amalan bergotong

Upload: ramahvarsha

Post on 07-Jan-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

amalan bergotong royong

TRANSCRIPT

Amalan bergotong-royong begitu penting diamalkan dalam kehidupan kita. Hal ini kerana amalan gotong-royong ini dapat memudahkan kerja kita. Contohnya kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah yang luas dapat dilakukan bersama-sama. Ini sudah pasti meringankan beban kerja yang banyak untuk membersihkan kawasan sekolah tersebut.

Selain itu, amalan gotong-royong ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat. Misalnya, anggota masyarakat boleh mengamalkan semangat tolong-menolong dalam menyiapkan kerja-kerja semasa majlis perkahwinan. Kesannya, hubungan silaturahim dapat dieratkan.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Seterusnya, amalan ini dapat menjimatkan masa bagi menyiapkan sesuatu kerja. Contohnya, gotong-royong membersihkan kawasan sekolah boleh dilakukan secara beramai-ramai antara guru, ibu bapa dan murid-murid. Oleh itu, kerja-kerja itu dapat disiapkan dengan cepat.

Akhir sekali, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai positif dalam diri kita. Misalnya, gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah dapat memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar dan mementingkan kebersihan. Kesannya, kita akan menjadi warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan diri sendiri.

Kesimpulannya, amalan gotong-royong memberikan banyak manfaat kepada kita. Oleh itu, amalan ini perlulah dipupuk dan dijadikan amalan hidup.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain.Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan sloganNegara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya.Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasayang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingsertake bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai denganmeraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama.Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain.Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasabulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatsertabersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Seterusnya,aktiviti sukan dan permainanyang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia.Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya.Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja.Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan.Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara.Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

https://www.academia.edu/8331879/KEPELBAGAIAN_SOSIO_2