92191311-interaksi-antara-tamadun.pptx

Post on 05-Feb-2016

18 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

INTERAKSI

• Kamus dewan: tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak

• Hubungan aktif yang saling bertindakbalas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain – dipengaruhi oleh agama, pegangan, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial.

FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Kepimpinan• Peranan golongan agamawan• Geografi• Perkahwinan• Perdagangan • Misi politik

Kepimpinan• Jika pemimpin atau raja bersikap adil dan

toleran – interaksi akan berlaku dalam aman atau sebaliknya

• Pemimpin yang toleransi– Nabi Muhammad SAW – tidak menyekat orang

yahudi dan kristian di madinah sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.

• Pemimpin yang tidak toleransi– Sultan Shamsudin Altamish (india) – bertindak

keras terhadap penganut hindu.

Sikap Golongan Agamawan

• Sami, Paderi, dan Alim Ulama• Berusaha mewujudkan suasana harmoni dan

menekankan sikap keinsafan• Contoh sikap dan akhlak mulia yang

ditonjolkan – memudahkan interaksi dan islamisasi berlaku.

• Sikap golongan agamawan yang mencetuskan konflik - ramai sami dan penganut buddha ditangkap dan dipenjarakan (Dinasti Han)

Geografi • Bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan –

faktor penting• Contoh

– Cina – 2 laluan penting : jalan sutera darat dan jalan laut– Pelabuhan melaka – kedudukan yang stratergik – terlindung

dari angin monsun

Perkahwinan • Contoh

– pedagang arab dengan penduduk tempatan– Perkahwinan berlaku sementara menunggu angin monsun berlalu– Berlaku proses Islamisasi

Perdagangan

• Contoh– Hubungan perdagangan antara Arab dan China

berlaku sejak 3M– Interaksi antara Asia Tenggara dengan negara Arab– Interaksi antara Asia Tenggara dangan tamadun

India- kitab Ramayana Suvarnadvipa (semenanjung emas) dan Suvarnabhumi (bumi emas).

Misi Politik

• Mengalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni

• Contoh– Hubungan diplomatik antara Tanah Melayu

dengan China – melaka telah membuat hubungan diplomatik dengan China pada 1404. melindungi melaka dari ancaman Siam.

NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN

• Semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian

• Menekankan aspek kemanusiaan• Mementingkan institusi kekeluargaan• Beretika dalam aspek kehidupan• Kepimpinan yang berteraskan keadilan dan

kebijaksanaan• Menghargai alam sekitar

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PELBAGAI TAMADUN

• Teologi• Etika– Pendidikan– Ekonomi– Keluarga– Komuniti– Alam sekitar– Kesihatan

• Politik dan kerajaan• Institusi keagamaan

Teologi

• Persamaan– Semua agama menekankan konsep ketuhanan

kecuali buddha yang menekankan konsep moral dan etika.

– Mempunyai doktrin dan amalan tertentu – islam = solat, puasa dsb

– Aspek-aspek tertentu seperti kehidupan selepas mati dan pembalasan akhirat

– Konsep buddhisme dan hinduisme seperti kelahiran semula dan karma

• Perbezaan– Manifestasi ketuhanan berbeza – islam (konsep

tauhid), kristian(trinity), hindu(trimurti)– Hindu dan buddisme – konsep penjelmaan semula– Manifestasi konsep kenabian, amalan dan konsep

hari pembalasan yang berbeza

Etika

• Pendidikan– Persamaan• Sebagai pembentuk peribadi• Merupakan sesuatu yang mulia

– Perbezaan• Cara transformasi dan elemen yang diutamakan – islam

(tauhid), buddha dan hindu (sifat dan proses mencari diri sendiri)

• Ekonomi– Persamaan• Kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks moral

semesta– Buddha –ajaran jalan lapan lapis mulia– Islam – konsep halal haram berhubung rapat dengan akhlak– Tamadun china – falsafah konfusianisme memberi perhatia

kepada petani dan memandang rendah kepada pedagang kerana sentiasa terlibat dengan penipuan

– Tamadun eropah – zaman pertengahan dipengaruh ajaran kristian seperti larangan riba, rasuah, penipuan dll

– Perbezaan• Perbezaan pada kadar ekonomi dan bilangan penipuan

dan rasuah

• Keluarga– Tamadun china

• Kasih sayang mewujudkan ketenteraman dan keharmonian (ajaran Confucius)

• 3 dari konsep wu lan (lima hubungan) ialah hubungan bapa-anak, abang-adik, dan suami-isteri.

• Kesetian anak kepada bapa, rakyat terhadap maharaja, amalan menyembah nenek moyang

– Tamadun islam• Hubungan anak dan ibu bapa berasaskan tangungjawab.

Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang digariskan dalam islam

• Keredhaan ibu bapa kunci keredhaan Allah• Kriteria memilih pasangan ditetapkan untuk keharmonian

rumah tangga

– Tamadun india• Keluarga merupakan unit terpenting• Pembianaan keluarga bermatlamat membuat sokongan

fizikal dan rohani disamping penerus zuriat• Mementingkan ikatan kasih sayang

• Komuniti– Tamadun islam• Wujud hubungan berasaskan ikatan kerabat, agama,

dan kemanusiaan• Konsep ummah melampaui batas bangsa, warna kulit

atau geografi• Menekankan kasih sayang dan tolak ansur dalam

persaudaraan• Peranan dan fungsi wanita diletakkan sesuai dengan

fitrah dan sifat semula jadi wanita (barat = wanita sama taraf dengan lelaki)• Mengiktiraf kedudukan wanita (pemilikan harta,

mencari ilmu), tiada perbezaan kecuali takwa.

– Tamadun china• Dipengaruhi sistem kekeluargaan cina = kuasa

berasaskan lelaki dan bapa• Sistem kekeluargaan berasaskan hubungan darah• Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan dan

kemahiran

– Tamadun india• Berasaskan sistem kasta yang rigid yang diwarisi oleh

nenek moyang• Sistem kasta mempengaruhi bidang ekonomi, politik,

sosial dan perundangan• Hubungan sesema angota komuniti ditekankan oleh

konsep dharma

• Alam sekitar– Persamaan• Anugerah tuhan• Manusia sebagai penjaga• Memelihara alam sekitar = mengunakan anugerah

Tuhan secara bertanggungjawab

– Perbezaan• Menyembah alam sekitar

• Kesihatan– Persamaan• Dipengaruhi oleh alam sekitar

– Perbezaan• Rawatan penyakit• Mengubati penyakit = memulihkan proses

keseimbangan pesakit

Politik dan kerajaan

• Tamadun islam– Politik dan agama tidak boleh dipisahkan– Prinsip pemerintahan – keadilan,kesederhanaan,

dll.• Tamadun awal melayu– Kesetiaan terhadap raja, tidak boleh diderhakai

• Tamadun china– Ajaran confusius memberi panduan dalam

hubungan antara pemerintah dengan rakyat– Raja perlu baik moralnya– Tidak dibenarkan menentang raja yang tidak

bermoral tetapi akan ditarik oleh Tien (maha agung) melalui pelbagai bala.

Institusi keagamaan

• Berperanan sebagai pusat agama, sosial, ekonomi, politik dan pendidikan

• Contoh– Tamadun islam – masjid - pusat ibadah, ekonomi,

pentadbiran ilmu dan sosial– Tamadun barat – gereja – pusat ibadah, sosial dan

ilmu– Tamadun hindu dan buddha – kuil – pusat

pendidikan

INTERAKSI TAMADUN DALAM SEJARAH

• Tamadun India dan Tamadun Cina• Tamadun Melayu dan India• Tamadun Melayu dan Tamadun Cina• Tamadun Eropah dan tamadun lain• Tamadun Cina dan Tamadun Jepun

Tamadun India dan China• Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan

perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. • Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang -

saluran interaksi • Selain daripada barang dagangan, agama Buddha

merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China• Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di

antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

kesan

• Penyebaran Agama Buddha– Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi– Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami

ajaran – Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin

Daoisme & Konfusianisme – Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha

(bahasa Sanskrit & Pali)– Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi

(Tripitaka)

• Sains dan Teknologi– Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan

letupan, percetakan & kompas – Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi

penghormatan yang tinggi di India– Dari India - teknologi India menghasilkan gula

daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru

– Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

• Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian– Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik

ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme

– Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.

– Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou

Tamadun Melayu dan India

• Bermula seawal abad ke-3 SM• Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg

“Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)• Tujuan utama kedatangan para pedagang dari

India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas• Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi

kpd Tanah Melayu

kesan

• Penyebaran Agama– Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan

menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.

– Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

• Sistem Pemerintahan– konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang

bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan

– Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja

– Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

• Struktur Masyarakat– Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis

dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa.

– Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu

• Adat resam dan Budaya– Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan

seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera

– Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi,

– Masyarakat ‘India Chittyan’ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

• Bahasa– Pengaruh bahasa Sanskit – Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu

Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu

– Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit

– Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)

Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila

Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka

• Kesusasteraan– Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana &

Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana

– Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma

– Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos

– Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

Tamadun Melayu dan Cina• Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin

hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China

• Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M

• Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh

• Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China

• Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.

• Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan”

• Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese

kesan

• Penyebaran Agama – Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya

dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan

– Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

• Warisan Cina Peranakan – Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. – Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh

kebudayaan Melayu. – Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien – Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan

menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan – Pakaian kebaya dan kain sarong

• Kebudayaan – Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik

perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.

– Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

• Perubatan dan Teknologi– Rawatan akupuntur dan herba bertujuan

menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’– Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi

1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.

– Teh Cina ataupun ‘green tea’ – Teknologi - perlombongan, pertanian dan

pertukangan – Teknologi baru seperti penghasilan barangan

termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

Tamadun Eropah dan tamadun lain• Perkataan Eropah berasal daripada Europe – berhubung kait

dengan lagenda.• Europa – anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari

ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete

• Konotasi – dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete – memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

• Tamadun EropahEmpat zaman yang nyata tamadun Eropah:1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)3)Zaman Penguasaan Yunani ō Iskandar Zulkarnain4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik

• Zaman Pertengahan : Awal (476 m)– Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang

Gasar Charlemagne.– Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat

• Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)– Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.

• Zaman Awal Moden (1500 m)– Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti ō Revolusi Sains.

• Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).• Zaman penyerlahan – revolusi Perancis 1789.• Revolusi Perindustrian England 1780an.

Tamadun China dan Jepun

• Berlaku secara aman.• Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun

Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.

• Dari segi agama dan tulisan– agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun

Jepun. (Agama Shinto)– Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan

tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)

• Perkembangan intelektual dan kesusasteraan– Upacara seperti upacara minum teh dan seni

taman. – Struktur pembinaan bandar.– Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan

kepada institusi keluarga.– Konsep mandat dari Syurga telah

memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.

– Sistem pemerintahan berpusat

RUJUKAN

top related