** el nino *
Post on 18-Feb-2016
71 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
HGF 3043 (KAJI IKLIM)
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK:
LAPORAN AKTIVITI PERUBAHAN IKLIM (FENOMENA EL NINO)
NAMA AHLI KUMPULAN:
NAMA NO MATRIKSITI NASUHA BINTI OTHMAN D20141067778HAMIDAH BINTI SULAIMAN D20141067782
NUR HIDAYAH BINTI TA’OUFID D20142067775NUR ‘AMIRAH BINTI NAJMULLAIL D20141067760NUR AISYAH FASEHA BINTI YUSRI D20141067757
SITI HAIRANI BINTI ZUKIFLI D20141067784
NAMA PENSYARAH:
DR MOHD HAIRI BIN IBRAHIM
KUMPULAN: C
FENOMENA EL NINO.
1
Bermula penghujung tahun 1997 dan
1998, kesan El Nino telah memberi impak
yang cukup besar pada dunia. Di Malaysia,
kita telah mengalami kadar pemanasan
yang cukup tinggi sehingga
mengakibatkan kemarau yang panjang
serta masalah bekalan air yang sangat
meruncing.
El Nino bersifat kitaran yang
berlaku setiap tiga hingga lapan tahun
sekali (tiga hingga empat bulan). Kesan
yang dialami berbeza dari satu tempat ke
tempat yang lain. Fenomena seperti banjir,
kemarau dan gangguan terhadap iklim
normal dialami di banyak tempat (Mohd
Fadzil Akhir, 2012).
Rajah 1: Corak El Nino di dunia
Istilah El Nino.
El Nino bermaksud suatu fenomena
peningkatan suhu arus lautan khususnya
arus Lautan Pasifik yang menyebabkan
berlakunya proses pembuakan/ luahan
(upwelling). Arus lautan yang sejuk
bertukar menjadi panas dan menyebabkan
tekanan udara permukaan menjadi panas.
Peningkatan suhu arus lautan Pasifik
berlaku sehingga menyebabkan pola tiupan
angin timuran dari laut ke barat yang
selama ini membawa hujan menjadi angin
kering. Kawasan daratan yang sepatutnya
menerima hujan menjadi kering atau
kemarau yang berpanjangan.
Mekanisme Kejadian El Nino.
Rajah 2: Keadaan Normal (sebelum kejadian El Nino).
Dalam keadaan normal iaitu pada sebelum
berlakunya kejadian El Nino, angin
timuran akan bertiup dari Timur ke Barat
merentasi Lautan Pasifik dengan kelajuan
angin 10 knot - 20 knot. Arus laut panas
yang menggantikan arus laut sejuk di luar
Pantai Peru, Amerika Syarikat
menyebabkan peningkatan haba dan
kesannya dirasai di banyak negara
2
TAHUKAH ANDA?
El-Nino adalah kejadian berkala di mana suhu
permukaan Lautan Pasifik menjadi lebih panas
termasuk Asia Tenggara (Jabatan
Meteorologi Malaysia).
Angin tersebut akan mengangkut
lembapan udara (awan) yang terbentuk di
lautan Pasifik dan melepaskannya sebagai
hujan monsun di bahagian Barat Pasifik
seperti Malaysia, Indonesia dan Kepulauan
Asia Tenggara yang lain. Di Malaysia
tempoh berkenaan dikenali sebagai
Monsun Timur Laut yang berlaku pada
bulan November - Mac yang membawa
hujan lebat dengan purata hujan 300 mm –
500 mm disebabkan pada waktu siang
suhu jarang mencapai 32° C dan kerap kali
tidak mencapai 27° C.
Rajah 3: Sewaktu El Nino.
Namun proses sebaliknya berlaku sewaktu
El Nino. Air laut yang panas menyebabkan
tekanan udaranya menjadi lemah, berhenti
atau mengubah pola tiupan angin timuran
dari darat ke laut atau dari Barat ke Timur.
Hujan monsun turun di tengah Lautan
Pasifik dan bukan di kawasan sepatutnya
iaitu Asia Tenggara.
Oleh itu, cuaca panas, kemarau,
dan suhu yang tinggi dengan memiliki
julat harian antara 5° C - 10° C di kawasan
berhampiran pantai dan 8° C - 12° C di
kawasan pedalaman serta kadar hujan yang
sedikit di mana setiap negeri hanya
menerima hujan sebanyak 100 mm – 150
mm sahaja di Malaysia dan negara-negara
Asia Tenggara yang lain menyebabkan
cuaca kering dan berlakunya kemarau.
Misalnya pada 13 September 1997 suhu
permukaan Lautan Pasifik meningkat dari
25º C hingga 27º C dan menjelang akhir
tahun 1997 suhu terus meningkat hingga
30º C. Dianggarkan bahawa kawasan laut
di sepanjang 8 000 km persegi di sekitar
Khatulistiwa Pasifik telah terlibat dengan
peningkatan suhu berkenaan.
KEPENTINGAN EL NINO
Pada kebiasaannya, Lautan Pasifik sentiasa
diliputi angin timur iaitu hembusan angin
timur ke barat yang meniup air laut yang
panas jauh dari lautan bahagian timur,
sebelah Peru dan Chile, menuju ke barat
Lautan Pasifik, mengarah pantai Australia
dan kepulauan Filipina. Permukaan air ini
3
TAHUKAH ANDA?
Cuaca kering yang dibawa oleh El-Nino berkait rapat dengan kebakaran hutan di Australia
diganti dengan air sejuk yang terjadi dari
arus Antartik Humbolt yang sentiasa
datang dari pantai benua Amerika Selatan.
Ini menyebabkan suhu permukaan laut di
bahagian tengah dan timur lautan Pasifik
menjadi lebih sejuk dari bahagian barat.
Bagaimanapun dalam tahun-tahun
terjadinya El Nino, angin timur
berkurangan. Hal ini akan menyebabkan
air panas yang sepatutnya menuju ke arah
barat akan berputar balik merintangi
Lautan Pasifik. Ini akan memperlahankan
kejadian Arus Humbolt yang sejuk
menyebabkan timur Pasifik yang
sepatutnya menjadi sejuk akan berubah
menjadi panas. Keadaan inilah akan
menyebabkan berlakunya kemarau (Ishak
Johari dan Nurhidayah Seetha Abdullah,
2010).
Hujan monsun yang turun di
kawasan tengah Lautan Pasifik dan bukan
di Asia Tenggara dan Australia
menyebabkan berlakunya cuaca panas dan
kering, kemarau dan suhu yang tinggi serta
kadar hujan yang sedikit yang melanda
negara-negara seperti Malaysia, Indonesia
dan lain-lain negara di Asia Tenggara.
Manakala di kawasan pantai barat
Amerika termasuk Amerika Utara akan
mengalami cuaca yang lembap dan
berkemungkinan akan berlakunya banjir
yang buruk. Semua keadaan ini bergantung
pada tahap kekuatan fenomena El Nino
berlaku.
Fenomena El Nino berlaku dalam
setiap 3 hingga 7 tahun sekali tempoh
tercetusnya El-Nino ini pul antara 6 hingga
18 bulan. Ini juga bermakna Malaysia juga
berisiko dilanda cuaca kering dan panas
selama 18 bulan (Amizul Tunizar Ahmad
Tarmizi, 2014). Kejadian El Nino berlaku
mempunyai kepentingan. Antaranya ialah
memberi kesan kepada tumbuhan. Hujan
lebat yang berlaku di kawasan Timur
Lautan Pasifik akan mengalami penurunan
hujan yang lebat. Ini akan menggalakkan
pertumbuhan tumbuh-tumbuhan di
kawasan cerun pergunungan tepi pantai
yang dipanggil chapparo. Kesan yang
seterusnya adalah terhadap perubahan
cuaca iaitu angin. El-Nino menggalakkan
pembentukan angin yang kuat
menyebabkan taufan melanda. El Nino
juga menambahkan kejadian siklon tropika
di kawasan Lautan Pasifik Tengah
berdekatan Hawaii di Selatan Pasifik dan
Barat Laut Pasifik.
4
TAHUKAH ANDA?
Filipina akan menghadapi “El-Nino paling teruk dalam sejarah” di mana penduduknya telah digesa menjimatkan penggunaan air dan elektrik
TAHUKAH ANDA?
Malaysia mencatatkan pembaziran air yang tertinggi
iaitu 226 liter sehari berbanding Thailand hanya 90
liter sehari
Peta 1 menunjukkan negara-yang terlibat dalam fenomena El-Nino. sumber: http://hightowerreport.com/2014/04/is-an-el-nino-on-its-way/
Walaupun fenomena El Nino telah lama
berlaku dan ramai penyelidik mendapati
bahawa fenomena ini dikaitkan dengan
pemanasan cuaca global, ada juga
penyelidik yang berpendapat bahawa
‘bintik hitam matahari’ didapati
mempunyai pertalian dengan fenomena El
Nino. Hipotesis menunjukkan bahawa
matahari merupakan sumber tenaga utama
yang menggerakkan dan menghidupkan
semua aktiviti Bumi, maka kejadian
fenomena bintik hitam matahari yang
berkala dihubungkaitkan dengan
kemunculan fenomena El Nino (Dupe,
1998).
ISU-ISU FENOMENA EL NINO
Isu-isu berkaitan yang disebabkan oleh
fenomena El-Nino bukanlah perkara baru.
El Nino merupakan fenomena pemanasan
suhu laut yang berlaku secara tidak
menentu di Pasifik Tropika Timur pada
setiap tahun. Keadaan El Nino kuat boleh
menyebabkan gangguan corak cuaca di
seluruh dunia, biasanya membuat wilayah
tertentu lebih lembap seperti di Peru atau
California dan kawasan yang lain kering
seperti Asia Tenggara. Fenomena ini
menyebabkan kebanyakan negara
mengalami kerosakan yang teruk. El Nino
kuat sedang berlaku.
Suhu di kawasan tropika timur Lautan
Pasifik terus menunjukkan peningkatan
berbanding minggu sebelumnya.
Berdasarkan perkara yang berlaku kini,
kebanyakan model-model iklim
antarabangsa menjangkakan kemungkinan
El Nino kuat boleh berterusan sehingga
suku pertama 2016. Menurut Jabatan
Meteorologi Malaysia (2015), Malaysia
dilanda fenomena El-Nino yang kuat dan
kadangkala menyebabkan suhu meningkat
5
antara 0.5C hingga 2.0C di seluruh
negara terutamanya pada suku pertama
tahun berikutnya dan boleh menyebabkan
pengurangan jumlah hujan terutamanya di
Sabah dan utara Sarawak.
Fenomena El Nino memberi kesan
langsung ke atas taburan jumlah hujan di
Malaysia. Perkara ini berlaku kerana
semasa El Nino, kelompok awan dan
taburan hujan di kawasan tropika beralih
dari barat ke tengah Pasifik menyebabkan
keadaan cuaca kering di Malaysia. Pada
tahun 1997/98, suhu paling panas
direkodkan di Malaysia iaitu 40.1C di
Chuping, Perlis manakala 36.1C pada
tahun 2009 (Jabatan Meteorologi, 2009).
Tahun 1998 merupakan tahun yang
merekodkan suhu tertinggi terbanyak
dengan 50 peratus daripada rekod suhu
tertinggi dicatatkan. Rentetan daripada
fenomena yang berlaku, pelbagai isu
berlaku seperti krisis bekalan air dan
masalah jerebu melanda di Malaysia.
Selain itu, akibat daripada cuaca yang
panas kes sensitif iklim seperti taun,
demam denggi dan malaria meningkat.
Melalui pemerhatian yang telah dibuat,
terdapat sekurang-kurangnya tiga kesan
utama akibat daripada peningkatan suhu
semasa fenomena ini. Yang pertama,
apabila cuaca panas yang berterusan
dijangka turut mengakibatkan penyakit
seperti batuk, selsema, demam dan
penyakit berkaitan cuaca panas. Keadaan
panas mendorong kepada proses sejatan
kawasan tadahan air lantas menyebabkan
krisis bekalan air. Disebabkan kadar
sejatan yang tinggi kawasan tadahan air
seperti empangan, tasik dan kolam
mengalami penyusutan. Kebakaran juga
boleh berlaku akibat daripada persekitaran
yang kering. Peningkatan kes kebakaran
yang berlaku akan menyebabkan masalah
jerebu.
Pada tahun 2015/2016, El Nino dijangka
akan memberi impak yang besar kepada
California dan separuh timur Amerika
(Accuweather.com, 2015). Senario yang
mungkin berlaku, sepanjang musim sejuk
California akan menerima kerpasan yang
ketara dalam bentuk hujan dan salji.
Jumlah hujan yang tinggi akan memberi
kesan kepada California. Penduduk
tempatan akan menghadapi banjir dan
tanah runtuh. Seterusnya, Britain juga
menerima impak daripada fenomena El
Nino ini. Pada tahun 1997, satu siri ribut
Atlantik berkelajuan 100 mph
menghentam UK. Kejadian El Nino paling
teruk abad yang lalu berlaku pada 1982-
1983 dan 1997-1998 semasa taufan
melalui Pasifik dan Lautan India
membunuh 40 orang dan merosakkan
10,000 buah bangunan (Sunday Express,
2015). Pada tahun 2015 ini, seluruh dunia
bakal menghadapi fenomena El Nino
6
TAHUKAH ANDA?
Di Amerika Utara dan Amerika Selatan, El-Nino dijangkakan membawa hujan lebat dan
banjir di samping lebih banyak taufan dan hurikan
paling kuat dalam tempoh 50 tahun
(AccuWeather, 2015). Ia akan
mengakibatkan ribut di bahagian Amerika
Syarikat termasuk California, hujan lebat
dan banjir di Australia Barat dan musim
sejuk yang tidak menentu di UK.
KESAN KEJADIAN EL-NINO KEPADA GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA.
El-Nino adalah sebuah kejadian kemarau
atau kekurangan air di permukaan
disebabkan oleh haba pancaran matahari.
Namun, terdapat juga faktor atau punca
lain yang menyebabkan berlakunya
fenomena tersebut. Kebiasaannya,
kejadian ini akan memberikan kesan
kepada geografi fizikal dan manusia.
Antara kesan fenomena El Nino kepada
geografi fizikal ialah
Kebakaran Hutan Secara Besar-
besaran
Di Indonesia, disebabkan oleh fenomena
yang terlalu kuat menyebabkan berlakunya
kebakaran yang menggemparkan seluruh
dunia kerana asap kesan kebakaran
tersebut tersebar ke negara lain. Antara
negara yang terkesan disebabkan oleh
kesan kebakaran di Indonesia ialah
Malaysia, Singapura dan lain-lain.
Kejadian ini juga akan menyebabkan
berlakunya jerebu dan sangat bahaya
kepada kesihatan manusia. Kebakaran ini
juga akan merosakkan tumbuh-tumbuhan
yang hidup di sekitar hutan tersebut. Api
akan mudah merebak apabila cuaca yang
kering dan ketiadaan air dalam udara.
Selain itu, sumber air juga susah didapati
bagi menghilangkan api di hutan terbabit.
Kebakaran hutan di Indonesia telah
melanda Pulau Sumatera dan Kalimantan
dan ia disebabkan oleh fenomena jerebu
dan faktor lain. Namun, keadaan udara
yang kering dan hujan yang sedikit telah
membuatkan api menjadi mudah merebak
dan memusnahkan hampir 10 hektar tanah
kawasan hutan.
7
TAHUKAH ANDA?
Negeri-negeri yang menghasilkan beras seperti Kedah akan mengalami hasil pengeluaran yang sedikit,
menyebabkan kita akan bergantung kepada beras import.
TAHUKAH ANDA!
El-Nino akan menyebabkan kebakaran
hutan di Indonesia menjadi semakin teruk dan akan mengancam
tanaman koko, kopi dan beras
Gambar 1 menunjukkan kebakaran hutan yang berlaku disebabkan oleh fenomena El-Nino.
Jerebu
Jerebu ialah keadaan di mana terdapatnya
kehadiran partikel terampai di atmosfera
seperti gas-gas, debu, habuk dan zarah
dalam keadaan udara yang kering. Pada
amnya jerebu ini berpunca daripada
pencemaran udara. Namun, jerebu juga
terjadi disebabkan oleh pembakaran
terbuka dan tambahan berlakunya
fenomena el-Nino. Disebabkan itu, jerebu
akan berlaku apabila berlakunya musim
kemarau dan hilang atau berkurangan
apabila turunnya hujan ke permukaan
bumi.
Udara yang tidak bersih dan
dipenuhi dengan habuk serta debu akan
sentiasa berada di udara yang panas dan
kering. Apabila berlakunya fenomena ini,
suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat
secara tinggi berikutan pergerakan angin
timuran yang perlahan di tengah dan barat
perairan tersebut. Pada masa yang sama,
Asia Tenggara akan mengalami musim
kemarau yang kering memudahkan
kebakaran hutan yang seperti berlaku di
Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap
terlepas ke ruang udara dan terperangkap
di ruang angkasa sehingga menghasilkan
keadaan yang berjerebu. Di Malaysia, tahap
kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks
Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara
yang teruk ialah pada peringkat IPU 101
sehingga 400.
Nilai Indeks
Pencemaran
Udara (IPU)
Kualiti Udara
0-50 Baik
51- 100 Sederhana
101-200 Tidak Sihat
201-300 Sangat Tidak Sihat
301-400 Berbahaya
401-500 Sangat Berbahaya
Lebih 500 Darurat
Jadual 1: Tahap IPU kejadian jerebu.
Ekosistem Akuatik Terjejas dan Tanah
Merekah
Musim kemarau akan menyebabkan
berlakunya perubahan ekosistem akuatik di
mana badan-badan air mula kering
menyebabkan ikan serta hidupan akuatik
mati. Malahan, sumber makanan bagi
hidupan akuatik itu juga akan turut
berkurangan dan hidupan tersebut tidak
mempunyai makanan. Hidupan akuatik
akan terjejas kerana tidak mendapat
sumber yang cukup. Selain itu, tanah akan
kekeringan dan mula merekah disebabkan
oleh cuaca yang terlalu kering. Tanah akan
mula merekah dan kekeringan dan rumput-
rumput juga mati kerana tidak
mendapatkan air sebagai sumber makanan
kepada tumbuhan tersebut.
Tanah yang merekah ini juga akan
menghasilkan debu-debu yang kering. Hal
ini demikian kerana tanah yang kering
akan mempunyai debu yang berterbangan
di udara. Namun terdapat juga kesan El
Nino terhadap geografi manusia iaitu
perubahan yang berlaku terhadap manusia
apabila musim kemarau tiba.
Gambar 2 menunjukkan tanah yang merekah kerana fenomena El Nino
Sumber Air Berkurangan
Manusia amat memerlukan air dalam
kehidupan seharian. Air digunakan dalam
memasak, mencuci, mandi dan lain-lain.
Apabila fenomena ini berlaku manusia
akan menghadapi kesukaran dalam
kehidupan kerana masalah air yang
semakin berkurangan. Penduduk sangat
memerlukan dan menggunakan sumber air
daripada sumber yang dibekalkan oleh
Jabatan Bekalan Air (JBA). Jabatan
tersebut adalah jabatan yang menyalurkan
bekalan air melalui sistem paip ke rumah-
rumah dari loji rawatan air. Jabatan ini
juga akan mengalami masalah apabila
berlakunya kemarau bagi pihak jabatan
tersebut untuk menyalurkan kepada
masyarakat.
Aktiviti Pelancongan dan Rekreasi
Sumber air yang banyak dan menarik
menjadi tarikan kepada aktiviti
pelancongan. Sungai dijadikan tempat
memancing, sukan air seperti berkayak, jet
ski dan berakit. Sumber air seperti air
terjun berjaya menarik minat kepada
pelancong dari dalam dan luar negara.
Contohnya Air Terjun Jeram Linang di
Kelantan. Tempat-tempat menarik tersebut
akan kurang mendapat sambutan
disebabkan oleh kekurangan air oleh
fenomena El-Nino. Malahan orang ramai
jadi tidak berminat terhadap tempat
peranginan terbabit dan menjejaskan
pendapatan pelancongan negara.
LANGKAH – LANGKAH MENGURANGKAN FENOMENA EL NINO.
Kesan El Nino kepada Negara secara
umumnya boleh menyebabkan jumlah
hujan diterima akan berkurangan. El Nino
juga boleh menyebabkan cuaca menjadi
lebih panas dan kering yang seterusnya
memudahkan berlakunya kebakaran hutan
yang boleh menyebabkan kejadian jerebu
tebal merentasi sempadan serta memberi
kesan terutamanya terhadap kesihatan,
aktiviti luar dan pertanian. Terdapat
beberapa langkah awal yang boleh diambil
oleh kerajaan dan masyarakat untuk
mengurangkan kesan El Nino. Antaranya
ialah:
Pihak kerajaan
Sebagai usaha untuk mengurangkan
fenomena El Nino dan musim kering
Monsun Barat Daya, Kementerian Sains,
teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui
Jabatan Meteorologi Malaysia telah
mengambil beberapa langkah awal dengan
menggerakkan satu Jawatankuasa Khas
yang sentiasa memantau dan meneliti
perkembangan El Nino.
Selain itu, pihak kerajaan perlulah
memantapkan dan memperkemaskan
penyaluran maklumat perkembangan
fenomena El Nino dan cuaca kepada
semua agensi kerajaan yang terlibat, orang
awan dan pihak media, melalui kaedah
operasi yang telah ditetapkan supaya orang
awam tidak tertunggu dengan menghadapi
fenomena El Nino yang berpanjangan dan
meningkatkan lagi keberkesanan
pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan
sekiranya fenomena El Nino berlaku
dengan lebih teruk sehingga
memudaratkan alam sekitar. Dalam hal ini
MOSTI telah memulakan kajian Khusus
untuk mengkaji dan memastikan
pembenihan awan dapat dioptimumkan
operasinya.
Masyarakat setempat.
Setiap rumah atau kediaman mempunyai
simpanan air yang mencukupi atau
menyediakan takungan ari tambahan untuk
kegunaan masing – masing seperti kolam,
perigi dan sebagainya untuk kegunaan
semasa ketiadaan air. Selain itu,
masyarakat juga perlu mengamalkan sikap
berjimat cermat dan mengamalkan budaya
penggunaan air berhemah mulai sekarang.
Berdasarkan kajian pertubuhan Bangsa –
Bangsa Bersatu (PBB), penggunaan air
sehari oleh setiap rakyat Malaysia adalah
amat tinggi iaitu 310 liter berbanding air
piawaian antarabangsa PBB iaitu 165 liter,
Afrika hanya 50 liter, India 100 liter
sehari, manakala Singapura 150 liter.
Selain itu, orang awam juga perlu merancang aktiviti luar dalam tempoh masa berkenaan. Hal ini demikian kerana perubahan cuaca yang berlaku terlalu ekstrem sehinggakan penglibatan aktiviti luar terpaksa dihadkan. Mereka juga digalakkan mempunyai simpanan topeng muka apabila diperlukan. Hal ini demikian kerana fenomena ini boleh menyebabkan berlakunya pembakaran hutan secara semula jadi sehingga menyebabkan berlakunya jerebu yang teruk (Ebon Ewin, 2014).
RUJUKAN
Abdul Rahman Mahmud (2009, Jun 15). Menghadapi Fenomena El Nino. Utusan Melayu. Diperoleh daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0615&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz3s8k13cGs pada 19 November 2015.
Amizul Tunizar Ahmad Termizi (2014, Jun 29). Ancaman El Nino. Utusan Online. Diperoleh daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140629/ke_01/Ancaman-El-Nino
pada 20 November 2015.
BERITA. (2015, Julai 2). El Nino: Cuaca Panas Sehebat 1997 dijangka Berlarutan Hingga Mac 2016. Astro Awani. Diperoleh daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/el-nino-cuaca-panas-sehebat-1997-dijangka-berlarutan-hingga-mac-2016-64550 pada 21 November 2015.
Dupe, Z (1998) Membongkar El-Nino dengan Syaraf Tiruan. Dalam El Nino: Kesan Terhadap Sistem Atmosfera dan Sistem Hidrologi Lautan Pasifik. Malaysian Ghost Research. Diperoleh daripada www.malaysian-ghost-research.org/el-nino-kesan-terhadap-sistem-atmosfera-dan-sistem-hidrologi-lautan-pasifik/#.VlFek3YrLIU pada 20 November 2015.
Ebon Ewin (2014). Situasi Semasa Fenomena El Nino. Putrajaya: Kuala Lumpur. Diperoleh daripada www.mosti.gov.my/wp-content/upload/2014/12/elninoapril.pdf.
pada 20 November 2015.
Ishak Johari dan Nurhidayah Seetha Abdullah (2010), Hidrologi Kejuruteraan Awam. Kuching, Sarawak: InfoGrafik Press Sdn Bhd.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI (2010). El Nino Punca Cuaca Dunia Bercelaru. Ulasan Pandangan IKIM. Diperoleh daripada http://www.mosti.gov.my/wpcontent/uploads/2014/08/nota_makluman_el_nino__lampiran_.pdf pada 21 November 2015.
Macmath, J (2015, Oktober 21). US El Nino Forecast: California, East to Bear Brunt of Impact This Winter. Diperoleh daripada http://www.accuweather.com/en/weather-news/how-will-el-nino-affect-us-weather-winter-forecast/52974535 pada 20 November 2015.
Mohd Fadzil Akhir. (2012). Pemanasan Global: Fenomena yang Sedang Mengancam Bumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Meteorologi Malaysia. http://www.met.gov.my/index.php. Dilayari pada 21 Oktober 2015.
Jabatan Meteorologi Malaysia (2014, Mei 10). Status El-Nino. Diperoleh daripada http://www.met.gov.my/documents/10661/101803/status_elnino.pdf pada 19 November 2015.
Norazzuan Md Hashim. (2010). Analisis tren pemanasan global dan kesannya terhadap aspek dayahuni bandar di Malaysia. 1 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diperoleh daripada http://www.ukm.my/geografia/images/upload/7.2010-2-Norazwan-melayu-1.pdf pada 21 November 2015.
Rao, N (2015, Oktober 19). Strongest El Nino in History could Bring Six Month of Strom to Britain. Sunday Express. Diperoleh daripada http://www.express.co.uk/news/nature/593648/Weather-Warning-El-Nino-storms-autumn-winter-Britain pada 20 November
top related