2 tendangan dan hantaran

Post on 02-Jan-2016

220 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

.2 TENDANGAN DAN HANTARANKebiasaannya sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai teknik tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan dan membuat hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaring. Oleh itu, latihan teknik ini amat penting untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya.

2.2.1 Jenis-jenis TendanganTerdapat 3 jenis tendangan iaitu:

(a)     Tendangan leret;(b)     Tendangan tinggi; dan(c)     Tendangan voli (Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Seorang pemain sedang melakukan satu tendangan voli

Teknik Asas Menyepak

Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola (Rajah 2.5):

(a)     Untuk menggerakkan bola secara leret atau rendah, kaki hendaklah diletakkan di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak.

(b)     Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan pada bahagian bawah garisan tengah.

(c)     Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau menggerakkan bola (Rajah 2.6).

Rajah 2.5: Cara-cara membuat tendangan leret dan tinggi

 

Rajah 2.6: Bahagian kaki yang digunakan untuk membuat sepakan dan hantaran

Teknik berikut dapat membantu anda membuat tendangan dan hantaran yang tepat (rujuk Rajah 2.7):

(i)      Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret, tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke pintu gol.

(ii)     Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran rendah, hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol.

(iii)    Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola.

(iv)    Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran.

(v)     Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli.

(vi)    Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau lambung.

Rajah 2.7: Cara-cara membuat tendangan dan hantaran bola yang betul

Latihan Tendangan dan Hantaran Bola

Latihan-latihan berikut akan membantu anda memperbaiki tendangan anda:

Rajah 2.8: Latihan  tendangan leret 1

(a)    Latihan Tendangan Leret 1 (Rajah 2.8)

(i)     A-B (menggunakan kura-kura kaki)(ii)    B-C (menggunakan bahagian luar kaki)(iii)   C-A (menggunakan bahagian perut kaki)(iv)   (Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan hendaklah dijauhkan)

Rajah 2.9: Latihan  tendangan leret 2

(b)    Latihan Tendangan Leret 2 (Rajah 2.9)

Seperti dalam Latihan 1, seorang pemain bertindak sebagai pengumpan tetap.

Rajah 2.10: Latihan  menghantar bola

(c)    Latihan Menghantar Bola (Rajah 2.10)

Susunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengah bulatan menghantar bola kepada pemain yang lain. Pemain menggunakan semua bahagian kaki untuk membuat hantaran bola.

Rajah 2.11: Latihan menyepak dan menghantar bola

(d)   Latihan Menyepak dan Menghantar Bola (Rajah 2.11)

Pemain X menghantar bola kepada pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y akan menghantar semula bola kepada pemain X yang kedua untuk meneruskan latihan. Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.

Rajah 2.12: Latihan menjaring

(e)     Latihan Menjaring (Membuat Sepakan ke Pintu Gol) (Rajah 2.12)

Menyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi.

Rajah 2.13: Latihan menghantar bola

(f)     Latihan Menghantar Bola (Rajah 2.13)

Pemain X membawa bola dan apabila menghampiri garisan gol, tukar haluan dan buat tendangan ke arah salah seorang pemain Y.

2.2.2 Jenis Hantaran

Jenis-jenis hantaran seperti hantaran dinding, hantaran terus, hantaran segi empat dan hantaran zig-zig akan membolehkan anda membuat hantaran yang baik. Mari kita lihat ke empat-empat jenis hantaran ini:

(a)    Hantaran Dinding (Rajah 2.14)

Pemain Z bertindak sebagai dinding. Pemain X akan menghantar bola kepada pemain Z. Kemudian pemain Z akan menghantar bola sekali lagi kepada pemain X yang telah bergerak ke tempat lain X1. Latihan ini juga turut dilakukan dengan seorang pemain G yang bertindak sebagai penghalang.

Rajah 2.14: Hantaran dinding

(b)    Hantaran Terus/Sisip (Rajah 2.15)

Pemain Z menghantar bola terus ke depan untuk diterima oleh pemain X yang bergerak ke arah bola itu. Latihan dilanjutkan dengan pemain G sebagai pengawal yang cuba merebut bola.

Rajah 2.15: Hantaran terus

(c)    Hantaran Segi Empat (Rajah 2.16)

Latihan hantaran segi empat  di antara pemain X dan pemain Z dengan pemain G sebagai pengawal untuk merebut bola.

Rajah 2.16: Hantaran segi empat

(d)   Hantaran Zig-zag (Rajah 2.17)

Bola hendaklah dihantar  ke ruang di depan penerima secara berselang-seli.

Rajah 2.17: Hantaran secara zig-zag

top related