amalan terbaik pembangunan bandar mapan
TRANSCRIPT
TUGASAN 4: AMALAN TERBAIK LMCP1532
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ
ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
DISEDIAKAN OLEH : ZATI SYAZANA BT. SHAHARUDDIN (A162275)
AMALAN TERBAIK DI FREIBURG,
JERMAN
Freiburg, Jerman
Pengangkutanawam Tenaga
Pengurusan sisa
Pemuliharaan tanah
PENGANGKUTAN Matlamat untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengutamakan manfaat
kepada alam sekitar. Lebih mengutamakan pengangkutan awam, penunggang basikal dan pejalan kaki. Untuk mengurangkan kadar keperluan tempat letak kereta terdapat ‘Car-sharing’
iaitu perkhidmatan untuk sewa kereta hanya bila diperlukan. Boleh didapati di kebanyakan lokasi di Bandar melalui Freiburger Auto-Gemeinschaft. Pengguna mendapat pas tahunan percuma untuk pengangkutan awam didalam Bandar.
Tempat letak kereta beringkat berdekatan dengan kawasan perumahan dan stesen transit.
Untuk sesetengah jalan raya had laju ialah tidak melebihi 30km/j. Ada juga jalan yang kenderaan tidak boleh bergerak lebih laju dari pejalan kaki dan kanak-kanak dibenarkan bermain di jalanan tersebut. Penduduk boleh memohon untuk status jalan di kawasan kediaman mereka melalui petisyen di Jabatan Kejuruteraan Awam.
400km laluan basikal. Jalan raya mesra basikal, laluan basikal di tepi jalan dan laluan berasingan perkhidmatan sewa basikal di kebanyakan stesen transit. Peta dan maklumat jalan basikal adalah disediakan.
TENAGA Dasar Tenaga Freiburg mempunyai tiga asas iaitu; penjimatan tenaga,
kecekapan teknologi dan sumber tenaga boleh diperbaharui. Penjimatan tenaga: rekabentuk bangunan yang di bina didalam bandar
haruslah menggunakan tidak lebih 65 kWh/m2/yr, dibandingkan dengan standard kebangsaan 75 kWh/m2/yr.
Program sokongan untuk penebat rumah dan tenaga retrofit. Kecekapan teknologi: penggabungan tenaga dan haba (CHP). CHP
menghasilkan elektrik dan haba dengan mengitar semula haba buangan lebihan penghasilan elektrik untuk menambahkan lagi tenaga elektrik dan haba untuk system pemanasan.
Sumber tenaga boleh diperbaharui: solar, angin, kuasa hidro dan, biomass. 400 pemasangan photovoltaic di bumbung bangunan awam atau swasta.
Contohnya: stadium, stesen transit, pusat konvensyen, pusat pengurusan sisa dan pusat kitar semula.
Heliotrope, struktur solar yang berputar mengikut cahaya matahari.
Kincir angin yang terletak di kawasan bukit dipinggir bandar menghasilkan 14 juta kWh/tahun.
Menjana kuasa hidro sebanyak 1.9 juta kWh/tahun melalui sungai, terusan kecil dan anak sungai. Tiada stesen janakuasa hidro utama yang besar.
Biomass ialah tenaga yang boleh diperbaharui terbanyak di jana di Freiburg sebanyak 16.6 juta kWh/tahun.
Kemajuan biogas melalui kerjasama syarikat pengurusan sisa awam dan swasta. Sisa organik dari rumah-rumah di Freiburg diproses untuk menghasilkan biogas dan kompos. Biogas menghasilkan 7 juta kWh elektrik. Sesetengah bangunan telah menggunakan system pengumpulan sisa pepejal secara automatic untuk menghasilkan biogas untuk tenaga.
PENGURUSAN SISA 70% sisa buangan dikitar dan diguna semula. Setiap rumah atau bangunan kediaman dilengkapi dengan tiga tong sampah;
kertas, sisa organic dan sisa taman dan bahan tidak boleh dikitar semula. Karung kuning untuk sisa pembungkusan seperti cawan plastik atau tin.
Sisa tersebut akan dikumpulkan oleh pekerja syarikat pengumpulan sisa. Kaca haruslah di asingkan mengikut warna dan dibuang kedalam tong sampah
komuniti yang terdapat sebanyak 350 disekitar Freiburg. Sisa buangan berbahaya seperti bateri, cat dan racun perosak dibuang di
tempat pembuangan sementara atau pusat kitar semula. Freiburg mengitar semula 1 juta gabus setahun yang di kitar semula untuk
bahan penebat mesra alam. Pusat pengitaran itu beroperasi dengan pekerja kurang upaya dari Pusat Epilepsi tempatan.
Penghasilan produk mestilah mengambil kira aspek yang mengelakkan sisa, pemulihan sisa, dan pelupusan yang serasi dengan alam sekitar.
Lebihan sisa juga disalurkan kepada pemprosesan biogas.
PEMULIHARAAN TANAH 5000 hektar hutan termasuk hutan perkauman yang merangkumi 40% wilayah
perbandaran. Terdapat pokok tertinggi Jerman pokok cemara-douglas setinggi 63 meter.
Hutan ini mempunyai bentuk rupa muka bumi yang berbeza dan ekosistem dari tanah pergunungan ke tanah rendah.
Pokok ditebang pada kadar 35,000 m3 yang merupakan ¾ daripada amaun pertumbuhan semula dalam setahun.
Penebangan mono dielakkan, penebangan bersih tidak dibenarkan dan tiada penggunaan racun serangga perosak.
Selain dari membekalkan kayu,hutan di Jerman juga disifatkan sebagai jantung Bandar yang menghasilkan oksigen, mengekalkan suhu, menjaga tanah, menyimpan air, kawasan rekreasi semula jadi dan percuma. Selain itu, menyediakan habitat haiwan liar yang terancam dan eksotik dan juga landskap yang indah.
600 hektar taman dan 160 taman permainan disekitar Freiburg yang mengandungi kehijauan, rekreasi dan biodiversiti. 22,000 pokok ditanam di sekitar taman dan juga sepanjang jalan.
AMALAN TERBAIK DI KUALA LUMPUR,
MALAYSIA
Kuala Lumpur, Malaysia
Pusat pentadbira
n
Pengangkutan Awam
Penjagaan Hutan
Kemudahan Infrastruktur
PUSAT PENTADBIRAN Pusat pentadbiran negara yang terletak di Putrajaya yang terletak
25km dari bandar Kuala Lumpur. Menempatkan Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Dibangunkan bercirikan budaya tempatan. Menyediakan kompleks perumahan kepada para pegawai kerajaan
yang berkhidmat di Putrajaya.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR Kuala Lumpur Sentral yang menjadi pusat transit kepada semua
pengangkutan awam di Malaysia. Menghubungkan rel pengangkutan yang bersambung dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang lain.
Terminal Bersepadu Selatan yang menjadi pusat kepada semua syarikat bas di seluruh negara. Sistem tiket dan pelepasan yang efisien memudahkan pergerakan masyarakat menggunakannya.
Rangkaian lebuhraya yang diselenggara rapi memudahkan pergerakan masyarakat dan industri. Memudahkan pertumbuhan ekonomi dan sector perniagaan.
Antara pelabuhan cekap yang menguruskan 90% perdagangan Malaysia iaitu Pelabuhan Klang yang juga merupakan pelabuhan antarabangsa.
Lapangan terbang antarabangsa yang menjadi pintu masuk kepada pelancong laur negara iaitu KLIA, KLIA2 dan Subang Skypark.
PENGANGKUTAN AWAMPenggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalulintas dan penggunaan kenderaan persendirian dalam masa yang sama boleh mengurangkan pencemaran udara.
Bas: RapidKL, Nadi Putra Light Railway Transit RapidKL (LRT) KTM Komuter KL Monorail Express Rail Link (ERL): KLIA Express dan KLIA Transit Teksi: Grabcar, Uber, MyTeksi
PENJAGAAN HUTAN Terdapat sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk memulihara hutan iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau FRIM.
Tugas mereka adalah menyebarkan kesedaran kepentingan hutan dan dalam masa yang sama menjaga alam sekitar dan mengekalkan diversity hutan di Malaysia.
Antara hutan yang terdapat di Kuala Lumpur ialah Taman Eko Rimba Bukit Nanas, Hutan FRIM, Hutan Simpan Bukit Gasing dan, Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara.
SEKIAN, TERIMA KASIH.