alat-alat muzik gamelan melayu.pptx

Post on 25-Dec-2015

232 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

GAMELAN

TRANSCRIPT

ALAT-ALAT MUZIK GAMELAN MELAYU

Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:

SARON(idiofon)3 jenis:

Saron demong

Saron pekingSaron penerus/barong

Saron terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.

Saron demong

Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron.

Saron barong

Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong.

Saron peking

mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring.

KENONG(idiofon)

• Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

• Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya

GONG(idiofon)

• Mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu.

• dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu.

GAMBANG(idiofon)

• Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator).

• Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap.

• Ia mengandungi beberapa oktaf yang dijadikan sebagai alat melodi.

• Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf, contohnya 1 dan i, 2 dan 2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang memainkan not kuaver.

• Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

BONANG(idiofon)

• Dikenali juga sebagai Keromong. • Diistilahkan sebagai gong yang

berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'.

• Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktaf yang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.

• Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Perancis.

• Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung".

• Cara memainkan bonang barong adalah dengan mengetuk bahagian tombol menggunakan pengetuk.

2 jenis bonang:

Bonang penerusBonang barong

BONANG PENERUS

• Bonang Penerus akan memainkan melodi seperti Bonang Barong. Bonang Penerus boleh juga dimainkan secara harmoni bersama Bonang Barong dengan cara membuat improvisasi irama dan melodi.

BONANG BARONG

• bonang barong digunakan untuk membuka lagu dan memainkan melodi.

GENDANG(membranofon)

• Berperanan sebagai penyokong irama.

• Gendang ibu dan gendang anak.

• Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan.

• Gendang adalah alat yang dimainkan untuk mengawal tempo lagu dan dipukul dengan menggunakan dua tapak tangan.

• menghasilkan suara mnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak‘ pada permukaan kecil

Susunan alat

top related