amali:alternator

11
AMALI 5 TAJUK AMALI: MENGUJI ARUS/VOLTAN KELUARAN (OUTPUT) ALTERNATOR Minggu: 14 Tarikh: 21/ 5/ 2012 Tempat: N26, Bengkel Automotif PENGENALAN Sistem pengecas merupakan satu sistem yang membekalkan arus elektrik kepada bateri supaya bateri sentiasa berada dalam keadaan cas. Sistem ini juga berfungsi untuk membekalkan arus elektrik kepada semua komponen-komponen elektrik samasa enjin kenderaan beroperasi. Terdapat dua jenis sistem pengecas iaitu:- i. penjana arus terus (DC Generator) ii. pengulangalik (AC Generator/Alternator). Alternator merupakan alat pengecas yang menghasilkan arus ulang-alik. Alternator Alternator merupakan alat elektromekanikal yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik (alternating current / AC). Fungsi utama alternator adalah mengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem elektrikal kenderaan, setelah enjin kereta dihidupkan. Alternator merupakan bahagian kenderaan yang memberikan tenaga kepada radio, wiper, lampu dan lain-lain. Ianya bertindak sebagai penyimpan tenaga elektrik pada sesebuah kenderaan.

Upload: yurhamy-yusuf-al-jambuli

Post on 27-Jan-2016

262 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Laporan amali bengkel automotif zaman belajar Fakulti Pendidikan UTM Skudai

TRANSCRIPT

Page 1: Amali:ALTERNATOR

AMALI 5

TAJUK AMALI: MENGUJI ARUS/VOLTAN KELUARAN (OUTPUT) ALTERNATOR

Minggu: 14

Tarikh: 21/ 5/ 2012

Tempat: N26, Bengkel Automotif

PENGENALAN

Sistem pengecas merupakan satu sistem yang membekalkan arus elektrik kepada

bateri supaya bateri sentiasa berada dalam keadaan cas. Sistem ini juga berfungsi untuk

membekalkan arus elektrik kepada semua komponen-komponen elektrik samasa enjin

kenderaan beroperasi. Terdapat dua jenis sistem pengecas iaitu:-

i. penjana arus terus (DC Generator)

ii. pengulangalik (AC Generator/Alternator). Alternator merupakan alat pengecas yang

menghasilkan arus ulang-alik.

Alternator

Alternator merupakan alat elektromekanikal yang menukarkan tenaga mekanikal

kepada tenaga elektrik (alternating current / AC). Fungsi utama alternator adalah mengecas

semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem elektrikal kenderaan, setelah

enjin kereta dihidupkan. Alternator merupakan bahagian kenderaan yang memberikan tenaga

kepada radio, wiper, lampu dan lain-lain. Ianya bertindak sebagai penyimpan tenaga elektrik

pada sesebuah kenderaan.

Page 2: Amali:ALTERNATOR

Alternator juga bertindak sebagai power generator iaitu penjanakuasa elektrik untuk

menukar AC kepada DC serta mengawal voltan yang dikeluarkan. Alternator akan berfungsi

sambil mengecaskan dirinya untuk enjin terus bergerak. Tanda-tanda alternator rosak adalah

radio terpadam dengan sendiri, wiper tidak dapat berfungsi dengan baik, kereta menjadi

tersekat-sekat bila tekan minyak dan tanda lampu brek pada papan pemuka( dashboard)

kereta menyala.

Alternator terdiri daripada komponen-komponen gabungan kutub magnet yang

dinamakan "rotor" dan didalamnya terdapat gelungan kawat magnet yg dinamakan "stator".

Alternator ni akan mula berfungsi bila enjin dihidupkan untuk disalurkan serta mengubah AC

kepada DC. Alternator diputarkan oleh “crank pulley” yang disambung ke alternator melalui

belt. Alternator akan berputar untuk mengecas bateri semasa enjin hidup.

LANGKAH KESELAMATAN

1. Untuk memeriksa arus pada Alternator, pastikan sambungan pada Ammeter dilakukan

secara siri.

2. Untuk memeriksa voltan pada Alternator, pastikan sambungan pada Voltmeter

dilakukan secara selari.

3. Untuk memasang kabel pada bateri, pastikan kabel pada terminal positif dipasang

dahulu sebelum terminal negatif.

4. Untuk menggeluarkan kabel pada bateri, pastikan kabel pada terminal negatif

dikeluarkan terlebih dahulu.

5. Pastikan penebat pada output tidak pecah. Sekiranya pecah jika terkena pada body

akan menyebabkan “shock”.

6. Semasa memeriksa arus, pastikan wayar Ammeter yang dipasang tidak bersentuh

dengan body untuk mengelakkan “shock”.

Page 3: Amali:ALTERNATOR

ALATAN DAN BAHAN

1.Alternator

Berfungsi sebagai pengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk

sistem elektrikal kenderaan, setelah enjin kereta dihidupkan.

Pada alternator terdapat 3 bahagian utama iaitu:

L:Ignition Switch (IG)

S: Bateri

B:Output

2. Spanar Gabung

Membuka dan mengetatkan nut pada alternator.

3. Voltmeter

Digunakan untuk mengukur voltan.

Sambungan pada voltmeter mestilah selari.

4. Ammeter

Page 4: Amali:ALTERNATOR

Digunakan untuk mengukur arus elektrik dalam unit ampere(A).

Sambungan Ammeter adalah secara siri.

Litar bagi sistem pengecas

Page 5: Amali:ALTERNATOR

LANGKAH KERJA AMALI

Sebelum amali

Terlebih dahulu sebelum amali dimulakan, kami telah diberikan penerangan

oleh Encik Zhurad berkaitan alternator dan kompenan-kompenan yang penting pada

sebuah alternator. Terdapat 3 bahagian penting pada sebuah alternator iaitu S untuk

bateri, L untuk suis dan B untuk keluaran.

Langkah Kerja Menguji Voltan Keluaran Alternator.

i. Pasang kabel pada bateri. Pasangkan positif dahulu sebelum negatif.

i. Enjin dihidupkan dan dipanaskan terlebih dahulu. Apabila suis di “on” kan, lampu

sistem cas akan terpadam. Sekiranya lampu sistem cas tidak terpadam, ini bermakna

tiada cas berlaku. Ini menunjukkan masalah pada alternator.

ii. Untuk menguji voltan keluaran, Voltmeter harus dipasang dalam keadaan selari pada

litar. Pada voltmeter, wayar positif (merah) diletakkan pada keluaran alternator dan

wayar negatif (hijau) diletakkan pada body kereta. Dengan keadaan ini arus adalah

Page 6: Amali:ALTERNATOR

dalam keadaan selari. Suis dipasang sehingga lampu pada papan pemuka menyala.

Pada ketika ini bacaan voltmeter menunjukkan 12 V. Bacaan ini menunjukkan bateri

adalah 12 V.

Wayar hijau(negatif) dipasang pada body

Wayar positif(merah) dipasang pada B Alternator.

Pemasangan voltmeter dalam keadaan selari

Page 7: Amali:ALTERNATOR

iii. Pada permulaan enjin dihidupkan voltmeter menunjukkan bacaan menurun kepada

10V. Ini bermaksud motor penghidup telah menyedut voltan sebanyak 2 V semasa

proses menghidupkan enjin. Setelah enjin hidup, bacaan menjadi 15 V. Ini

menunjukkan cas sebenar yang telah masuk adalah 3V.

iv. Seterusnya minyak ditekan untuk menguji samada voltan 15 V adalah kekal atau

tidak. Setelah minyak ditekan, bacaan masih menunjukkan 15 V. Ini adalah kerana di

dalam alternator terdapat satu kompenan yang mengawal cas berlebihan yang dikenali

sebagai IC Regulator Build In.

Minyak ditekan untuk menguji bacaan voltan

Langkah Kerja Menguji Arus Keluaran Alternator.

i. Buka nut pada B Alternator (output) dengan menggunakan playar gabung.

Nut pada bahagian B Alternator yang perlu dibuka

Page 8: Amali:ALTERNATOR

ii. Keluarkan wayar yang disambung pada B Alternator (output).

iii. Untuk pemeriksaaan arus perlulah dilakukan secara sambungan siri. Kepitkan satu

wayar Ammeter pada wayar yang dikeluar. Pastikan ianya tidak bersentuh dengan

body bagi mengelakkan shock.

iv. Satu lagi wayar Ammeter dikepitkan pada B alternator (output).

v. Bacaan arus akan ditunjukkan oleh Ammeter.

Pemeriksaan arus sedang dilakukan

Selesai amali

Alatan yang digunakan disimpan di tempat yang telah disediakan.

Kompenan Alternator Yang Biasa Mengalami Kerosakan.

1. Carbon Brush

Sekiranya carbon brush ini haus, enjin kereta susah untuk dihidupkan. lama kelamaan

jika tidak ditukar akan menyebabkan enjin kerata tidak dapat dihidupkan.

2. Rectifier Diod Terbakar

Rectifier Diod berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC. Gabungan

diod lebih dari satu diod yang disambungkan dikenali sebagai reftifier. Diod ini perlu

ditukar setelah ianya tidak berfungsi.

3. IC Regulator (cut-off) rosak

Page 9: Amali:ALTERNATOR

Fungsi IC Regulator ini adalah untuk menahan dan mengawal cas supaya tidak

berlebihan dan bersesuaian dengan spesifikasi enjin kereta. Jika regulator ini tidak

berfungsi dengan baik, ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan

menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang dan padam dengan tiba-tiba, serta

menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi akibat peningkatan cas.

KESIMPULAN

Kompenan Alternator sangat penting sebagai sistem pengecas dan penyimpan tenaga

elektrik kepada sistem kenderaan. Oleh itu sebagai pengguna adalah penting untuk

melakukan pemeriksaan secara berkala ke atas Alternator bagi memastikan ianya dapat

berfungsi dengan baik. Sekiranya alternator ini tidak diperiksa dan telah rosak, ia akan

mengakibatkan peralatan komponen elektrik seperti radio, wiper, lampu dan lain-lain tidak

dapat berfungsi dengan sempurna. Malah enjin kenderaan sukar dihidupkan kerana alternator

tidak memainkan peranan sebagai pengecas sekiranya ia rosak. Salah satu cara untuk menguji

samaada Alternator kenderaan berfungsi dengan baik ataupun tidak adalah seperti berikut:-

i. Hidupkan enjin kenderaan dan biarkan selama beberapa minit.

ii. Tutup semua radio, aircond dan lampu.

iii. Buka “hood” depan untuk mencabut kepala bateri negatif dengan kiraan 1,2.

Sekiranya enjin kereta masih berfungsi bermakna cas masih mengalir dan

Alternator masih lagi elok. Tapi sekiranya enjin mati apabila kepala bateri

dicabut, menunjukkan tiada pengaliran cas berlaku dan Alternator kereta

tersebut mengalami masalah ataupun rosak.

Page 10: Amali:ALTERNATOR

REFLEKSI

Melalui amali yang dijalankan, kami telah mempelajari tentang fungsi dan

kepentingan Alternator. Alternator merupakan satu kompenan yang sangat penting

yang bertindak sebagai sistem pengecas di dalam sesebuah kenderaan.

Dalam menjalankan kerja-kerja amali, Langkah-langkah keselamatan perlulah

diutamakan. Contohnya, semasa memeriksa arus pastikan wayar Ammeter yang

dipasang tidak bersentuh dengan body untuk mengelakkan berlakunya kejutan

(shock). Selain itu,semasa menggunakan alat pengukur seperti Voltmeter dan

Ammeter, alatan ini perlulah dilaraskan kepada sifar terlebih dahulu bagi

mendapatkan bacaaan yang tepat. Kedudukan mata semasa pembacaan juga

memainkan peranan dimana mata perlulah berada tepat di sebelah atas nilai bacaan.

Ini untuk mengelakkan terjadinya ralat semasa pembacaan nilai dilakukan.

Secara keseluruhannya, amali ini mendedahkan kami kepada kepentingan

Alternator serta kepentingan melakukan pemeriksaaan secara berkala ke atas

Alternator bagi memastikan ianya dapat berfungsi sebagai sitem pengecas pada tahap

yang terbaik dan maksimum. Sekiranya Alternator tidak berfungsi dengan baik

ataupun rosak, ianya akan mengganggu fungsi sistem elektrik dalam sesebuah

kenderaan. Oleh itu penjagaan Alternator adalah penting bagi memastikan kesemua

sistem elektrik dapat berfungsi dengan sempurna.