aktiviti kemahiran bertutur.docx

Post on 22-Dec-2015

234 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kepentingan kemahiran bertutur

Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,

pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan

intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk

bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Antara kepentingan kemahiran bertutur ialah:

a. Dapat meningkatkan penguasaan berbahasa

Pengusaan sesuatu bahasa atau mengusai bahasa merupakan suatu kemahiran yang

perlu dikuasai oleh sesorang murid. Melalui aktiviti yang dirancang, pengusaan

berbahasa akan dapat dikuasai oleh seseorang murid dengan lebih cepat. Contohnya

aktiviti bercerita, murid dapat menggunakan kemahiran berbahasa yang dikuasai untuk

menyampaikan sesuatu cerita itu dengan baik.

b. Meningkatkan kemahiran berbual atau pertuturan

Melalui kemahiran bertutur, seseorang murid dapat meningkatkan kemahiran bertutur

dengan melahirkan idea-idea yang menarik serta dapat menyatakan perasaan,

menyatakan kehendak dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, akan menjadikan seseorang

merasakan lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri. Contohnya, seorang guru

menggalakkan muridnya menjawab soalan secara spontan, menceritakan perihal diri,

keluarga, latarbelakang keluarga atau berlakon sesuatu watak dan sebagainya.

c. Menambah keyakinan pada diri sendiri.

Apabila seseorang itu bertutur dengan menggunakan bahasa yang teratur serta

gramatis, maka secara tidak langsung akan menjadikan seseorang penutur itu

mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Contohnya, seorang murid yang petah bertutur

akan dipilih oleh guru untuk menyertai pertandingan syarahan, pidato dan sebagainya

kerana kebiasaanya murid ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta mempunyai

daya ingatan yang kuat dan berani.

d. Menyatakan perasaan

Apabila seseorang murid itu bijak bertutur, sebenarnya mereka ingin menyatakan fikiran

mereka terhadap sesuatu perkara. Seorang murid biasanya akan menyatakan sesuatu

perasaan melalui percakapan mereka. Contohnya, seorang murid yang marah atau

sukakan sesuatu, maka murid tersebut akan terus menyatakan perasaan mereka melalui

pertuturan. Oleh itu, jelas bahawa melalui pertuturan juga sebenarnya adalah lahir

daripada perasaan sesorang.

e. Memberi dan menyampaikan sesuatu maklumat

Kepentingan bertutur juga sebagai pemberi maklumat. Melalui pertuturan yang baik

maka sesuatu maklumat akan tercapai maksudnya. Bagi seorang guru cara atau teknik

penyampaian yang baik akan lebih mudah difahami oleh murid. Oleh itu objektif

pengajaran lebih mudah dicapai kerana berlaku hubungan dua hala antara guru dan

murid. Penyampaian yang baik juga menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

baik.

f. Memujuk

Memujuk ialah suatu aktiviti kemahiran bertutur yang memerlukan kemahiran

berbahasa yang tinggi.Hal ini kerana bahasa pujukan mengandung ciri-ciri hiperbola

yang berperanan untuk meyakinkan pendengar.Dalam aktiviti ini,pelajar boleh diminta

berperanan sebagai jurujual dan mereka diminta mempromosikan barang jualan

mereka secara lisan.

g. Keseronokan

Bertutur menimbulkan keseronokan. Bertutur untuk menimbulkan keseronokan atau

santai merujuk kepada pertuturan menyebabkan pendengar seronok dan terhibur.

Fungsi pertuturan untuk menimbulkan keseronokan atau santai adalah tujuan

sampingan kepada peranan yang sebenar. Bertutur dapat beri kelebihan kepada pihak

penutur serta pendengar iaitu pendengar berupaya untuk memberi perhatian yang lebih

terhadap penutur yang dapat menghiburkan mereka. Melalui pertuturan ini, penutur

boleh memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan, nilai

murni melalui aktiviti bertutur.

h. Meningkatkan perbendaharaan kata dan kosa kata

Dengan pengusaan kemahiran pertuturan, secara tidak langsung ianya dapat

meningkatkan perbendaharaan kata dan kosa kata seseorang. Contohnya apabila

seseorang murid diminta oleh guru untuk membina ayat, biasanya murid yang

mempunyai kemahiran bertutur dengan baik dapat membina ayat yang lebih baik

berbanding dengan seorang murid yang tidak atau kurang menguasai kemahiran

bertutur. Murid yang menguasai kemahiran bertutur yang baik,biasanya mempunyai ciri-

ciri murid yang aktif.

top related