bab 4 tamadun india
Post on 12-Apr-2016
462 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
2
Kandungan • Kedudukan Geografi• Orang Indo-Arya• Ciri-Ciri Peradaban India• Faktor Kelahiran Tamadun: Agama dan Kepercayaan
Masyarakat India• Kedatangan Islam ke India• Perkembangan Islam di India dan Pengaruhnya di
Malaysia• Cabaran Kontemporari• Tamadun India di Asia Tenggara• Cabaran Globalisasi dan Signifikannya di Malaysia• Rumusan
3
4.1 Kedudukan Geografi Tamadun India INDIA
India Utara India Selatan-Meliputi hingga ke -Meluas dari Sungaikawasan Himalaya Tapti di Pergunungandi Utara . Vindhya hingga ke -Masyarakat =Indo-Arya Cape Comorin-Bahasa dasar= Sanskrit -Masyarakat= Dravida
-Bahasa = Tamil
• Faktor Geografi menyebabkan perkembangan dua kebudayaan berbeza antara penduduk India Utara dengan India Selatan
(fizikal, bahasa, budaya serta amalan keagamaan).
4
Siapa Orang Indo-Arya?
• Pada tahun 2000SM kaum Arya menduduki kawasan-kawasan di antara Asia Tengah dengan Poland
• Berbadan tinggi, berkulit cerah dan bermuka panjang
• Pekerjaan= menternak kuda dan binatang lain, bertani, berniaga kulit dan lembu
• 2000-1500SM- mereka berpindah kerana kekurangan rumput bagi ternakan mereka dan tekanan populasi.
5
Siapa Orang Indo-Arya?• Orang Arya telah tinggal di Iran sebelum memasuki India. Bukti-
bahasa Sanskrit yang berhubung rapat dengan bahasa Iran terutama bahasa Parsi lama dan bahasa Avesta. Banyak persamaan dalam nama dewa-dewa seperti Ahura (Varuna dalam Sanskrit), Mithra (Mitra), Yema (Yama) dan Haoma (Soma).
• Kemudian, orang Arya menyerang Lembah Indus menyebabkan tamadun di situ menjadi lemah ditambah lagi faktor kerap dilanda banjir.
• Serangan yg lama mewujudkan pertembungan kebudayaan hingga lahir kebudayaan baharu yg dikenali sbg kebudayaan Indo-Arya.
6
Siapa Orang Indo-Arya?• Orang tempatan Lembah Indus= Dasyu@Dasa• Org Arya menjadikan mrk sbg hamba dan tinggal di kawsan
terpencil jauh drpd pengaruh Arya.• Orang Arya dan orang Dasa sentiasa berperang . Buktinya-
Karya2 Veda (teks agama org Indo-Arya) ada membincgkan tentang peperangan ini.
• Peradaban Indo-Arya berkembg menjadi peradaban Hindu yg meliputi kwsn Indus, Punjab, sempadan Afghanistan, Sg Saraswati, Yamuna dan Ganges.
• Seterusnya, kwsn diperluas ke arah timur sehingga meliputi seluruh India Utara sblm abad ke -6 SM.
7
4.3.Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat1. Tamadun Zaman Gangsa (3300-1300SM)2. Fasa Matang (2600-1900SM)3. Berpusat di bahagian barat, subbenua India dan sekitar
Lembah Sungai Indus.4. Ciri-ciri peradaban India terbahagi kepada lima:-
Peradaban LembahIndus (Mohenjo-Daro Agama Masyarakat dan Dan Harappa) Budaya Indo-Arya
Ekonomi Politik
8
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat1. Peradaban Lembah Indus
• Meliputi kawasan penemuan arkeologi di Mohenjo-Daro di daerah Larkana, Sindh dan Harappa di daerah Montgomery, Punjab.
• Penemuan arkeologi membuktikan sekitar 3000 SM, masyarakat Lembah Indus sudah mencapai suatu tamadun yang tinggi dan maju iaitu lbh kurang sama dengan pencapaian tamadun-tamadun purba yang lain seperti Mesir, Assyria dan Babylonia.
• Pencapaian Tamadun Lembah Indus:-a) Sisten perancangan bandar yang maju b) Sistem pengaliran dan pembinaan longkang yang baikc) Jalan-jalan yang lebard) Struktur binaan unik – kolam mandian The Great Bath dan benteng – benteng
pengawal banjir. e) Aktiviti pertanian dan penternakan adalah aktiviti utama-bijirinf) Gudang bijirin
• Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan pada sekitar tahun 1500 S.M - muncul peradaban baharu di barat laut India.
9
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat
2. AgamaCap Mohor masyarakat di Lembah Indus menunjukkan konsep kerohanian. Gambar seorang manusia bertanduk tiga duduk bersila seolah-olah sedang melakukan yoga.
Penemuan patung wanita ditafsirkan sbg penyembahan kepada Dewi Ibu- amalan popular di kalangan masyarakat India Selatan.
10
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat3. Masyarakat dan Budaya Indo-Arya• Ketika orang Arya memasuki India, sudah wujud
pembahagian kelas dalam struktur masyarakat mereka.
• Mazmur-mazmur awal dalam Rig Veda meyebut tentang ksatria (bangsawan) dan vis (golongan biasa) dalam sistem kerajaan bercorak aristokratik.
• Dasa @ Dasyu merupakan saki baki peradaban Harappa yg tidak mengamalkan upacara Vedik dan tidak menyembah dewa dewi Vedik.
11
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat
• Bagaimana berlaku pembahagian masyarakat Indo-Arya?
Penaklukan orang tempatan Berlaku pembahagian masyarakat berdasarkan
warna kulit dan org Indo-Arya tidak campur dgn orang Dasa, begitu juga pekerjaan.
Akhirnya , muncul golongan Brahmin
12
Sistem Varna (sistem pembahagian masyarakat)/ Kasta
Dvija Brahmin Purohita atau penanda-penanda, menceburkan diri dalam pelajaran serta menyusun kitab-kitab (mengendali kuil).
Ksatria Pemerintah dan perajurit (pertahanan negara).
Vaisya Menjalankan perdagangan dan perniagaan (menjana kekayaan).
Sudra Buruh dan petani
Pertukaran varna tidak dibenarkan dan perkahwinan antara varna tidak digalakkan. Pada zaman Vedik terkemudian, sistem varna menjadi teguh akibat kehidupan orang Indo-Arya yg teratur dan perhubungan mereka dengan orang tempatan.
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat
13
Ashrama Dharma (4 peringkat kehidupan)
BrahmacharyaZaman kanak-kanak, remaja
dan belia. Peringkat mempelajari ilmu pengetahuan bersesuaian
dengan varnanya.
GhastyaBerumah tangga dan berkhidmat
untuk keluarga dan masyarakat.
VanaprasthaBertapa dan
bebaskan diri dari duniawi dgn tinggal
di hutan.
SannyasaTinggalkan hutan
dan sebar ilmu kepada masyarakat
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat
14
vanaprastha apabila tua, ghastya meninggalkan rumah dan tinggal di hutan, merenung dan dan menumpukan perhatian kpd hal kerohanian (Tuhan) serta moksha (soal membebaskan diri daripada kehidupan duniawi.
sannyasa Meninggalkan hutan atau tempat pertapaan, kembali dan tinggal bersama masyarakat dan menjadi orang bermusafir yang menyebarkan pengetahuan yang diperoleh daripada petapa.
Varna menentukan tugas (dharma) yang wajib bagi seseorang individu dalam sesuatu peringkat (ashrama) dan ia dikenali sebagai varnashramadharma.
15
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat
4. Ekonomi• Pertanian dan penternakan semakin maju di samping pekerjaan
baru. Wanita bekerja sbg pencelup, penenun, pengayam bakul dan sebagainya.
• Pengurusan pentadbiran kerajaan, cukai tanah (cukai asas), cukai rumah, kedai, air dan cukai jalan kepada antapala (pegawai tol) dikenakan.
• Cukai barang import (1/20) daripada harga barang barangan keperluan asas dan 1/5 daripada harga barang barang lain.
• Perdagangan meluas dan wujud pelabuhan penting (Bhrgukaccha dan Tamralipti) untuk memunggah hasil galian). Hasil hutan dan gajah – harta kerajaan yang terpelihara untuk pertumbuhan ekonomi negara.
16
Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat5. Politik
• Kerajaan kecil (beribu kota tetap dengan pentdbiran asas yang maju), dibahagikan kepada wilayah, bahagian, daerah dan kampung yang diperintah oleh seorang raja.
• Raja menghormati sistem demokrasi (pemilihan raja, peraturan ke atas kuasa raja semasa pertabalan dsbnya). Raja dilantik oleh Sabha dan Samiti.
• Sabha – parlimen membincangkan perkara-perkara umum, sebagai mahkamah keadilan dan mengambil keputusan secara undi majoriti.
• Samiti – berperanan lebih besar dan merupakan majlis Perhimpunan Rakyat.• Fungsi raja: • Melindungi rakyat, memelihara sistem keluarga, kebajikan janda, anak-anak yatim dan
golongan miskin, melidungi agama, menerima aduan rakyat mengembangkan kesusasteraan dan kesenian.
• Gabenor (Nagaraka) mentadbir wilayah dilantik oleh raja, Ketua daerah sebagai pengutip cukai dan penjaga keselamatan dilantik oleh Nagaraka.
17
Sejarah Zaman Vedik:• Penghijrahan masuk bangsa Aryan bertapak di sekitar
Sungai Yamuna dan Sungai Satlaj, Selatan Ambala dan Hulu Sungai Saraswati.
• Berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan budaya Indo-Aryan.
• Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemen-elemen spiritual.
• Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda.
18
• Sejarah Zaman Maurya bermula sistem pemerintahan bercorak empayar.
• Kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan (Buddha dan Jainism).
• Peristiwa penaklukan Kalinga telah menyebabkan Asoka Piyadassi memeluk agama Buddha.
• Muncul kitab Arthasastra, iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi.
19
• Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan.
• Perkembangan dalam kesusasteraan Hindu dan dalam bidang seni bina kuil juga aspek kesenian dan sains
• Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra.
21
• Sejarah Zaman Moden bermula dengan kedatangan dan penaklukan Portugis (1498-1510), Belanda(1602), Perancis (1664).
• Penaklukan British bermula 1750.• British bahagikan India kepada 3:
– Bengal (timur) – Bombay (barat) – Madras (selatan)
• Perkenalkan sistem pendidikan Inggeris, reformasi sosial & agama, amalan & adat yang tidak sesuai ditentang & memperbaiki kedudukan wanita.
• Membentuk pentadbiran moden dan dasar perdagangan yang menguntungkan Inggeris.
• British takluk kawasan demi kawasan India tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Akibatnya, berlaku pemberontakan sosial pada 1857.
• MERDEKA: 15 Ogos 1947- India dibahagi dua: India untuk Hindu dan Pakistan (14 Ogos) untuk Muslim.
22
KEDUDUKAN WANITA
• Masyarakat Indo-Aryan: – Zaman Veda Awal (1500–1000 S.M) – memberi kedudukan
yang sama seperti lelaki – Zaman Veda Akhir (1000–500 S.M) – wanita dihadkan
kepada aktiviti rumah tangga semata-mata; tidak dibenarkan membaca kitab suci, menjalankan upacara keagamaan dan terlibat dengan pendidikan
– Wanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami – adat sutti mereka dibakar bersama mayat suami.
• Masyarakat Dravida: – Mengamalkan perkara yang sama dengan masyarakat
Indo-Aryan.• Zaman Islam:
– Islam mengangkat martabat wanita.
23
4.4 Faktor Kelahiran Tamadun- Agama dan Kepercayaan Masyarakat India
Agama Zaman Vedik
Doktrin Buddhisme
Falsafah dalam Tamadun India
Penyembahan Dewa Dewi dan Upacara
Pengorbanan
24
4.4 Faktor KelahiranTamadun Agama Zaman Vedik• Pengetahuan agama orang Indo-Arya diperoleh
daripada karya-karya Veda (Rig Veda yang mempunyai 1028 mazmur dan kitab agama tertua di dunia).
• Veda-veda terkemudian (Sama Veda dan Yajur Veda)- kesamaan dalam bentuk prosa dan versa, digunakan oleh sami-sami semasa upacara pengorbanan.
• Upanishad membincangkan aspek pemikiran falsafah orang Indo-Arya, manakala Aryanka merupakan teks-teks bagi golongan pertapaan.
25
4.4 Faktor KelahiranTamadun Penyembahan Dewa Dewi dan Upacara Pengorbanan• Dewa dewi dibahagikan kepada tiga peringkat: - dewa angkasa = Dyaus (langit), Surya (matahari) - dewa udara = Indra (petir dan kilat) - dewa Vayu (angin)• A.B. Keith (cendiakiawan Sanskrit) – pengorbanan diadakan sebagai pemberian
hadiah kepada dewa dewi dan sebagainya untuk mendapat kurnia. Falsafah dalam Tamadun India. • Falsafah Vedik mementingkan 5 konsep yang berkait antara satu sama lain;
Brahman Roh duniawi
Atman Roh individu dalam badan manusia yg diserap dalam roh duniawi
Karma Jumlah perbuatan, fikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam kehidupan.
Moksha Pelepasan drpd kehidupan duniawi dan penyatuan dengan brahmanSetiap atman perlu membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha.
Samsara. merujuk kepada konsep reinkarnasi atau kelahiran kembali menurut tradisi filosofikal India
26
4.4 Faktor KelahiranTamadun Doktrin Buddhisme dan Ajaran Agama Buddha. • Pengasasnya ialah Siddharta Gautama Buddha. Siddartha (566SM) = nama
diberikan oleh ibu bapanya, Gautama = nama keluarga (gotra) dan Buddha menandakan manusia mencapai kesedaran kerohanian yang sempurna.
• Buddha tidak mengajarkan hal-hal ketuhanan, metafizikal atau falsafah. Ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika berkaitan dengan kehidupan.
• Proses mengawal nafsu boleh dicapai dgn mengamalkan Jalan Lapis Kebenaran Mulia melaui prinsip berikut:- kepercayaan yang benar- tujuan yang benar- pertuturan yang benar- perbuatan yang benar- hidup yang benar- usaha yang benar- fikiran yang benar- renungan yang benar
27
4.5 Kedatangan Islam ke India• Agama Islam tersebar ke India seawal tahun 712M. Sejak itu,
Islam menjadi sebahagian daripada warisan keagamaan dan kebudayaan negara India.
• Pada abad ke 12 dan ke 13 M, penakluk-penakluk Turki menakluki bahagian barat laut India dan ibu kotanya yang terletak di Afghanistan.
• Kerajaan Ghazni meluaskan kuasa hampir seluruh India Utara pada abad ke-14 M dan berkembang ke India Selatan pada abad ke-15 M dan menampakkan kuasa politik di India Utara.
• Semenanjung India terbahagi kepada dua. Kerajaan Islam (Kerajaan Bahmani) dan Pemerintahan Hindu (kerajaan Vijayanagar).
28
4.5 Kedatangan Islam ke IndiaFaktor perkembangan Islam di India:i) Perkahwinan campur sehala (kaum lelaki Turki
berkahwin dengan wanita Hindu)ii) Penerimaan ciri-ciri Islam dan menolak beberapa
amalan masyarakat Hindu seperti ketidaksamaan sosial, penyembahan patung-patung (vikraha) serta amalan-amalan songsang yang lain
iii) Faktor kemiskinan dan tekanan sistem kasta. • Proses pemelukan Islam berlaku pada seluruh
keluarga atau seluruh kasta tertentu atau keseluruhan kampung terutamanya di bahagian barat laut dan timur laut Baluchistan, Punjab, Kashmir dan Bengal.
29
Unsur-unsur Budaya Indo-Islam
Sumbangan
Bahasa & Kesusasteraan
Pelajaran
Terjemahan
Persuratan
Muzik
Sajak
Seni lukis
Seni Bina
30
4.6 Perkembangan Islam di India dan Pengaruhnya di MalaysiaJemaah Tabligh• Gerakan Jemaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas
(1885 – 1944) yang dilahirkan dan dibesarkan di Kandhela. • Gerakan Tabligh bermula di Mewat, Delhi berpunca drpd
penduduknya yang tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar. Maulana Ilyas cuba memperbaiki keadaan mereka dengan pelbagai cara dan pendekatan.
• Di Malaysia, Jemaah Tabligh mulanya berkembang di kalangan orang India Muslim sahaja (1950-1960) dan diperkenalkan oleh Maulana Abdul Malik Madani. Beliau datang ke Singapura dan selangor pada tahun 1952 sebagai utusan dari markasnya di Nizamudin, New Delhi.
• Penglibatan orang Melayu dalam jemaah ini bermula pada tahun 1970-an.”
31
4.6 Perkembangan Islam di India dan Pengaruhnya di Malaysia
Darul Uloom Deoband• Darul Uloom ialah madrasah terawal di seluruh India dan juga
merupakan antara madrasah tertua di seluruh dunia. • Madrasah ini didirikan pada tahun 1866 dan Deoband ialah nama
kampung yang terletak di Wilayah Uttar Pradesh, India. • Dibina bagi menyatupadukan umat Islam India dan
mengembalikan amalan kehidupan Islam kepada masyarakat kesan daripada penjajahan Inggeris.
• Kurikulum Indo Islamik (Dars-e-Nizami) meliputi undang-undang Islam/ Syariah, Fiqah, tasawuf dan lain-lain bidang Islam.
• Aliran teologinya menjadi ikutan banyak madrasah aliran moden india, pakistan, Afgahnistan, United Kingdom, Afrika Selatan dll di dunia. Pusat ilmu yang terkenal Nadwatul Ulama di Lucknow,Madrasah In’aamiyah di Afrika Utara, Darul Uloom Karachi, Pakistan dll.
32
4.7 Cabaran Kontemporari
Penjajahan Barat di India1. Rempah2. Sutera3. Barangan Timur4. Semangat pengembaraan 5. Keinginan untuk mengatasi pedagang Islam6. Kapal bersenjata 7. Perpaduan untuk menguasai jalan-jalan laut.
33
Cabaran Kontemporari
Kedatangan Orang Barat Ke Indiaa) Portugal - memperoleh rempah dan menyebarkan
agama Kristian (tahun 1498)b) Belanda – menubuhkan Syarikat Hindi Timur Belanda
(tahun 1602)c) Britishd) Perancis – Syarikat Hindia Timur Perancis (1664)Selepas kemerdekaan India, Perancis secara sukarela
menyerahkan pentadbiran kawasan mereka (Pondicherry) kepada India pada tahun 1954.
34
Cabaran KontemporariPergerakan Islah dan Tajdid
• Shah Waliullah al-Dehlawi dari Delhi (1703-62 M) ialah seorang tokoh yang memperkenalkan islah (pembaikan) dan tajdid(pembaharuan).
-Terjemahan Al-Quran ke bahasa Parsi dan Urdu (anaknya)• Sayid Ahmad Shahid dari Rae Bareli (1786-1831M) menyeru masyarakat Islam
kembali kepada ajaran Islam Arab sebenar.• Gerakan islah dan tajdid di Benggala Timur dilakukan oleh mereka yang kembali ke
India selepas menziarahi Makkah.• Pada pertengahaan abad ke-18, pengaruh Islam mula pudar selepas 500 tahun dan
mula menghadapi masalah agama dan ekonomi.• Keadaan ini bertambah buruk kerana dasar pendidikan Inggeris yang mengetepikan
bahasa Parsi dan mementingkan bahasa Inggeris bagi mendapatkan jawatan, perniagaan dan profesion.
• Gerakan Islah dan Tajdid mengambil bentuk baharu pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 dengan kemunculan Syed Ahmad Khan (1817-1998) sebagai tokoh reformis Islam.
35
Cabaran KontemporariPergerakan Nasionalis
• Selepas tahun 1858-bertambahnya jurang orang India yang berpendidikan dengan pentadbir British- mrk menjadi lebih kritis terhdp dasar British di India. Contohnya:-
a) Dadabahi Naoroji melalui East India Association di London (1866)- seru beri perhatian terhadap kebajikan orang India.
b) Permulaan abad ke-20- perjuangan nasionalis berwajah baharu apabila muncul pemikiran nasionalis militan. Cth: Raj Narain Bose dan Lala Lajpat Raj
c) Pergerakan anti perpecahan – usaha golongan sederhana dan radikal iaitu boikot barangan British (swadeshi).
d) Pada tahun 1916 berlaku perhimpunan INC di Lucknow yang mana persetujuan dicapai antara golongan nasionalis, militan, sederhana, Hindu dan Islam supaya berjuang bersama untuk mencapai kemerdekaan.
36
Cabaran KontemporariMahatma Ghandi (1869-1948)a) Lahir dalam keluarga Vaisya di Gujeratb) Dipengaruhi doktrin Jainisme, Buddhisme dan Hinduisme tentanh
ahimsa (menolak kekejaman)c) 1920- istihar pemerintahan sendiri (swaraj)
-menjalankan beberapa kempen satyagraha sehingga India merdeka pd tahun 1947.
d) Matlamat Ghandi- mencapai pemerintahan swaraj dan memberikan penghormatan kepada tenaga buruh (sbgmana pemikiran Tolstoy dan Ruskin)Caranya- dengan menegaskan hubungan tujuan dan cara (berdasarkan satya (kebenaran), ahimsa (menolak kekejaman), tapasya (mengawal dan menyeksa diri).
e) Banyak berdamping dengan rakyat miskin dan bertaraf rendah, berani serta kerja beliau yang konstruktif bagi membantu golongan miskin.
f) Beliau dibunuh oleh N.V. Godse seorang pelampau Hindu kerana tidak berpuashati- melindungi dan menyokong masyarakat Islam.
37
Cabaran KontemporariMasyarakat Selepas Zaman Penjajahan
1. Identiti BahasaNegeri-negeri berbahasa sendiri seperti Kerala, Tamil Nadu, Andhra, Pradesh, Mysore, Maharashtra, Gujerat, Orissa, Bengal Barat, Assam dan Punjab menggunakan bahasa negeri dalam urusan rasmi dan pendidikan.
2. Sastera India ModenAkhir abad ke-19, sastera India mengalami perubahan ketara hasil pendidikan Inggeris dan menyebabkan bahasa Inggeris menjadi bahasa elit kerana corak sastera India tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehendak perubahan zaman.
38
Cabaran Kontemporari
Unsur-unsur Unik dalam Tamadun India
1. Masyarakat Barat berpendapat – idea-idea Sains di India dipinjam dari sumber Yunani selepas Alexander the Great menyerang India pada abad ke-4 SM.
2. Masyarakat India – idea-idea sains datang daripada teks-teks Veda.
39
4.8. Tamadun India di Asia Tenggara
– Meliputi Tanah Melayu (Malaysia), Indonesia, Brunei, Thailand, Myanmar, Bengal, China, Kalimantan dan Sumatera- The Greater India
• Pengaruh Tamadun India di Asia Tenggara
• Keinginan mencari kekayaan: corak hubungan awal dengan Asia & Rom
• Penyebaran agama Buddha & Brahmanisme• Penaklukan empayar ; Saleindra di Sumatra & Kedah• Aktiviti Pelayaran; Kisah Pedagangan Sanudasa
dalam Tales of Ancient India. • Aktiviti Perdagangan; menubuhkan koperasi
perdagangan di Takuapa, Labu Tuwa & Sumatera
Faktor Perkembangan di Asia Tenggara
40
Kesan Perkembangan Interaksi di Asia Tenggara
• Penyebaran agama Hindu & Buddha yang berasal dari India; kuil, candi, di Bali, Lembah Bujang & Sumatera.
Agama
• Pengaruh budaya & tradisi Melayu; “Seri Paduka Baginda”, warna kuning, upacara kematian. Adat istiadat perkahwinan, makanan aspek ekonomi dan politik turut dipengaruhi oleh ketamadunan India.
Budaya
• Elemen spiritual Hindu; wayang kulit, tarian kuda kepang, seni ukir, seni bina, seni pertahanan diri.
Kesenian
• Pengaruh Hindu dalam Bahasa Sanskrit; budi, budaya, warna dan pengaruh epik Ramayana & Mahabratha, Hikayat Sang Boma, Hikayat Seri Rama.
Bahasa
41
4.9 Tamadun India: Cabaran Globalisasi dan Signifikannya di Malaysia
1. Penemuan arkeologi tentang kedatangan masyarakat India banyak di Kedah. (Kuala Merbok-pelabuhan bagi kapal-kapal India, pintu masuk ke Tanah Melayu).
2. Tinggalan-tinggalan kuil Hindu yang musnah di sepanjang lereng Gunung Jerai, Kedah bersama serpihan patung-patung ditemui oleh Kolonel Low. Beliau menemui inskripsi Sanskrit pada abad ke-4M di Bukit Mertajam.
3. Tamadun India telah mula bertapak di Malaysia sejak zaman Kolonial British di Tanah Melayu, terutama masyarakat berketurunan Tamil
4. Peradaban India seperti bahasa Tamil, kesusasteraan, struktur politik dan kerajaan, corak kehidupan harian, agama Hindu-Buddha dan sebagainya memperkaya dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kebudayaan dan lebih bersedia di pentas global.
42
Rumusan • Bab ini telah memperkenalkan tamadun India dalam
pelbagai tahap termasuk perkembangan Islam.• Tamadun India bermula dengan peradaban Mahenjo-Daro &
Harappa, diikuti kedatangan Islam, kemudiannya Barat.• Unsur kepercayaan Tamadun India berpusat kepada karya
Veda dan mazmur-mazmur, penggabungan unsur-unsur alam semula jadi.
• Cabaran kontemporari dalam tamadun India berpaksikan nasionalisme dan pemodenan oleh Barat yang memberikan pengaruh dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan keagamaan.
• Tamadun India antara tamadun manusia yang terhebat yang memberi impak kepada tamadun dunia.
top related