1.3 konsep asas nilai

Post on 20-Oct-2015

108 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Untuk pendidikan moral :)

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN MORAL

TOPIK 1: KONSEP ASAS MORAL

DISEDIAKAN OLEH : CHAI AI YUN

OPSYEN : PENDIDIKAN PEMULIHAN (SJKC)

PENSYARAH : EN. AHMAD FAHMY BIN MOHD ARSHAD

TOPIK 1: KONSEP ASAS MORAL

1.3 KONSEP ASAS NILAI

• DEFINISI NILAI

• FUNGSI NILAI

• JENIS-JENIS NILAI

DEFINISI NILAI• Matlamat dan tindakan yang dilaksanakan

oleh seseorang ditentukan oleh nilai.

• Merupakan sesuatu yang dianggap baik.

• Sesuatu yang dipegang teguh oleh individu/ masyarakat.

• Nilai merupakan satu prinsip/garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan.

• Istilah “nilai” diguna dalam pelbagai cara dan kadang-kadang wujud dalam keadaan bertentangan.

• Perkara yang baik=nilai positif.

• Perkara yang tidak baik=nilai negatif.

• Penerapan nilai-nilai murni haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan setiap orang kerana tingkah laku/nilai individu mencerminkan nilai keseluruhan rakyat Malaysia.

~Clyde Kluckhohn~Suatu standard yang agak berkenalan dari

segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan.

Nilai ialah suatu konsep nyata atau tersirat yang dapat membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi kefahaman yang sedia ada dan tingkah laku pada akhirnya.

~George Lundberg~• Semua objek mempunyai nilai dan

manusia bertindak terhadap objekitu supaya dapat mengekalkannya atau menambah hak kepunyaan individu.

~Robert Part~

• Sebarang objek yang mulia dihargai maka ia bernilai.

~Howard Becker~

• Nilai adalah sebarang objek yang digunakan untuk sebarang keperluan

~Stuart C. Dodd~

• Nilai ialah suatu tekanankeperluanatau sebarang objek yang dikehendaki atau dipilih oleh orang dalam suatu masa yang sama.

FUNGSI NILAI

• Nilai sebagai piawai yang konsisten dalam tindakan manusia.

• Nilai sebagai panduan menyelesaikan konflik moral manusia.

• Nilai sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu dan masyarakat.

TUJUAN NILAI• Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai

suci.

• Menghormati kebaikan dan membenci keburukan.

• Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas-tugas.

• Menghasilkan perkhidmatan yang bemutu.

• Melatih diri dengan disiplin.

• Menjalankan amanah dengan dedikasi.

KEPENTINGAN NILAI• Pembangunan seimbang

• Mengekal tamadun manusia

• Mengekalkan keamanan

• Menyempurnakan peribadi manusia

• Menterjemahkan sikap positif individu

• Menghalang kejahatan

• Menepati fitrah kehidupan manusia

• Menggalakkan fitrah

SUMBER-SUMBER NILAI

• Agama

• Budaya

• Pendidikan

• Keluarga

• Masyarakat

• Persekitaran

JENIS-JENIS NILAI

• Nilai Intrinsik

• Nilai Instrumental (Nilai Ekstrinsik)

• Nilai Subjektif

• Nilai Objektif

• Nilai Relatif

• Nilai Mutlak (Nilai Absolute)

NILAI INTRINSIK

• Nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.

• Merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan dan sebagainya.

• Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya.

NILAI INSTRUMENTAL (NILAI EKSTRINSIK)

• Nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat .

• Nilai peringkat dua (second order value), misalnya, berani, rajin, dan hormat-menghormati.

• Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.

NILAI SUBJEKTIF• Nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh

seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.

• Adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu.

• Berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.

NILAI OBJEKTIF• Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi.

• Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.

• Berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya.

• Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.

NILAI RELATIF

• Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat.

• Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan.

• Boleh berubah mengikut masa.

NILAI MUTLAK (NILAI ABSOLUTE)

• Nilai yang tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. 

• Nilai yang tidak dapat dipertikaikan lagi. 

• Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.

• Berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional.

NILAI MASYARAKAT SEKARANG

• Kurangnya sikap hormat-menghormati

• Kurangnya amalan bergotong-royong

• Kurangnya amalan ziarah-menziarahi

• Kurangnya amalan bertegur sapa

• Kurangnya amalan bertolak ansur di jalan raya

• Kurangnya amalan menjaga kebersihan

• Mahalnya nilai sebuah senyuman

RUJUKAN• http://www.slideshare.net/ladahitam12/konsep-

asas-nilai

• http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-asas-nilai.html

• http://www.slideshare.net/chikatobby/jenis-jenis-nilai

• http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/nilai-subjektif-objektif-instrumental.html

SEKIAN,TERIMA KASIH~

top related