laporan kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes 2014

7
7 SK KUALA BARAM II, MIRI LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014 LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BARAM II MIRI, SARAWAK Pada 21 Julai 2014, Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II (SKKBII) telah mengadakan Kempen Cari dan Musnah Nyamuk Aedes bagi Tahun 2014. Kempen tersebut telah dimulakan dengan taklimat dan ceramah yang bertajuk Bahaya nyamuk Aedes oleh Puan Hajah Wan Aminah binti Haji Wan Dahili, Guru Besar SKKBII. Ceramah tersebut telah diadakan ketika perhimpunan mingguan sekolah dan dihadiri oleh semua murid Tahun Satu hingga Tahun Enam termasuk guru-guru SKKBII. Ceramah berlangsung selama kira-kira satu jam 30 minit bermula dari pukul 7.10 pagi. Perhimpunan mingguan sempena Kempen Cari dan Musnah Nyamuk Aedes 2014 Ceramah telah disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Wan Aminah binti Haji Wan Dahili.

Upload: farries-muhammad

Post on 26-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan sempena minggu basmi aedes

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

SK KUALA BARAM II, MIRI

LAPORAN KEMPEN CARI DAN MUSNAH NYAMUK AEDES 2014SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BARAM II

MIRI, SARAWAK

Pada 21 Julai 2014, Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II (SKKBII) telah mengadakan Kempen Cari dan Musnah Nyamuk Aedes bagi Tahun 2014. Kempen tersebut telah dimulakan dengan taklimat dan ceramah yang bertajuk Bahaya nyamuk Aedes oleh Puan Hajah Wan Aminah binti Haji Wan Dahili, Guru Besar SKKBII. Ceramah tersebut telah diadakan ketika perhimpunan mingguan sekolah dan dihadiri oleh semua murid Tahun Satu hingga Tahun Enam termasuk guru-guru SKKBII. Ceramah berlangsung selama kira-kira satu jam 30 minit bermula dari pukul 7.10 pagi.

Perhimpunan mingguan sempena Kempen Cari dan Musnah Nyamuk Aedes 2014

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Wan Aminah binti Haji Wan Dahili.

Page 2: Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

SK KUALA BARAM II, MIRI

Pada 22 Julai 2014 pula telah diadakan sesi tayangan video Bahaya Nyamuk Aedes “Tak Ambil Peduli, Maut Menanti”. Sesi tayangan video ini bertempat di Pusat Sumber SKKBII dan melibatkan semua murid SKKBII. Sesi tayangan video ini bermula pada pukul 7.10 pagi dan berlangsung secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid Tahun Satu sehinggalah kepada murid Tahun Enam. Sesi tayangan video ini berakhir pada kira-kira pukul 10.00 pagi. Tayangan video ini telah dikendalikan oleh Cikgu Abang Redzuan bin Juli dan Cikgu Muhammad Faris bin Mustafa.

Sesi tayangan video di Pusat Sumber SK Kuala Baram II

Page 3: Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

SK KUALA BARAM II, MIRI

Kempen Cari dan Musnah Nyamuk Aedes ini diteruskan dengan gotong-royong peringkat sekolah. Gotong-royong membersih kawasan sekolah telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 23 Julai 2014. Gotong royong yang melibatkan murid-murid Tahap Dua dan guru-guru SKKBII itu telah bermula pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 3.30 petang. Gotong-royong ini telah bermula dengan ucapan Puan Hajah Wan Aminah bin Haji Wan Dahili, Guru Besar SKKBII dan taklimat pembahagian kawasan oleh Cikgu Cecilia ak Francis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKKBII.

Murid-murid khusyuk mnonton video yang ditayangkan.

Page 4: Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

SK KUALA BARAM II, MIRI

Kawasan persekitaran sekolah telah dibahagi-bahagikan kepada murid-murid Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam sambil dibantu oleh guru-guru kelas masing-masing dan guru-guru lain. Kawasan persekitaran sekolah meliputi kawasan tapak perhimpunan, dewan terbuka, kantin, surau, kawasan hadapan sekolah dan tandas murid lelaki dan perempuan serta padang sekolah. Walaupun gotong-royong diadakan pada bulan puasa, murid-murid dan guru-guru sangat bersemangat dan telah menunjukkan sikap bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Murid Tahun Lima sedang membersihkan kawasan tandas murid lelaki.

Murid dan guru bekerjasama membersih longkang yang tersumbat.

Page 5: Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

SK KUALA BARAM II, MIRI

Selain itu, bagi merancakkan lagi kempen ini, Panitia Bahasa Melayu SKKBII telah menganjurkan pertandingan menulis karangan pada hari Khamis bersaman 24 Julai 2014. Pertandingan menulis karangan ini telah melibatkan murid-murid Tahun Enam. Karangan yang ditulis mesti berkisarkan mengenai bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi. Pertandingan menulis karangan ini diadakan di kelas masing-masing pada masa mata pelajaran Bahasa Melayu.

Guru-guru juga turut menyumbang tenaga dalam membersih dan menceriakan kawasan sekolah.

Page 6: Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

SK KUALA BARAM II, MIRI

Diharapkan kempen seperti ini dapat

Pertandingan Menulis Karangan Anjuran Panitia Bahasa Melayu.

Sebahagian murid Tahun Enam yang menyertai pertandingan menulis karangan ini.

Murid tekun menulis karangan.

Page 7: Laporan Kempen Membasmi Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 2014

SK KUALA BARAM II, MIRI

terus diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang agar maklumat berkaitan bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi dapat disampaikan kepada murid-murid sekolah khususnya murid-murid sekolah rendah. Mereka perlu didedahkan mengenai bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi seawal Tahun Satu supaya mereka memperoleh kefahaman yang jelas mengenai wabak ini.

Disediakan oleh: Tarikh: 5 Ogos 2014

(MUHAMMAD FARIS BIN MUSTAFA)Penyelaras Program Bersepadu Sekolah SihatSK Kuala Baram II, Miri