1 pengenalan ekonomi dlm pengurusan awam

Post on 23-Jun-2015

4.548 Views

Category:

Documents

15 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 1

PENGENALAN EKONOMI DALAM

PENGURUSAN AWAM

KANDUNGAN BAB

1.1 PENGENALAN1.2 DEFINISI EKONOMI1.3 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN1.4 SKOP EKONOMI : MIKROEKONOMI &

MAKROEKONOMI1.5 MASALAH ASAS EKONOMI: KEKURANGAN,

PILIHAN DAN KOS LEPAS1.6 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)1.7 SISTEM EKONOMI1.8 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN

1.1 PENGENALAN

• David C. Colander (1995) menerangkan 5 perkara penting mempelajari ekonomi:(i) Pemikiran Ekonomi (Economic Reasoning)(ii) Terminologi Ekonomi (Economic Terminology)(iii) Pemahaman Ekonomi (Economic Insight)(iv) Institusi Ekonomi (Economic Institution)(v) Pilihan Dasar Ekonomi (Economic Policy Option)

(i) PEMIKIRAN EKONOMI

• Ilmu ekonomi membantu individu untuk berfikir dan menganalisis dengan tepat;

• Membantu manusia membuat perbandingan berdasarkan analisis kos dan faedah;

• Jika faedah melebii kos, maka dasar akan di laksanakan.

(ii) TERMINOLOGI EKONOMI

• Ekonomi (Economy): Institusi yang terdiri daripada individu atau kumpulan masyarakat yang menjalankan kehidupan seharian dalam mendapatkan barangan atau keperluan.

• Ekonomik (Economic): Satu bidang pengajian tentang ilmu ekonomi; mengkaji bagaimana sesuatu unit ekonomi mengatur kehidupan berdasarkan sumber pengeluaran yang ada.

(iii) PEMAHAMAN EKONOMI

• Membantu memahami bagaimana sesebuah ekonomi berfungsi; samaada melibatkan campurtangan kerajaan atau pun tidak.

• Sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara adalah berbeza.

(iv) INSTITUSI EKONOMI

• Satu bentuk atau struktur secara mental dan fizikal yang mempengaruhi proses membuat keputusan.

• Contoh: Kerajaan, organisasi, firma, agama, adat dan kepercayaan.

(v) PILIHAN DASAR EKONOMI

• Setiap negara mempunyai dasar yang berbeza untuk membangunkan ekonomi negara masing-masing.

• Contoh: Malaysia – Dasar Fiskal dan Dasar Mpnetari.

1.1 DEFINISI EKONOMI

• K.E Case and R.C Fair: “Economics is a study of how people use their limited resources to try to fulfill unlimited wants that involves alternatives of choices”.

• David N. Hyman: “Economics as a study of how scarce resources are allocated among alternatives uses”.

• L. Robbins: “Economics is a science that study human behavior as a relationship between ends and scarce, which have alternative uses”.

• Ekonomi merupakan satu sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber pengeluaran yang terhad untuk mencapai kesejahteraan masyarakat.

1.2 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

• TANAH (L) – sumber semulajadi• BURUH (l) – sumber manusia/tenaga kerja• MODAL (K) – sumber kewangan• PEGUSAHA(E) – pihak yang bertanggungjawab

menguruskan tanah, buruh dan modal untuk tujuan pengeluaran.

• Fungsi Pengeluaran: Q = f(L,l,K,E)

1.3 SKOP EKONOMI

• Mikroekonomi: Menumpukan kepada proses pembuatan keputusan oleh sesuatu unit (individual unit) iaitu; individu, isi rumah, firma dan industri

• Makroekonomi: Kajian satu kumpulan yang besar secara aggregat (national scale) seperti; pengangguran, inflasi, guna tenaga dan pendapatan negara.

1.4 MASALAH ASAS EKONOMI

• Sumber ekonomi adalah terhad, sedangkan kehendak manusia sentiasa bertambah dan tiada batasan.

• Keadaan ini menimbulkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.

• Kekurangan wujud disebabkan oleh peningkatan permintaan yang berterusan.

• Masalah pilihan berlaku apabila kita perlu memilih dari pelbagai kehendak yang terlalu banyak.

• Kos lepas adalah adalah pilihan yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang lain.

13

Kekurangan(masalah asas)

Pilihan

Kos Lepas

Ahmad mempunyai wang sebanyak RM5 dan beliau ingin membeli 2 jenis barang, sebuah buku dan sebatang pen yang setiap satu beharga RM5 (kekurangan dan kehendak). Ahmad perlu memilih samaada ingin membeli buku atau pen; yang mana satu yang akan memenuhi keperluannya (pilihan). Jika Ahmad memilih untuk membeli buku, maka pen adalah kos lepas bagi Ahmad.

KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS

MASALAH ASAS EKONOMIMasalah asas ekonomi yang lain ialah; Apa dan berapa banyak? Wujud akibat masalah kekurangan dan pilihan. Tujuan: memenuhi kehendak pengguna, mengelak pembaziran,

mengurangkan kos dan memastikan sumber digunakan secara berkesan.

Bagaimana hendak dikeluarkan? Merujuk kepada kaedah pengeluaran yang dipilih; intensif modal atau

intensif buruh.

Untuk siapa ianya dikeluarkan? Mengenalpasti potensi pembeli samaada untuk golongan kaya atau

miskin.

1.5 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)

• KKP: Rajah yang menunjukkan kombinasi dua output yang boleh di hasilkan dengan penggunaan faktor pengeluaran secara maksimum.

• Andaian: (i) Guna tenaga penuh(ii) Sumber yang tetap(iii) Teknologi konstan

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARANKOMBINASI PAKAIAN (RIBU) MAKANAN (TIN) KOS LEPASA 20 0 0B 18 2 1C 15 3 3D 11 4 4E 6 5 5F 0 6 6

A ke B: Untuk mengeluarkan tambahan 2 (tin) makanan, 1 (ribu) pakaian perlu dikurangkan.B ke C:Untuk mengeluarkan tambahan 1 (tin) makanan, 3 (ribu) pakaian perlu dikurangkan.C ke D: Untuk mengeluarkan tambahan 1 (tin) makanan, 4 (ribu) pakaian perlu dikurangkan.D ke E:Untuk mengeluarkan tambahan 1 (tin) makanan, 5 (ribu) pakaian perlu dikurangkan.E ke F: Untuk mengeluarkan tambahan 1(tin) makanan, 6 (ribu) pakaian perlu dikurangkan.

Pengiraan Kos Lepas:•A ke B = (20 – 18) / (2 – 0) = (2/2) = 1•B ke C = (18 – 15) / (3 – 2) = (3/1) = 3•C ke D = (15 – 11) / (4 – 3) = (4/1) = 4•D ke E = (11 – 6) / (5 – 4) = (5/1) = 5 •E ke F = (6 – 0) / (6 – 5) = (6/1) = 6•F = 20 (ribu) pakaian•A = 7 (tin) makanan

Pakaian(ribu)

Makanan (tin)

•A •B•C

•D

•E

•F0 2 3 4 5 6

201815

11

6

•A,B,C,D,E dan F (points on the curve) adalah kombinasi pengeluaran pakaian dan makanan dengan penggunaan sumber ekenomi secara optimum.

• Titik S (point inside the curve) menunjukkan kombinasi pengeluaran yang tidak menggunakan sumber pengeluaran secara optimum.

• Titik T (point outside the curve) menunjukkan kombinasi yang tidak mampu dicapai kerana sumber pengeluaran yang terhad.

•S

•T

PAKAIAN (RIBU)

MAKANAN(TIN)

PERUBAHAN PADA KKP

B D

PAKAIAN (RIBU)

MAKANAN(TIN)

B C

•Kemajuan pertumbuhan ekonomi yang mempengaruhi pengeluaran makanan dan pakaian secara serentak.•Contoh: Pertambahan jumlah hasil, peningkatan teknologi, peningkatan pelaburan, pertambahan tenaga buruh dan modal.•KKP berganjak secara selari dari AB ke CD

C A A

• Kemajuan pertumbuhan ekonomi yang hanya melibatkan satu bidang tertentu .•Contoh: Kemajuan teknologi dalam pengeluaran makanan.• KKP berganjak dari AB ke AC.

PERALIHAN DI SEPANJANG KKP

• Jika perubahan hanya melibatkan peralihan sumber dari suatu barangan ke barangan yang lain (tiada pertambahan atau pengurangan jumlah sumber), ini akan menyebabkan peralihan di sepanjang KKP.

Pakaian (Ribu)

0 10 30 Makanan (Tin)

10 5

1.6 SISTEM EKONOMI

• KAPITALIS @PASARAN BEBAS

• SOSIALIS @PERANCANGAN PUSAT

• ISLAM• CAMPURAN

SISTEM EKONOMI

EKONOMISISTEM

SISTEM EKONOMI KAPITALIS

• Dikenali juga sebagai sistem ekonomi pasaran bebas @ laissez faire.

• Tiada lansung campurtangan kerajaan – pengguna dan pengeluar mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam menjalankan aktiviti ekonomi. Peranan kerajaan terhad kepada isu-isu keselamatan dan aspek perundangan sahaja.

• Pengguna mempunyai ‘kuasa keagungan pengguna’ dan di anggap raja.

• Contoh negara: Amerika Syarikat, UK, dan Hong Kong.

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Ciri-ciri Huraian

Pemilikan sumber Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu dan digunakan firma untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Matlamat pengeluaran Firma-memaksimimkan keuntunganPengguna-memaksimumkan kepuasan

Penentuan harga Berdasarkan mekanisma pasaran-lebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat , manakala lebihan penawaran akan merendahkan harga barangan.

Pilihan Pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan bebas menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki.Pengguna bebas berbelanja terhadap barang dan perkhidmatan yang memaksimumkan utiliti dan bebas memilih pekerjaan yang disukai.

CARA SISTEM EKONOMI KAPITALIS MENYELESAIKAN MASALAH ASAS EKONOMI

Masalah Asas Ekonomi Penyelesaian

Apa yang hendak dikeluarkan?

• Diselesaikan melalui kuasa pasaran.•Pengeluar akan mengeluarkan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi.• Pengguna dianggap sebagai raja.

Berapa banyak yang hendak dikeluarkan?

• Diselesaikan melalui mekanisma harga.• Interaksi permintaan (DD) dan pemawaran (SS) akan menentukan kuantiti yang akan dikeluarkan.

Bagaimana hendak dikeluarkan?

• Diselesaikan melalui kaedah pengeluaran yang paling cekap dan pada kos yang minimum.• Menggunakan intensif modal atau intensif buruh.

Untuk siapa dikeluarkan? • Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan.• Barangan yang dikeluarkan kebanyakkannya untuk golongan yang mempunyai kuasa beli tinggi.•Kebajikan masyarakat tidak diutamakan.

JENIS SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Jenis Huraian

Pasaran Bebas Milik Persendirian Individu bebas bekerja dan mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Pasaran Bebas Kontrak Pengeluaran barangan dan perkhidmatan berdasarkan syarat tertentu.

SISTEM EKONOMI SOSIALIS (PERANCANGAN PUSAT)

• Keseluruhan proses pembuatan keputusan oleh kerajaan.

• Hampir kesemua faktor pengeluaran dimiliki kerajaan.

• Penyelesaian masalah asas ekonomi ditentukan oleh kerajaan sepenuhnya.

• Contoh negara: Rusia, China, Korea Selatan.

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Ciri-ciri Huraian

Pemilikan sumber Hampir kesemua faktor pengeluaran dimiliki kerajaan

Matlamat pengeluaran Memaksimumkan kebajikan rakyat

Penentuan harga Ditentukan oleh kerajaan

Pilihan Tiada kebebasan menentukan barangan yang ingin dikeluarkan.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN

• Kerajaan dan persendirian membuat keputusan bersama tetapi bergantung kepada negara masing-masing.

• Kebanyakan negara di bawah sistem ini membiarkan mekanisma pasaran menyelesaian masalah asas ekonomi.

• Kerajaan campurtangan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan awam; pendidikan, kesihatan, pertahanan dll.

• Kerajaan sentiasa berusaha mencapai matlamat pembangunan negara; pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengangguran, mengurangkan inflasi.

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI CAMPURANCiri-ciri Huraian

Pemilikan sumber • Sumber ekonomi dimiliki bersama oleh kerajaan dan pihak swasta.

Keputusan ekonomi • Kerajaan mengeluarkan barangan yang gagal dikeluarkan sektor swasta dengan bermatlamat meningkatkan taraf kebajikan rakyat.• Pihak swasta mengeluarkan barangan yang dikehendaki masyarakat dengan bermatlamat memaksimumkan keuntungan.

Penentuan harga •Berdasarkan mekanisma pasaran.•Campurtangan kerajaan bagi mengatasi kelemahan mekanisma harga.

Pilihan • Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan.• Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki.• Kerajaan membuat pengawasan di pasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barangan yang memberi manfaat kepada pengguna.

SISTEM EKONOMI ISLAM

• Mementingkan unsur-unsur akhlak dan adab dalam kegiatan ekonomi.• Kepentingan masyarakat diutamakan dahulu berbanding kehendk

individu.• Penyelesaian masalah asas ekonomi:(i) Apa dan berapa banyak?: Berpandukan peraturan agama;

mengeluarkan barangan yang halal sahaja. Membenarkan sejumlah pengeluaran selagi tidak menggunakan semua sumber yang ada,

(ii) Bagaimana hendak dikeluarkan?: Mementingkan kecekapan pengeluaran melalui persaingan sihat antara pengeluar, serta menghalang pengeluar melakukan pencemaran.

(iii) Untuk siapa?: Barangan pengguna dan kemudahan awam disediakan untuk kemudahan masyarakat oleh individu, firma serta kerajaan.

1.7 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN• Firma: Mengeluarkan barangan dan

perkhidmatan – terima untung – membeli faktor pengeluaran daripada isi rumah.

• Isi rumah: Menawarkan faktor pengeluaran kepada firma – terima gaji, upah, sewa dan bunga – pendapatan diagihkan untuk penggunaan (C) dan tabungan (S).

PERBELANJAAN PENGGUNAAN (C) DAN TABUNGAN (S)

• Y = C + S• Perbelanjaan Penggunaan (C):

Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan.

Bergantung kepada pendapatan isi rumah, kadar bunga, jangkaan isi rumah pada masa hadapan.

• Tabungan (S):Bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan dan

di simpan di institusi kewangan.

FUNGSI PENGGUNAAN DAN FUNGSI TABUNGAN

Fungsi Pengunaan Aggregat• [ C = a + bY ]

C = Penggunaan agregata = Penggunaan pada kadar tetapb = kecerunan fungsi penggunaan

(MPC = ∆C / ∆Y)Y = Pendapatan agregat

C

C=a+bY

∆C a ∆Y Y

Fungsi Tabungan Aggregat• [S = -a + (1 – b)Y]

S = Tabungan aggregata = penggunaan pada kadar tetap(1-b) = kecerunan fungsi tabungan (MPS= ∆S / ∆Y)Y = pendapatan aggregat

S S = -a+(1-b)Y ∆S ∆Y Y -a

33

top related