untuk mencipta google form gunakan yang ringkas untuk ... · pdf filegunakan google form untuk...

Click here to load reader

Post on 08-May-2019

250 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Gunakan GOOGLE FORM untuk mencipta SOALAN KAJI SELIDIK yang ringkas untuk

dijawab dalam masa kurang daripada 5 MINIT dengan 8 LANGKAH YANG MUDAH

01 Daftar masuk akaun Google gmail andaKlik butang merah Create di sebelah sudut

kiri atas, dan pilih Form. 02

Klik pada Choose response destination untuk menetapkan lokasi baru penerimaan maklumat maklum

balas kaji selidik anda nanti (dokumen ini akan dicipta di dalam Google Drive anda), atau anda boleh memilih untuk

meletakkan maklum balas tersebut di mana-mana dokumen sedia ada di dalam Google Drive anda.

04

Masukkan soalan pertama anda dengan menaipnya di ruangan Question Title. Anda boleh menambahkan ayat di ruangan

Help Text bagi membantu responden memahami kehendak soalan (Contoh: Jawapan adalah kurang daripada 50 patah perkataan).

Kemudian, pilih Question Type. Untuk jenis soalan aneka pilihan, anda perlu meletakkan pilihan Add Other. Anda boleh meletakkan

syarat untuk menjawab semua soalan dengan menandakan kotak bertulis required di sebelah kanan butang Done.

06

Pilih tajuk dan tema untuk kaji selidik anda. Anda boleh memilih beberapa templat kaji selidik yang piawai (standard) atau boleh memilih rekabentuk templat yang sedia ada.

03

Buangkan tanda pada kotak Required Sign In di bahagian Form Settings untuk membolehkan akses kepada borang kaji selidik tersebut.05

Setelah borang kaji selidik anda siap dan mengubah tetapan berkaitan, klik Send Form di bahagian sudut kiri bawah. Anda kini boleh memilih kaedah menghantar borang kaji selidik sama ada dengan berkongsi pautan, mengintegrasi borang di laman web atau menghantar emel kepada individu yang berkaitan dengan menambah alamat emel mereka di ruangan yang disediakan.

08

Tambah soalan aneka pilihan di borang kaji selidik anda dengan menggunakan butang Add Item dan pilih jenis soalan yang hendak ditambah.07

Bersedia untuk mengorak langkah?

Berniaga Secara Atas Talian

Menjalankan Perniagaan Trak Makanan

Format Pelan Perniagaan

18

20

23

27

MEMULAKANPERNIAGAAN

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan18

MEMULAKAN PERNIAGAANAnda telah merekabentuk dan menganalisa model perniagaan yang bakal dijalankan, untuk dijadikan sebagai asas kepada pelan perniagaan anda. Secara umumnya, pelan perniagaan adalah versi yang lebih terperinci kepada model perniagaan anda. Ia terdiri daripada maklumat organisasi, model operasi, analisa kewangan, maklumat industri perniagaan, langkah perlaksanaan dan analisa risiko. Pelan perniagaan adalah penting bagi permulaan perniagaan. Anda disarankan untuk meneliti pelan perniagaan anda bersama-sama dengan pihak lain seperti kaunselor perniagaan, rakan kongsi atau kenalan.

BERSEDIA MENGORAK LANGKAH?

Secara asasnya, pelan perniagaan dibina berdasarkan kepada teori 4Ws dan 1H (Who, What, Why, Where & How) (Siapa, Apa, Kenapa, Di Mana dan Bagaimana) dan teori 7Ps (Product, Price, Place, Promotion, People, Process & Physical) (Produk, Harga, Tempat, Promosi, Orang, Proses dan Fizikal). Kaedah mengenal pasti peluang yang ada berdasarkan teori-teori ini akan membantu anda bermula dari tempat yang betul.

1. Pernyataan Misi dan/atau Visi yang anda mahu cipta. Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk membantu melengkapkan Misi dan Visi adalah seperti berikut: Siapakahpelanggananda? Apakahjenisperniagaananda? Apakahyangandajual(Produk/Perkhidmatan)? Apakahperancanganuntukmengembangkanperniagaananda? Apakahkelebihanutamaperniagaananda?

2. Penerangan tentang syarikat dan produk atau perkhidmatan anda.

3. Penerangan tentang keunikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Komponen dalam Pelan Perniagaan:Panduan Langkah Demi Langkah

Membentuk Perniagaan yang berjaya

Berfikir dan menulis tentang pelan perniagaan ialah langkah pertama untuk membentuk perniagaan yang berjaya. Pelan perniagaan anda mestilah praktikal dan memenuhi keperluan semasa perniagaan. Ini keranaPelan perniagaan yang baik akan bermanfaat sebagai bahan rujukan perniagaan pada masa akan datang.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 19

4. Analisa Pasaran berkaitan jenis pasaran yang bakal diceburi, maklumat pesaing, posisi perniagaan dan bahagian pasaran yang boleh dicapai.

5. Penerangan tentang pasukan, organisasi pengurusan, termasuk pengalaman individu dan kejayaan yang pernah dicapai.

6. Bagaimana anda merancang untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda?

PROMOSI

Promosi ialah aktiviti yang berkesan untuk memastikan jenama anda dikenali oleh kumpulan sasaran. Anda boleh bermula menggunakan kaedah pemasaran atas talian, sebagai contoh FB Fan Page, di mana anda menyiarkan (post) maklumat syarikat, produk dan perkhidmatan anda. Ini kerana, kebanyakan pemasaran atas talian adalah percuma dan anda boleh memberi maklum balas kepada pertanyaan pelanggan dengan lebih pantas. Pengiklanan boleh memberi kesan besar kepada perniagaan dan mengukuhkan jenama anda.

7. Analisa syarikat anda dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk memastikan bahawa perniagaan anda adalah realistik dan telah mengenal pasti peluang dan cabaran.

8. Menyediakan Penyata Aliran Tunai untuk mengenal pasti keperluan semasa dan masa hadapan kewangan anda. Penyata Aliran Tunai juga membantu anda melihat impak aliran tunai kepada perkembangan syarikat.

9. Unjuran Kewangan: Keperluan pembiayaan, penyata imbangan, ramalan jualan, nisbah perniagaan dan analisa modal-pulangan.

10. Ringkasan / kesimpulan yang merangkumkan semua maklumat (bahagian ini juga boleh dijadikan sebagai Ringkasan Eksekutif dan diletakkan di bahagian hadapan dokumen Pelan Perniagaan).

MENETAPKAN HARGA JUALAN:

Kira jumlah kos sebelum menetapkan harga jualan sesuatu barangan. Jika kos pengilangan sebatang pen ialah RM1.50, dan anda menetapkan kadar keuntungan sebanyak 80% daripada jumlah kos, pen tersebut boleh dijual dengan harga RM2.70 (RM1.50 + 80% - tidak termasuk SST). Jika jumlah kos pengeluaran adalah rendah, anda boleh menggunakan kaedah harga skimming iaitu dengan menetapkan harga produk atau perkhidmatan yang lebih tinggi pada permulaan dan kemudian menurunkan harga tersebut dalam satu tempoh masa tertentu.

Benjamin Franklin, seorang pengasasAmerika Syarikat

berkata:

Jika anda gagal untuk merancang, Anda merancang

untuk gagal!

Jika anda gagal untuk merancang, Anda merancang

untuk gagal!

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan20

KEPENTINGAN MENYEDIAKAN PELAN PERNIAGAAN

Untuk melihat dan menganalisa idea atau projek perniagaan dengan lebih terperinci

Membuat anggaran keperluan sumber-sumber perniagaan secara bersistematik dan teratur

Memberikan maklum balas terhadap masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaan projek dan langkah-langkah penyelesaian

Berfungsi untuk mengenal pasti keberkesanan sesuatu projek yang dirancang dan dicadangkan

Memastikan kesesuaian projek yang akan dijalankan untuk tujuan pelaburan atau pembiayaan

BERNIAGA SECARA ATAS TALIANProses untuk memulakan perniagaan secara dalam talian (online) adalah sama seperti memulakan kedai runcit yang sebenar. Rancangan dan aspek undang-undang untuk perniagaan dalam talian ini adalah sama. Walaupun anda tidak perlu untuk mencari lokasi, namun perancangan yang kukuh dan laman web yang interaktif amat diperlukan sebelum mula memasarkan produk atau perkhidmatan anda.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 21

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Atas Talian di Malaysia

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

Menyediakan Pelan Perniagaan yang ringkas

Sila rujuk Bab 3: Memulakan Perniagaan, muka surat 28 untuk mendapatkan template Pelan Perniagaan anda.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

28

FORMAT PELAN PERNIAGAANFormat 1: Sumber: http://cyberuse.com/one-page-business-plan-template.html

Rancangan Perniagaan1 Muka SuratNama:

Pemilik:

Masalah Pelanggan

Sasaran Pasaran

Kedudukan atau Tumpuan

Kelebihan Daya Saing

Cara Penyelesaian

Aliran PendapatanStrategi Harga Jualan

3 Pesaing Utama1.2.3.

Nota

Kenapa?

*Kenapa anda lakukan?

Bagaimana?

*Bagaimana anda lakukan?

Apa?

*Apa yang anda lakukan?

Marketing Consultant & EntrepreneurCopyright 2014 by Joey GedgaudJoeyGedgaud.com

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

Mendaftarkan Perniagaan Anda

Sila rujuk Bab 4: Perniagaan yang Sah, muka surat 35 bagi mengetahui bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan anda.

DAFTARSYARIKAT ANDA!

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

LAN

GKA

H

(A) Menjual di pasaran atas talian seperti Lazada, 11Street dan Shopee

(B) Membina laman web e-dagang anda sendiri untuk menjual produk anda

(C) Mempunyai akaun media sosial di Instagram atau Facebook untuk menjual produk anda

Memutuskan cara untuk memulakan jualan atas talian

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan22

10 kesalahan besar apabila memulakan perniagaan atas talian:

1Menunggu terlalu lama untuk melancarkan produk / perkhidmatan

10 Langsung tidak bermula

2Menyelesaikan masalah yang tidak penting

3Tidak dengar kehendak pelanggan

4Tidak ada kelainan yang ketara dengan perniagaan lain

5Memilih topik yang anda tidak kisah

9Keliru