1. salam kesejahteraan kepada semua ahli · pdf filejadual waktu, kehadiran, aktiviti ......
Post on 16-Feb-2018
238 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1. Salam kesejahteraan kepada semua ahli mesyuarat/hadirin yg dihormati.
2. Berikut akan dibentangkan beberapa maklumat penting berhubung peluasan
Sistem pengurusan Sekolah (SPS) sebagai inisiatif KPM dalam usaha meyelesaikan
2 agenda penting dalam persekitaran pendidikan negara iaitu: 1. agenda menangani isu beban tugas guru dan
2. agenda pengintegrasian satu data pendidikan KPM yang dinyatakan seecara langsung PPPM 2013-2025.
1
1. Usaha meyediakan sekolah dengan satu sistem pengautomasian prosos-proses
operasi harian sekolah bagi tujuan meningkatkan kecekapan pengurusan dan
petadbiran sekolah serta keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran
telah bermula sejak tahun 1996 apabila Projek Rintis Sekolah Bestari dilaksanakan.
2. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang menjadi ajenda mesyuarat hari ini
merupakan kesinambungan usaha ini.
3. SPS disediakan bagi tujuan mewujudkan satu aplikasi pengurusan maklumat di
sekolah dan dengan itu membolehkan wujudnya satu pangkalan data yang
standard/piawai disemua sekolah. Maklumat ini kemudiannya dapat disalurkan
kepeda pihak lain seperti PPD, JPN dan bahagian-bahagian KPM bagi tujuan
analisis dan pelaporan. Ini akan menjurus kepada penyediaan satu data KPM
yang datang dari hanya satu sumber kemasukan iaiatu SPS.
4. Melalui SPS pengisian data dibuat untuk kegunaan sekolah dan secara tidak
langsung dapat disalurkan ke PDD, JPN dan KPN dan ini dapat mengurangkan
beban tugas guru mengisi data secara berulang-ulang.
2
1. Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, SPS merupakan aplikasi yang
terdiri daripada 22 modul yang merangkumi semua operasi sekolah sedia ada,
seperti pada paparan.
2. Perlu diingatkan kepada mesyuarat/hadirin sekelian bahawa, SPS bukan seperti aplikasi KPM yang lain yang tujuan dan matlamat akhirnya adalah untuk
membolehkan KPM membuat analisis, perangkaan dan keputusan.
3. Pengisian data asas sekolah, staf dan murid dalam SPS adalah bagi
membolehkan data-data ini digunakan dalam operasi sekolah seperti dalam
jadual waktu, kehadiran, aktiviti kurikulum, panitia, kokurikulum dan banyak lagi
operasi harian sekolah.
3
1. Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, isu beban tugas guru
melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan juga memasukkan data secara
berulang memang menjadi perhatian pihak KPM.
2. Selain dari itu, isu data yang tidak tepat kesan dari kemasukan data sama pada aplikasi yang berbeza telah juga menjadi perhatian pihak YAB Menteri
Pelajaran.
3. Oleh yang demikian, melalui agenda 1 data KPM dalam PPPM 2013-2025, maka
SPS telah dijadikan sebagai “single entry point” bagi semua data untuk
kegunaan KPM.
4. Penggunaan SPS juga telah dilihat sebagai satu penyelesaian kepada beban
tugas guru yang perlu memasukkan data yang sama di pelbagai aplikasi yang
disediakan oleh bahagian-bahagian KPM, JPN dan juga PPD.
4
1. Dengan menggunakan SPS untuk mengisi maklumat sekolah, maklumat staf
dan maklumat murid, data-data ini akan di pindahkan kepada pangkalan-
pangkalan data sepunya KPM.
2. Melalui data sepunya inlah bahagian-bahagian lain di KPM akan mengambil data asas yang diperlukan di peringkat bahagian.
3. Data-data khusus yang lain akan secara berperingkat-peringkat dikutip melalui
SPS dan kemudiannya dipindahkan ke pangkalan-pangkalan data bahagian-
bahagian lain KPM.
4. Mengikut perancangan BPPDP(EPRD) dijangkakan pada semua data SPS akan
dipadankan(map) kepada data EMIS ulai Oktober 2013.
5. Bagaimanapun ini hanya akan dapat dilakukan sekiranya data yang
dimasukkan dalam SPS tepat dan tidak diragui.
5
1. Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, pelaksanaan SPS di semua sekolah
menjelang penghujung 2013 adalah berasaskan punca-punca kuasa berikut:
2. Keputusan Jawatankuasa Pelaksanaan Bagi Menangani Isu Beban Tugas Guru
yang dipengerusikan Tan Sri KPPM (ketika itu Dato’ Sri) 3. Keputusan Mesyuarat JK Perancangan Pendidikan yang dipengerusikan YAB
Menteri Pelajaran
4. Mesyuarat Profesional KPM yang dipengerusikan TKPPM Pembangunan
Profesionalisme Keguruan, dan
5. Baru-baru ini, SPS menjadi inisiatif 43C, satu komponen bagi Inisiatif
pengintegrasian 1 Data KPM yang di urus dan dikendalikan pihak PADU
(Performance Delivery Unit) KPM.
6. Dengan menjadi inisiatif PPPM, SPS kini merupakan agenda KPM yang perlu
dilapor pada kadar mingguan kepada Tan Sri KPPM dan Datuk TKPPM.
6
1. Berasaskan kepada punca kuasa tersebut, beberapa makluman dan
keputusan telah dibuta pengurusan tertinggi KPM iaitu:
2. YAB Menteri pelajaran, dalam ucapan Hari Guru 2012, telah menyetakan
secara jelas SPS sebagai aplikasi kemasukan data unggul di sekolah dan akan dilaksanakan di semua sekolah menjelang tahun 2013.
3. Ini beliau nyatakan sekali lagi dalam perutusan tahun baru 2013 yang lalu.
4. Pada Mesyuarat JK Pemandu SPS Bil.1/2013, Tan Sri KPPM telah menjadikan SPS
sebagai KPI Pengarah JPN bagi tahun 2013.
7
1. Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, SPS merupakan aplikasi yang terdiri
daripada 22 modul.
2. Bagaimanapun, penggunaan modul-modul ini adalah bergantung kepada
peranan pengguna dalam sistem. 3. Jika dia seorang pentadbir sekolah atau seorang yang diberi tanggungjawab
mengurus sekolah, maka kesemua 22 modul SPS adalah dalam capaiannya,
seperti paparan pada skrin.
4. Bagaimanapun jika mempunyai peranan-peranan lain, maka skrin capaiannya
adalah seperti berikut. sebagai contoh,….
8
1. Ini adalah skrin atau modul-modul bagi seorang yang diberikan tanggungjawab
sebagai GPK Kokurikulum,
9
1. Manakala ini adalah skrin atau modul yang disediakan untuk seorang Guru Kelas.
10
1. Ini pula adalah skrin atau modul capaian seorang yang diberi peranan sebagai
guru disiplin sekolah.
11
1. Tidak ketinggalan, ibu bapa/penjaga juga mempunyai peranan atau modul
disediakan bagi membolehkan ibu bapa/penjaga mendapat maklumat berhubung
anak/jagaannys yang direkod di dalam SPS, dalam contoh ini murid bernama
Muhammad Firdaus bin Mohd Nizam Basiron.
12
1. Sekiranya dilaksanakan mengikut tertibnya, ini adalah antara faedah-faedah
besar yang bakal diperoleh oleh pihak pengguna di sekolah.
2. Dipaparkan faedah penggunaan SPS serta hasil yang dijangkan diperoleh
daripada penggunaan SPS
13
1. Berikut adalah perancangan peluasan SPS ke semua sekolah seluruh negara.
2. Antara bulan Jan-Jun 2013, pihak BTPN akan bekerjasama dengan pihak JPN
dan PPD untuk merancang pelaksanaan peluasan SPS di peringkat negeri.
3. Dalam tempoh inilah Pengarah JPN akan menyatakan kesanggupan untuk melaksanakan SPS di negeri kendalian beliau melalui surat yang dihantar
kepada Pengarah BTP .
4. Dengan surat inilah pihak BTP akan membuat persediaan dari aspek
kemudahan aplikasi SPS untuk kegunaan sekolah di negeri, pendedahan
kepada semua peringkat pengurusan pendidikan di peringkat JPN, PPD dan
sekolah, pengurusan latihan bagi pentadbir sistem di sekolah serta khidmat
sokongan pengunaan serta teknikal bagi negeri tersebut.
5. Pihak pengurusan tertinggi KPM juga akan mengeluarkan surat arahan
pengunaan SPS kepada JPN negeri berdasarkan komitmen JPN negeri untuk
melaksanakan SPS di sekolah-sekolah negeri tersebut.
6. Mulai bulan Julai sehingga Oktober 2013, adalah menjadi tanggungjawab
semua sekolah-sekolah seluruh negara untuk menggunakan 6 modul teras
dalam SPS iaitu:
7. Modul Pengurusan Maklumat Sekolah, Modul Pengurusan Kemudahan Sekolah,
Modul Pengurusan Staf, , Modul Pengurusan Murid, Modul Pentadbir Sistem, dan
8. Modul Takwim Sekolah.
9. Mengikut perancangannya, mulai Oktober 2013, proses pengintegrasian data
SPS-EMIS akan mula dijalankan bagi melihat keupayaan SPS untuk mengutip
data EMIS KPM.
10. Dengan kejayaan proses ini, EMIS akan secara berperingkat ditadakan di
sekolah dan semua kemasukan hanya akan dilaksanakan melalui SPS. Begitulah
seterusnya dengan sistem-sistem lain KPM yang ketika ini digunakan di sekolah.
14
1. Inilah sebabnya 4 daripada 6 modul ini begitu penting dilaksanakan di sekolah.
2. Ia merupakan asas kepada proses pengintegrasian 1 Data KPM.
3. Jika SPS gagal dilaksanakan dengan jayanya di sekolah, maka pengintegrasian
1 Data KPM akan gagal dan dengan kata lain satu agenda gelombang pertama PPPM 2013-2025 gagal.
15
1. Untuk makluman mesyuarat/hadirin sekelian, peluasan SPS ke semua sekolah
seluruh negara ini adalah berbeza dari model yang dilaksanakan sebelum ini di
88 sekolah bestari.
2. Peluasan SPS tidak lagi memerlukan penyediaan infrastruktur di sekolah tetapi menggunakan sepenuhnya teknologi pengkomputeran awan (cloud
computing) yang disediakan melalui kontrak 1BestariNet
3. Pendekatan ini membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan di
sepanjang masa dari sumber yang sama di dalam sekolah atau di luar sekolah.
4. Pendekatan teknologi ini membolehkan aplikasi SPS, pangkalan data SPS dan
juga penyenggaraan SPS dibuat secara berpusat dan manfaatnya dirasakan
oleh semua pengguna.
5. Dengan kata lain, sekolah tidak lagi perlu memikirkan tentang pelayan yang
perlu dipasang, ruang khas dengan penghawa dingin untuk menempatkan
pelayan, pegawai yang akan mengurus dan menyenggara pelayan dan
sistem, instalasi yang perlu dibuat dan banyak lagi proses-proses yang lazimnya
dilakukan menggunakan pendekatan lama yang pernah kita gunakan.
6. Apa yang pihak sekolah perlukan adalah URL bagi SPS, kata nama (username)
dan juga kata laluan (password) untuk mula menggunakan SPS.
16
1. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan SPS, KPM mengambilsegala
tindakan yang perlu bagi memastikan SPS dapat digunakan dengan baik.
2. KPM akan memastikan bahawa SPS adalah baefungsi dan stabil.
3. Juga KPM akan memastikan pelaksanaannya disokong sepenuhnya dari aspek kepenggunaan dan juga aspek teknikal. Dengan itu, pelaksanaan SPS adalah
disokong oleh meja bantuan aras 1 di pusat, aras 2 di peringkat negeri/daerah
dan aras 3 bagi memastikan segala gangguan aplikasi diselesaikan pada
kadar segera.
4. Pengguna juga akan diberikan sokongan kepenggunaan melalui bahan
sokongan berbentuk teks serta video dalam talian yang dapat membantu
pengguna di pelbagai aras merujuk kepada bagaimana sebaiknya
menggunakan SPS.
5. Pengguna juga akan dimaklumkan melalui surat arah atau pekeliling tentang
perkara-perkara berhubung penggunaan SPS dari semasa ke semasa.
6. Di peringkat KPM, segala isu berhubung pelaksanaan SPS akan dicari jalan
penyelesaiannya melalui pertemuan berkala dengan Tan Sri KPPM.
17
1. Sekali lagi, diingatkan bahawa SPS adalah sistem untuk operasi sekolah.
2. Dilaksanakan sebaiknya, ia menjadi penyelesaian kepada sekolah, membantu
dalam hampir setiap aspek pengurusan sekolah.
3. SPS juga merupakan aplikasi untuk pentadbir sekolah, guru, staf, murid dan juga ibu-bapa/penjaga
18
1. Bagaimanapun harus diingatkan di sini, semua kelebihan yang dinyatakan di
atas hanya akan dapat diperoleh jika, dan hanya jika SPS digunakan setiap
warga sekolah mengikut peranannya dalam sekolah
2. SPS juga buka beban tugas baru tetapi tugasan sedia ada sekolah yang diubah prosesnya dari bentuk manual kepada bentuk elektronik.
19
1. Dengan kejayaan pelaksanaan 6 modul utama SPS, maklumat sepunya
sekolah, staf dan murid yang serupa dengan EMIS, APDM/SMM dan SMG akan
dapat diselarikan dan SPS kemudiannya akan digunakan sepenuhnya untuk
menggantikan EMIS, APDM/SMM, SMG
20
1. Dipaparkan adalah dashboard pemantauan pelaksanaan SPS yang berbentuk
“live” dalam talian yang akan merakam setiap yang berlaku pada aplikasi pusat.
2. Pihak berkepentingan berupaya mengetahui bilangan sekolah yang telah
menggunakan dan yang belum menggunakan SPS mengikut negeri. 3. Jika diklik bilangan yang belum menggunakan SPS, maklumat sekolah, PPD yang
mengurusnya dan PKG yang menyokongnya akan dipaparkan.
4. Diklik sekolah, maka akan terpapar modul-modul yang telah dan belum
digunakan.
21
1. Untuk makluman mesyuarat, peluasan SPS adalah berbeza dari model yang
dilaksanakan sebelum ini di 88 sekolah bestari.
2. Peluasan SPS tidak lagi memerlukan pnyediaan infrastruktur di sekolah tetapi
menggunakan sepenuhnya teknologi pengkomputeran awan (cloud computing) yang disediakan melalui kontrak 1BestariNet
3. Pendekatan ini membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan di sepanjang
masa di dalam sekolah atau di luar sekolah.
4. Kemudahan 22 modul SPS untuk semua sekolah dijangka disediakan menjelang 3
Januari 2013.
5. Pendedahan dan latihan pengguna akan dilaksanakan melalui kaedah
kombinasi pendekatan bersemuka dan bantuan dalam talian oleh pihak BTP-
BTPN-PKG serta pegawai/jurulatih utama yang dilatih di peringkat JPN dan PPD.
22
23
top related