ayat perintah v2

Post on 18-Jun-2015

545 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Ayat Perintah

Hasil kerjasama:Muhammad Hafiz Bin Md Said (JEA080707)Nur Ain Binte Mohamed Amin (JEA080712)

Kandungan Definisi Jenis-jenis Rumus tatabahasa Korpus Rumusan

Definisi Merupakan satu daripada empat jenis ayat

dalam bahasa Melayu Diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan

sesuatu tindakan Ditujukan kepada orang kedua Menggunakan kata ganti nama orang kedua

seperti awak, kamu, engkau yang biasanya digugurkan

Jenis-jenis Ayat Perintah Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat

perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:

i. Ayat Suruhanii. Ayat Laranganiii. Ayat Silaaniv. Ayat Permintaan

Ayat suruhan

(i) Ayat Suruhan Diucapkan dengan tujuan memberi perintah

atau arahan Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti

nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau yang biasanya digugurkan

Bagi tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan Engkau tunggu dia di sini.

(i) Ayat Suruhan Contoh:

Pergi dari sini! Tengok barang-barang ini. Awak siapkan kerja itu sekarang. Makan kuih ini dahulu. Engkau tunggu dia di sini. Ambil wang ini. Pukul ular itu.

(i) Ayat Suruhan Boleh menggunakan partikel –lah untuk

melembutkan ayat di samping menegaskan predikat

Konstituen yang menerima –lah pun mengalami proses pendepanan

(i) Ayat Suruhan Contoh:

Tengoklah barang-barang ini. Awak siapkanlah kerja itu sekarang. Makanlah kuih ini dahulu. Engkau tunggulah dia di sini. Ambillah wang ini. Pukullah ular itu. Pujuklah anak itu.

(i) Ayat Suruhan Dalam ayat suruhan yang mengandungi kata

kerja transitif dan menerima awalan, awalan tersebut TIDAK boleh digugurkan

Contoh: Menangislah sepuas-puas hati. Menjeritlah sedayamu. Berdermalah kepada anak-anak yatim. Berangkatlah dengan segera. Bersiaplah untuk bergerak sekarang.

AYAT LARANGAN

(ii) Ayat Larangan Menggunakan kata larangan seperti jangan,

usah atau tak usah sebelum kata kerja Bertujuan menegah seseorang melakukan

sesuatu

(ii) Ayat Larangan Contoh:

Jangan ambil harta orang. Jangan menangis. Kamu jangan beritahu dia. Usah dikenangkan lagi perkara itu. Usah ditanyakan siapa orangnya. Tak usah kau ambil tahu tentang diri aku lagi. Awak tak usah datang lagi.

(ii) Ayat Larangan Ayat larangan dapat dilembutkan dengan

menambahkan partikel –lah Contoh:

Janganlah ambil harta orang. Janganlah menangis. Kamu janganlah beritahu dia. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu. Usahlah ditanyakan siapa orangnya.

(ii) Ayat Larangan Ayat larangan boleh juga dilembutkan dengan

menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya

Contoh*: Harap jangan merokok. Harap jangan bising. Harap jangan berludah.

(ii) Ayat Larangan Ada sejenis ayat larangan yang bersifat umum

yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima –lah

Contoh: Dilarang merokok. Ditegah berludah di sini.

Ayat silaan

(iii) Ayat Silaan Menggunakan kata silaan seperti sila atau

jemput sebelum kata kerja Bertujuan menjemput atau mempersilakan

seseorang Kata silaan digunakan pada permulaan ayat

(iii) Ayat Silaan Contoh:

Sila datang ke rumah saya. Sila buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Sila serahkan borang ke pejabat. Jemput naik ke majlis sukan hari ini. Jemput minum the yang terhidang itu. Jemput masuk. Jemput naik.

(iii) Ayat Silaan Ayat silaan dapat dilembutkan dengan

menambahkan partikel –lah Contoh: Silalah datang ke rumah saya. Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Silalah serahkan borang ke pejabat. Jemputlah naik ke majlis sukan hari ini. Jemputlah minum teh yang terhidang itu. Jemputlah masuk. Jemputlah naik.

AYAT PERMINTAAN

(iv) Ayat Permintaan Menggunakan kata permintaan seperti minta

dan tolong Bertujuan memohon permintaan dan

pertolongan Tidak membawa pengertian yang negatif

Tolong jangan bising. X Jangan bising. (jenis ayat larangan) Minta jangan berludah. X Jangan berludah. (jenis ayat larangan)

(iv) Ayat Permintaan Contoh:

Minta tuan benarkan kami masuk. Minta kamu semua bertenang. Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. Tolong tutup pintu depan itu. Tolong selesaikan pergaduhan itu. Tolong hantarkan tugasan sebelum hari Jumaat.

Rumus tatabahasa

(i) Rumus Ayat Suruhan

(Subjek)

Predikat

(Objek) (Ajung)

Kamu tutup pintu itu.Tutup pintu itu.Tutup!

(ii) Rumus Ayat LaranganKata Larangan

(Subjek) Predikat (Objek)

(Ajung)

Jangan kamu abaikan pelajaran

mu itu.

Jangan pergi.

Tak usah susah-susah.

Usah kamu tanyakan lagi

hal itu.

(iii) Rumus Ayat Silaan

Kata Silaan

Predikat (Objek) (Ajung)

Sila masuk ke dalam.

Silalah masuk ke dalam.

Jemput makan.

Jemputlah makan kuih ini.

(iv) Rumus Ayat PermintaanKata Permintaan

Predikat (Objek) (Ajung)

Tolong buka pintu itu.

Tolong perlahankan radio Itu.

Minta kamu semua bertenang.

Minta bertenang.

(v) Rumus Ayat Ajakan*Kata Ajakan

(Subjek) Predikat (Objek) (Ajung)

Mari kita pergi.

Mari minum.

Marilah beristirehat

dahulu.

(vi) Rumus Ayat Harapan*Kata Harapan

(Subjek)

Predikat (Objek)

(Ajung)

Moga-moga saya lulus.

Semoga mereka selamat.

Mudah-mudahan

kamu cepat sembuh.

Korpus

Korpus Kartun animasi ‘Budak Lapok’

Diceritakan semula oleh Pak Aziz Sattar dan Pak S. Shamsuddin

Sebuah hasil animasi oleh Red Pocket Animation Sebab memilih korpus

Terdapat pelbagai variasi ayat perintah dalam dialog animasi tersebut

Lebih menarik dan tidak membosankan Kajian yang belum pernah dikaji oleh orang lain

Budak Lapok

(i) Ayat Suruhan dalam KorpusBil.

(Subjek)

Predikat (Objek) (Ajung)

1. Lee sini.

2. Masukkan kepala tu.

3. Ajis masukkan kepala dalam kereta.

4. Jaga-jaga sikit tau.

5. Jagalah sikit kelakuan

itu.

(ii) Ayat Larangan dalam Korpus

Bil. Kata Larangan

(Subjek)

Predikat (Objek)

(Ajung)

1. Jangan lupa.

2. Jangan lupa tulis surat nanti.

3. Jangan terlalu percaya sangat

Si Sudin

ni.

(iii) Ayat Silaan dalam Korpus

Bil.

Kata Silaan Predikat

(Objek)

(Ajung)

(iv) Ayat Permintaan dalam KorpusBil. Kata

Permintaan

Predikat (Objek) (Ajung)

1. Tolong Mak ni angkat barang tu.

(v) Ayat Ajakan dalam KorpusBil. Kata

Ajakan(Subjek)

Predikat

(Objek)

(Ajung)

1. Mari-mari kawan-kawan.

2. Mari-mari tengok.

INTONASI AYAT PERINTAH

Intonasi Ayat Perintah Dalam ayat perintah, predikat lebih

dipentingkan daripada subjek Contoh:Masuk!sebenarnya terbit daripada ayat;Kamu masuk!

Intonasi Ayat Perintah Perkataan kamu, iaitu kata ganti nama diri

kedua, telah digugurkan dan meninggalkan predikat masuk.

Sebagai frasa predikat, masuk diucapkan dengan nada 2-3 seperti berikut:

Ma suk!2

3

Intonasi Ayat Perintah Ayat perintah “Masuk!” dianggap agak keras

dan untuk melembutkan ayat perintah itu, maka partikel –lah dapat disertakan;

Masuklah. Dalam ucapan, intonasi ayat ini ditandai

dengan tingkat nada 2-3-1;

Ma suk lah.2

3

1

Rumusan Tidak terdapat ayat perintah jenis ayat silaan

dalam korpus Terdapat kekerapan jenis ayat perintah

suruhan kerana korpus merupakan kartun animasi

Terima kasih.

top related