badan berkanun (mardi)
Post on 08-Dec-2015
104 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang berusaha untuk mencapai negara
maju menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu kerajaan telah mewujudkan pelbagai badan
berkanun yang bertujuan untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat negara maju. Jika
di imbas kembali sejarah Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu yang mana
ketika itu kebanyakan penduduk tempatan mengamalkan ekonomi sara diri seperti bercucuk
tanam dan memungut hasil hutan. Keadaan ini dapat dilihat daripada pentempatan-pentempatan
awal yang terdapat di lembah-lembah sungai yang mana kampung-kampung telah didirikan (Lim
Teck Ghee, 1976:1). Namun apabila kemasukan penjajah pada awal abad ke-20 perubahan dalam
ekonomi penduduk telah berubah. Zaman penjajah membawa kepada perubahan besar
terutamanya penjajah British yang mana kebanyakan badan berkanan mula ditubuhkan selepas
merdeka dalam rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengatasi masalah yang wujud pada
zaman pemerintahan British yang mana ekonominya adalah berdasarkan kepada objektif dan
dasar penjajah.
Ekoran daripada perubahan yang belaku pada waktu itu, penduduk-penduduk ‘Melayu’ yang
terdiri daripada pelbagai suku kaum orang-orang Melayu tempatan, orang Asli dan juga
kumpulan-kumpulan pendatang dari Indonesia seperti orang-orang Bugis (McNair,1972) telah
diarah untuk mematuhi peraturan baru yang telah ditetapkan seperti membayar hasil cukai dan
sewa bagi tanah persendirian. Perubahan yang dilakukan dalam ekonomi penduduk tempatan
Melayu pada waktu itu adalah berasaskan hak milik persendirian yang telah mempengaruhi
aktiviti-aktiviti pertanian di kalangan kaun tani Melayu. Ini merupakan langkah pihak penjajah
untuk mengeksplotasikan sumber daya di negara ini melalui pengenalan sistem pentadbiran
1 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
tanah. Hasil cukai dan sewa ini pula merupakan sumber utama bagi pihak penjajah untuk
menyara jentera pentadbiran mereka (Watson, 1909:195-233).
Pada waktu itu tanaman padi merupakan aktiviti utama selain daripada memungut hasil hutan
keadaan ini dapat dilihat daripada negeri perak yang mana pada waktu itu tanaman padi
merupakan kegiatan utama penduduk tempatan. Melalui sistem pentadbiran tanah ini maka
secara langsungnya wujud undang-undang yang mana telah mentransformasikan struktur-
struktur politik dan ekonomi negara-negara Melayu semenanjung. Keadaan ini dapat dilihat
apabila sistem pemerintahan tradisional dibawah Sultan telah digantikan dengan struktur
birokrasi dimana ahli-ahli kelas pemerintahan Melayu telah diberikan peranan-peranan yang
terhad. Perubahan-berubahan ini telah beransur-ansur menukar ekonomi sara diri yang
berlandaskan nilai gunaan (use value) kepada ekonomi yang berorientasikan wang dibawah
struktur sosial yang baru ini.
2.0 DEFINISI BADAN BERKANUN
Badan Berkanun merupakan sebuah Agensi Separuh Kerajaan yang ditubuhkan di bawah
peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri Misalnya Institusi
Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA) ialah sebuah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan Perbadanan Ekonomi
Negeri ialah sebuah Badan Berkanun Negeri (BBN). Menurut Akta Badan-Badan Berkanun
(Tatatertib Dan Surcaj) 2000 “Badan Berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa
pun disebut, yang diperbadankan oleh undang-undang persekutuan bagi maksud Kerajaan
Persekutuan, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan. Manakala maksud lain bagi Badan-
Badan Berkanun adalah sebuah Agensi Separuh Kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan
2 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri. Mengikut Pekeliling Am
Bil.2/82 Badan-badan Berkanun adalah sebuah agensi separa Kerajaan yang ditubuhkan di
bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri. Tujuan
penubuhan Badan-badan Berkanun ialah untuk memberikan kebebasan yang lebih luas untuk
bergerak dan mengendalikan program daripada yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan Kerajaan
yang biasa. Badan-badan Berkanun seperti ini mengambil kuasa daripada akta / enakmen
berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang digelar Lembaga, Majlis atau
lain-lain. Contoh Badan-badan Berkanun ini bagi peringkat Persekutuan ialah Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) dan Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM) bagi Badan-badan Berkanun Persekutuan.
Bagi peringkat negeri terdapat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri dan Lembaga Bekalan Air Negeri. Ada di antara Badan-badan
Berkanun ini dipanggil perbadanan awam (public corporations) seperti Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri-negeri (PKEN), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan
Kemajuan Pelancongan Malaysia (PKPM).
Selain daripada itu tujuan penubuhan badan-badan berkanun adalah untuk memberi lebih
fleksibiliti dalam operasinya selain berperanan untuk membolehkan Kerajaan terlibat secara terus
di dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara dan kegiatan di mana sektor swasta enggan
menceburi kerana kurang menguntungkan atau memerlukan modal yang besar. Dengan
penglibatan secara langsung ini, pembangunan yang lebih pesat, teratur dan adil dapat dipastikan
oleh Kerajaan. Pelaksanaan dasar atau program oleh Kerajaan lebih sesuai dijalankan oleh
Perbadanan Awam daripada sebuah Jabatan, oleh kerana Perbadanan Awam mempunyai
3 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
fleksibiliti dalam melaksanakan fungsinya daripada peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan
yang biasa supaya dapat beroperasi seperti syarikat swasta.
Oleh itu Badan Berkanun boleh dedifinasikan sebagai sebuah agensi separuh kerajaan yang
ditubuhkan untuk melaksanakan program-program yang dirangka oleh kerajaan. Penubuhan
Badan Berkanun ini diperuntukan dibawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan
Negeri. Tujuan penubuhan Badan-badan Berkanun ialah untuk memberikan kebebasan yang
lebih luas untuk bergerak dan mengendalikan program daripada yang dikendalikan oleh jabatan-
jabatan Kerajaan yang biasa selain berperanan untuk melicinkan pentadbiran dan pelaksanaan
program pembangunan negara terutamanya rancangan pembangunan lima tahun kerajaan. badan-
badan berkanun memiliki kewangan sendiri dan kuasa autonomi tertentu tetapi
bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.
Badan Berkanun juga mempunyai kaedah dan pengoperasianya yang menyerupai sektor swasta
kerana bermatlamatkan keuntungan namun kebajikan sosial juga turut diambil kira. Pada tahun
1980an beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui dasar penswastaan dan
pensyarikatan antaranya ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia.
Keadaan ini diwujudkan bagi meningkatkan kecekapan dalam operasi selain dapat
mengurangkan beban kewangan kerajaan. Penubuhan badan-badan berkanun adalah untuk
memberi lebih fleksibiliti dalam operasinya manakala kerajaan akan terlibat dalam bidang yang
melibatkan pembangunan sosioekonomi negara. Dengan penglibatan secara langsung ini,
pembangunan yang lebih pesat, teratur dan adil dapat dipastikan oleh Kerajaan. Melalui badan
berkanun segala pelaksanaan dasar atau program oleh Kerajaan lebih sesuai dijalankan berikutan
pengoperasiaan adalah lebih cekap dan berkesan seperti syarikat swasta namun tetap dikawal
melalui peraturan-peraturan pentadbiran kerajaan.
4 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
3.0 KEDUDUKAN BADAN BERKANUN DI MALAYSIA
Setiap negara mempunyai agensi kerajaan mereka yang tersendiri bagi melaksanakan dan
melicinkan pentadbiran negara. Agensi-agensi ini berperanan dalam memastikan pembangunan
negara berjalan mengikut jadual dan ianya merupakan peranan terpenting agensi kerajaan bagi
memastikan semua program kerajaan berjalan dengan lancar. Agensi kerajaan merupakan pelaku
yang paling hampir dengan rakyat. Pemimpin negara akan mengagih-agihkan peranan tertentu
kepada agensi-agensi kerajaan untuk dijelmakan dalam bentuk program kepada rakyat. Pegawai-
pegawai agensi kerajaan akan merangka pelbagai program berdasarkan harapan pemimpin
negara. Jadi, tanpa agensi kerajaan maka perancangan yang dilakukan oleh para pmimpin negara
akan gagal. Selain itu, agensi kerajaan berperanan untuk memberi penerangan dan bantuan
teknikal kepada rakyat mengikut tugas mereka. Pekerja agensi kerajaan yang terlatih akan
menyalurkan pengetahuan mereka kepada rakyat yang dapat merealisasikan impian negara itu.
Maklumat yang diberikan oleh pekerja agensi kerajaan memastikan rakyat tidak melakukan
kesilapan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
Secara amnya, agensi kerajaan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini.
Semua program yang diatur oleh agensi kerajaan berhasrat untuk memastikan taraf hidup rakyat
berubah dengan lebih baik. Agensi kerajaan juga bertindak sebagai pemangkin dalam
memajukan ekonomi rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa Agensi kerajaan juga berperanan
untuk menyebarkan manifesto kerajaan kepada rakyat manakala semua dasar dan harapan
pemimpin negara disalurkan kepada rakyat melalui agensi kerajaan. Keadaan ini memastikan
rakyat memahami dan bersedia untuk bekerjasama menjayakan sesuatu dasar kerajaan. Tanpa
bantuan rakyat usaha kerajaan akan menjadi sia-sia. Agensi kerajaan juga berperanan sebagai
mata dan telinga pemimpin negara dalam pelaksanaan sesuatu dasar yang di buat.
5 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
4.0 PERANAN BADAN BERKANUN
Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan pada tahun 1984 sebagai satu garis panduan untuk
membantu Kerajaan dan sektor swasta membangunkan sektor pertanian. Dasar ini menggariskan
strategi dan matlamat pembangunan sektor pertanian yang meliputi tempoh tahun 2000.
Matlamat Dasar Pertanian Negara ialah:
I. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian menerusi penggemblengan sumber-
sumber negara secara cekap dan berkesan supaya sumbangan sector pertanian kepada
pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertingkatkan.
II. Memaksimumkan pendapatan perkebun kecil menerusi peningkatann daya pengeluaran
supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup masyarakat petani dapat di
perbaiki.
III. Memajukan dan meningkatkan hasil dan mutu barangan eksport, komoditi yang
mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gentian import serta komoditi terpilih
bagi bahan makanan dan perindustrian.
Melalui Dasar Pertanian Negara ini maka beberapa strategi-strategi telah dikenal pasti bagi
mencapai matlamat Dasar pertanian Negara dan memperkemaskan lagi strategi yang sedia ada.
Oleh itu Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diwujudkan bagi
melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan ke arah menghasilkan pelbagai benih baru
dan memajukan pengurusan ladang serta teknologi pemprosesan yang cekap dan yang berkaitan
dengan sektor makanan. Keadaan ini bukan sahaja dapat membanggunkan kaedah pengurusan
ladang yang cekap, memajukan teknologi pemprosesan yang lebih baik dan mempelbagaikan
keluaran akhir.
6 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28
Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971.
Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan teknologi untuk kemajuan industri
makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi
MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan
mempunyai daya saing yang tinggi. MARDI telah diberi mandat bagi melaksanakan fungsi-
fungsi terutamanya dalam penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan
dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (getah, kelapa sawit dan
koko), ternakan dan makanan dan perladangan campuran. MARDI juga berkhidmat sebagai
pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik,
teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas
tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja
berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar.
Selain daripada itu MARDI juga berperanan sebagai satu pusat yang memberikan perkhidmatan
pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan,
perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak. MARDI juga memberi latihan
dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani,
memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan ekonomi
berkenaan dengan industri pertanian. MARDI juga berperanan mengekalkan hubungan dengan
organisasi lain, sama ada awam atau swasta, dalam atau luar negara yang mengambil bahagian
dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan
dan pertanian serta industri asas tani, menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk
komersial, membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan penemuan penyelidikan.
7 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
5.0 KEPENTINGAN BADAN BERKANUN
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau juga dikenali sebagai Malaysian
Agricultural Research and Development Institute (MARDI) ialah sebuah badan berkanun yang
diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri
asas tani di Malaysia. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan
pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusan. Teknologi
terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai
bagi produk hortikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan
pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanaman padi serta penganggaran
hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk
pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan
lebih cekap.
5.1 Bidang Tumpuan Operasi Serta Sumbangan
Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga
menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian
dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat
nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan
produk dan proses serta peningkatan teknologi. Petani dan usahawan yang menerima pakai
teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan sektor makanan, pertanian
dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian sebagai
penyumbang kepada ekonomi Malaysia. Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan
teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan kumpulan pakar
8 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi sumbangan berkesan terhadap
korpus ilmu secara global. Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang
diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan MARDI tidak ketinggalan dalam
perkembangan teknologi, bidang makanan dan pertanian di peringkat global, perhubungan rapat
dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat nasional
dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan. Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu
pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta
persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
5.2 Cabaran Yang Di Hadapi MARDI
Sektor pertanian di Malaysia telah mengalami kemerosotan semenjak kerajaan memberi lebih
tumpuan kepada sektor industri dan perkhidmatan pada tahun 1990an. Kadar pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka menurun dari 13.5 peratus untuk tahun 1995
kepada 7.2 peratus pada tahun 2010. Sebelum itu, sektor pertanian sebelum Malaysia merdeka
sehingga tahun 1980an telah memainkan peranannya yang signifikan dalam menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi yang berpanjangan, pembasmian kemiskinan dan keselamatan
makanan negara (Quah 1999). Dalam arus pembangunan sekarang, sektor pertanian di Malaysia
perlu bergerak beriringan dengan sektor lain kerana dilihat pada peringkat global, sektor
pertanian setakat ini masih menunjukan kejayaan dalam pengeluarannya, dan selari dengan
pertambaban penduduk sejak 10 tahun Sidang KemllDcak di Rio diadakan (Varley,2002).
Pertanian mapan sejak satu dekad yang lalu telah menjadi agenda penting untuk menjamin
pemgeluaran hasil pertanian yang berterusan disamping meningkatkan ekonomi para petani.
9 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Walaupun Malaysia semakin menuju kepada negara industry, sektor pertanian masih merupakan
sektor penting kepada ekonominya. Sumbangan sektor pertanian semakin berkurangan, tetapi ia
masih merupakan satu-satunya sektor yang sumbangannya agak signifikan dan memberi
kestabilan semasa negara menghadapi kegawatan ekonomi pada tahun 1986-87 dan 1997-98.
Oleh itu sektor pertanian perlu dipertingkatkan selaras dengan sektor-sektor utama yang lain
berikutan sumbangannya yang amat besar pada negara.
6.0 KEPENTINGAN BADAN BERKANUN DALAM SISTEM PENTADBIRAN
Setiap badan berkanun di Malaysia mempunyai peranan yang berbeza dalam mencapai matlamat
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Keadaan ini bukan hanya membantu kerajaan mencapai
matlamatnya malah peranan yang berbeza ini dapat akan melicinkan pentadbiran disamping
memberi perkhidmatan yang tulus dan berkualiti kepada rakyat. Melalui badan berkanun ini juga
segala perancangan yang dibuat dapat di pantau dan diselenggara mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Keadaan ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi negara malah
dapat meningkatkan pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa badan berkanun ini
merupakan pelaku yang paling hampir dengan rakyat dan segala program kerajaan dapat dibuat
dan disampaikan dengan lebih berkesan. Selain itu juga badan berkanuan yang terlibat dapat
memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat mengikut tugas mereka. Pekerja yang
terlatih pula akan menyalurkan pengetahuan mereka kepada rakyat yang mana akan dapat
merealisasikan impian negara itu. Maklumat yang diberikan oleh pekerja terlatih dapat
memastikan rakyat tidak melakukan kesilapan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
10 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
6.1 Kelebihan MARDI
Melalui penyelidikan dan teknologi yang digunakan oleh MARDI, maka peningkatan dapat
dilihat terutamanya dalam bidang makanan, pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Usaha
penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan kepelbagai dan klon tanaman
baru, baka ternakan baru dan kaedah dalam pengurusannya. Projek Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) secara kontrak turut disediakan. Institut juga menyediakan khidmat
teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam
industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan
teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta
peningkatan teknologi juga merupakan kejayaan terbesar MARDI.
6.2 Kelemahan MARDI
Walaupun MARDI telah mencapai kejayaan dalam penyelidikan dan teknologi namun masih
terdapat kelemahannya, pekara ini juga turut belaku di dalam semua badan berkanun. Antara
kelemahan yang dapat dilihat ialah ketidakcekapan belaku disebabkan oleh segala operasi perlu
dipantau oleh kerajaan malah segala bentuk keputusan perlu melalui beberapa tahap sebelum
sebarang keputusan diambil selain mempunyai organisasi yang besar, hal ini menyebabkan masa
operasi akan dibazirkan malah pembaziran kos juga turut belaku. Apabila keadaan ini belaku
maka adalah sukar untuk sebarang badan berkanun mencapai tahap kecekapan yang paling
tinggi. Selain daripada ketidakcekapan, faktor lain seperti tidak wujud persaingan dan kurang
motivasi untuk berkerja juga merupakan penyumbang dalam kelemahan MARDI. Persaingan
adalah penting bagi meningkatkan mutu produktiviti dan kecekapan, tanpa persaingan maka
sukar bagi mana-mana organisasi untuk berkembang dan mengetahui kelemahan yang ada
11 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
disebabkan oleh pasaran di manopoli oleh sebuah organisasi sahaja keadaan ini diburukkan lagi
apabila pekerja tidak diberikan motivasi untuk berkerja dalam persekitaran yang sihat berikutan
tiada persaingan antara organisasi. Apabila keadaan ini belaku maka organisasi tidak dapat
meningkatkan kecekapan dan ini akan menyebabkan kerugian terhadap kerajaan terutamanya
dalam bentuk kewangan. Selain ini juga faktor lain penyumbang dalam kelemahan MARDI
adalah sistem pengurusan yang kompleks dan rumit juga penyebab utama dalam kelemahan yang
belaku dalam MARDI. Kelemahan lain yang mempengaruhi kebanyakan badan berkanun
termasuk MARDI ialah proses membuat keputusan dipengaruhi oleh politik. Tidak dapat
dinafikan politik amat memainkan peranan yang penting dalam kebanyakan keputusan kerajaan
namun apabila keadaan ini sering belaku maka pelbagai masalah akan timbul terutamanya dari
segi operasi dan pembangunan MARDI itu sendiri. Jika faktor-faktor yang dinyatakan berterusan
maka agak sukar bagi semua badan berkanun terutamanya MARDI untuk terus berkembang dan
bersaing di peringkat antarabangsa.
6.2 Sumbangan Terbesar Dan Terpenting Dalam Sosioekonomi Dan Politik
Penyelidikan dan teknologi merupakan aspek yang penting dalam pembangunan MARDI,
keadaan ini dapat dilihat daripada perkembangan sektor pertanian terutamanya tanaman padi,
penekanan terhadap tanaman padi adalah bersesuaian dengan keadaan geografi Malaysia, selain
padi merupakan makanan utama rakyat dinegara ini, pembangunan MARDI juga dapat dilihat
daripada penanaman koko yang dijalankan secara komersial. Tanaman kelapa sawit dan getah
juga adalah pendorong kepada kemajuan pertanian di Malaysia. Pada tahun 1975 sektor
pertanian telah mencatakan 30% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 45% daripada
pendapatan eksport. Peningkatan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada 1.9 juta rakyat.
12 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Dasar Ekomomi Baru (DEB) adalah satu formular yang telah dilancarkan oleh Kerajaan
Malaysia pada tahun 1970 iaitu menerusi Rancangan Malaysia Kedua. Dasar ini bertujuan untuk
memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Rancangan-rancangan
pembangunan-pembangunan di bawah DEB telah disusun dan dilaksanakan menerusi strategi
serampang dua mata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan
yang kedua ialah menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Dalam sektor pertanian, kerajaan telah memainkan peranan dan tanggungjawab yang utama
dalam memastikan sektor pertanian terus berkembang keadaan ini di sebabkan oleh pertanian
merupakan sektor yang terpenting dalam negara terutama bagi negara dunia ketiga yang sedang
membangun seperti Malaysia untuk menuju kearah sebuah negara maju oleh itu pertanian
memberi sumbangan yang ketara kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam usaha mencapai
pertumbuhan yang berdaya tahan, sektor pertanian harus disusun dan diorientasikan semula
untuk meningkatkan produktiviti dan daya saingan. Ini memerlukan peralihan yang besar
daripada pertanian secara skala kecil kepada satu tanaman yang berteknologi tinggi. Oleh itu,
penglibatan beberapa sektor swasta dalam pertanian secara tersusun harus digalakkan
terutamanya dalam pengeluaran makanan. Ini bertujuan bagi menjana sumber baru pertumbuhan
aktiviti dan tanaman yang mempunyai potensi komersial akan dibangunkan dan lebih banyak
rantaian akan diwujudkan dengan sektor lain dalam ekonomi. Apabila keadaan ini wujud maka
kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam dapat di pertingkatkan dan keadaan ini akan
mewujudkan keadaan ekonomi dan politik yang lebih stabil yang mana peluang-peluang
pelaburan asing akan wujud dalam sektor pertanian di negara ini.
13 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap badan berkanun mempunyai peranan yang cukup bermakna dalam
pembangunan negara. Bagi pelaksanaan secara berkesan badan berkanun memerlukan semua
tenaga yang ada untuk menjayakan rancangan pemimpin kita. Oleh itu rakyat seharusnya
memberikan sedikit sokongan untuk meringankan beban kerajaan dan sama-sama berusaha
dalam menjalankan tanggungjawab untuk memajukan negara. Dengan adanya penyelidikan dan
teknologi terkini yang dilakukan oleh MARDI maka perkembangan dalam sektor pertanian dapat
dilihat terutamanya dalam pengeluaran padi di negara ini di samping pengeluaran komoditi besar
lain seperti getah, kelapa sawit dan koko. Selain itu juga MARDI bertindak sebagai satu agent
yang mewakili kerajaan dalam menggalakkan rakyat Malaysia terlibat secara langsung dalam
sektor pertaniaan.
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan disalurkan melalui MARDI adalah langkah yang amat
berkesan bagi meyakinkan rakyat menceburi sektor pertanian melalui penyelidikan dari segi
sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan pengeluaran, penggunaan dan
pemprosesan segala tanaman dan makanan serta perladangan campuran. MARDI juga
berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan peyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan
perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaiatan dengan industri makanan dan pertanian
serta industri asas tani, melalui apa cara termasuklah penerbitan laporan, terbitan berkala dan
kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan
seminar. Selain daripada itu MARDI juga berperanan sebagai satu pusat yang memberikan
perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti
perkhidmatan, perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak. MARDI juga
memberi latihan dengan apa juga cara untuk kemajuan industri makanan dan pertanian serta
14 193888
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
industri asas tani, memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen dan gunaan, teknikal dan
ekonomi berkenaan dengan industri pertanian. Dengan adanya MARDI maka hubungan antara
sektor awam dan swasta dapat dipertingkatkan disamping terlibat secara langsung dalam
penyelidikan yang dijalankan sama ada di dalam dan luar negara. Keadaan ini dapat
meningkatkan tahap penyelidikan dan juga pertukaran teknologi yang sekaligus dapat
meningkatkan tahap ekonomi dan sosial berkenaan terhadap industri makanan dan pertanian
serta industri asas tani selain dapat membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan
penemuan penyelidikan. Oleh yang demikian penubuhan badan berkanun seperti MARDI yang
menyediakan kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti dapat memberi
sumbangan berkesan terhadap penyelidikan dan teknologi di peringkat global.
15 193888
top related