amalan perundingan berprinsip guru besar program … · pelaku daripada masalahmemfokuskan kepada...

25
AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

Upload: others

Post on 26-Sep-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS

PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM

MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..............................................................

Nama penulis : MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 3: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan keizinanNya jua, Ku bersyukur atas segala rahmatNya,

Dengan keizinanNya jua maka dapatlah ku siapkan laporan Projek Sarjana Muda

ini.

Dedikasi dan istimewa kajian ini ku abadikan buat...........

Untuk Bondaku yang tersayang dan kusanjungi Pn. Zainon Binti Ibrahim

Doronganmu sumber inspirasiku dan pengorbananmu adalah kurniaan yang

paling berharga dalam hidupku

Kepada Allahyarham Ayahandaku Abd Rahman Bin Abdullah

(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu)

Kepada adik-beradikku, Abangku (Kamaruzaman Bin Abd Rahman),

Kakakku (Zulina Binti Abd Rahman dan Zaini Binti Abd Rahman)

Juga kepada Ayah Long dan Mak Long yang banyak membantu kami

sekeluarga

Terima kasih atas segala pengorbanan kalian

Sesungguhnya kalianlah yang mengajar dan mendidikku mengenal

erti kehidupan dan sentiasa mendoakan kejayaanku

Buat ahli keluargaku,

Bantuan dan sokongan kalian takkan ku lupakan

Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan limpah dan rahmat serta

HidayahNYA kepada kalian

Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.

KepadaMu jua Ya Allah (S.W.T) ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan

agar termakbul segala cita-cita.....

Page 4: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdullillah pertamanya panjat kesyukuran kehadrat Ilahi Allah s.w.t yang

maha Esa dan maha bijaksana mengatur peraturan alam ini kerana berkat Hidayah

dan InayahNYA dapat juga saya menyiapkan kajian bagi Projek Sarjana Muda ini.

Selawat serta salam juga kepada junjungan penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w.

Sekalung budi penghargaan kepada pensyarah pembimbing kajian saya

DR.M.AL-MUZZAMMIL BIN YASIN yang telah banyak meluangkan masa

membimbing, tunjuk ajar dan cadangan dalam menyiapkan projek kajian ini. Ucapan

terima kasih juga kepada guru besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

(PKPGB) UTM kerana sudi memberikan sepenuh kerjasama semasa kajian ini

dijalankan. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan serta individu-

individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian

ini.

Tenang-tenang air laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi baik rasa nak junjung.

Page 5: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan perundingan

berprinsip dalam kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

(PKPGB) UTM Skudai. Sejumlah 73 orang responden dilibatkan untuk menjawab

soal selidik yang mempunyai 20 item, yang dibina berdasarkan prinsip perundingan

yang dibangunkan dan disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991). Nilai pekali

kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen yang dihasilkan ialah 0.9199. Nilai

pekali Alpha Cronbach bagi semua dimensi yang dikaji adalah 0.7865 (Memisahkan

Pelaku Daripada Masalah), 0.7978 (Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan

Kedudukan), 0.8542 (Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama) dan 0.6275

(Menekankan Kepada Penggunaan Kriteria Objektif). Dapatan kajian menunjukkan

tahap amalan prinsip Memisahkan Pelaku daripada Masalah adalah pada tahap yang

paling tinggi (nilai min: 4.46), diikuti oleh prinsip Menekankan Penggunaan Kriteria

Objektif (nilai min: 4.29), prinsip Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama (nilai

min: 4.22) dan prinsip Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan (nilai

min: 4.21). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara

tahap amalan perundingan berprinsip berdasarkan faktor umur responden. Dapatan

kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap

amalan perundingan berprinsip responden berdasarkan faktor jantina dan faktor

pengalaman. Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian

lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan.

Page 6: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the levels of principle negotiation

practices among headmasters in the Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

(PKPGB) at UTM, Skudai. A total of 73 respondents were involved in answering a

20 item questionnaire which was constructed based on Fisher, Ury and Patton (1991)

conception of principled negotiation. The Alpha Cronbach coefficient value for the

instrument was 0.9199. The Alpha Cronbach coefficient values for all dimension

studied were 0.7865 (Separate the People from the Problem), 0.7978 (Focus on

Interest Not Position), 0.8542 (Invent Option for Mutual Gain), and 0.6275 (Insist

On Using Objective Criteria). The results from this study showed that the Separate

the People from the Problem principle was practiced at the highest level (mean

values: 4.46), followed by Insist on Using Objective Criteria principle (mean value:

4.29), Invent Option for Mutual Gain principle (mean value: 4.22) and Focus on

Interest Not Position principled (mean value: 4.21). The result showed that there was

a significant difference between the practice of principle negotiation based on

respondent’s age factor. The results also showed that there were no significant

differences in respondents practices of principle negotiation based on their gender

and experiences factor. It is hoped that futures researchers will be able to conduct

extended research to improvise the questionnaire.

Page 7: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 8: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.10 Penutup 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Peranan Guru Besar dan Kaitan Dalam Perundingan 14

2.3 Matlamat Perundingan 16

2.4 Perundingan Berprinsip 17

2.4.1 Prinsip 1: 18

Memisahkan Pelaku Daripada Masalah

(Separate The People From The Problem).

Page 9: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

ix

2.4.2 Prinsip 2: 19

Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan

(Focus On Interest Not Position)

2.4.3 Prinsip 3: 19

Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

(Invent Option For Mutual Gain).

2.4.4 Prinsip 4: 20

Menekankan Kepada Penggunaan Kriteria Objektif

(Insist On Using Objective Criteria).

2.5 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan 20

2.6 Penutup 22

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 23

3.1 Rekabentuk Kajian 24

3.2 Lokasi kajian 24

3.3 Populasi dan Persampelan kajian 24

3.4 Instrumen kajian 26

3.5 Prosedur Kajian 29

3.6 Kajian Rintis 30

3.6 Analisis Data 33

3.6.1 Ujian-t 34

3.6.2 Anova 34

3.7 Penutup 35

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Maklum Balas Soal Selidik 37

Page 10: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

x

4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 37

4.4 Profil Demografi Responden (Bahagian A) 38

4.4.1 Jantina 38

4.4.2 Umur 39

4.4.3 Pengalaman Memegang Jawatan Guru Besar 40

4.5 Maklumat Bahagian B Soal Selidik 40

4.5.1 Tahap Amalan Prinsip Memisahkan Pelaku 41

Daripada Masalah (Separate The People From

The Problem) Dalam Kalangan Guru Besar

PKPGB UTM Semasa Berunding

4.5.2 Tahap Amalan Prinsip Memfokuskan Kepada 43

Kepentingan, Bukan Kedudukan (Focus On Interest

Not Position) Dalam Kalangan Guru Besar

PKPGB UTM Semasa Berunding.

4.5.3 Tahap Amalan Prinsip Mencipta Pilihan Untuk 45

Faedah Bersama (Invent Option For Mutual Gain)

DalamKalangan Guru Besar PKPGB UTM

Semasa Berunding.

4.5.4 Tahap Amalan Prinsip Menekankan Kepada 47

Penggunaan Kriteria Objektif (Insist On Using

Objective Criteria) Dalam Kalangan Guru Besar

PKPGB UTM Semasa Berunding.

4.5.5 Perbezaan Antara Tahap Amalan Perundingan 49

Berprinsip Dengan Faktor Jantina Dalam Kalangan

Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding.

4.5.6 Perbezaan Antara Tahap Amalan Perundingan 50

Berprinsip Dengan Faktor Umur Dalam Kalangan

Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding.

4.5.7 Perbezaan Antara Tahap Amalan Perundingan 51

Berprinsip Dengan Faktor Pengalaman Dalam

Kalangan Guru Besar PKPGB UTM

Semasa Berunding.

4.6 Rumusan 52

4.7 Penutup 54

Page 11: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

xi

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Rumusan Kajian 56

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Apakah tahap amalan Prinsip Memisahkan 57

Pelaku Daripada Masalah (Separate The People

From The Problem) guru besar PKPGB UTM

semasa berunding?

5.3.2 Apakah tahap amalan Prinsip Memfokuskan 59

Kepada Kepentingan Bukan Kedudukan

(Focus On Interest Not Position) guru besar

PKPGB UTM semasa berunding?

5.3.3 Apakah tahap amalan Prinsip Mencipta Pilihan 60

Untuk Faedah Bersama (Invent Option For

Mutual Gain) guru besar PKPGB UTM

semasa berunding?

5.3.4 Apakah tahap amalan Prinsip Menekankan 62

Kepada Penggunaan Kriteria Objektif (Insist On Using

Objective Criteria) guru besar PKPGB UTM

semasa berunding?

5.3.5 Adakah terdapat perbezaan antara tahap amalan 64

Perundingan berprinsip dengan faktor-faktor demografi

(jantina, umur dan pengalaman) dalam kalangan

guru besar PKPGB UTM semasa berunding?

5.4 Cadangan 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 68

Page 12: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

xii

RUJUKAN 69

SENARAI LAMPIRAN 73

Page 13: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.0 Jadual Krejcie dan Morgan (1970) 25

3.1 Skala Likert. 28

3.2 Pecahan Item Soal Selidik 28

3.3 Jadual Prosedur Kajian 29

3.4 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha Cronbach (kajian rintis) 31

3.5 Jadual Pembetulan Item Soal Selidik 32

3.6 Jadual Pemeringkatan Min 33

3.7 Pengukuran Persoalan Kajian 35

4.0 Nilai Alpha Cronbach Keseluruhan 37

4.1 Nilai Alpha Cronbach Bagi Setiap Prinsip 38

4.2 Taburan Jantina Responden 39

4.3 Taburan Umur Responden 39

4.4 Taburan Pengalaman Responden 40

4.5 Taburan Tahap Amalan Prinsip Memisahkan 41

Pelaku Daripada Masalah (Separate The

People From The Problem) Dalam Kalangan

PKPGB UTM Semasa Berunding (Prinsip 1)

4.6 Taburan Tahap Amalan Prinsip Memfokuskan 43

Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan

(Focus On Interest Not Position) Dalam Kalangan

PKPGB UTM Semasa Berunding (prinsip 2)

4.7 Taburan Tahap Amalan Prinsip Mencipta Pilihan 45

Untuk Faedah Bersama (Invent Option For

Mutual Gain) Dalam Kalangan PKPGB UTM

Semasa Berunding (prinsip3)

Page 14: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

xiv

4.8 Taburan Tahap Amalan Prinsip Menekankan 47

Kepada Penggunaan Kriteria Objektif

(Insist OnUsing Objective Criteria) Dalam

Kalangan PKPGB UTM Semasa Berunding (prinsip 4)

4.9 Keputusan Ujian-T Berhubung Tahap 49

Amalan Perundingan Berprinsip Dengan

Faktor Jantina.

4.10 Keputusan Ujian Anova Berhubung Tahap 50

Amalan Perundingan Berprinsip Dengan

Faktor Umur.

4.11 Keputusan Ujian Anova Berhubung Tahap 51

Amalan Perundingan Berprinsip Dengan

Faktor Pengalaman.

4.12 Tahap Amalan Perundingan Berprinsip 52

4.13 Keputusan Perbezaan Perundingan Berprinsip 53

Berdasarkan Faktor Demografi

Page 15: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

xv

SENARAI SINGKATAN

PKPGB - Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

IAB - Institut Aminudin Baki

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 73

B Keputusan

1. Kajian Rintis 75

2. Kajian Sebenar 81

3. Ujian-T 92

4. Anova One Way 93

Page 17: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perundingan merupakan proses di mana kita mengejar sesuatu perkara untuk

mendapatkan apa yang kita mahukan daripada orang lain yang juga mahukan sesuatu

daripada kita (Kennedy dan Gavin, 1992). Menurut Kennedy dan Gavin (1992) lagi,

perundingan juga boleh dihuraikan sebagai satu proses untuk penyelesaian konflik

antara dua atau lebih pihak di mana kedua-dua atau keseluruhannya mengubahsuai

tuntutan-tuntutan untuk mencapai satu kompromi yang saling diterima. Wilmot dan

Hocker (2007) pula berpendapat, perundingan adalah satu mekanisma bagi

penyelesaian permasalahan secara bersama dan rundingan membenarkan sesuatu

pihak untuk menyelesaikan konflik secara aman dengan mengiktiraf kepentingan,

agar semua pihak berjaya dalam menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah.

Menurut Johnson (1993) pula, perundingan ialah satu proses individu atau kumpulan

untuk mencapai matlamat dengan melakukan perjanjian bersama. Pelbagai takrifan

yang diberikan terhadap istilah berunding atau perundingan, tetapi pada hakikatnya

kesemua pendapat yang diberikan oleh penulis-penulis buku dari barat adalah

bertujuan memberi maksud yang sama terhadap perundingan iaitu perundingan ini

merupakan satu proses di antara dua pihak atau lebih, berbincang untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 18: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

2

Setiap individu akan melihat dunia ini dengan cara yang berbeza dan

memiliki kepentingan, kemampuan dan tujuan yang berbeza. Berunding adalah

berdasarkan kesepakatan dapat membantu individu untuk memahami perbezaan-

perbezaan serta menerima dan memanfaatkannya ke arah yang positif untuk

kepentingan mereka dan masyarakat. Dalam hal ini, suatu hubungan dapat diperkuat

dan kepercayaan dapat diwujudkan. Tuhan menciptakan manusia berbilang bangsa,

berjenis-jenis, berbagai personaliti dengan kecerdasan dan ketajaman fikiran yang

berbeza. Sebahagian manusia sangat cerdas, berdisiplin, jujur, sabar, dan

bertanggungjawab, namun sebahagian lagi ada yang kurang cerdas, emosional atau

cepat marah, suka berbohong, tidak berdisiplin dan tidak bertanggungjawab. Maka

segala penyelesaian atas permasalahan yang berlaku perlulah dilakukan secara

berbincang atau berunding.

Perundingan bukanlah satu proses paksaan tetapi ia dilakukan antara dua

pihak atau lebih dengan cara sukarela. Dalam beberapa proses berunding, pihak-

pihak yang berselisih ada kalanya menjadi begitu beremosi dan berkeras terhadap

perbezaan-perbezaan mereka. Menurut Lewicki et. al (2003) proses dan hasil

rundingan akan mencetuskan perasaan positif dan negatif. Lazimnya emosi yang

positif akan memberi kesan yang positif kepada perundingan dan emosi yang negatif

akan memberi kesan yang negatif kepada perundingan.

Perundingan juga dikaitkan dengan aktiviti tawar menawar dalam kehidupan

seharian. Ada kalanya tanpa disedari apabila kita membeli barangan dari sesebuah

kedai sebagai contoh, secara kebiasaannya kita akan melakukan proses berunding

iaitu dengan cara tawar-menawar harga barang tersebut. Inilah yang dikatakan apa

yang dimaksudkan dengan perundingan. Menurut Fisher, Ury dan Patton (1991)

perundingan boleh berlaku dalam penyelesaian mengenai kontrak, pertelingkahan

rumah tangga, pendamaian secara aman dalam negara dan sebagainya di mana

manusia kebiasaannya melakukan perbincangan atau perundingan dengan cara tawar-

menawar.

Page 19: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

3

Kata kunci lainnya dalam proses berunding adalah kesepakatan. Kesepakatan

bukan bererti bahawa setiap individu akan mendapat apa yang mereka inginkan,

bukan bererti pula bahawa suatu kesepakatan akan diputuskan dengan suara bulat,

dan bukan bererti juga bahawa pengambilan keputusan dilakukan melalui

pemungutan suara majoriti. Kesepakatan bererti bahawa setiap orang akan

merasakan kepentingan mereka telah diberi perhatian dan mereka dapat menerima

kesepakatan yang dibuat. Mereka mungkin ingin memperoleh sesuatu yang lebih

atau sesuatu yang minimum, tetapi mereka bersetuju untuk menerima keputusan

yang dilakukan melalui berunding antara satu sama lain.

Perundingan berprinsip pula merupakan perundingan yang semata-mata

untuk kebaikan semua pihak dan melalui kaedah ini perundingan adalah melibatkan

pemikiran kreatif bagi menghasilkan banyak pilihan yang munasabah serta akan

memuaskan hati semua pihak yang berunding. Ini kerana matlamat utama dalam

perundingan berprinsip adalah untuk mencari penyelesaian melalui perbincangan

yang dapat memberi manfaat bersama, inilah yang dipanggil “win-win situation”

atau kaedah menang-menang. Keadaan ini berbeza dengan berunding dengan cara

keadah menang kalah atau “zero sum” di mana satu pihak yang akan menang dan

satu pihak lagi akan kalah.

Dalam keadaan yang biasa, perundingan yang dilakukan tanpa prinsip atau

perundingan secara menang kalah mungkin akan mengundang kepada keputusan

yang tidak dapat memuaskan semua pihak, penindasan, perkara berbangkit kemudian

dan lain-lain lagi. Menurut Johnson (1993) perundingan berprinsip dapat

mengurangkan impak kepada pertelingkahan dan kuasa emosi dengan cara membawa

perundingan ke arah yang lebih baik. Perundingan berprinsip adalah penyelesaian

masalah kaedah menang-menang dalam berunding yang dibangunkan atau

disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991).

Page 20: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

4

Johnson (1993) menggariskan beberapa kelebihan berkaitan perundingan

berprinsip iaitu (1) berunding menggunakan pendekatan ini, seseorang itu tidak perlu

bergantung kepada kekuatan atau kelebihan personaliti semasa berunding, (2)

perundingan berprinsip adalah berfokus kepada penyelesaian masalah, ke arah

kepentingan bersama, manfaat bersama dan bermatlamat. Ianya sesuai untuk mencari

penyelesaian yang munasabah dan bermanfaat kepada banyak permasalahan yang

berlaku, (3) perundingan berprinsip merupakan kaedah terbaik kepada pihak yang

lemah untuk berhadapan dengan pihak yang berkuasa dan, (4) perundingan

berprinsip digunakan adalah untuk pencapaian positif bersama.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kadangkala timbul perselisihan faham antara guru-guru dalam proses

pendidikan di sekolah dan kadangkala bukan hal yang berkaitan akademik sahaja

bahkan hal peribadi juga turut menjadi isu di sekolah. Berjaya atau terkawalnya

sesebuah sekolah tersebut adalah bergantung kepada bagaimana guru besar

menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku di sekolah. Sering berlaku

percanggahan pendapat dalam proses guru besar menjalankan aktiviti pengawalan

atau pengurusan di sekolah. Kadangkala perkara ini menjadi rumit dan

mengakibatkan pertelingkahan yang berlanjutan. Cara guru besar menyelesaikan

masalah perlulah dilakukan dengan sebaik mungkin melalui perbincangan, diskusi,

mesyuarat dan sebagainya agar semua jalan penyelesaian dapat memuaskan hati

semua pihak. Namun kadangkala keputusan yang diambil tidak dapat memuaskan

semua pihak ekoran dari keputusan yang dilakukan tanpa berunding atau berbincang

terlebih dahulu.

Melalui kajian yang telah dilakukan oleh Tinah (2007) mendapati bahawa

pengetua kadang-kadang bertindak tanpa berunding dahulu dengan guru. Begitu juga

dengan kajian yang dilakukan oleh Yos Fatimah (2008) di mana dapatan melalui

kajian beliau mendapati bahawa, aspek penyelesaian konflik merupakan aspek yang

paling rendah dalam kemahiran pengurusan pengurus pertengahan sekolah rendah.

Page 21: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

5

Tetapi berbeza pula dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Normala (2008) di

mana kajian beliau mendapati bahawa guru-guru kurang bersetuju dengan pernyataan

guru besar membuat satu-satu tindakan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan

guru-guru.

Melalui pernyataan di atas menggambarkan bahawa pentingnya guru besar

menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di sekolah yang dapat memuaskan

hati semua pihak melalui perundingan. Ini bagi memastikan setiap permasalahan

selesai disamping menjaga perhubungan yang baik di antara semua pihak khususnya

pihak yang terlibat dalam perundingan. Jadi dalam memastikan hasil rundingan ini

dapat memuaskan hati semua pihak, Fisher, Ury dan Patton (1991) telah

membangunkan dan menyarankan perundingan secara berprinsip. Perundingan

secara berprinsip ini akan melahirkan perundingan yang bermatlamatkan “win-win

situation” di mana semua pihak yang terlibat dalam perundingan merasakan mereka

menang dan berpuas hati atas keputusan yang diambil.

Bagi amalan perundingan berprinsip, masih tidak terdapat kajian yang

dilakukan untuk mengkaji dan meneliti bagaimana perundingan berprinsip ini

diamalkan. Walaupun kebanyakan penulis buku dari barat yang menjadikan prinsip

perundingan yang disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991) ini sebagai rujukan

dalam berunding, namun sesetengah kajian banyak tertumpu kepada pengurusan

konfllik, komunikasi interpersonal, komunikasi semasa berunding serta lain-lain dan

tidak menumpukan kepada prinsip-prinsip yang diamalkan dalam perundingan.

Contohnya kajian dari barat oleh Moore et. al. (1999) dalam kajian mereka yang

bertajuk Long and Short Routes to Success in Electronically-Mediated Negotiations:

Group Affiliations and Good Vibrations. Kajian ini tertumpu kepada komunikasi

perundingan melalui e-mail. Manakala bagi kajian yang dilakukan oleh Muli Mispar

(2008) dalam kajiannya yang bertajuk Cara Pengurusan Konflik Peserta Program

Khas Pensiswazahan Guru Besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia lebih menumpukan kepada gaya pengurusan konflik yang sering digunakan

oleh guru besar.

Page 22: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

6

Kajian terhadap amalan perundingan berprinsip adalah dirasakan perlu bagi

mengetahui amalan prinsip yang manakah sering digunakan dalam perundingan.

Adakah prinsip yang disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991) ini adalah

semata-mata untuk rujukan sahaja bagi sesetengah individu dalam berunding atau ia

benar-benar diamalkan dalam perundingan agar setiap perbincangan terhadap

keputusan akhirnya memberi manfaat bersama. Tambahan pula tujuan sebenar kajian

ini adalah untuk melihat bagaimana golongan pengurus atau pentadbir pendidikan

yang dikenali sebagai guru besar melakukan proses perundingan. Ini kerana masih

tidak terdapat kajian yang dilakukan untuk mengkaji golongan guru besar atau

golongan pentadbir pendidikan melakukan proses perundingan berprinsip.

1.3 Pernyataan Masalah

Di sekolah, guru besar merupakan individu yang paling banyak melakukan

proses perundingan. Berunding secara berprinsip pula dilihat sebagai langkah yang

penting dalam memastikan perundingan dapat dilakukan dengan jayanya tanpa ada

sebarang ketidakpuashatian dari mana-mana pihak yang terlibat di dalam

perundingan. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara tidak

formal mendapati guru besar telah didedahkan dengan cara bagaimana untuk

berunding dengan sesuatu pihak. Ini kerana guru besar boleh dianggap tergolong

dalam kategori pengurus dalam sesebuah organisasi. Melalui kurikulum yang

dipelajari oleh guru besar sebagai persediaan untuk pengawalan dan

pengorganisasian di sekolah menunjukkan bahawa guru besar telah mempelajari

pelbagai kaedah penyelesaian masalah secara perundingan. Menurut sumber yang

diperolehi dari Pejabat Fakulti Pendidikan UTM menunjukkan bahawa PKPGB

UTM sememangnya didedahkan dengan subjek kemahiran berunding dalam

kurikulum pengajian mereka iaitu menerusi kursus SPP3333 (Kemahiran

Berunding).

Page 23: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

7

Oleh kerana kurangnya pihak-pihak yang mengkaji tentang amalan

perundingan berprinsip, maka dirasakan bahawa kajian ini wajar dilakukan. Dari

kajian-kajian lepas berkaitan perundingan lebih cenderung untuk melihat

perundingan secara menyeluruh, walhal prinsip-prinsip asas perundingan seharusnya

diketahui terlebih dahulu sebelum melihat situasi perundingan tersebut. Oleh itu

penekanan kajian ini adalah ke atas prinsip perundingan yang diamalkan oleh guru

besar sebagai pentadbir, ketua dan pemimpin di sekolah dalam menyelesaikan segala

permasalahan yang berlaku. Adakah perundingan yang dijalankan oleh guru besar

tidak mengambil kira prinsip-prinsip perundingan? Adakah guru besar tidak

mengendahkan tentang perasaan atau kepentingan pihak yang terlibat dalam

perundingan dengan mereka?

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat tahap amalan

perundingan berprinsip yang paling tinggi digunakan oleh guru besar semasa

berunding. Di antara objektif kajian yang dilakukan oleh penyelidik ialah:

1. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memisahkan

pelaku daripada masalah (Separate The People From The Problem) guru

besar PKPGB UTM semasa berunding.

2. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memfokuskan

kepada kepentingan, bukan kedudukan (Focus On Interest Not Position)

guru besar PKPGB UTM semasa berunding.

3. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip mencipta

pilihan untuk faedah bersama (Invent Option For Mutual Gain) guru besar

PKPGB UTM semasa berunding.

Page 24: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

8

4. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip menekankan

kepada penggunaan kriteria objektif (Insist On Using Objective Criteria)

guru besar PKPGB UTM semasa berunding.

5. Mengkaji hubungan antara faktor demografi (jantina, umur, dan

pengalaman) dengan tahap amalan perundingan berprinsip (keseluruhan)

guru besar PKPGB UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan kajian

berikut:

1. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memisahkan pelaku

daripada masalah (Separate The People From The Problem) guru besar

PKPGB UTM semasa berunding?

2. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memfokuskan kepada

kepentingan, bukan kedudukan (Focus On Interest Not Position) guru besar

PKPGB UTM semasa berunding?

3. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip mencipta pilihan

untuk faedah bersama (Invent Option For Mutual Gain) guru besar PKPGB

UTM semasa berunding?

4. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip menekankan kepada

penggunaan kriteria objektif (Insist On Using Objective Criteria) guru besar

PKPGB UTM semasa berunding?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan

berprinsip (keseluruhan) dengan faktor-faktor demografi (jantina, umur dan

pengalaman) dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding?

Page 25: AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM … · Pelaku Daripada MasalahMemfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan ), 0.7978 Kedudukan), 0.8542 ( Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama

9

1.6 Hipotesis

Hipotesis yang dibina berdasarkan persoalan kajian kelima:

1.6.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan

berprinsip dengan faktor jantina dalam kalangan guru besar PKPGB UTM

semasa berunding?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan

perundingan berprinsip dengan faktor jantina dalam kalangan guru

besar PKPGB UTM semasa berunding.

1.6.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan

berprinsip dengan faktor umur dalam kalangan guru besar PKPGB UTM

semasa berunding?

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan

perundingan berprinsip dengan faktor umur dalam kalangan guru

besar PKPGB UTM semasa berunding.

1.6.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan

berprinsip dengan faktor pengalaman dalam kalangan guru besar PKPGB

UTM semasa berunding?

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan

perundingan berprinsip dengan faktor pengalaman dalam kalangan

guru besar PKPGB UTM semasa berunding.