7.3 daya geseran

Post on 19-Jun-2015

1.612 Views

Category:

Education

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Sains Tingkatan 2 Bab 7 Dinamik 7.3 Daya geseran

TRANSCRIPT

7.3 Daya Geseran

Disediakan oleh:Cikgu Ong

SMK Rantau

Daya Geseran

1. Daya geseran ialah daya yang menentang, menghentikan, dan menghalang gerakan sesuatu objek.

2. Daya geseran juga mencegah sesuatu objek yang bergerak daripada tergelincir.

3. Kadangkala, geseran merupakan suatu gangguan dalam kehidupan harian kita, tetapi tanpa daya geseran kita akan menghadapi masalah.

Ciri daya geseran

1. Daya geseran ialah suatu kuantiti vektor. 2. Ini bermaksud daya geseran bertindak pada arah

tertentu dengan magnitud yang dapat diukur.3. Daya geseran bertindak ke arah yang bertentangan

dengan arah pergerakan.

4. Daya geseran mengurangkan daya tindakan yang menyebabkan pergerakan.

5. Oleh itu, untuk menggerakkan sesuatu objek, daya tindakan mestilah lebih besar daripada daya geseran.

Arah pergerakan

Daya geseran

Arah pergerakan

Daya geseran

Daya geseran bertindak ke arah yang

bertentangan dengan arah pergerakan.

Daya geseran bertindak ke arah yang

bertentangan dengan arah pergerakan.

Arah pergerakan

Daya geseran

Arah pergerakan

Daya geseran?

A B

Daya geseran?

Menyukat magnitud daya geseran

Tujuan: Mengukur magnitud daya geseran dengan menggunakan neraca spring

Bahan: Bongkah kayu dan benang Radas: Neraca spring

Prosedur:1. Ikat benang pada sebuah bongkah kayu dan

pasangkan dengan neraca spring.2. Tarik bongkah kayu di atas meja itu perlahan-lahan

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.15.3. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila

bongkah kayu mula bergerak.

Rajah 7.15

Bacaan daya pada neraca spring apabila bongkah kayu mula bergerak

Daya geseran

=

=

________ N

________ N

Mengkaji kesan jenis permukaan terhadap magnitud daya geseran

Tujuan: Menunjukkan permukaan yang berbeza mempengaruhi magnitud daya geseran

Pernyataan masalah: Bagaimanakah jenis permukaan yang berbeza mempengaruhi magnitud daya geseran?

Hipotesis: Semakin kasar permukaan-permukaan yang bersentuhan, semakin besar daya geseran

Pemboleh ubah: i) yang dimanipulasikan: Jenis permukaan yang berlainan ii) yang bergerak balas: Magnitud daya geseran iii) yang dimalarkan: Jenis dan saiz bongkah kayu

Bahan: Meja, lantai, kepingan kaca, permaidani, kertas pasir, benang, dan bongkah kayu

Radas: Neraca spring

Prosedur:

1. Ikatkan benang pada sebuah bongkah kayu.2. Gunakan neraca spring dan tarik bongkah kayu di atas

permukaan meja itu secara perlahan-lahan.3. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila

bongkah kayu itu mula bergerak.4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan menarik bongkah kayu

pada permukaan lantai, kepingan kaca, kertas pasir, dan permaidani.

Keputusan:

Jenis permukaan Magnitud daya geseran (N)

Meja

Lantai

Kertas pasir

Permaidani

Kepingan kaca

Kesimpulan:Permukaan yang lebih kasar menghasilkan daya geseran yang lebih besar.

Kebaikan dan keburukan geseran

1. Geseran memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.

2. Sebagai contohnya, geseran membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir.

3. Geseran juga mendatangkan gangguan dan masalah kepada kita.

4. Sebagai contohnya, geseran melambatkan pergerakan, mengurangkan kecekapan mesin, menghauskan permukaan alatan, dan menghasilkan haba serta bunyi.

Dapatkah anda terangkan kebaikan dan keburukan geseran dalam setiap situasi?

Cara untuk meningkatkan dan mengurangkan geseran

1. Geseran membawa manfaat dan juga kerugian kepada manusia.

2. Sebagai contoh, brek kenderaan menggunakan geseran untuk melambatkan dan menghentikan pergerakan.

3. Sebaliknya, minyak pelincir digunakan untuk mengurangkan geseran.

Aktiviti: Mengkaji kaedah untuk meningkatkan dan mengurangkan geseran

Tujuan: Menunjukkan kaedah untuk meningkatkan geseran dan mengurangkan geseran

A Meningkatkan geseranBahan: Bongkah kayu biasa, bongkah kayu yang sama

saiz dengan satu permukaan kasar, bongkah kayu yang sama saiz tetapi lebih berat, dan benang

Radas: Neraca spring

Prosedur:1. Gunakan neraca spring dan tarik sebuah bongkah kayu

secara perlahan-lahan di atas permukaan meja.2. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila

bongkah kayu itu mula bergerak.3. Ulangi aktiviti ini dengan menarik sebuah

(a) bongkah kayu dengan satu permukaan kasar yang bersentuhan dengan meja.

(b) bongkah kayu berpermukaan kasar itu di atas lantai kasar.

(c) bongkah kayu yang berat di atas meja.4. Catatkan daya geseran bagi setiap permukaan itu di

dalam jadual.

Soalan:1. Berdasarkan aktiviti ini, cadangkan dua cara untuk

meningkatkan geseran.

2. Bagaimanakah hasil aktiviti ini dapat digunakan dalam kehidupan harian anda?

B Mengurangkan geseranTujuan: Menunjukkan kaedah untuk mengurangkan

geseranBahan: Bongkah kayu, benang, dulang, cermin, beberapa

rod kayu, papan beroda, manik, dan minyak masak

Radas: Neraca spring

Prosedur:1. Lakukan aktiviti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.18.2. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila

bongkah kayu mula bergerak.

(a) Tarik bongkah kayu di atos permukaan meja

(b) Tarik bongkah kayu di atos permukaan cermin

(c) Tarik bongkah kayu di atas rod kayu

(d) Tarik bongkah kayu yang berada di atas papan beroda

(e) Tarik bongkah kayu di atas permukaan berminyak

(f) Tarik bongkah kayu di atas permukaan yang ditaburkan manik

Rajah 7.18

Keputusan:

Keadaan Magnitud daya geseran(N)

(a) Permukaan meja

(b) Permukaan cermin

(c) Rod kayu

(d) Papan beroda

(e) Permukaan berminyak

(f) Permukaan bermanik

Kesimpulan:

Apakah cara lain yang dapat meningkatkan atau mengurangkan geseran?

Cara-cara untuk meningkatkan geseran

1. Corak pada tayar kereta menambahkan geseran supaya kereta tidak tergelincir.

Tayar yang manakah lebih selamat? Kenapa?

2. Pemegang raket dilapik dengan balutan kulit untuk menambahkan genggaman.

Hendal yang manakah lebih senang ditunggang?(banding jenis permukaan, bukannya reka bentuk)

3. Permukaan lesung batu adalah kasar untuk menghancurkan rempah-ratus dengan berkesan.

Cara-cara lain untuk menambahkan geseran

Cara-cara untuk mengurangkan geseran

1. Troli dipasang dengan roda untuk melancarkan gerakan selepas dimuat dengan beban yang berat.

2. Rod logam yang berputar mengurangkan geseran semasa menolak bagasi di lapangan terbang.

3. Pengguling kecil atau bebola dipasang mengeliling gandar supaya roda dapat berpusing dengan mudah.

4. Minyak pelincir atau gris digunakan untuk mengurangkan geseran pada bahagian-bahagian mesin yang bergerak.

5. Kapal terbang yang bergerak pantas mempunyai bentuk aerodinamik. Bentuk ini mengurangkan geseran udara semasa gerakan.

Bentuk aerodinamik

6. Hoverkraf bergerak secara terapung di permukaan air. Lapisan udara mengurangkan geseran dan membolehkan hoverkraf bergerak pantas.

top related