a.selatan grop
Post on 04-Jun-2018
246 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 A.selatan Grop
1/4
FAKTOR PENGERAKAN EKSPEDISI KE UTARA
Pengaruh Chiang Kai Shek
Dalam pengerakan espedisi ke Utara yang dilancarkan pada 9 julai 1926 Chiang Kai Shek
telah dilantik sebagai ketua angkatan tentera Kuomintang dimana angkatanya bermula
dilembah Yangtze dan diberi sambutan hangat diberikan kepada mereka.1Ekspedisi ini telah
mencapai kejayaan yang sangat cemerlang kerana tentera Chiang berjaya menewaskan
tentera panglima perang Wu Pei Fu, Sun Chuan Fang, Chang Chun Chang, Chang Tso Lin.
Kejayaan Chiang Kai Shek menawan bandar-bandar penting di kawasan tengah China seperti
Wuchang, Changsha, Yoochow, Tsunyang, dan Wuhan.2 Hal ini telah menambahkan
semangat dan keyakinan Chiang untuk terus berjuang bagi menghapuskan pengaruh komunis.
Keadaan sedemikian ditambah pula dengan sokongan teguh golongan kanan yang berdiri di
belakangnya dan beberapa pemimpin berhaluan kiri yang mulanya menentang beliau telah
memberi sokongan kepadanya. Contohnya Jeneral Tang Sheng Shih yang merupakan tentera
Wu Pei Fu telah menyertai Komuitang. Kejatuhan Wuchang pada September 1926 membawa
kekalahan yang teruk kepada Wu Pei Fu.3
Pada tahun 1928 selepas Chiang telah menyusun semula angkatanya dan kedudukan angkatan
tenteranya menjadi semakin kukuh apabila ramai hulubalang telah menyertainya.
4
Angkatankali ini telah mara didalam dua kelompok iatu dibawah pimpinan Yen Hsi Shan iatu gabenor
Shenshi yang telah menyertai Kuomintang yang bergerak dari Hanow dan menuju ke Peking.
Manakala kelompok kedua pula yang dipimpin oleh Chiang sendiri bergerak ke Peking
melalui Tsinan tetapi angkatan Chiang telah ditahan kerana Chang Tso Lin telah terbunuh.
Pembunuhan Chang Tso Lin adalah rancangan dari tentera Jepun untuk mengambil semula
kuasa mereka di Machuria.5Sementara itu, Chang Hsuen Liang iatu anak kepada Chang Tso
Lin telah menyingkirkan Chang agar menjauhkan diri dari pemimpin Kuomintang tetapi
Chang begitu marah kepada jepun terhadap apa yang dilakukan keatas ayahnya sehingga
beliau telah secara terang-terangan menentang Jepun dan dengan rasmi telah mengiktirafkan
1Ghazali Basri (1978). Sejarah China dan Jepun: Joginder Singh Jessy. Kuala Lumpur: Academe Art & printing
services Sdn. Bhd. hlm. 248.2Wolfram Eberhard (1977). A History of China. Berkeley and Los Angeles: University of California Press. hlm.
320.3
Ibid,hlm 3214Ibid,
5Wolfram Eberhard (1977). A History of China. hlm. 326.
-
8/13/2019 A.selatan Grop
2/4
kerajaan nasionalis.6Pada Oktober 1928 Chang telah diterima sebagai ahli Kuomintang dan
beliau diberi tempat didalam majlis negeri kerajaan Nanking. Pada penghujung tahun bendera
nasionalis telah berkibar dengan megahnya di Mukden. Hal ini menunjukkan seluruh negeri
telah disatukan dibawah pemerintahan Kuomintang yang diketuai oleh Chiang Kai Shek dan
ibu negaranya adalah Nangking. Manakala Peking atau ibu Negara di Utara dinamakan
sebagai Peiping iatu Keamanan di Utara.7
Ancaman Komunis terhadap KMT
Pada awalnya terjalinnya kerjasama yang erat diantara Kuomintang dan Russia pada
pemerintahan Dr Sun Yat Sen. Melalui kerjasama ini pihak Russia telah menggurkan segala
konsesi di China dan juga telah menghantar penasihat-penasihat ke Canton untuk membantu
menyusun semula parti Kuomintang.8Disamping itu akademi tentera juga telah ditubuhkan di
whampoa untuk diberikan latihan kepada pemimpin politik dan tentera tetapi perhubungan
persahabatan ini telah berubah setelah kematian Dr Sun Yat Sen pada bulan mac 1925.9Hal
ini menyebabkan parti Kuomintang telah berpecah kepada dua iatu golongan kiri dan
golongan kanan, golongan kiri adalah penyokong gerakan komunis dan golongan kanan pula
adalah penyokong Chiang Kai Shek.
Kebencian Chiang kepada golongan komunis semakin memuncak apabila golongan komunis
bertindak menentang dan cuba menyingkirkan Chiang dari golongan kanan daripada pakatan
bersama. Kegiatan komunis dalam usaha menyingkirkan Chiang dan golongan kanan giat
dijalankan di beberapa buah bandar seperti Wuhan, Hupeh, Hunan dan Kiangsi.10 Atas
pertimbangan tersebut Chiang merasakan kerjasama antara KMT dan PKC perlu ditamatkan.
Pada tahun 1927 telah mengambil keputusan untuk memisahkan partinya daripada puak
komunis. Sebagai tindakan Chiang adalah bertindak membunuh ramai pengikut komunis di
Shanghai 12 April 1927 yang dikenali peristiwa white terror.11Chiang kai shek juga telah
mengeluarkan arahan kepada semua jeneralnya untuk menghapuskan pengaruh komunis.
Contoh di Canton iatu jeneral Tang Yin Hua dengan mengeluarkan pengistiharan untuk
6Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: University Malaya. hlm 139.
7Wolfram Eberhard (1977). A History of China.hlm. 326.
8Suffian Mansor (2003). Tamadun China.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 187.
9
Wolfram Eberhard (1977). A History of China.hlm. 324.10ibid
11Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. hlm. 137.
-
8/13/2019 A.selatan Grop
3/4
menangkap semua pengikut komunis. Tindakan yang sama turut dijalankan oleh Chiang di
beberapa buah bandar lain seperti di Nangking, Hancow, Canton dan Foochow.12 Hal ini
sekaligus memberi tekanan kepada PKC dengan melancarkan gerakan untuk menumbangkan
Chiang Kai Shek. Contohnya, golongan komunis mula melancar strategi bagi melancarkan
pergerakan bawah tanah. Salah seorang yang terlibat dalam pergerakan tersebut ialah Soon
Ching Ling iaitu balu kepada Dr Sun Yat Sen.
Sokongan dari pengaruh Asing
Dalam usaha untuk merampas Nanking, askar Hulubalang telah membunuh beberapa orang
asing dan sebahagian daripada mereka dapat melarikan diri. Chiang Kai Shek, Li Zongren
dan ketua KMT yang lain dapat mengesan bahaya kuasa asing sekiranya mereka
campurtangan dan bertapak di Wuhan.13 Hal ini akan menimbulkan masalah kekacauan di
Bandar-bandar besar. Ekoran daripada itu pada 12 april 1927 parti Kuomintang telah
menyingkirkan semua komunis dalam partinya bermula di Shangai.14Tindakan ini dilakukan
Chiang Kai Shek mengarahkan puak-puak Wuhan supaya menhapuskan penasihat soviet dan
mengusir keluar komunis dari puak tersebut. Perkara ini adalah untuk melindungi KMT
daripada pengaruh komunis dan kedudukan KMT di Canton. Hal ini memperlihatkan Chiangsangat meragui Rusia dan menggangap kedatangan Rusia adalah untuk mengembangkan
pengaruh komunisnya.15
Manakala di Hankow pula keadaan telah berubah dimana penasihat dari Soviet dan
penyokong komunis tempatan telah mengemukakan beberapa langkah pemulihan tanah dan
menghakmilikkan kilang-kilang di Hankow.16 Salah seorang agen-agen Comintern telah
mengemukakan kepada pemimpin Kuomintang sepucuk telegram dan stelin telah menggesa
puak kiri dalam Kuomintang agar mengikut dasar Russia. Hal ini telah mendatangkan
kemarahan kepda pemimpin hankow dan mengarahkan penasihat Rusia balik ke negeri
12Ibid,
13Jonathan Fendy (2003). Generalissimo Chiang Kai Shek and the China He Lost, London: The Free Press. hlm
150.14
Ibid,15Jonathan Fendy (2003). Generalissimo Chiang Kai Shek and the China He Lost. hlm. 151
16Ghazali Basri (1978). Sejarah China dan Jepun: Joginder Singh Jessy, hlm. 251.
-
8/13/2019 A.selatan Grop
4/4
mereka dan rundingan Chiang dengan mereka telah diadakan. Pada tahun 1927 kerajaan
nasionalis China di Nangking berada ditangan Chiang Kai Shek.17
Sekitar tahun 1930 hingga 1934, keselamatan Soviet ini adalah tidak menentu.18 Hal ini
kerana chiang kai shek telah melancarkan lima gerakan perkepungan dan penghapusan keatas
komunis di kiangsi.19Empat kempen awal berlasung dari 19 disember hingga 29 april 1933
telah berjaya dipatahkan oleh pihak komunis. Kegagalan ini tela memberi keutungan kepada
komunis untuk merampas beribu-ribu senjata daripada tentera KMT dan menahan beribu
tentera KMT. Pihak KMT telah melakukan kempen kelima iatu dengan meminta batuan
daripada penasihat tentera Jerman iatu jeneral Hans Von Seeckt yang telah membawa seramai
700,000 tentera untuk mengepung kedudukan komunis.20Hal ini telah membawa kejayaan
kepada KMT dalam menawan kubu komunis. Akhirnya Moa Tze Tung mengambil keputusan
pada oktober 1934 untuk berundur dan mencari pengkalan tentera merah yang baru di
bahagian barat laut.
17Wolfram Eberhard (1977). A History of China.hlm. 326.
18
Allen S. Whiting (1968). Soviet Policies in China 1917-1924, Stanford: Stanford University Press. hlm. 9619. Ibid,
20Ibid,
top related