bab 1 pengenalan kepada internet

Post on 15-Jan-2016

193 Views

Category:

Documents

16 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BAB 1 PENGENALAN KEPADA INTERNET. KONSEP INTERNET. Internet adalah suatu jaringan rangkaian komputer yang terdapat di seluruh pelosok dunia. Jaringan ini membolehkan semua komputer tersebut berkomunikasi di antara satu sama lain. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

BAB 1PENGENALAN KEPADA

INTERNET

KONSEP INTERNET Internet adalah suatu jaringan rangkaian komputer yang terdapat

di seluruh pelosok dunia. Jaringan ini membolehkan semua komputer tersebut berkomunikasi di antara satu sama lain.

Pengguna Internet boleh mencapai sebarang servis di Internet dan boleh berinteraksi di antara satu sama lain.

Pengguna-pengguna Internet

Pengguna-pengguna & Servis-servis Internet

Bermula pada lewat tahun 1960-an. Perang Dingin antara Rusia dan Amerika memuncak, pada masa itu, data Jabatan Pertahanan Amerika banyak disimpan dalam komputer. Situasi ini mencetuskan idea untuk mereka cipta rangkaian untuk menyelamatkan data-data sekiranya diserang. Oleh itu pada tahun 1969, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyambungkan empat buah komputer di empat buah universiti di Amerika dalam projek ARPANet (Advance Research Project Agency Net).

SEJARAH INTERNET

Stanford University

University of Utah

University of California Santa Barbara

Universiti Of Los Angeles

SEJARAH INTERNETTahun

1971

Peristiwa

Emel dicipta

Kegunaan

Membenarkan pengguna menghantar surat elektronik melalui rangkaian komputer.

1973 FTP diciptaFile Transfer Protocol (FTP

membenarkan fail-fail komputer dipindah dari satu lokasi ke lokasi lain dalam rangkaian komputer.

1979 USENET dicipta Usenet adalah kumpulan-kumpulan berita yang diasingkan mengikut topik. Membenarkan perkongsian ilmu yang lebih khusus.

1982 TCP/IP diiktiraf Protokol yang digunakan untuk berhubung dalam Internet diterima semua pihak.

1986 NSFNet dibentuk National Science Foundation Net ditubuhkan oleh universiti-universiti di Amerika dengan menggunakan khidmat Supercomputer. Menjadi perintis kepada perkembangan Internet seterusnya.

1988 IRC dicipta Internet Relay Chat (IRC) membenarkan pengguna berbual sesama sendiri secara terus-menerus melalui penaipan di papan kekunci.

1991 WWW dibentuk World Wide Web menjadi stor maklumat di Internet.

1992 Malaysia menjadi ahli Malaysia menjadi ahli keluarga Internet yang semakin membesar.

.

SEJARAH INTERNET1993 Publisiti Media massa dan ahli-ahli perniagaan dunia

mula mengenali Internet. Publisiti berkenaannya meningkat secara mendadak.

1993 Mosaic dikeluarkan Mosaic, satu perisian penjelajah Internet, menjadi perisian paling popular di Internet. Perisian ini memudahkan penggunaan Internet. Secara langsung ini meningkatkan populariti Internet. Walau bagaimanapun, kedudukannya digugat oleh Netscape Navigator dan Microsoft Internet Explorer pada tahun-tahun berikutnya

1995 WWW jadi No. 1 World Wide Web menjadi tempat kunjungan yang paling popular di Internet. Beribu-ribu ahli perniagaan mula berebut untuk meletakkan hompej mereka di WWW.

1995 Enjin Pencarian dicipta

Enjin Pencari (Search Engine) membenarkan pengguna mencari apa-apa maklumat di keseluruhan Internet dalam masa yang amat singkat. Internet menjadi buah mulut semua orang.

1996 Telefon Internet dicipta

Telefon Internet membenarkan pengguna membuat panggilan telefon jarak jauh pada harga panggilan telefon tempatan. Walau bagaimanapun kualiti suaranya adalah kurang memuaskan.

INTERNET- SINGKATAN BAGI ‘INTERNATIONAL-NETWORK’

MERUPAKAN RANGKAIAN (NETWORK) KEPADA RANGKAIAN-RANGKAIAN YANG DIHUBUNGKAN BERSAMA DI SELURUH DUNIA

MEMBENARKAN KOMUNIKASI DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT

CONTOH:-RANGKAIAN KOMPUTER DI MALAYSIA DIHUBUNGKAN DENGAN RANGKAIAN KOMPUTER DI SELURUH DUNIA UNTUK SALING BERTUKAR MAKLUMAT.

TAKRIFAN INTERNET

1969- us Defense Department mengkaji cara untuk membenarkan rangkaian komputer utk persediaan serangan ketenteraan..

1969- ARPANET mula menyambungkan 3 rangkaian di California guna IP

1972-ARPAnet mendedahkan internet utk penggunaan umum. Rangkaian pertama dibuat di England dan Norway.

1982-TCP/IP menjadi piawaian protokol untuk ARPANET 1991- Internet digunakan secara komersial 1994- Video (gambar) & audio (suara) digital mula dihantar

melalui internet 1999- jumlah pengguna internet dunia melebihi 100 juta

orang

PERKEMBANGAN INTERNET DI AMERIKA SYARIKAT

1992- Rakyat Malaysia mula menggunkan internet melalui JARING. Jaring sebuah organisasi di bawah MIMOS

1996- TMnet menjadi penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang kedua di Malaysia

1998-Pelanggan Internet di Malaysia berjumlah 580000 orang

2000-Empat buah syarikat lain menjadi ISP iaitu Maxis Communication, NTT MSC, Time dotCom dan Digi Telecomunications menjadikan 6 kesemuanya.

2000- Pengguna Internet diMalaysia lebih 2 juta orang

PERKEMBANGAN INTERNET DI MALAYSIA

Emel Chat Forum/Discussion Board Search Download/Upload Transaksi perniagaan

Fungsi Internet

i) JARINGii) Tmnetiii) Maxis Netiv) NTT MSCv) Time dot comvi) Digi Telecommunicationvii) Celcomviii) P1WiMAX

PENYEDIA PERKHIDMATAN INTERNET (ISP- Internet Service Provider)

Ialah satu perisian yg membenarkan pengguna memaparkan dokumen yg telah dihubungkan pada tapakweb

Cth:- ◦ Microsoft Internet Explorer (IE) ◦ Netscape Communicator◦ Mozilla Firefox◦ Opera◦ Lynx

PELAYAR WEB (Web Browser)

PERKHIDMATAN ASAS

INTERNET Jaringan web sedunia (WWW) Melalui Jaringan web sedunia (WWW) ini,

capaian kepada dokumen dalam bentuk teks, gambar, bunyi dan video dapat dilakukan dengan mudah.

Emel Emel adalah servis penghantaran surat secara

elektronik. Melalui kemudahan ini seorang pengguna dapat menghantar surat elektronik kepada seorang penerima atau kepada kelompok yang ramai dengan mudah dan cepat.

Usenet Newsgroup Usenet Newsgroup adalah kumpulan diskusi

yang menawarkan perkhidmatan perbincangan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman. Melalui pakatan ini, emel daripada seorang pengguna akan diedarkan kepada semua ahli kumpulan.

Perbualan dalam talian (Chatting) Antara kegunaan utama Internet yang popular

adalah ruang bual. Ruang bual membolehkan pengguna-pengguna Internet berkomunikasi secara langsung dalam masa sebenar.

E-dagang E-dagang merujuk kepada aktiviti perniagaan atau

jual beli menerusi Internet. E-dagang memberikan faedah-faedah berikut untuk para pengguna Internet:

◦ Memudahkan pembelian, pengguna tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan sesuatu barang.

◦ Lebih banyak pilihan bagi sesuatu produk.◦ Menjimatkan masa pengguna.◦ Boleh mendapatkan terus produk dari pengilang.◦ Mudah memperolehi barangan yang tiada dalam pasaran

tempatan.

ISU- ISU INTERNET Cabaran-cabaran Internet adalah seperti

berikut: ◦ Kebebasan di Internet◦ Pembohongan dan Penipuan Di Internet◦ Gambar dan Video Lucah◦ Isu Sulit dan Persendirian◦ Hak Cipta di Internet◦ Jenayah penceroboh di Internet◦ Virus dan Keselamatan di Internet

Uniform Resource Locator / Penentu Lokasi Sumber

Prosedur piawai untuk mengenalpasti lokasi dokumen sumber di dalam internet. Sumber bergantung kepada aplikasi protocol Internet

Alamat laman Web

URL(Uniform Resource Locator)

Contoh alamat akhbar The Star

http://www.thestar.com.my

sambungan..

NAMA TAPAK WEBProtocol/URL

KATEGORI DOMAIN

KATEGORI NEGARA

Protokol>name>domain>Path>document name

http://www.thestar.com.my/tech/computimes.html

Istilah-istilah elemen internet

Proses yang berlaku apabila melayari laman web;

www.bharian.com.my/m/BHarian/solat/carisolat.html

Pelayar web menghubungi pelayan web berita.com dan meminta fail carisolat.html di direktori solat

Pelayar web menghantar fail yang diminta kepada pelayan web (pemanggil)

Pelayar web di komputer anda

Pelayan web berita.com

Langkah 1Anda melayari laman web berikut:

www.bharian.com.my/m/BHarian/solat/carisolat.html.Apabila menekan ENTER, halaman itu akan terpapar

pada skrin

Langkah 2Pelayar web memecahkan URL kepada 3 bahagian

Protokol httpNama pelayan www.bharian.com.myNama fail dan direktori

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/solat/carisolat.html

Langkah 1

http www.bharian.com.my /solat/carisolat.html

Langkah 2

Langkah 3 Pelayar web berkomunikasi dengan pelayan nama domain (DNS)

untuk menterjemahkan nama pelayan www.bharian.com.my kepada alamat IP kerana ia akan digunakan untuk menghubungi mesin pelayan bharian.com.my.

Pelayar web berinteraksi dengan pelayan web melalui protokol http.

Langkah 4 Pelayar web meminta fail carisolat.html di dalam folder solat

di pelayan web bharian.com.my

Apakah alamat IP untuk domain www.bharian.com.my?

= 127.52.64.136

Pelayan DNS

Langkah 3

http?

OK

Pelayan DNS(127.52.64.136)

Langkah 4

Langkah 5◦ Pelayan web memproses permintaan itu dan

kemudian menghantar fail yg diminta kembali kepada pelayar web yg memanggil berdasarkan alamat IP.

/solat/carisolat.html?

Pelayan DNS(127.52.64.136)

Langkah 5

Alamat IP Satu alamat unik yang diberikan pada setiap mesin

dalam rangkaian internet bagi memastikan semua mesin itu di dalam kedudukan yang betul.

IP – Internet Protocol Alamat ini adalah sebuah nombor 32 bit,

dinyatakan sbg 4 oktet dalam no. desimal bertitik dari julat 0.0.0.0 hingga 255.255.255.255.

Alamat IP diperlukan untuk klien menghubungi sesebuah pelayan web dan juaga oleh mesin pelayan untuk mengenali dan berinteraksi dengan mesin klien

Kaedah pengenalan komputer yg diwakili oleh nombor.

- Terdapat 2 jenis Domain Aras Tinggi

- 1. Domain Generik - Dicipta untuk kegunaan awam

2. Domain Kod NegaraDicipta untuk kegunaan setiap negara

- Kategori Domain

1) Sykt Perniagaan .com2) Kerajaan .gov3) Institusi pendidikan .edu4) Organisasi .org5) ISP .net6) Tentera .mil7) Antarabangsa .int

DOMAIN

Kategori Negara1) Malaysia .my2) United Kingdom .uk3) Jepun .jp4) Singapura .sg5) Mesir .eg6) Sepanyol .es

Sambungan

Protokol Satu set peraturan bg tujuan interksi di antara program-

program perisian dalam rangkaian, dimana ia adalah sebuah set konvensyen perhubungan yang dipiawaikan.

Protokol TCP/IP (Transmission Control protocol/Internet Protocol) – protokol sejagat dlm pemindahan data.

Protokol yg lazim digunakan:

HTTP (Hypertext Transfer Protocol)

Pemindahan dokumen hiperteks

FTP (File Transfer Protocol) Pemindahan fail-fail dr 1 komputer ke komputer lain.

NNTP (Network News Transfer Protocol)

Digunakan utk membaca dan menghantar artikel di dalam kumpulan berita.

SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)

Penghantaran e-mel

POP (Post Office Protocol) Mengutip emel dr web pelayan

IMAP (Internet Message Access Protocol)

Mengutip mesej emel atau papan buletin

Masa untuk menjawab aktiviti…….Selamat Maju Jaya !!!!!!

AKTIVITI

Jawab semua soalan(a) Rangkaian global terbesar yang menawarkan pelbagai

perkhidmatan seperti emel, pemindahan fail dan sebagainya dipanggil __________________.

(b) Susun peristiwa-peristiwa berikut mengikut turutan masa yang betul.

Peristiwa Susunan peristiwa mengikut turutan masa yang betul

WWW jadi No. 1

Enjin Pencarian dicipta

Telefon Internet dicipta

IRC dicipta

TCP/IP diiktiraf

NSFNet dibentuk

Pembentukan WWW

Mosaic dikeluarkan

Emel dicipta

FTP dicipta

USENET dicipta

(c) URL terbahagi kpd 3 bahagian iaitu:i)……………….ii)………………iii)………………

(d) Lengkapkan nama domain berikut:i)

ii)

Sykt Perniagaan - …………….…………………. - .govInstitusi pendidikan - …………….Organisasi - …………….Antarabangsa - …………….

Malaysia - …………….Singapura. - …………….Indonesia - …………….Jepun - …………….Australia - …………….

Padankan istilah2 berikut:Pelayan Kaedah pengenalan komputer yang

diwakili oleh nombor

Alamat IP Pengenalan komputer yang diwakili oleh nama biasa yang mudah diingat seperti www.hotmail.com

Klien Satu set peraturan untuk membolehkan perisian atau perkakasan berkomunikasi dalam satu rangkaian

Nama Domain

Mesin yang memberikan servis kepada mesin-mesin lain

Protokol Mesin-mesin yang menerima servis-servis daripada pelayan

top related