amalan malam awal rajab

4
1 Amalan Malam Awal Bulan Rajab Sebahagian ulamā menyatakan bahawa bulan Rajab merupakan bulan untuk memperbanvakkan istighfār, manakala Sya‘abān ialah bulan memperbanyakkan şalawat ke atas Nabi n, dan bulan Ramadhān pula ialah bulan memperbanyakkan bacaan al-Qurān. Di dalam kitab al-Umm, ﻗﺎل اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ: وﺑﻠﻐﻨﺎ ﻧﻪ ﰷن ﻳﻘﺎلٔ أ: نٕ اﺎب ﰲ ﲬﺲ ﻟﻴﺎل ﰲ ﻟﻴ� اﶺﻌﺔﺘ�ﺴ�ﺎء � ا�، ﲵﻰ ، وﻟﻴ� اﻟﻔﻄﺮ ،ٔ ا� وﻟﻴ� ول ﻟﻴ� ﻣﻦ رﺟﺐٔ وأ ، وﻟﻴ� اﻟﻨﺼﻒ ﻣﻦ ﺷﻌﺒﺎنBerkata Imam asy-Syāfi’iy : Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: “Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Juma‘at, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Idil Fiţri, malam pertama di bulan Rajab dan malam nişfu Sya‘bān.” ﻗﺎل اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ: ٔ وأ ﺳ�ﺘﺤﺐٔ أ ﰻ ﻣﺎ ﺣﻜيﺖ ﰲ ﻫﺬﻩ الﻠﻴﺎﱄ ﻣﻦ ن �ﻜﻮن ﻓﺮﺿﺎٔ �ﲑ أ. Berkata Imam asy-Syafi‘iy : Saya menyukai setiap apa yang saya ceritakan pada malam- malam ini dengan tidak sampai menganggapnya sebagai amalan yang fardhu.” Di antara doā yang digalakkan supaya dibaca pada bulan Rajab ialah doā yang diriwayat daripada Anas z bahawa Rasulullāh n akan membaca doa berikut apabila Bulan Rajab akan bermula: ُٰ ّ لﻠَ اَ َ َ رِْ َ ﻨﺎَ ْ كِ رَ ِ ّ َ َ وَ ﺒﺎنْ َ َ وَ ﺎنَ َ َ ﺎ رَ ْ “Ya Allāh! Berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya‘bān, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhān.” (Syu‘abul-Imān, hadith: 3534, Ibnu Sunni, hadith: 660, Mukhtasar Zawāid al-Bazzār, hadith: 662, lihat juga al-Azdkār, hadith: 549)

Upload: language-explore

Post on 12-Jan-2017

424 views

Category:

Spiritual


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Malam Awal Rajab

1

Amalan Malam Awal Bulan Rajab Sebahagian ulamā menyatakan bahawa bulan Rajab merupakan bulan untuk memperbanvakkan istighfār, manakala Sya‘abān ialah

bulan memperbanyakkan şalawat ke atas Nabi n, dan bulan Ramadhān pula ialah bulan memperbanyakkan bacaan al-Qurān.

Di dalam kitab al-Umm,

، ا��اء �س�ت�اب يف مخس ليال يف لي� امجلعة ان: أنه اكن يقال وبلغنا : الشافعي قال شعبان ، ولي� النصف منوأول لي� من رجب ولي� ا�حضى ، ولي� الفطر ،

Berkata Imam asy-Syāfi’iy :

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: “Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Juma‘at, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Idil Fiţri, malam pertama di bulan Rajab dan malam nişfu Sya‘bān.”

. �ري أن �كون فرضالك ما حكيت يف هذه الليايل من أس�تحبوأ� : الشافعي قال

Berkata Imam asy-Syafi‘iy : Saya menyukai setiap apa yang saya ceritakan pada malam-

malam ini dengan tidak sampai menganggapnya sebagai amalan yang fardhu.”

Di antara doā yang digalakkan supaya dibaca pada bulan Rajab ialah doā yang diriwayat daripada Anas z bahawa Rasulullāh n akan membaca doa berikut apabila Bulan Rajab akan bermula:

هم� �رك لنا يف رجب الل غنا رمضان وشعبان وبل

“Ya Allāh! Berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya‘bān, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan

Ramadhān.” (Syu‘abul-Imān, hadith: 3534, Ibnu Sunni, hadith: 660, Mukhtasar Zawāid al-Bazzār, hadith: 662, lihat juga al-Azdkār, hadith: 549)

Page 2: Amalan Malam Awal Rajab

2

Doā Sayyiduna ‘Ali z Sesungguhnya Sayviduna Ali z meluangkan masanya untuk beribadah pada empat malam dalam setahun iaitu pada malam awal bulan Rajab, malam Nişu Sya‘bān, malam ‘Idul Fitri dan malam ‘Idul Adha. Di antara doanya pada malam-malam tersebut ialah:

“Ya Allāh! Cucurilah Solawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang

merupakan lampu-lampu hikmah, penjaga nikmat dan galian yang terpelihara. Peliharalah daku dengan keberkatan mereka, dari setiap kejahatan. Janganlah Engkau cabut nyawaku ketika aku berada dalam

kelalaian dan kealpaan. Janganlah Engkau jadikan kesudahan urusanku dengan kerugian dan penyesalan. Redhailah aku kerana sesungguhnya

keampunanMu adalah untuk orang-orang yang zalim dan aku termasuk dari kalangan orang- orang yang melakukan kezaliman.

Ya Allāh! Ampunilah aku kerana keampunan-Mu itu tidaklah memudharatkan-Mu, dan kurniakanlah kepadaku dengan sesuatu yang tidak

memanfaatkan-Mu kerana sesungguhnya Engkau mempunyai rahmat yang luas dan hikmah yang luar biasa. Maka kurniakanlah kepadaku kelapangan,

keamanan, kesihatan, kesyukuran, kesejahteraan dan ketaqwaan. Sempurnakanlah kesabaran dan kebenaran ke atasku dan juga wali-wali-Mu.

Kurniakanlah kepadaku kemudahan (untuk mentaati-Mu) dan janganlah Engkau jadikan bersama kemudahan itu kepayahan. Ratakanlah kurniaan yang sedemikian ke atas keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku

dari kalangan kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan juga Mukminat”.

Page 3: Amalan Malam Awal Rajab

3

Doā Syeikh ‘Abdul Qadīr al-Jaylanī Telah berkata Sayyid al-Qutb al-Rabbani Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jaylani,

di dalam kitabnya al-Ghunyah, bahawa di antara doa yang dituntut untuk diamalkan pada awal bulan Rejab ialah:

“Tuhanku! Orang-orang yang berdoa telah memanjatkan doanya

kepada-Mu pada malam ini. Begitu juga orang-orang yang menuju kepada keredhaan-Mu telah menuju kepada-Mu dan orang yang

menuntut-Mu telah mengharap kurniaan dan kebaikan-Mu. Dan bagi-Mu pada malam ini, pemberian-pemberian, ganjaran- ganjaran, hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah yang Engkau kurniakan kepada sesiapa

yang Engkau kehendaki dari kalangan hambaMu, dan Engkau menahannya kepada mereka yang tidak mendapat inayah daripada-Mu.

Aku pula adalah hamba-Mu yang amat berharap kepada-Mu; yang menginginkan kurniaan dan kebaikan-Mu.

Sekiranya Engkau wahai Tuhanku, pada malam ini mengurniakan kurniaan-Mu kepada seseorang dari makhluk-Mu, dan Engkau berlaku

pemurah kepadanya dengan bantuan dari Kelembutan-Mu, maka cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad n , keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan kurniakanlah kepadaku pemberian dan kebaikan-Mu,

wahai Tuhan pemilik sekalian alam!” (Sayyid al-Quţb al-Rabbānī, Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jaylani berkata di dalam kitabnya

al-Ghunyah li-Ţālibi Ţarīq al-Haqq ‘Azza wa-Jalla 1/236-237, bahawa doa ini dibaca pada awa bulan Rajab. Rujuk juga Bada’i al-Źuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Faţţani, 2/65 dan Tuhfah al-Awtan wa al-

Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa‘id bin Jamaluddīn al-Linggi, ms. 67-69)

Page 4: Amalan Malam Awal Rajab

4

Wahab ibn Munabbih z berkata: “Aku telah membaca di dalam kitab-kitab Allāh yang diturunkan menyatakan:

Sesiapa yang beristighfar kepada Allāh Ta‘āla dalam bulan Rajab, pada waktu pagi dan petang dengan mengangkat kedua belah tangannya, lalu setelah itu ia berdoa sebanyak 70 kali, maka ia tidak akan disentuh oleh api neraka:

“Ya Allāh! Ampunilah dosaku dan rahmatilah daku serta

terimalah taubatku.”