· berpakaian yang sesuai di utm. aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi pandangan pelajar siswi...
Post on 28-Jul-2019
267 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala
pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W
Buat ayahanda Haji Abdul Aziz Bin Hj. Mohd. Zin
dan Bonda Hajjah Fatimah Bt. Razak
dan buat
dua orang puteriku tersayang Noorzulfahanisa dan Noorzalifahadiana
serta
seluruh kaum keluargaku yang dikasihi dan disayangi
Segala dorongan, pengorbanan dan sokongan yang diberikan mengilhamkan
kejayaan pada hari ini. Semoga ALLAH memberi rahmat dan kasih sayang-NYA
kepada ahli keluarga semua.
iii
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Dr. Mohamad Sharif bin
Mustaffa selaku pembimbing projek yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan projek ini. Tidak lupa kepada para pensyarah yang banyak memberi
bimbingan secara langsung dan tak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga dan
hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasajasa yang sangat mulia ini.
Kerjasama dan bantuan dari pihak pengurusan Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) serta pihak pengurusan Kolej Siswi UTM
amatlah dihargai.
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan
berkongsi pengetahuan dalam menjayakan projek ini diucapkan berbanyak terima
kasih. Segala pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi bersama akan diingat
untuk meneruskan projek-projek akan datang yang berbentuk ilmiah mahupun
akademik.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung di atas kesudian menghulurkan bantuan, idea serta
pendapat dalam menjayakan penyelidikan ini.
iv
Abstrak
Pakaian merupakan alat penting di dalam kehidupan seseorang individu.
Cara seseorang itu berpakaian terutamanya wanita adalah penting agar ia dilihat oleh
masyarakat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang baik. Oleh itu,
tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar siswi mengenai amalan
berpakaian yang sesuai di UTM. Aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi
pandangan pelajar siswi UTM mengenai ciri-ciri pakaian yang memberi keselesaan
kepada mereka, mengetahui ciri-ciri pakaian yang beretika bagi pelajar siswi UTM
dan persepsi pelajar mengenai etika berpakaian yang telah ditentukan oleh pihak
UTM. Bentuk kajian adalah secara deskriptif dan instrumen kajian yang digunakan
ialah borang soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu A dan B. Satu set soal
selidik yang meliputi aspek yang dikaji telah diberikan kepada 242 orang responden
yang mendiami kolej 13. Skala likert digunakan untuk mengukur maklumbalas.
Segala data yang dikumpulkan diproses menggunakan perisian SPSS versi 10.0
dengan menggunakan statistik kekerapan dan peratus. Daripada kajian yang telah
dilakukan menunjukkan pandangan pelajar mengenai ciri-ciri pakaian yang
memberikan keselesaan kepada siswi UTM berada pada tahap sederhana. Ciri-ciri
pakaian yang beretika bagi pelajar siswi UTM pula berada pada tahap yang tinggi di
mana ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, bersopan serta tidak menjolok mata
merupakan ciri-ciri pakaian yang beretika kepada siswi UTM. Berhubung dengan
persepsi pelajar mengenai etika berpakaian yang telah ditentukan oleh pihak UTM,
ianya berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan dapatan daripada kajian ini,
beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meninggikan lagi imej siswi UTM.
v
Abstract
Clothing is one of the most crucial aspect in an individual daily routine. The way
one’s dressed, especially women, is important way in order to address one’s personal
attitude within the eye of a society. Hence, the objective of this study is to know the
perception of the female students about the dressing etiquette in UTM. The aspects
that were analyzed was about the characteristics of dressing that give comfort to the
students, the characteristics of etiquette dressing of the female students of UTM and
also the perception of these students toward the etiquette dress code that have been
outlined by UTM. The data were analyzed in a descriptive way and the research
instrument that has been used is questionnaire that encompasses two sections, that
are A and B. One set of questionnaire were distributed to 242 respondents from
college 13. Likert scale was used to measure the response. Data were analyzed
using SPSS version 10.0 with the frequency and percentage statistics. From the
findings, it has shown that the comfortness of the dressing code of the female
students of UTM are at moderate level while the etiquette dress code of these
students is at the highest level, that is polite way of dressing. The students
perception towards the dressing etiquette that has been outlined by UTM is also at
the moderate level. From the findings, this study has made a few recommendation
towards increasing the image of the dressing etiquette of the female students of
UTM.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN ISTILAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Limitasi Kajian 12
vii
1.8 Definisi Istilah 12
1.9 Penutup 16
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Peranan Pakaian Kepada Wanita 17
2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Pakaian Di Kalangan Pelajar 22
2.3.1 Tahap Pendidikan 22
2.3.2 Faktor Diri Pelajar 23
2.3.3 Faktor Keluarga 23
2.3.4 Faktor Sikap 24
2.3.5 Pengaruh Budaya Asing 25
2.3.6 Faktor Pendapatan 26
2.3.7 Faktor Media Massa 27
2.3.8 Faktor Rakan Sebaya 28
2.4 Etika Berpakaian 29
2.5 Kesimpulan 30
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
viii
3.3 Populasi Kajian 32
3.4 Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 37
3.8 Kesahan Soal selidik Dan Kebolehpercayaan 39
3.9 Analisis Data 40
4.0 Kesimpulan 42
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Penganalisaan Latarbelakang Responden
4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 44
4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Kursus dan Status 45
4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Fakulti 46
4.2.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Tahun 46
4.3 Analisis Soal Selidik Bahagian B
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama
Apakah Pandangan Pelajar Siswi UTM
Mengenai Ciri-ciri Pakaian Yang Memberi
Keselesaan Kepada Mereka 47
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua
Apakah Ciri-ciri Pakaian Yang Beretika
Bagi Pelajar Siswi UTM 51
ix
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga
Bagaimana Persepsi Pelajar Mengenai
Etika Berpakaian Yang Ditentukan Oleh
Pihak UTM 54
BAHAGIAN LIMA
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 58
5.2 Perbincangan 58
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 59
5.2.2 Pandangan Pelajar Siswi UTM Mengenai
Ciri-ciri Pakaian Yang Memberi Keselesaan
Kepada Mereka 60
5.2.3 Ciri-ciri Pakaian Yang Beretika Bagi
Pelajar Siswi UTM 63
5.2.4 Persepsi Pelajar Siswi Mengenai Etika
Berpakaian Yang Telah Ditentukan Oleh
Pihak UTM 65
5.3 Rumusan 67
5.4 Cadangan 68
5.4.1 Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar 68
5.4.2 Kepada Siswi 70
5.4.3 Kerajaan 71
5.5 Kajian Lanjutan 72
5.6 Penutup 73
BIBLIOGRAFI 74
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Taburan Populasi Mengikut Kaum
Bagi Penghuni Kolej 13, Universiti
Teknologi Malaysia 33
3.2 Jadual Persampelan Secara Rawak 34
3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut
Aspek Kajian 35
3.4 Set Skala Likert 36
3.5 Pengkelasan Skala Lima Mata Likert 41
3.6 Tahap Pengaruh Setiap Faktor 41
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 44
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Kursus dan Status 45
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Fakulti 46
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Tahun 46
4.5 Analisis Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Yang Menjawab
Setiap Item Bagi Melihat Keselesaan
Berpakaian 48
4.6 Analisis Bilangan Kekerapan dan Peratusan
Ciri-ciri Pakaian Yang Beretika Bagi
Pelajar Siswi UTM 51
xi
4.7 Analisis Bilangan Kekerapan dan Peratusan
Persepsi Pelajar Siswi Mengenai Etika
BerpakaianYang Ditentukan Oleh Pihak
UTM 54
4.8 Rumusan Dapatan Kajian 56
xii
SENARAI SINGKATAN ISTILAH
SINGKATAN ISTILAH MAKNA IPT : Institusi Pengajian Tinggi
IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS : Institusi Pengajian Tinggi Swasta
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
HEP : Hal Ehwal Pelajar
SPSS : Statistical Packages for Social Sciences
ITTAR : Institut Teknologi Tun Abdul Razak
AUKU : Akta Universiti dan Kolej Universiti
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Set Borang Soal Selidik
B Surat Pengakuan Pelajar
C Surat Kebenaran Menjalankan Soal Selidik
D Tatacara Pakaian Pelajar
E Skor Kebolehpercayaan Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pakaian merupakan alat penting dalam kehidupan harian seseorang individu.
Pakaian memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan keperibadian
seseorang individu. Hanya dengan melihat cara seseorang itu berpakaian kita boleh
meletakkan nilai kepada individu yang dipandang dan pandang pertama pula pada
biasanya kekal lama dalam ingatan. Pakaian boleh dijadikan asas kejayaan bagi
seseorang jika ia mengetahui konsep berpakaian, pandai memadankan warna, tahu
mengenakan pakaian yang tidak keterlaluan dan kena pada tempat dan masanya
( Rahmat Ismail, 1997 ).
Imej seseorang dinilai dari beberapa aspek utama dan di antara perkara tersebut
pakaian merupakan tumpuan utama, kerana pakaian memainkan peranan yang penting
dalam menentukan imej atau cermin yang paling lama di dalam ingatan orang yang
melihatnya. Oleh itu cara seseorang itu berpakaian terutamanya wanita adalah penting
agar ia dilihat oleh masyarakat sebagai seorang yang mempunyai keperibadaian yang
baik.
Menurut Abul A’La Maududi ( 1985 ) pakaian bukanlah sekadar suatu alat bagi
menutup sebahagian anggota badan dan mengawalnya daripada ancaman udara, malah ia
2
berperanan lebih daripada itu, ia mempunyai akar umbi yang mendalam dalam jiwa
sesuatu bangsa, tamadunnya, kemajuan hidupnya, tradisinya dan lain-lain yang termasuk
ke dalam semua aspek sosialnya.
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia selain daripada makanan
dan tempat kediaman. Hieraki Maslow mengatakan, pakaian merupakan salah satu
elemen penting di dalam keperluan fisiologi manusia. Ia melindungi tubuh badan
daripada hujan, panas dan daripada gangguan fizikal (Horn & Gurel, 1981).
Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siap dikeluarkan dengan mudah,
cepat dan banyak. Perkembangan media massa seperti filem dan video turut
mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu. Bagi orang Islam, pakaian mereka
perlu menutup aurat. Bagi penganut agama lain, mereka mempunyai ketetapan pakaian
mengikut agama masing-masing (Warmke et.al. 1977) Walaubagaimana pun pakaian
adalah ciptaan Tuhan. Di dalam Al-Quran ada menyatakan
“Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakannya benda untuk berteduh, dan ia menjadikan bagi kamu sebahagian daripada gunung-ganang tempat-tempat berlindung, dan ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu daripada panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang, demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatnya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadanya dan mematuhi perintahnya.”
Surah An-Nahl : ayat 81
Menurut Rohani Marude (1989) memakai pakaian yang kemas memberikan
keyakinan yang lebih kepada sipemakainya. Oleh itu seseorang itu haruslah pandai
memilih pakaian yang baik. Untuk kelihatan lebih segak dan menarik pilihlah baju yang
sesuai dengan bentuk badan, warna kulit, perwatakan, masa (keadaan) dan umur.
Pernyataan ini disokong oleh Noor Aini (1988) yang mengatakan bahawa walau
bagaimana sekali pun anda anggap diri anda sebagai seorang yang berpengalaman dalam
3
hal ehwal fesyen, seorang yang terpelajar atau pun anda seorang yang sama sekali tidak
hiraukan tentang pakaian, kita tidak boleh mengenepikan “peraturan-peraturan pakaian”
yang tertentu dan harus diterima oleh orang-orang yang tertentu dari masa ke semasa.
Seperti mana apabila seseorang pelajar itu telah masuk ke pintu universiti ianya
mesti sudah ada disiplin dari dalam yang dapat memahami dan menerima peraturan-
peraturan yang ada di universiti contohnya seperti etika berpakaian. Namun apa yang
diketahui sekarang masih terdapat masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah
disiplin dan peraturan yang dilanggar oleh pelajar universiti seperti di dalam cara
berpakaian. Isu berpakaian di kalangan pelajar universiti telah menjadi suatu perkara
yang hangat diperkatakan sekarang ini. Ada di kalangan pelajar yang berjeans serta skirt
yang sendat hingga ada yang terlondeh menampakkan pusat sekali gus tiada segan silu,
malah dianggap aliran baru dalam berfesyen ( Harian Metro, Mac 2003 ).
Malangnya, mereka yang berpakaian seksi dan ranggi ini seperti itu bukanlah
model tetapi pelajar universiti hingga sukar membezakan pelajar dan orang biasa.
Budaya berpakaian seksi dan menjolok mata di kalangan pelajar Institusi Pengajian
Tinggi ( IPT ) kian berleluasa kerana pihak bertanggungjawab tidak mengadakan
penguatkuasaan bagi mengekang gejala ini. Dulu mereka yang berpakaian jelek begitu
adalah golongan ‘bohsia’ tetapi budaya negatif barat itu yang kian menular di institusi
pengajian tinggi sedikit sebanyak menjejaskan pandangan masyarakat terhadap
kewibawaan pusat pengajian tinggi melahirkan generasi muda berilmu dan berakhlak
mulia. Barangkali pelajar menggangap budaya ikutan itu selaras dengan perkembangan
fesyen terkini, namun hakikatnya mereka tidak memahami matlamat sebenar institusi
pengajian sebagai pusat menimba ilmu ( Harian Metro, Mac 2003 ).
Berpakaian adalah untuk keselesaan dan bukan untuk dipertontonkan dan
kesederhaaan adalah yang paling sesuai. Pakaian untuk menghadiri kuliah misalnya
hendaklah disesuaikan dengan kuliah yang dihadiri. Pemilihan jenis pakaian juga
penting di mana tidak semua fesyen itu sesuai dengan kita dan tidak juga dalam pelbagai
keadaan. Seharusnya sesuaikan pakaian dengan aktiviti yang dijalankan supaya selesa
4
dan elakkan dari menjadi perhatian orang lain. Setiausaha parlimen Kementerian
Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir berkata, pentadbiran IPT boleh menegur
pelajar supaya berpakaian mengikut tempat dan keadaan khususnya ketika menghadiri
kelas perbincangan atau kuliah dan sehubungan itu beliau menasihatkan IPT
memastikan pelajar tidak berpakaian terlalu seksi serta menjolok mata (Harian Metro, 12
Ogos 2003 ).
Kesimpulannya, berpakaian seksi sehingga menampakkan susuk tubuh yang
menggiurkan semacam menjadi budaya terkini sebilangan besar pelajar wanita,
khususnya di Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) Pelajar wanita dikatakan mengenakan
pakaian seumpama itu kerana mengikut arus perubahan zaman moden di mana fesyen
pakaian pelajar hari ini bermula dari luar sehingga menjadi ikutan dan pegangan kepada
mereka tanpa memikirkan kesannya dan mereka ini tidak mengendahkan etika
berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti. Isu pelajar IPT
berpakaian seksi dan menjolok mata yang semakin meruncing tidak sepatutunya berlaku
dan pihak pentadbiran universiti tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap
mahasisiwi yang melanggar etika berpakaian di kampus bagi memastikan pelajar tidak
sewenang-wenangnya mengenakan pakaian tidak senonoh.
1.2 Latar belakang Masalah
Etika berpakaian pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta
(IPTS) di negara ini bergantung kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak
pentadbiran sesebuah IPT dan bukan terletak di bawah kelolaan Kementerian
Pendidikan. Setiausaha parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir,
berkata kementerian bertanggungjawab mengawal dasar sesebuah IPT dan mereka
berhak menentukan peraturan tertentu, termasuk etika berpakaian pelajar.
5
Di IPTA misalnya, wujud peraturan melarang pelajar berpakaian menjolok
mata atau seksi dan ia boleh diterima oleh sebahagian pelajar kerana mereka
memahami status mereka sebagai pelajar. Pelajar lazimnya diterangkan hal ini iaitu
etika berpakaian melalui minggu suai kenal dalam kampus. Tidak dinafikan masih ada
pelajar berpakaian sopan yang mengikut norma dan budaya masyarakat kita dan
didapati masih ada segelintir pelajar yang berpakaian seksi ini.
Masih ada di kalangan pelajar yang tidak mematuhi etika berpakaian di
kampus. Didapati ada segelintir pelajar berani berpakaian seksi di bilik kuliah serta
tidak mengikut norma dan budaya berpakaian sopan masyarakat kita. Pelajar
berpakaian seksi ini seolah-olah mahukan perhatian lebih daripada lelaki kerana mahu
menonjolkan diri daripada kawan-kawan lain dan mendapat populariti yang lebih.
Pelajar siswi ini tidak menyedari bahawa faktor pemakaian mereka yang seksi ini
boleh mengundang berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini seperti kejadian rogol,
sumbang mahram dan sebagainya.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat dari berbilang kaum,
mempunyai kepercayaan, kebudayaan dan nilai yang berlainan maka setiap kaum
mempunyai realiti berpakaiannya tersendiri. Kaum Melayu dengan baju kurung dan
kebaya, kaum Cina dengan Cheong Sam dan kaum India dengan sarinya. Apabila
dilihat daripada ketiga-tiga jenis pakaian ini, kita dapati pakaian kaum Melayu lebih
dipengaruhi daripada yang lain. Pakaian kaum Melayu lebih menampakkan
kesopanan, kesederhanaan dan kelihatan anggun. Pada masa kini, pakaian ini telah
diterima oleh kaum-kaum yang lain.
Menurut Abul A’La Maududi ( 1985 ) menyatakan bahawa sesungguhnya
pakaian bagi sesuatu bangsa itu mempunyai hubungan yang rapat dengan cara hidup
bangsa itu, dan di antara cara hidupnya pula dengan kehidupan sosial hariannya
mempunyai hubungan dan pertalian dari berbagai sudut. Hubungan dan pertalian ini
akan tetap kekal dalam keadaannya yang normal kerana kehidupan itu dalam
bentuknya yang sebegitu akan terus bergerak dan berubah dalam unitnya. Tetapi
6
apabila perubahan itu berlaku bukan dalam bentuknya yang normal iaitu berubahnya
bentuk pakaian dan cara hidup sesuatu bangsa itu atau bentuk pakaiannya sahaja
melalui saluran-saluran yang tidak asli dan natural (tabi’i) maka akan berlaku dalam
kehidupan bangsa itu suasana yang tidak tenang dan pincang kerana unit-unit
kehidupan yang lainnya tidak turut bersama dalam perubahan itu di samping tiada satu
bentuk hubungan atau integrasi di antara unit-unit itu dengan perubahan yang berlaku.
Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Negara iaitu patuh kepada Tuhan dan Al
Quran sebagai panduan. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran ialah :
“Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu; dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa iaitu yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatnya kepada hamba-hambaNya) supaya mengenangNya (dan bersyukur)”
Surah Al-A’Raaf : ayat 26
Di Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) misalnya, wujud peraturan
berpakaian dan ianya cukup memberi gambaran kepada pelajar apa yang perlu mereka
patuhi. Ianya seharusnyalah dapat menangani isu budaya pelajar di IPT berpakaian
seksi dan menjolok mata yang semakin meruncing dan tidak sepatutnya berlaku. Kod
etika perlu diguna pakai ketika menghadiri kuliah, tutorial dan amali, menggunakan
perpustakaan, membuat urusan rasmi di pejabat, menduduki peperiksaan, menjalani
latihan amali, serta di tempat dalam kampus yang difikirkan wajar berpakaian
sedemikian. Pentadbir universiti tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap
mahasiswa yang melanggar etika berpakaian di kampus.
7
Peraturan-peraturan berpakaian di kalangan pelajar-pelajar UTM adalah seperti
berikut :
a. Setiap pelajar dikehendaki memakai pakaian yang bersih dan kemas sepanjang
masa berada di dalam kampus.
b. Elakkan daripada berpakaian tidak sopan dan yang terlalu mendedahkan tubuh
atau menjolok mata di khalayak ramai seperti berskirt di atas paras lutut,
berseluar atau berskirt ketat, berbaju tanpa lengan.
c. Pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja ‘T’ tidak berkolar, seluar ‘jeans’
atau selipar sewaktu menghadiri kuliah, tutorial atau pun apa-apa aktiviti
berbentuk akademik dan urusan rasmi kecuali sukan.
d. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka.
e. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berpakaian menyerupai wanita dan pelajar
wanita tidak dibenarkan berpakaian menyerupai lelaki.
f. Semua pelajar yang berada di makmal atau semasa membuat amali mestilah
mematuhi peraturan pakaian yang dikeluarkan oleh fakulti.
Pihak pentadbiran universiti membuat garis panduan etika berpakaian ke atas
pelajar yang mencerminkan budaya masyarakat negara ini dan sebagai seorang pelajar
juga mereka tidak boleh mengelakkan diri daripada menunjukkan identitinya
tersendiri. Jika murid sekolah mempunyai pakaian seragam, maka seorang penuntut
universiti juga perlu mempunyai imej dan identiti berpakaian mereka.
Pengaruh media yang canggih mempengaruhi cara pelajar berpakaian untuk
lebih kontemporari. Sebagai contoh, pengaruh program luar banyak menampilkan cara
berpakaian nampak pusat, baju ringkas dan sendat yang menjadi ikutan pelajar.
Berikutan pula dengan banyaknya timbul fesyen-fesyen rekaan pakaian yang terbaru
serta ekslusif dan perubahannya yang berlaku secara mendadak akibat dari perubahan
teknologi moden yang canggih masakini.
8
Penuntut-penuntut di Universiti merupakan aset negara. Mereka inilah yang
akan menjadi tokoh-tokoh ternama dan sebagai pelapis pemimpin-pemimpin negara
pada masa kini. Oleh itu mereka mestilah sedar dan perlu mendisiplinkan diri mereka
di peringkat awal lagi justeru itu mereka ini tergolong dalam golongan orang yang
terpelajar. Siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita-wanita terpelajar
andainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Firman Allah;
maksudnya :
Kecelakaan yang besar ialah bagi tiap-tiap orang yang berdusta serta lagi banyak berdosa.Dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya. Kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabarlah dia dengan azab yang pedih.
Menurut Khoo Poh Tin (1989) telah menjadi satu masalah yang serius, timbul
dikalangan mahasiswa dan mahasiswi ialah kebanyakan mereka tidak mementingkan
rupa luar mereka dari segi pakaian, kebersihan dan kekemasan diri. Mereka tidak tahu
akan kepentingan rupa luarnya yang akan membawa pandangan pertama yang penting
kepada pembentukan persepi baik orang lain ke atasnya. Masalah ini timbul
disebabkan kurikulum universiti yang hanya menekankan bidang akademik dan tidak
mementingkan bidang sosial seperti cara berinteraksi, bertingkah laku dan berpakaian.
Menyedari hakikat itu, mahasisiwa berwawasan harus mementingkan dua aspek
asas, iaitu perilaku dan pakaian. Sepatutnya sebagai seorang pelajar perlulah
mematuhi peraturan universiti di dalam etika berpakaian dan ianya banyak bergantung
kepada individu itu. Jika berfikir secara baik, mereka dapat membezakan apa yang
tidak dan boleh dilakukan. Seharusnyalah identiti pakaian pelajar universiti perlulah
disesuaikan supaya memenuhi kehendak perbezaan kaum serta norma dan budaya
masyarakat kita.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Bentuk atau fesyen pakaian bukanlah merupakan suatu gejala masyarakat yang
berasingan, malah ia adalah hasil dari integrasi berbagai faktor alam semulajadi dan
sosial. Hakikat ini kalau kita akui kebenarannya, maka kita terpaksa pula mengakui
bahawa bentuk pakaian yang mendapat sambutan ramai di kalangan suatu bangsa
adalah natijah daripada adunan faktor-faktor tadi, iaitu satu bentuk asli yang serasi
dengan sifat semulajadi bagi bangsa itu, dan sekiranya ia, secara mengejut, menukar
bentuknya yang asli dengan bentuknya yang baru yang bukan hasil dari adunan
(integrasi) faktor-faktor tadi, maka tidak syak lagi dengan tindakan itu ia telah
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah
dikurniakan Allah kepada manusia di permukaan bumi ini.
Sebenarnya, dari segi Islam, ianya tidak menentukan satu rupa pakaian atau
fesyen untuk dipakai kaum wanita. Semua fesyen boleh dipakai wanita muslim
asalkan sudah dapat menutupi auratnya dan tidak bertentangan dengan adab serta nilai-
nilai yang mulia. Ramai wanita-wanita zaman sekarang memakai pakaian yang terlalu
ketat hingga menampakkan bentuk badan, malah dapat dikesan lekuk-lekuk tubuh
terutama di bahagian yang mudah menarik perhatian lelaki. Adakah mereka lebih
selesa memakai pakaian seperti ini? Adakalanya wanita-wanita memakai pakaian
yang jarang hingga menampakkan rupa kulit mereka yang halus dan licin bak sutera.
Adakah pakaian ini boleh melindungi mereka dari terik matahari atau kesejukan.
Untuk apakah mereka memakai pakaian seperti itu? Adapun ciri-ciri pakaian yang
sesuai ialah ianya mestilah menutupi seluruh tubuh kecuali anggota yang diizinkan
dengan jelasnya, ianya haruslah longgar, tebal dan tiada daya tarikan.
Berdasarkan latarbelakang masalah yang dinyatakan, pengkaji ingin
menyelidik mengenai persepsi pelajar siswi mengenai amalan berpakaian yang
sesuai di Universiti Teknologi Malaysia.
10
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang hendak dijawab di dalam kajian ini adalah:
1.4.1 Apakah pandangan pelajar siswi UTM mengenai ciri-ciri pakaian yang
memberi keselesaan kepada mereka?
1.4.2 Apakah ciri-ciri pakaian yang beretika bagi pelajar siswi UTM?
1.4.3 Bagaimana persepsi pelajar siswi mengenai etika berpakaian yang ditentukan
oleh pihak UTM?
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi :
1.5.1 Mengenalpasti pandangan pelajar mengenai ciri-ciri pakaian yang memberi
keselesaan bagi pelajar siswi UTM.
1.5.2 Mengetahui ciri-ciri pakaian yang beretika bagi pelajar siswi UTM.
1.5.3 Persepsi pelajar siswi mengenai etika berpakaian yang telah ditentukan oleh
pihak UTM.
top related