abdullah presiden angkasa program jaringan...
Post on 26-Apr-2019
226 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN
BERSAMA YAKULT
3
Assalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarakatuh dan Salam
1Malaysia
Yang Berbahagia
Wakil daripada Syarikat Yakult
(Malaysia) Sdn Bhd
5
En. Ahmad Marzuki Ismail
Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan,
Kepimpinan dan Modal Insan
Koperasi & Sektor Pembangunan
Komuniti ANGKASA
6
Pengetua-Pengetua Sekolah
Negeri Selangor, Guru-guru
Koperasi, Tuan-Tuan dan Puan-
puan Yang Saya Hormati Sekalian.
7
1. Pertamanya saya ingin
memanjatkan rasa syukur ke hadrat
Allah S.W.T kerana atas limpah dan
kurniaNya kita dapat bersama-
sama berhimpun bagi menghadiri
Program Jaringan Perniagaan
Bersama Yakult ini.
8
2. Saya juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada
Syarikat Yakult (Malaysia) Sdn Bhd
kerana sudi bekerjasama dengan
ANGKASA dan seterusnya Koperasi
Sekolah dalam mengembangkan
bidang perniagaan koperasi
melalui jualan produk Yakult.
9
3. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada tuan-
tuan dan puan-puan kerana dapat
meluangkan masa untuk
menghadiri program ini seterusnya
sudi mengambil peluang untuk
memasarkan produk Yakult bagi
mempelbagaikan perniagaan
10
koperasi dan meningkatkan
perolehan koperasi sekolah.
4. Seperti yang tuan-tuan dan
puan-puan sedia maklum, koperasi
sekolah pada masa kini telah
melangkah ke hadapan seiring
dengan koperasi dewasa dalam
11
aspek pentadbiran dan
pengurusan mahupun perniagaan.
5. Pelbagai jenis peluang
perniagaan yang telah diceburi
oleh koperasi sekolah iaitu
peruncitan, pelancongan,
12
pertanian, perkhidmatan dan
sebagainya.
6. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) pada 30
Jun 2016, jumlah koperasi sekolah
negeri Selangor yang memperoleh
13
keuntungan adalah 248 buah
daripada 267 buah koperasi
sekolah. Jumlah perolehan koperasi
sekolah negeri Selangor adalah
sebanyak RM34,812,406.00.
7. Ini jelas menunjukkan bahawa
koperasi sekolah negeri Selangor
14
berkembang maju dalam aktiviti
perniagaan dan mampu bersaing
dengan koperasi dewasa mahupun
syarikat-syarikat luar.
Hadirin dan Hadirat Yang Dihormati
Sekalian.
15
8. Gerakan koperasi sekolah
sememangnya diiktiraf sebagai
salah satu aktiviti kokurikulum yang
terpenting di sekolah-sekolah,
sejajar dengan pengiktirafan
kegiatan kokurikulum sebagaimana
yang telah dinyatakan dalam
dokumen rasmi kerajaan seperti
16
Akta Pelajaran 1961, Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran , dan
Falsafah Pendidikan Negara.
9. Oleh yang demikian, koperasi
sekolah sememangnya digalakkan
untuk mengambil peluang
17
daripada program-program
ANGKASA sebagai salah satu
kegiatan kokurikulum di koperasi
sekolah masing-masing.
10. Ini secara tidak langsung
berupaya mengembangkan
potensi diri pelajar secara
18
menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selain
memupuk pemikiran positif agar
sentiasa bekerjasama, prihatin dan
bertanggungjawab selaras dengan
19
kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
11. Kewujudan koperasi di sekolah
sememangnya merupakan salah
satu agenda Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Setiap
sekolah digalakkan menubuhkan
20
koperasi dan sekaligus menjadi ahli
ANGKASA. ANGKASA sentiasa
memberikan perhatian kepada
gerakan koperasi sekolah dengan
pelbagai program yang memberi
manfaat kepada koperasi sekolah.
21
12. Dengan gabungan dan jalinan
yang terbentuk di antara
Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK)
bersama-sama ANGKASA dan
koperasi sekolah, pelbagai program
22
pembangunan dapat dirangka
bagi manfaat bersama.
Hadirin dan Hadirat Sekalian
13. Bagi mengembangkan gerakan
koperasi sekolah, ANGKASA
mempelawa koperasi-koperasi
23
sekolah agar terlibat dalam
perniagaan runcit. Saya percaya
bahawa setiap koperasi sekolah
mempunyai kedai koperasi dan ini
adalah peluang terbaik untuk
mempelbagaikan produk jualan di
kedai koperasi. Sehingga tahun
2017, sebanyak 138 buah koperasi
24
sekolah yang telah berjaya
menubuhkan Coop-Mart.
14. Untuk makluman tuan-tuan dan
puan-puan, lebih daripada 20 buah
koperasi sekolah seluruh Malaysia
telah berjaya menubuhkan Kiosk di
perkarangan sekolah masing-
25
masing melalui bimbingan
daripada ANGKASA. Dengan
adanya Kiosk ini perbagai jenis
perniagaan dapat dijalankan oleh
koperasi sekolah disamping
memberi kemudahan kepada
warga sekolah khususnya anggota
koperasi.
26
15. Akhir kata, diharapkan dengan
adanya program seperti ini koperasi
sekolah dapat mengembangkan
bidang perniagaan koperasi
masing-masing bagi meningkatkan
perolehan koperasi seterusnya
memupuk budaya keusahawanan
di kalangan murid-murid sekolah.
27
16. Dengan lafaz
Bismillahirahmanirrahim, saya
merasmikan Program Jaringan
Perniagaan Bersama Yakult ini.
Sekian, wabillah Hitaufik
Walhidayah
top related