amalan mimpi nabi muhammad

Download Amalan Mimpi Nabi Muhammad

If you can't read please download the document

Upload: nurul-afiqah

Post on 23-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cara2 mimpi rasulullah

TRANSCRIPT

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMADAda seorang habib, semasa mensyarahkan kitab Bidayatul Hidayah beliau mengatakan masyaAllah gurunya ada menceritakan ada seorang ini yang setiap malam bermimpi jumpa Nabi. Setiap malam mimpi jumpa Nabi. Satu ketika, Nabi tak ada dalam mimpinya. Dia pun sedih ,menangis-nangis munajat akhirnya jumpa kembali dalam mimpinya pada tidur yang seterusnya. Lalu dia bertanya dalam mimpinya kepada Nabi, ''Ya rasulullah. kenapa beberapa malam lalu tidak bermimpi berjumpa dengan tuan? Ini cerita zaman moden bukan zaman dahulu.Katanya Rasulullah Shallallahualahiwasalam: ''Kamu pernah lihat dalam televisyen dan melihat rancangan baca berita dan pembaca berita itu dia tidak guna tudung (tidak tutup aurat).'' Itu sahaja. Kerana kamu melihat pembaca berita perempuan yang tidak guna tudung itu,mana kamu nak lihat saya dalam mimpi?Walhal rancangan berita dunia apa yang pelik? Tiada yang seksi, duduk keras lagu tuh jah kita lihat boring pun ada. Tapi disebabkan orang itu tidak guna tudung, orang soleh lihat sahaja perempuan yang tidak bertudung,sat ja dah tak nampak Nabi dalam tidur.Cerita Habib Umar bin hafidz, beliau kata beliau jumpa orang lagu ni. Al Habib menceritakan satu kisah ini kira-kira 20tahun lalu. Al Habib jumpa seorang ini menangis-nangis kuat dia menangis. Ditanya ,'' awat? ( ini loghat Ustaz la Lalu dia menjawab: ''Saya tak jumpa Nabi malam tadi.'' Lalu terkejut al Habib Umar bermakna :'' Adakah tuan jumpa Nabi setiap malam?'' ''Na'am, aku jumpa Nabi setiap malam kerana aku mengkhatamkan selawat 12 000 selawat setiap hari.'' Setelah peristiwa itu,orang ini kerana sehari dia tidak lihat Nabi menangis sungguh-ssungguh lalu dia berazam nak mengkhatamakn selawat tambahan lagi 15000 kali setiap hari.Dekat Universiti al Azhar seperti apa yang diceritakan oleh Dr Yusri al Azhari beliau cerita ada seorang sheikh di Mesir yang kashaf. Beliau tahu amalan anak muridnya.Dan ada seorang anak muridnya ini kalau beliau tanya,beliau akan tanya ''kaifa hal Rasulillah?'' dia tak tanya bagaimana Nabi malam tadi dalam mimpi tapi dia ttanya bagaimana keadaan Nabi? Kerna beliau tahu anak muridnya jumpa Nabi dalam yaqazah. Cuma tak tahu yaqazah lagu mana macam depan lagu ni atau cara bayangan. Kerana anak muridnya ini tadi mengkhatamkan selawat 20000 kali selawat.Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Jum'ah mengatakan beliau mimpi jumpa Nabi setelah baca 40 buah kitab tentang Nabi.Juga nak mimpi jumpa Nabi hendaklah mengamalkan selawat al Ummi. Sheikh Abu Abbas al Mursi menggalakkan hendaklah amalkan 500kali selawat al Ummi sehari dan pada hari jumaat hendaklah dibaca 1000kali. Maka akan mimpi jumpa Nabi pada jumaat yg pertama takpun pada jumaat yang ketiga ,atau jumaat yang ke-5. Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam juga menyuruh agar berselawat dengan selwat Al 'Azimiah untuk mimpi jumpa Nabi. Tapi selawat sudah berselawat, dah baca banyak kitab tapi kenapa tak mimpi lagi jumpa Nabi? Ada tiga sebab pertama tak buat baik pada ibu bapa, tidak beradab dengan gurunya dan dia menyimpan buku yang menghentam para auliya di rumahnya.Perumpamanya sebegini:Peti televisyen itu amalan kita. Tapi kenapa tak boleh lihat gambar dalam Tv sebab tak connect denga switch. Maka wayar untuk connect itu adalah mak ayah kita. Tapi setelah dibuka ,kelihatan hitam putih sahaja. Maka memerlukan aerial iaitu guru kita untuk mengenalkan kita kepada Rasulullah Shallallahualahiwasalam.Konklusinya jagalah pandangan mata kita. dan perbanyakkan selawat lagi.