abstrak

Post on 02-Nov-2015

33 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

asctract

TRANSCRIPT

ABSTRAK

TAJUK: IMBANGAN AKAUN SEMASA DI MALAYSIA DARI TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2012 AKAUN DAGANGAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar pertumbuhan akaun dagangan dalam akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012 serta menganalisis arah aliran akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data sekunder yang boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Unit Perangkaan Ekonomi, buku-buku rujukan ekonomi dalam pasaran dan sebagainya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan peratusan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Kaedah ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai definisi, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Dalam kajian ini, penyelidik dapat mencari bahawa arah aliran imbangan akaun semasa dan kadar pertumbuhan yang tertinggi dan terendah berbanding daripada tahun 2005 hingga tahun 2012. Bagi arah aliran imbangan akaun semasa, peratusan perubahan akaun semasa yang tertinggi ialah 28.60% pada tahun 2008 manakala peratusan perubahan yang terendah ialah negatif 44.01% pada tahun 2012. Kadar pertumbuhan yang tertinggi ialah 30.23% pada tahun 2008 manakala kadar pertumbuhan yang terendah ialah negatif 17.62% pada tahun 2009. Peningkatan dan penurunan kadar pertumbuhan imbangan akaun dagangan adalah disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa seperti krisis kewangan Asia. Imbangan akaun semasa pada masa depan mungkin menurun lagi dan mungkin menjadi defisit manakala akaun dagangan akan semakin meningkat pada masa depan. Sebagai kesimpulannya, hasil daripada kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan penyelidik yang menjalankan kajian ini.

top related