· palestin dan menggoncang israel yang secara terang-terangan tidak ... mereka berjaya memenangi...

Post on 08-Mar-2019

233 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

5/24/13 Fatah, Hamas bergabung buka dimensi baru

www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm 2/4

Menarik hari ini

Waktu Solat

Laporan Cuaca

Berita Utama

Dalam Negeri

Wilayah

Laporan Khas

Parlimen

Politik

Luar Negara

Sukan

Bisnes

Mahkamah

Jenayah

Agama

Keluarga

Hiburan

Rancangan TV

Feminin

Pendidikan

Sains & Teknologi

Agro

Kesihatan

S3

Polis & Tentera

Sastera

Rencana

Cuit

Selak

Oleh DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR

DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR

Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKEMBANGAN terbaru mengenai hasrat dua kumpulan terbesar umat Islam diPalestin, Fatah dan Hamas untuk bergabung adalah satu perkembangan amat positifke arah mencari jalan perdamaian di Asia Barat.

Kesanggupan kedua-dua pihak bertolak ansur dan mencari titik persamaanbergabung tenaga sememangnya memberi kekuatan baru kepada pendudukPalestin dan menggoncang Israel yang secara terang-terangan tidak mahu kesatuanumat Islam itu terbentuk di sana.

Reaksi awalnya, Israel mengambil tindakan menggantung pembayaran cukaikepada pihak Berkuasa Palestin (PA). Jumlah cukai itu dianggarkan mencecahRM250juta adalah jumlah yang dipersetujui sebagai langkah ke arah proses damaiArab-Israel.

Tindakan ini disebabkan kemarahan Israel ke atas Fatah yang bertindak inginmeneruskan penggabungan tersebut. Israel tidak mahu Fatah bertindak samaseperti Hamas, iaitu tidak mengiktiraf kewujudan Israel. Pada pandangan Israel,Hamas adalah pertubuhan pengganas yang harus ditentang.

Hamas sebenarnya banyak terlibat dengan aktiviti kemanusiaan, membantumasyarakat Arab yang kurang mampu di Palestin. Populariti Hamas begitu tinggidisebabkan oleh aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang mereka jalankan.

Dari aspek ini, Hamas berjaya mengelak diri daripada terjebak di dalam rasuah danproses birokrasi yang tinggi. Oleh itu, mereka berjaya memenangi pilihan raya padaJanuari 2006 dengan cukup meyakinkan.

Setelah memenangi pilihan raya Palestin, Hamas berusaha membentuk kerajaanperpaduan dengan pelbagai pihak di Palestin termasuklah Fatah. Namun, padaperingkat ini, Fatah menolak untuk bersama dengan Hamas dalam membentukkerajaan.

Hamas terpaksa bersendirian memimpin Gaza, manakala Tebing Barat diperintaholeh kumpulan pro Fatah yang memimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO),yang dipengerusikan oleh Mahmoud Abbas.

Dalam keadaan Hamas tidak mendapat bantuan kewangan, sempadan negeri puladitutup. Mesir mengambil tindakan atas tekanan antarabangsa untuk menutuppintu Rafah yang menjadi penghubung Gaza dan Mesir.

Tindakan itu menyebabkan rakyat Palestin di Gaza tidak mempunyai jalan,melainkan membina terowong bawah tanah untuk mendapatkan bekalan gas,makanan, bahan-bahan keperluan asasi, ubat-ubatan dan sebagainya. Mereka jugadiuji dengan serangan ketenteraan.

Selama kira-kira 22 hari rakyat Palestin di Gaza diserang bertubi-tubi oleh Israel,sudah tentu dengan 'lampu hijau' kuasa besar barat, di atas slogan biasa yangdilaungkan iaitu memerangi keganasan.

Dari 27 Disember 2008 hingga 19 Januari 2009, negeri kecil itu yang memuatkan1.5 juta penduduk diledakkan dengan bermacam-macam senjata, termasuklah bomkimia berangkai phosphorus putih.

Walaupun mereka diserang bertubi-tubi oleh rejim Israel dengan keangkuhan kuasabarat, ada juga bersimpati dengan nasib mereka, termasuklah rakyat Malaysia.

Beberapa cubaan menghantar bantuan ke Gaza dijalankan pertubuhan-pertubuhanantarabangsa, tetapi masih gagal menembusi sempadan. Kemuncaknya pada Mei2010, beberapa pertubuhan kemanusiaan antarabangsa bergabung menghantarbantuan kepada mereka melalui kapal, Marvi Marmara. Belum pun lagi memasukikawasan laut Israel, kumpulan ini diserang oleh Israel yang mengorbankanbeberapa orang di atas kapal tersebut.

Dunia mengutuk keras tindakan Israel kerana menyerang mereka yang tidakbersenjata, bahkan mereka yang dalam misi kemanusiaan, bukannya misiketenteraan. Beberapa peristiwa ini akhirnya mendesak supaya pintu-pintu yangmenyekat sempadan Gaza dibuka.

Kini ia seakan tamparan sekali lagi buat Israel dan kuasa-kuasa yang selalumenyokong tindakan ganas rejim itu. Siapa sangka dua pertubuhan yangmempunyai dasar cukup berbeza menyatakan hasrat persetujuan untuk bersatu.

Hamas cukup konsisten dengan pendiriannya iaitu tidak mengiktiraf Israel keranaia diwujudkan di atas tanah yang dirampas daripada penduduk Arab Palestin. Iniyang dibimbangi Israel jika Fatah turut sama berpendirian sebegitu.

Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal dijangka memeterai perjanjian bersama denganPemimpin Fatah yang juga Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menubuhkankerajaan perpaduan bagi pihak Berkuasa Palestin (PA).

Secara asasnya, kerajaan perpaduan itu akan membentuk kerajaan baru Palestindan menentukan tarikh pilihan raya yang akan diadakan untuk memilih pemimpinsecara demokrasi. Mereka pasti tidak mahu campur tangan pihak luar di dalammenentukan barisan kepimpinan mereka.

Dalam menghadapi situasi sebegini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahumelahirkan rasa tidak puas hati dan memberi amaran kepada Fatah agar memilihsalah satu dari dua pilihan, iaitu sama ada memilih melakukan perdamaian denganIsrael atau berdamai dengan Hamas.

IKLAN@UTUSAN

BA NC I A N ONL I NE

-

PRU-13: Saya memilih kerajaan yangmemastikan

Perpaduan masyarakat

Pembangunan negara

Keamanan, kestabilan

Janji dibuat dikotakan

Masa depan lebih baik

Undi

Lihat Keputusan

Log In

Recent Activity

Log in to Facebook to see your friends'

are doing.

Perlawanan JDT-Kelantan kecoh

235 people recommend this.

3,488 people recommend this.

272 people recommend this.

475 people recommend this.

Facebook social plugin

5/24/13 Fatah, Hamas bergabung buka dimensi baru

www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm 3/4

Awang Selamat

Kolumnis

Forum

Catatan Kembara

Classifieds

Portal Pendidikan

Kosmo! Online

Mangga Online

Saji Online

MyBooks

Kareer

Utusan Karya

Laman Xtive

Iklan TeksIklan Teks

• JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM

Nada beliau memberikan amaran itu seakan mahu menyekat terus pintuperdamaian Fatah dan Hamas. Itulah sikap mereka yang sudah lama bekerjasamadengan Fatah namun sekarang mereka merasa begitu tertekan apabila Fatah tidaklagi menghiraukan desakan mereka.

Amaran turut diberi oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, di mana merekatidak akan melakukan sebarang rundingan dengan kerajaan perpaduan kelak.Nampak jelas di sini keangkuhan Israel yang tidak mahu menerima penggabungantersebut.

Siapa sebenarnya mereka ini begitu bongkak memberi amaran? Inilah sikap tidakbertanggungjawab mereka ingin terus memecahbelahkan umat Islam. Sampaibilakah umat ini harus mengikut telunjuk Israel? Sampai bilakah Israel akanmencorak politik Asia Barat?

Perkembangan ini akan membuka dimensi kepada perundingan di antara Arab-Israel. Sekurang-kurangnya selepas ini pihak Palestin boleh menumpukan usahaperdamaian tanpa perlu menghabiskan banyak masa memikirkan soal domestikserta pendirian puak-puak di kalangan masyarakat Arab.

Ia akan membolehkan pemimpin Palestin menjuruskan pemikiran mereka kepada 5perkara penting dalam proses perundingan dengan Israel, iaitu: kedudukanJerusalem, permasalahan Sempadan, kependudukan dan perumahan, pelarian dankeselamatan.

Kedudukan Jerusalem kebiasaannya menjadi tumpuan di dalam perundinganproses damai. Ini kerana Israel mahu menjadikannya sebagai ibu negara. Merekatelah merampas Jerusalem Timur di dalam peperangan 6 hari pada 1967.

Sehingga ke hari ini, rampasan itu tidak direstui pihak antarabangsa termasukAmerika Syarikat yang tidak mengiktiraf Jerusalem Timur sebagai kawasan Israel.Keengganan Israel menyerahkan Jerusalem Timur ini menjadi kontroversi danmeningkatkan kemarahan umat di Asia Barat.

Rakyat Palestin dan perwakilan yang terlibat di dalam perundingan mahukanJerusalem Timur dijadikan sebagai ibu negara bagi negara Palestin yang bakaldiwujudkan kelak. Bagi masyarakat Palestin, Jerusalem Timur mengandungitempat suci.

Di situlah terletaknya Masjid al-Aqsa dan 'Kubah Batu' yang menyaksikan NabiMuhammad s.a.w melakukan proses mikraj, bertemu Allah s.w.t di SidratulMuntaha.

Semoga perpaduan Fatah dan Hamas ini akan membentuk masyarakat yang salinghormat menghormati lantas berusaha mewujudkan keamanan dunia sejagat.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Bila capai status gemilang, terlupa nilai-nilai murni?• Kenapa fobia apologetik dan berbalah lagi?• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT• Demi rakyat, tiada lagi kompromi• Bukan saja gopoh tapi merosakkan• Kuatkan kembali perpaduan belia• Menyerlahkan peranan orang muda• Rasis hanyalah persepsi keadaan semasa• Adam Adli yang tiada apa-apa istimewanya• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT• Kota Bharu, di mana lagi silapnya?• ISU-ISU AKHBAR CINA• Hina, cabar Raja Berperlembagaan• Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang• Ketandusan pelapis sang juara• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT• Siri 2: Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!• Tiba masa orang Melayu berdikari• Medan Tentera Darat tangani pencerobohan• Naluri anak muda PRU-14?

IKLAN@UTUSAN

MENARIK

Arkib Jom Chat

Koleksi Jom Chat Bersama...

Arkib Laporan Langsung

Koleksi Laporan Langsung

Ruang iklan percuma hartanah, produk

Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia

Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar

Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari

Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan

Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jaw i.

SMS News Alert Utusan Malaysia

Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.

TOYOTA CAMRYUsed Cars

www.motortrader.c…

Looking to BuyTOYOTA CAMRY?

You Can Find15000+ Cars From

Here!

Pinjamaan Peribadi KhasPengawai atau Kakitangan Kerajaan . Blacklisted layak memohon

www.my-ios.com.my

top related