratus daripada jumlah
populasi sedunia dan menyumbang 30 peratus kepada KDNK dunia. Di samping itu, ia
membentuk 29 peratus daripada jumlah perdagangan dunia dan 26 peratus aliran
24 http://www.mfat.govt.nz/Trade-and-Economic-Relations/2-Trade-Relationships-and-Agreements/RCEP/
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 15
pelaburan asing.25 RCEP bakal muncul sebagai sebuah pasaran yang menawarkan lebih
tiga billion penduduk dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah US$17
trilion (RM52 trilion), sekali gus menjadikannya blok ekonomi terbesar di dunia.26
Hujah mengenai perjanjian RCEP turut dibentangkan termasuklah pandangan bahawa
RCEP berkemampuan menggariskan semula rangkaian pengeluaran global yang
kompleks lagi canggih mengikut rantau. Dengan ini, Asia akan muncul sebagai kilang
sedunia.
Tambahan pula, RCEP juga akan mengurangkan pertindihan perjanjian perdagangan
bebas di antara negara Asia bagi mengelakkan Asia daripada menjadi "noodle bowl" yang
mengelirukan dengan pelbagai peraturan perdagangan yang berlainan. Sekiranya suatu
perjanjian yang menyeluruh tercapai, maka dipercayai bahawa halangan perdagangan di
Asia dapat dikurangkan dan peraturan baru yang selaras dengan perjanjian WTO turut
dapat dicapai. Dalam aspek mengenai peratuan pelaburan pula, di mana tiadanya
sebarang perjanjian WTO diadakan, RCEP bakal menggalakkan aliran pelaburan asing
dan pemindahan teknologi yang digerakkan oleh syarikat multinasional dengan lebih
mudah.27
Sesetengah pengkritik berpendapat bahawa RCEP merupakan suatu alternatif yang lebih
menarik daripada TPP memandangkan ia mengadakan permintaan bagi perubahan
ekonomi yang lebih kurang berbanding dengan TPP, yang mana turut mengadakan
piawaian tinggi yang dilihat sebagai halangan kepada penyertaan negara sedang
membangun.
Juga perlu ditekankan bahawa peranan yang dimainkan oleh ASEAN dalam RCEP adalah
amat berbeza daripada TPP, di mana anggota-anggota dalam RCEP dilihat berada pada
kedudukan yang sama rata, secara teknikal.28
Sedangkan TPP dinampak diterajui oleh Amerika Syarikat, RCEP merupakan perjanjian
yang diperjuangkan yang dikatakan menggalakkan pemusatan ASEAN dan menjadikan
25 http://www.eastasiaforum.org/2013/05/15/why-the-rcep-matters-for-asia-and-the-world/26 http://www.mfat.govt.nz/Trade-and-Economic-Relations/2-Trade-Relationships-and-Agreements/RCEP/27 http://www.eastasiaforum.org/2013/05/15/why-the-rcep-matters-for-asia-and-the-world/28 http://csis.org/publication/asean-and-partners-launch-regional-comprehensive-economic-partnership
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 16
ASEAN menjadi sebuah hab yang membangun dengan pesat dalam rantau Asia-Pasifik,
bukan sekadarnya diketuai oleh ekonomi besar, sama ada China, AS atau Jepun.29
PerbandinganPerbandinganPerbandinganPerbandingan antaraantaraantaraantara PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian TPPTPPTPPTPPdandandandan RCEPRCEPRCEPRCEP
Perjanjian TPP dicadangkan oleh Amerika Syarikat di bawah naungan APEC; manakala
cadangan RCEP dikemukakan dari Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dengan
pimpinan ASEAN. Pendek kata, Amerika Syarikat merupakan penggerak TPP, di mana
China dikecualikan; manakala RCEP diketuai oleh ASEAN digerakkan oleh China, dan
AS pula tidak terlibat dalam skim serantau yang baru ini.
Berikut ialah jadual menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perjanjian
tersebut:
TPPTPPTPPTPP RCEPRCEPRCEPRCEPAnggota perundingan APEC EAS
Amerika SyarikatAustraliaBruneiJepunKanadaMalaysiaMexicoNew ZealandPeruSingapuraVietnam
BruneiFilipinaIndonesiaKembojaLaosMalaysiaMyanmarSingaporaThailandVietnamChinaJepunKorea SelatanAustraliaIndiaNew Zealand
Tujuan Menjadi perjanjianperdagangan keutamaanyang berkualiti tinggidengan beberapapengecualian dan kawalselia yang merangkumiskop luas dalam bidang
Tidak bercita-cita setinggiTPP tetapi menerimapernyertaan negara-negarayang akan mengurangkanhalangan perdaganganpada tahap yang berlainan– khususnya bagi yang
29 http://www.bjreview.com.cn/world/txt/2012-11/26/content_503360.htm
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 17
tertentu, termasuklahundang-undang buruh,perlindungan alam sekitar,hak harta intelek dansebagainya.
kurang maju dan sedangmembangun – dan jugamengadakan permintaanterhad bagipengharmonian peraturan.
Ciri-ciri30 Lebih giat menggerakkanliberalisasi ekonomi.
Negara anggota dijangkatidak berpeluangmenekankan perlindungansesetengah industrisensitif.
Mengadakan peraturandan piawaian yang lebihtegas dan ketat.
Tidak banyak mengadakanpermintaan bagiperubahan ekonomiberbanding dengan TPP.
Merangkumi peruntukanbagi melindungi hak buruhdan piawaian alam sekitar,mempertahankanpembaharuan perusahaanmilik negara, melindungiharta intelek danmenghapuskan tariff.
Lebih fleksibel dalammemenuhi keperluannegara sedangmembangun,
RumusanRumusanRumusanRumusan
Secara umumnya, TPPA dan RCEP dilihat sebagai perjanjian yang bersaing antara satu
sama lain. Lebih-lebih lagi, kemunculan TPP dinampak sebagai kenderaan bagi
memulihkan kekuasaan Amerika di rantau Asia Pasifik dan menangani kemunculan
China sebagai kuasa baru yang besar.
Hal ini lebih menonjol dalam pilihan raya presiden di Amerika Syarikat yang lalu,
apabila Barack Obama dan Mitt Romney masing-masing bersaing mngalu-alukan TPP
sebagai pangsi strategi untuk bersaing dengan kemajuan China.31
Situasi sedemikian dikatakan membelenggui negara-negara yang terlibat dalam
perundingan kedua-dua perjanjian pada masa sama. Menurut analisasi seorang professor
Universiti Auckland, Jane Kelsey, Malaysia, bersama-sama dengan New Zealand,
Australia, Singapura, Brunei dan Vietnam dikatakan akan terperangkap dalam “perang
30 http://csis.org/publication/asean-and-partners-launch-regional-comprehensive-economic-partnership31 http://www.nzherald.co.nz/business/news/article.cfm?c_id=3&objectid=10851517
Bahan Kajian KPRU
Badan Pemikir dan Penyelidik 18
dingin” melalui kedua-dua perjanjian integrasi ekonomi tersebut.32
Walau bagaimanapun, terdapat juga suara yang optimistik terhadap kedua-dua perjanjian
ini memandangkan kedua-duanya bersifat berbeza, dan negara-negara yang terlibat
memberi perhatian yang berlainan terhadap perjanjian yang berlainan.33
Pada 31 Mei 2013, Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa pihak mereka
sedang membuat kajian tentang kemungkinan menyertai perundingan TPP.34
Di samping itu, jurucakap Kementerian Luar Negara China, Hong Lei juga menyatakan
bahawa beliau berharap perundingan TPP dapat dijalankan dengan lebih telus selepas
Setiusaha Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat, Francisco J. Sanchez berkata
bahawa Amerika mengalu-alukan penyertaan China dalam TPP. Undangan Amerika dan
seruan China lebih-lebih lagi menandakan suatu perkembangan yang menarik.35
32 http://www.nzherald.co.nz/business/news/article.cfm?c_id=3&objectid=1085151733 http://basc.berkeley.edu/pdf/Newsletters/fall2012.pdf34 http://thediplomat.com/pacific-money/2013/05/31/china-may-join-us-led-trans-pacific-partnershi-talks/35 http://www.wantchinatimes.com/news-subclass-cnt.aspx?id=20130602000030&cid=1101
top related