6 bentuk komunikasi di khalayak
Post on 24-May-2015
3.967 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN A
BENTUK KOMUNIKASI DI KHALAYAK
JABATAN PENGAJIAN UMUM
Khairul Azlan TaibBSc .(hons) UiTM
BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI DI KHALAYAK
Pidato/Syarahan Perbahasan Forum Ucapan Temuramah Pengacaraan majlis Taklimat Pengendalian mesyuarat Ulasan dan komentar
PIDATO/SYARAHAN
Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan
penyediaan teks pidato / syarahan
Pembuka Kata Isi atau amanat
Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.
Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.
Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.
Penutup Isi/ amanat Penutup
Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi.
merupakan bahagian yang terakhir.
Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.
ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENYAMPAIAN SYARAHAN YANG BERKESAN
Kelancaran berkeyakinan tinggi terhadap diri dan
pengetahuan yang sedia ada. Elak menggunakan wacana seperti ‘eh’, ‘em’ atau
‘ya’. Sampaikan syarahan mengikut tempoh
sederhana, elakkan terlalu laju atau perlahan.
Nada dan Intonasi Suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan
dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya:
nada tinggi dan bersemangat : apabila hendak menarik minat atau perhatian
Nada perlahan : apabila hendak merayu dan meminta simpati
Nada sederhana tetapi mesra : apabila memujuk Nada propaganda : apabila hendak mempengaruhi
pendengar Nada tinggi dan lantang : apabila hendak
membakar emosi pendengar
Kecekapan Berbahasa
Syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik:
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam
syarahan untuk menarik minat audien. Contohnya pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan juga perumpamaan.
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik minat.
Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.
Gaya Penyampaian Gerak tangan, mata dan badan hendaklah
diselaraskan untuk menekankan fakta. Jangan kaku atau beraksi berlebihan. Mimik muka ikut penekanan suara iaitu senyum
apabila gembira, sedih apabila gundah, marah apabila emosi tinggi.
Pandang tepat ke arah audiens untuk mewujudkan ‘eye contact’ yang sesuai.
Selitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan tunjukkan wajah yang terlalu serius.
Pakaian kemas dan sesuai dengan majlis.
PERBAHASAN Syarat-syarat perbahasan:
Setiap pasukan terdiri daripada 3 org peserta utama (seorang ketua & 2 orang pembantu) & seorang simpanan.
Peserta pertama diberikan masa selama 7 minit. Peserta kedua dan ketiga diberikan masa selama 6 minit. Penggulung diberikan masa selama 7 minit. Penggulung ialah peserta pertama bagi setiap pasukan. 1 minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan
dibunyikan sekali. a/bila masa sudah tamat loceng akan dibunyikan 2 kali. Markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang disampaikan oleh pembahas setelah loceng penamat dibunyikan.
Pembahas tidak dibenarkan mengkritikan peribadi pihak lawan, orang tertentu, agama dan kebudayaan sesuatu kaum tertentu serta mengemukakan isu2 sensitif. Markah akan ditolak sekiranya pembahas melanggar peraturan ini.
Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan2 tersebut. Sekiranya pembahas tidak menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak menghentikan perbahasan pembahas itu.
Jika berlaku gangguan ke atas pembahas seperti pitam, pengerusi boleh menangguhkan perbahasan selama 5 minit. Selapas tempoh tersebut dan di dapati peserta masih tidak dapat meneruskan, peserta simpanan akan dibenarkan untuk menggantikan tempat peserta tersebut. Markah peserta simpanan akan diambil kira.
Ciri-ciri Pembahas Terbaik Keilmuan
Memahami tajuk dgn jelas- isi, fakta, contoh dan bukti perlu dikuasai
Analisis tajuk dengan teliti
Kecekapan Berbahasa disarankan supaya dpt menguasai tatabahasa dgn baik Mahir menggunakan bahasa yang bertatasusila spy dpt
menyampaikan maksud dengan jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak
mengelirukan.
Gaya Penyampaian Lancar semasa berhujah Kesesuaian nada dan intonasi dititikberatkan Kawal emosi dan pandai sesuaikan mimik muka serta
gerak lakunya dgn keadaan.
PENYEDIAAN TEKS
Persiapan rapi- persediaan sblum memulakan ucapan.- kecekapan berbahasa dalam bahasa yg digunakan.- pengetahuan yg mendalam.- Sikap suka bertanya, suka mendengar, berfikiran kritis.
Mencungkil maklumat- Peter drucker:
“Maklumat adalah kuasa. Setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memperoleh kerana maklumat adalah alat utama bagi melakukan segala2nya”.
- Pembahas perlu mencari hujah2 yg menyakinkan para pendengar.
Memancing pendengar- ucapan dimulakan dengan ungkapan2 yg dapat
menarik perasaan dan hati para khalayak.- fokus “siapa yg akan hadir”
Mengadun maklumat- mengumpul maklumat, data dan statistik.- hubungkaitkan maklumat2 itu.
Menfokuskan kepada tema- penting, tidak lari daripada tema, masa, dan juga
khalayak.- mencari beberapa maklumat daripada pelbagai
sumber.
Mendapatkan apresiasi dengan tepukan gemuruh
- satu penghargaan daripada pendengar.- perlu bersedia dengan statistik, anekdot,
contoh, perbandingan dan retorik.- jangan ambil contoh, statistik yg salah
dengan tema ucapan.- contohnya:
Tema: penagih dadah di Malaysia. ( perlu dapatkan statistik teperinci dari KKM)
Statistik dan Anekdot- data yg sebenar (bil/peratus dan tinggi/rendah)- sec tidak langsung meningkatkan kepercayaan pendengar.- anekdot merupakan cerita @ peristiwa yg digunakan utk mengukuhkan lg ucapan.
Contoh dan Perbandingan- kita perlu memberi contoh yang boleh menyentuh perasaan dan
lebih kepada perubahan positif.
Bermain dengan Retorik- retorik ialah ungkapan2 yg diulang2, ditekankan maksud yg
hendak serta dp menaikkan semangat khalayak yg mendengar.- Contohnya:
- ketika kempen pilihanraya- perhimpunan “sempena peperiksaan yg bakal dihadapi pelajar”
FORUM Sebuah majlis perbincangan mengenai sesuatu
perkara dan persoalan. Khalayak bertukar2 pendapat dengan penceramah. Dikawali oleh seorang fasilitator. Lazimnya terdapat 3 atau 4 penceramah.. Bentuk-bentuk forum:
1. Forum Panel2. Forum Perbahasan3. Forum Temu Ramah4. Forum Kuliah5. Forum Simposium
Forum Panel 3-5 orang panel Tajuk diberikan terlebih dahulu untuk
membuat persediaan Semasa forum berlangsung, pengerusi
mengemukakan persoalan untuk memudahkan panel2 membentangkan pendapat mereka.
Akhir forum, pengerusi membuka majlis untku penonton menanyakan soalan/ pandangan.
Pengerusi membuat kesimpulan.
Forum Perbahasan 4 orang ahli panel. Tajuk bersifat kontroversial. Tajuk diberikan terlebih awal kepada panel
untuk membuat persediaan. Semasa forum, panel bergilir2 bentang
hujah mereka menerusi pengerusi forum.
Forum Temu Ramah Mirip kepada aktiviti menemuramah
seseorang tokoh. Biasanya pakar rujuk dijemput untuk
menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan melalui soalan2 yang dikemukakan oleh pengerusi.
Selepas itu, sesi soal jwb diadakan antara penonton dengan pakar.
Forum Kuliah
Seorang pakar dijemput untuk sampaikan kuliah
Selepas itu penonton akan berinteraksi sesama sendiri.
Forum Simposium
3 atau 4 orang ahli Setiap ahli diberikan tajuk untuk sediakan
kertas kerja. Selepas itu, bentang kertas kerja secara
bergilir-gilir. Pengerusi membuka majlis soal jawab.
Sekian….Terima Kasih!!!!
top related