amali-ikan-hiasan

14
BIL NAMA TUGASAN CATATAN Sebelum 1 Tan Zhi Leng, Syidatul, Zuwaidah Membincangkan tema yang sesuai untuk lanskap akuarium Menyatakan sebab dan kelebihan tema 2 Tan Zhi Leng Menyenaraikan ikan hiasan dan tumbuhan akuatik yang sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium mengikut tema Nyatakan sebab ikan yang dipilih 3 Zuwaidah Menyediakan pelan landskap untuk akuarium mengikut tema yang dibincang bersama Menyatakan rasional lanskap dengan tema 4 Syidatul Menyediakan bahan, peralatan dan aksesori mengikut pelan yang dipersetujui Menyatakan rasional penggunaan aksesori dengan tema Semasa JADUAL RANCANGAN KERJA AMALI PENYEDIAAN AKUARIUM

Upload: zhileng-tan

Post on 02-Oct-2015

112 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

amali ikan hiasan

TRANSCRIPT

JADUAL RANCANGAN KERJA AMALI PENYEDIAAN AKUARIUM

BILNAMATUGASANCATATAN

Sebelum

1Tan Zhi Leng, Syidatul, ZuwaidahMembincangkan tema yang sesuai untuk lanskap akuarium Menyatakan sebab dan kelebihan tema

2Tan Zhi LengMenyenaraikan ikan hiasan dan tumbuhan akuatik yang sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium mengikut tema Nyatakan sebab ikan yang dipilih

3ZuwaidahMenyediakan pelan landskap untuk akuarium mengikut tema yang dibincang bersama Menyatakan rasional lanskap dengan tema

4Syidatul Menyediakan bahan, peralatan dan aksesori mengikut pelan yang dipersetujui Menyatakan rasional penggunaan aksesori dengan tema

Semasa

1Syidatul & Tan Zhi LengMembersihkan akuarium dari sebarang benda asing Span Air

2Zuwaidah Membersihkan aksesori yang ingin digunakan Berus Air

3Tan Zhi LengSediakan tapak filter pada akuarium dan meletakkan jaring atas tapak filter Filter Jaring

4Syidatul & ZuwaidahMeletakkan pasir dan baja di dalam akuarium Pasir Baja

5Tan Zhi Leng & SyidatulMasukkan air ke dalam akuarium sehingga 50% penuh Air Paip getah

6ZuwaidahMenanam tumbuhan akuatik Tumbuhan akuatik

7Tan Zhi LengSusun aksesori mengikut pelan Kayu hanyut Batu

8Syidatul & ZuwaidahMasukkan air selebihnya sehingga 2 cm dari bibir akuarium Air paip Getah

9Tan Zhi LengMasukkan anti klorin ke dalam air Anti klorin

10Syidatul Izzati & Zuwaidah Pasangkan pam dan lampu Masukkkan ikan hiasan Pam Lampu

11Syidatul Menyukat suhu air dan pH air Penyukat suhu Penyukat pH

12Tan Zhi Leng & Zuwaidah Memberi makanan ikan Memasukkan garam Nyalakan lampu dan tutup akuarium Makanan ikan Garam Lampu

13Tan Zhi Leng, Syidatul, ZuwaidahKemas dan bersihkan peralatan serta meja kerja

PELAN LAYOUT LANDSKAP AKUARIUMTEMA : HIDDEN GARDEN

LANGKAH KERJA PENYEDIAAN AKUARIUM

SENARAI IKAN HIASANUntuk penyediaan aquascape, ikan yang paling sesuai untuk dibela ialah ikan daripada keluarga jenis tetra dan guppy. Gabungan kedua keluarga ikan ini akan menjadikan tema lanskap kami lebih menonjol. Warna ikan akan kontra dengan warna pasir hitam. Untuk memastikan akuarium sentiasa bersih pula, kami memilih ikan bandaraya yang dikenali sebagai ikan pembersih.Penjagaan ketiga-tiga jenis ikan adalah mudah kerana ikan ini tahan lasak dan kuat. Ikan jenis tetra dan guppy hidup berkelompok dan pembelaannya haruslah paling minima 6 ekor. Pembiakan mereka juga sangat mudah. Ikan ini juga adalah sangat aktif.Berikut ialah senarai ikan hiasan yang akan digunakan :Bil Jenis IkanKuantiti

1Neon tetra

6 ekor

2Cardinal Tetra

6 ekor

3Guppy Short Tail

6 ekor

4Guppy Sword Tail

6 ekor

5Ikan Bandaraya

1 ekor

SENARAI BAHAN DAN PERALATAN Bil Bahan dan Peralatan Kuantiti

1.Span 1

2.Baldi2

3.Getah paip1

4.Kain pengelap2

5.Jaring penangkap ikan1

6.Baldi 2

7.Berus1

8.Garam Ikan3 sudu

9.Anti KlorinBeberapa titik

10.Penyukat suhu1

11.Penyukat pH1

12.Makanan Ikan1

13.Baja1

SENARAI AKSESORI

Bil AksesoriKuantiti

1Akuarium1

2Pam air1

3Penapis1

4Lampu1

5Batu 1 paket

6Kayu hanyut (driftwood) 5 (saiz kecil)

7Pasir hitam5 kg

8Pasir putih 1 kg

9Cabomba

6 pokok

10Java fern

6 pokok

11Red Telanthera

6 pokok

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PENYEDIAAN AKUARIUMDalam penyediaan (setting) akuarium, langkah keselamatan amat perlu dititikberatkan oleh individu yang mengendalikannya. Tujuannya supaya tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kemalangan semasa mengendalikan proses tersebut. Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai proses yang perlu dilakukan untuk menyediakan akuarium seperti membasuh akuarium, memasukkan air, pasir dan sebagainya. Jadi langkah keselamatan perlulah diberikan perhatian oleh individu yang mengendalikannya supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan. Pada kebiasaannya, terdapat empat kategori keselamatan utama yang perlu diberikan perhatian semasa penyediaan (setting) akuarium iaitu;Keselamatan diri

a) Memakai pakaian yang sesuai baju dan seluar yang selesa supaya tidak menghalang pergerakan.b) Memakai kasut yang sesuai. Sebaik-baiknya kasut bertutupc) Mengeringkan tangan sebelum memegang suisd) Menggunakan sauk untuk menangkap ikan ikan kerana sesetengah ikan amat berbahayae) Memastikan kawasan penyediaan akuarium luas dan tidak dihalang oleh sebarang bendaf) Meminta pertolongan rakan dalam beberapa aktiviti seperti mengangkat akuarium dan sebagainya

Peralatan

a) Sebelum menggunakan alatan, pastikan alatan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan tidak terdapat sebarang kerosakan pada alat tersebutb) Pastikan akuarium yang hendak digunakan tidak retak atau pecahc) Memastikan terdapat punca atau sumber elektrik bagi menghidupkan pamd) Menggunakan kain yang bersih untuk mengeringkan alatan laine) Membuat penyambungan wayar dengan baik dan bersistematikf) Tidak memasukkan terlalu banyak aksesori ke dalam akuarium kerana ia akan menyebabkan akuarium nampak terlalu padat dan ikan tidak dapat hidup dengan selesa.

Ikan hiasan

a) Memastikan ikan hiasan yang hendak di masukkan ke dalam akuarium berada dalam keadaan sihat b) Menggunakan sauk untuk memindahkan atau menangkap ikan tersebutc) Memastikan ikan yang hendak dimasukkan ke dalam akuarium tidak lebih dari lima spesis ikan. Jika terlalu banyak jenis ikan dimasukkan ke dalam satu akuarium, mungkin pergaduhan akan berlaku.d) Memastikan spesis ikan yang dimasukkan tidak membahayakan spesis yang lain.

Persekitaran

a) Pastikan lantai tidak dibasah. Jika lantai basah, keringkan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja pemasanganb) Meletakkan akuarium di tempat yang betul supaya tidak menghalang sebarang pergerakan dan sebagainya.c) Meletakkan akuarium di tempat yang tinggi seperti atas meja, rak dan sebagainya supaya tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.