aedes

Post on 24-Dec-2015

35 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Aedes decease

TRANSCRIPT

Apa Itu Demam Denggi

• Disebabkan oleh virus Denggi yang disebar melalui gigitan nyamuk Aedes

• Virus dipindahkan dari seorang ke seorang yang lain melalui nyamuk yang infektif

• Tiada rawatan, ubat atau vaksin khusus• Boleh menyebabkan kematian• Pencegahan penyakit ini adalah dengan

menghapuskan tempat-tempat nyamuk Aedes membiak

Mengenali Nyamuk Aedes

• Nyamuk Aedes terbahagi kepada 2 spesis; Aedes aegypti dan Aedes albopictus– Ae. aegypti – Berehat di dalam rumah atau

tempat teduh dan sejuk– Ae. albopictus – berehat di kawasan luar rumah,

pada rumput dan semak

Aedes – abdomen (tubuh) dan kaki yang berbelang hitam dan putih

Saiz nyamuk Aedes

Aedes aegypti Aedes albopictus

Aedes aegypti Aedes albopictus

Aedes jantan Aedes betina

Kitaran Hidup Nyamuk

• Hanya nyamuk Aedes betina yang terlibat.• Mengigit / aktif pada awal pagi dan senja – waktu

persekolahan.• Berehat di dalam rumah dan bertelur di dalam bekas

semulajadi / artifisial yang mengandungi air bersih.• Butiran telur diletak secara berasingan di bawah

paras air.• Telur mampu menahan kekeringan sehingga tempoh

enam bulan.

• Aedes memerlukan lebih kurang tujuh hari untuk menetas menjadi dewasa.

• Nyamuk betina akan mulakan proses `mating’ dan menghisap darah selepas tempoh 48 jam.

• Mampu menghisap darah beberapa kali sebelum setiap pusingan bertelur.

• Mengambil masa 2 – 5 hari selepas menghisap darah untuk bertelur.

• Mampu bertelur di antara 60 – 100 biji telur pada setiap kali bertelur.

• Hidup di antara 20 –30 hari, dan mampu bertelur sehingga 6 kali di sepanjang tempoh hidupnya

• Bila nyamuk Aedes mengigit manusia yang mempunyai virus, ianya memerlukan tempoh pendam selama 8 – 10 hari untuk virus menggandakan diri di dalam kelenjar liur nyamuk tersebut

• Selepas itu, nyamuk tersebut akan menjadi infektif dan mampu menyebarkan virus kepada manusia lain.

• Jarak terbang – lebih kurang 200 meter

• Virus Denggi

Cara Jangkitan Demam Denggi

Mengenali Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

• Di sekolah;– Alas pasu bunga– Pam tandas– Kolam hiasan– Sampah yang menakung air– Pokok hiasan yang menakung air secara

semulajadi

• Di dalam rumah;– Kolah bilik mandi– Tempat simpanan air terbuka– Perangkap semut– Dulang peti sejuk– Bekan jambangan bunga– Alas pasu bunga– Kolam hiasan

• Di luar rumah;– Tayar terpakai– Tempurung kelapa– Botol– Tin kosong– Saluran air hujan tersumbat– Bekas styrofoam (polystrena)– Pokok berkelopak– Mangkuk tadahan susu getah

Tanda-tanda Demam Denggi

• Demam yang kuat mengejut• Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata• Sakit kepala• Ruam merah pada kulit• Hilang selera makan• Kekeringan bibir• Muntah• Sakit perut• Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi

top related