amalan budaya kualiti

Upload: ahmad-hafizan

Post on 03-Jun-2018

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    1/14

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    2/14

    15

    Permasalahan ini sebenarnya dapat diselesaikan melalui peningkatankualiti melalui kewujudan budaya berkualiti di sesebuah institusipendidikan. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam pelajarantidak semestinya berkualiti. Kualiti merupakan satu istilah yang amatsimbolik dan mempunyai makna tersendiri dalam diri setiap individu.Ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untukmentafsirkannya. Dunia pendidikan perlu menjana satu transformasiyang drastik agar kemahiran yang tersembunyi dalam diri setiap pelajardapat dicungkil dan seterusnya melahirkan pelajar yang berkualiti danmampu memenuhi matlamat pendidikan negara. Kualiti di dalampendidikan dapat ditingkatkan apabila semua pihak terlibat seperti guru,pihak pengurusan, staf dan ibu bapa dapat bersama-sama

    membangunkan satu sikap baru yang lebih fokus kepada kepimpinan,kerja berpasukan, amalan koloboratif, akauntabiliti dan pengiktirafan(Arcaro), 1995).

    SOROTAN LITERATUR

    Definisi Budaya

    Budaya sekolah ialah personaliti atau keperibadian sekolah yangmempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Budaya sekolahselalunya dihuraikan dengan inilah cara kita melakukan kerja di sini.Budaya sekolah merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagaiperkara lain, dan kesemuanya diterima dan dipraktiskan di sesebuahsekolah (Ruhani Mat Min, 2009). Ruhani Mat Min (2009), Deal danPeterson (1999) berpendapat bahawa budaya sekolah juga akanmempengaruhi setiap komponen yang wujud di sesebuah sekolah,antaranya topik perbualan antara guru-guru semasa waktu rehat di kantinsekolah, bentuk-bentuk arahan yang akan dihargai, perkembangankakitangan yang dilalui serta kepentingan proses pembelajaran pelajar.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    3/14

    16

    Budaya sekolah adalah nilai dominan yang didukung oleh sekolah ataukepercayaan dasar yang dipegang oleh sekolah. Budaya sekolah jugamerujuk pada suatu sistem nilai, kepercayaan dan norma-norma yangditerima secara bersama, serta dilaksanakan dengan penuh kesedaransebagai perilaku yang nyata, yang dibentuk, difahami dan diamalkanbersama oleh pihak pengurusan sekolah, guru, staf serta pelajar. Budayaadalah hasil nilai, kepercayaan, keutamaan, harapan dan norma yangsama dimiliki serta bertindak menyampaikan cara organisasi itumemperlihatkan manifestasinya kepada dunia (Burnham, 2007). MenurutBurnham (2007) budaya juga adalah personaliti sesebuah organisasi,maka sekolah yang berkualiti akan resah, sentiasa tertanya-tanya, tidakpernah puas, malah percaya keadaan selalunya akan lebih baik.

    Pengurusan kualiti memerlukan rasa percaya kepada kebolehan yangtidak terbatas demi memajukan organisasi, proses dan individu.

    Ab Aziz Yusof (2008) juga berpendapat bahawa budaya merupakan nilai,perlakuan dan kepercayaan, pegangan, sikap dan adat yang sama-samadiamalkan oleh sesebuah kelompok organisasi. Budaya berkualiti secarasemulajadinya berhubung rapat dengan elemen seperti organisasi kerja,teknologi, sturktur organisasi, strategi perniagaan dan membuatkeputusan kewangan (Ehlers, 2009).

    PERSOALAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji budayaberkualiti yang telah berjaya mempengaruhi keberkesanan InstitutKemahiran MARA Lumut sebagai salah sebuah institusi pendidikanMARA. Sejauh manakah budaya ini meninggalkan kesan yang positifkepada keberkesanan institusi ini.

    Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:

    i) Apakah budaya berkualiti yang telah berjaya diamalkan di InstitutKemahiran MARA, Lumut.

    ii) Apakah implikasi penyemaian budaya berkualiti ini terhadap tahapkerja staf MARA di Institut Kemahiran MARA, Lumut.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    4/14

    17

    METODOLOGI KAJIAN

    Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif. Sampelkajian merupakan staf Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak. Populasistaf di IKM Lumut adalah seramai 211 orang. Manakala sampel yangdigunakan dalam kajian ini adalah seramai 50 orang sahaja. Pemilihansampel telah dilakukan secara rawak di mana setiap daripada 14 jurusanyang terdapat di IKM Lumut diwakili oleh 3 orang responden dan 8 orangresponden lagi terdiri daripada staf pentadbiran dan sokongan. Dapatankajian dan data yang diperolehi adalah melalui temu bual dengan stafIKM Lumut yang dipilih sebagai sampel, dokumen rujukan dan jugamelalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji.

    Temu bual dijalankan dengan staf yang dipilih secara rawak ini telahdilakukan secara bersemuka dan perseorangan. Temu bual ini telahdilakukan lebih daripada sekali agar data yang diperolehi tinggikesahannya. Dapatan kajian juga disokong dengan maklumat yangdiperolehi daripada dokumen-dokumen rujukan. Pengkaji jugamelakukan pemerhatian terhadap fokus kajian iaitu terhadap corakpelaksanaan budaya dan juga kesan terhadap prestasi kerja warga IKMLumut.

    DAPATAN KAJIAN

    Bahagian ini akan merungkaikan dapatan kajian dengan menjawabpersoalan kajian yang telah dikemukakan.

    Soalan 1 :

    Apakah budaya berkual iti yang telah ber jaya diamalkan di Insti tutKemahiran MARA, Lumut?

    Persoalan ini telah dirungkaikan melalui temu bual yang telah dijalankandengan staf terpilih dan juga melalui pemerhatian yang dibuat.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    5/14

    18

    a) Maklum balas responden 1:

    Kami bekerja secara berpasukan dan sentiasa meletakkankecemerlangan IKM Lumut dan MARA sebagai keperluan utama.Budaya yang diterapkan di sini ialah bekerjasama dan sentiasamencapai keputusan yang cemerlang. Sasaran pencapaianakademik lulus 100% memerlukan kerja kuat dan gigih semua pihak.Bagi saya, budaya utama yang berjaya diamalkan di IKM ini ialahbudaya kerja cemerlang dan 5S.

    b) Maklum balas responden 2:

    5S merupakan satu budaya terkini yang telah berjaya diterapkan diIKM Lumut. Setiap jurusan dan individu di IKM ini bertungkus-lumusmenjayakan program ini. Hampir dua tahun perlaksanaannya, iasemakin sebati dan kini menjadi sebahagian amalan harian wargaIKM Lumut.

    c) Maklum balas responden 3:

    Bekerjasama ke arah kecemerlangan dan sentiasa bersatu padu,

    itulah budaya di sini. Kami juga seronok dengan amalan 5S .Berdasarkan maklum balas yang telah diberikan oleh responden-responden yang telah ditemubual, majoriti memberikan pendapatyang sama di mana mereka berpendapat bahawa terdapat duabudaya kerja positif utama yang telah diamalkan di Institut KemahiranMARA Lumut ini iaitu:

    a) Budaya Kerja Cemerlang

    Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yangkeempat telah melancarkan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang pada27 November 1989. Menurut Chek Mat (1996), tujuan gerakan iniadalah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasamementingkan kualiti. Chek Mat (1996) di dalam bukunya jugamenulis bahawa Tun Dr. Mahathir berpendapat bahawa budayasesuatu masyarakat adalah faktor utama yang akan menentukanmaju mundurnya masyarakat itu. Budaya bukan dicerminkan olehkeseniaan dan aspek fizikal tetapi nilai-nilai yang telah diamalkan.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    6/14

    19

    IKM Lumut ini merupakan sebuah organisasi yang mengamalkanbudaya kerja cemerlang. Penerapan budaya kerja cemerlang inidapat dilihat melalui keberkesan kaedah pengajaran danpembelajaran. Matlamat utama setiap tenaga pengajar memastikanpencapaian prestasi akademik pelajar pada setiap semester adalah80% ke atas. Budaya kerja cemerlang ini juga diaplikasikan denganmengadakan kelas-kelas tambahan selepas waktu kerja sama adaselepas jam 5.00 petang ataupun di sebelah malam. Pelajar bebasuntuk hadir ke bengkel di waktu malam bagi menyiapkan tugasanamali dengan dipantau oleh tenaga pengajar yang bertugas.Kecemerlangan pelajar sangat bergantung kepada persediaanmental dan fizikal, sokongan moral, hubungan dengan rakan dan

    pensyarah, motivasi dan jati diri yang tinggi, disiplin diri, ketahanandiri, pengurusan masa dan sumber diri, strategi belajar yang baik,dan peka terhadap persekitaran kampus (Mohd Jailani, 2009).Melalui kesungguhan dan kejituan semangat yang ditunjukkan olehsemua staf di IKM ini maka adalah tidak mustahil matlamat danazam pengarah IKM Lumut untuk mencapai lulus 100% akanterlaksana.

    Selain daripada itu, budaya kecemerlangan ini bukan sahaja

    difokuskan kepada tugas hakiki tetapi staf di IKM Lumut juga bergiataktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di IKM dan juga MARA.Bagi mempertingkatkan lagi budaya kerja cemerlang ini, kakitanganyang mempamerkan kerja yang cemerlang dimotivasikan dengananugerah kualiti seperti Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan dan

    Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan. Setiap tahun IKM Lumutakan mengadakan sambutan Hari Kualiti. Sambutan Hari Kualiti inibiasanya diisi dengan ceramah kualiti dan juga penyampaiananugerah kepada pelbagai kategori kecemerlangan yang

    ditunjukkan oleh staf IKM Lumut. Unit Bahasa Inggeris IKM Lumuttelah berjaya menganjurkan Spelling Bee Competition peringkatIKM Lumut pada 6hb September 2010 dan IKML Inspired EssayWriting Competition 2010 . Selain daripada aktiviti bercorakakademik, staf IKM Lumut juga telah banyak menganjur dan terlibatdengan aktiviti bukan akademik seperti ko kurikulum. Buat julung-

    julung kalinya, pada 29hb Oktober hingga 31 Oktober 2010, IKMLumut telah berjaya menganjurkan Sukan Antara Jabatan DaerahManjung.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    7/14

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    8/14

    21

    b) Budaya 5S

    Responden yang telah ditemu bual juga berpendapat bahawa IKMLumut telah mengamalkan 5S sebagai budaya. Kini 5S semakinsebati dengan staf MARA di IKM ini. IKM Lumut dengan rasminyatelah dinilai dan anugerahkan Sijil Persekitaran Berkualiti 5S olehMPC buat kali pertama pada Isnin 30 Mac 2009 dan persijilansemula pada 28 April 2010. Pelancaran 5S IKM Lumut telahdiadakan pada 6 Ogos 2008. Hari Rabu telah diisytiharkan sebagaihari 5S di IKM Lumut dan pada hari ini setiap staf diwajibkanmemakai baju korporat 5S.

    5S merupakan suatu konsep amalan kebersihan yang diperkenalkandi Jepun. 5S ialah alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkandi Jepun oleh Dr. Thuchiya. Bermula pada tahun 1986 bila pertamakalinya 5S diperkenalkan di Singapura. Amalan penjagaankebersihan ini merujuk kepada penjagaan tempat kerja yang kemasdan bersih berdasarkan kepada prinsip "tempat untuk semua dansemua di tempatnya". Tujuan utama penjagaan kebersihan ialahuntuk mempraktikkan disiplin dan moral yang baik di kalanganpekerja di mana ia akan meningkatkan prestasi serta produktiviti danseterusnya membentuk tabiat kerja yang baik. Program 5S adalahusaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih,tersusun, bersistem dan lebih produktif. Melalui amalan 5S, kita akanmembina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerjayang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerjaberkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolongyang tinggi. 5S ialah lima perkataan Jepun yang bermaksud sisih,susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Amalan 5S meliputipengetahuan teknikal, praktikal, logik untuk menghasilkan teknik

    yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secaraberterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun.

    Menurut Mohd Ashari (2004), amalan 5S dapat mempamerkankualiti individu dengan menetapkan piawaian disiplin di tempat kerja.Ini akan menjadikan pekerja lebih bertanggungjawab dan bertindaksecara lebih proaktif. Menurut beliau lagi kaedah ini dapatmengelakkan kemalangan dan kesilapan kerja yang berpuncadaripada manusia. Kesemua ini bukan sahaja dapat meningkatkan

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    9/14

    22

    produktiviti di tempat kerja malah dapat menarik keyakinanpelanggan untuk berurus niaga.

    Melalui pemerhatian pengkaji, prestasi kerja staf di IKM Lumutsemakin meningkat semenjak pelaksanaan 5S ini. Kerjasama dan

    Amalan 5S sebagai keseragaman telah dipupuk dengan jayanya.Jika anda ke IKM Lumut, perkara pertama yang jelaskeseragamannya ialah cara kenderaan di parkir. Keseragaman inimenjadi kayu pengukur keberkesanan program 5S di IKM Lumut dantelah berjaya membudayakan warganya. Budaya 5S di IKM Lumutbenar-benar berkesan kepada semua pihak yang terlibat di dalampelaksanaannya. Pengalaman melaksanakannya memang

    meninggalkan impak yang amat besar. Hasil pelaksanaanyamengubah IKM Lumut kepada sebuah IKM yang lebih ceriaberbanding dengan usianya. Suasana di IKM menjadi lebih bersihdan ceria. Sistem pengurusan fail menjadi lebih sistematik dan yangpaling ketara diamalkan ialah cara staf di IKM Lumut meletakkankenderaan di kawasan IKM. Selain daripada itu para pelajar jugamengamalkan 5S sebagai budaya mereka. Penerapan budaya 5S inidiharapkan dapat diaplikasikan pula di rumah oleh staf dan jugapelajar.

    Soalan 2 :

    Apakah impl ikasi penyemaian budaya berkuali ti in i terhadap tahapkerja staf MARA di Inst itut Kemahiran MARA, Lumut ?

    a) Maklum balas responden 1

    Budaya positif yang diamalkan ini memberikan kami kekuatan untuk

    terus berkhidmat dengan cemerlang. Semangat berpasukan yangberjaya disemai melalui budaya kerja cemerlang memberikan kamikekuatan di dalam menjayakan sesuatu program. Program dapatdilaksanakan dengan lebih berkesan.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    10/14

    23

    b) Maklum balas responden 2

    Produktiviti semakin meningkat, staf semakin gembira di dalammenjalankan tugas. Halangan dan kekangan dapat diatasi melaluiperbincangan dan penglibatan semua pihak. Suasana tempat kerja

    juga lebih selesa dan menyenangkan.

    c) Maklum balas responden 3

    Budaya yang diamalkan ini bagaikan satu suntikan motivasi kepadastaf di sini. Amalan ini juga memberikan impak yang positif kepadaIKM Lumut dan juga MARA khasnya. Pelbagai pengikhtirafan telahditerima hasil amalan budaya-budaya berkualiti ini.

    Berdasarkan maklum balas-maklum balas yang diberikan maka dapatlahdirumuskan bahawa budaya berkualiti yang diamalkan di IKM Lumut initelah berjaya mempertingkatkan lagi semangat kerjasama bekerja secaraberpasukan. Kerjasama yang dipupuk ini jelas implikasinya terhadapprogram-program yang dijalankan di IKM Lumut ini. Menurut AhmadFadzli Yusof (2007), dengan kerja berpasukan, organisasi seolah-olahmendapat kekuatan yang baru iaitu semangat, fokus dan produktiviti ahlimeningkat. Kerja berpasukan ini menjadi nadi kekuatan pelaksanaanprogram-program utama di IKM Lumut.

    Selain daripada memupuk semangat kerja berpasukan, responden jugamengakui bahawa mereka lebih bersemangat melakukan rutin harian ditempat kerja selepas pelaksanaan program 5S. Pembudayaan 5Sbenarbenar membuka mata warga IKM Lumut tentang kebersihan dankekemasan. Kerja harian menjadi lebih kemas dan teratur disampingberjaya menjimatkan masa dan kos. Pendek kata, warga IKM Lumut

    lebih produktif di dalam melaksanakan tanggungjawab masingmasing.

    Melalui pemerhatian yang telah dilakukan oleh pengkaji, tahap motivasistaf dan kakitangan di IKM Lumut juga semakin meningkat melaluipenerapan budaya-budaya berkualiti ini. Staf dan kakitangan IKM Lumuttidak mudah berputus asa di dalam melaksanakan sesuatu programwalaupun terdapat kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi,contohnya masalah kewangan dan kekurangan alatan. Menurut YeopHussin Bidin (2006) pemupukan semangat berpasukan dapat

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    11/14

    24

    memotivasikan rakan sekerja, meningkatkan komitmen dankeberkesanan kesefahaman.

    PERBINCANGAN KAJIAN

    Budaya berkualiti yang diamalkan di sesebuah organisasi sememangnyameninggalkan kesan yang positif terhadap prestasi kerja kakitangan.Menurut Mohd Abdul Rahman (2008), kelaziman budaya cemerlangboleh menguntungkan banyak pihak di samping meningkatkan prestasiorganisasi dan staf. Dapatan kajian yang dijalankan ini telah menyokongpendapat beliau, di mana prestasi staf dan kakitangan di InstitutKemahiran MARA Lumut adalah semakin meningkat melalui amalanbudaya kerja cemerlang dan budaya 5S.

    Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Lee KingChuan (2009) di mana dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensibudaya organisasi yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positifdengan prestasi kerja dan kekuatan hubungan adalah sederhana bagipenekanan terhadap ganjaran dan inovasi. Kajian yang dijalankan olehShek Kwai Fun (2007) juga menunjukkan bahawa tahap keberkesanankerja berpasukan dan kepuasan kerja dalam Jabatan Bahasa danJabatan Sains Sosial adalah tinggi. Dapatan ini menyokong hasil kajianyang telah dijalankan.

    Pada 8hb Mei 2010, Tuan Haji Albakri bin Haji Alias yang merupakanPenolong Pegawai Latihan Vokasional, Institut Kemahiran MARA Lumuttelah dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2010Peringkat Kebangsaan sempena Perhimpunan Hari Pekerja 2010anjuran Kementerian Sumber Manusia. Kejayaan beliau membuktikankeberkesanan budaya-budaya kualiti yang telah diamalkan di IKM Lumut.

    Organisasi juga tidak terkecuali daripada kesan pelaksanaan budayaberkualiti. Amalan budaya berkualiti di IKM Lumut telah meletakkan IKMLumut di satu tahap yang boleh dibanggakan. IKM Lumut merupakansebuah IKM yang cemerlang di mana ia telah menerima beberapaanugerah seperti Anugerah IKM / KKTM Cemerlang, Anugerah IKMTerbaik, Anugerah Ketua Pengarah 2007 dan telah mementeraibeberapa MOU dengan syarikat swasta dan universiti tempatan. IKMLumut telah dianugerahkan sijil Persekitaran Berkualiti 5S oleh MPC buatkali pertama pada Isnin 30 Mac 2009 dan persijilan semula pada 28 April

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    12/14

    25

    2010. Melalui kejayaan ini, IKM Lumut telah menjadi penanda arasperlaksanaan program 5S oleh beberapa institusi pendidikan MARAkhasnya dan beberapa agensi kerajaan.

    Pelaksanaan budaya berkualiti di institusi pendidikan kemahiran ini jugatelah banyak mengurangkan beban pihak pengurusan di dalam membuatsesuatu keputusan dan penyelesaian. Kesan amalan budaya berkualitiini bukan sahaja memberi kesan yang amat mendalam kepadakakitangan dan IKM Lumut tetapi ia juga meninggalkan kesan yangmembanggakan kepada Majlis Amanah Rakyat ke arah memperkasakanlagi sistem pendidikan MARA agar terus diyakini.

    KESIMPULAN

    Dapatan kajian ini adalah penting kerana ia dapat membantu masyarakatmemahami peranan dan keberkesanan amalan budaya berkualiti disesebuah organisasi. Amalan budaya di IKM Lumut ini bukan sekadarberkisar kepada budaya kerja cemerlang dan 5S tetapi IKM Lumut jugamenerima pengikhtirafan MS ISO 9001:2008. Ini membuktikan bahawaIKM Lumut merupakan sebuah organisasi yang mengamalkanpembangunan kualiti.

    Walau bagaimanapun, masih terdapat juga budaya negatif yang tidakpatut diamalkan di sesebuah organisasi. Contohnya, tingkah laku lambathadir ke mesyuarat ataupun majlis formal yang masih diamalkan olehsegelintir kakitangan. Golongan ini masih berfikiran kolot dan berpegangkepada istilah jam Melayu. Tabiat ini diamalkan kerana ia akanmerosakkan budaya ini kalau tidak dibendung akan mencemarkanbudaya positif yang sudah lama dipupuk dalam organisasi.

    Salah satu budaya yang masih kental dengan jiwa masyarakat Melayuterutamanya kakitangan awam ialah budaya hasad dengki. Budayasebegini tidak seharusnya wujud di dalam sebuah organisasi yangmenerima banyak pengikhtirafan tetapi inilah hakikat yang berlaku.

    Apakah yang perlu kita lakukan untuk membendung budaya negatif ini?Persoalan ini harus dirungkai agar masyarakat Melayu tidak terusdibelenggu oleh sentimen negatif ini. Adalah amat diharapkan agar satukajian mengenai masalah ini akan dapat dijalankan.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    13/14

    26

    RUJUKAN

    Ab Aziz Yusof. 2008. Mengurus Perubahan Dalam Organisasi. Selangor. Arah Publications.

    Ahmad Fadzli Yusof. 2007. Mengurus Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur.PTS Publication.

    Ali Mohammad Mosadegh Rad. 2006. The Impact Of OrganizationalCulture On The Successful Implementation Of TQM. TQMMagazine . Volume 18, No 16 pp 606-625.

    Arcaro, J.S.,1995, Quality in Education: An Implementation Handbook .Florida, St. Lucie Press.

    Barry, J. Thomas. 1998. Organisasi Kualiti Mutlak. Keseimbangan danKeharmonian Demi Keunggulan. Kuala Lumpur. Penerbit PiramidSdn. Bhd.

    Burnham, J.W, 2007. Mengurus Kualiti Sekolah . Kuala Lumpur. InstitutTerjemahan Negara Malaysia Berhad.

    Casson, Steve dan George, Clive. 1995. Culture Change For TotalQuality . London. Pitman Publishing.

    Chek Mat. 1996. Pengurusan Berkualiti Dalam Perkhidmatan. KualaLumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

    Ehlers, Ulf Daniel. 2009. Understanding Quality Culture. Quality Assurance in Education . Volume 17, No 4, pp 343-363.

    James R. Evans and James W. Dean, Jr, 2000, Total Quality,Management , Organisation and Strategy, Canada, South-Wetern College.

    Lee King Chuan. 2009. Hubungan Antara Budaya Organisasi DenganPrestasi Kerja. Satu Kajian Di Pasukan Polis DiRaja Malaysia.Tesis sarjana tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

    Mohd Ashari Idris. 2004. Orientasi Kualiti. Prinsip dan Amalan Strategik .Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof. 2005. 55 Petua KerjaBerpasukan. Selangor. PTS Millenia.

  • 8/12/2019 amalan budaya kualiti

    14/14

    27

    Mumtaz Begam Abdul Kadir dan Mohamed Sani Ibrahim. 2008. IntegritiPeningkatan Kualiti Organisasi . Kuala Lumpur. Utusan Publication& Distributors Sdn Bhd.

    Omachonu, Vincent and Ross, Joel.E. 2004 . Principal Of Total QualityUSA . CRC Press.

    Ruhani Mat Min. 2009. Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap ProsesPembelajaran Secara Mengalami. Jurnal Kemanusiaan .Bil 13.

    Shafie Hj Mohd Salleh dan Mohd Affandi Hassan. 1991. KecemerlanganPentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam. Kuala Lumpur.Institut Tadbiran Awam Negara.

    Shek Kwai Fun. 2007. Keberkesanan Kerja Berpasukan dan KepuasanKerja Ketua Panitia Dalam Jabatan Bahasa dan Sains Sosial diSekolah Menengah Daerah Pontian. Tesis sarjana yang tidakditerbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

    Warta MARA. April-Julai 2010. Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA. Bil.18/10 ISSN 1823-9560.

    Yeop Hussin Bidin. 2006. Kerja Berpasukan . Selangor. PTS Profesional.