amalan

1
AMALAN SEJAUH MANA PELAKSANAAN Definisi secara jelasnya adalah memberikan makna kepada kata atau istilah. Hal ini memerlukan penelitian terhadap konsep kajian, kesamaran, kejelasan dan tujuan kajian. Terdapat banyak cara yang boleh menyebabkan makna kata menjadi kurang jelas. Kadangkala sesuatu kata itu memberikan makna yang berlainan bagi individu yang berlainan. Kaedah yang dapat membantu kita mengatasi masalah ini adalah dengan memahami teori definisi yang mendasar kerja pendefinisian bagi sesuatu kata atau istilah. Dalam setiap kajian yang dibuat, pengkaji harus memberi definisi yang tepat tentang istilah yang digunakan. Ini kerana tidak semua pembaca adalah golongan pendidik atau golongan pakar membuat kajian. Mereka murid terdiri daripada golongan surirumah, guru pelatih, pelajar vokasional dan sebagainya. Maka, fungsi memberi definisi kepada istilah tertentu yang digunakan amatlah penting dan perlu diberi perhatian khususnya definisi operasional. Proses menghasilkan definisi memerlukan keprihatinan dan kecekapan dalam menganalisis konsep dalam pemetaan konsep yang dilakukan. Banyak teknik yang boleh digunakan untuk membuat definisi dalam glosari peristilahan. Kemahiran ini memerlukan kemahiran individu yang dipupuk dalam tempoh masa yang agak lama. Justeru Definisi Operasional bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijelaskan. Oleh itu, pengkaji haruslah merungkai sedikit demi istilah tersebut dan kemudian membuat kesimpulan mengenai tajuk kajian yang dipilih dan ingin dilaksanakan. Apabila seorang pengkaji menyatakan definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajiannya, pengkaji harus juga memastikan bahawa istilah yang digunakan mempunyai konsep dan maksud yang lengkap dan dapat menghuraikan maksud tajuk kajian. Contohnya jika pengkaji hanya menyatakan tajuk Keberkesanan kaedah mengajar guruPembaca dapat memahami bahawa pengkaji ingin melaksanakan kajian mengkaji keberkesanan cara guru mengajar. Namun tidak dinyatakan adakah guru ingin mengajar di dalam kelas, atau di luar kelas atau mungkin mengajar mata pelajaran lain. Maka definisi yang tepat untuk menghuraikan istilah digunakan mungkin tidak akan memenuhi syarat tajuk kajian yang sesuai dan baik. Definisi istilah mungkin boleh dihuraikan tetapi dari segi definisi operasional, terlalu banyak makna dan penjelasan yang tidak lengkap. Ia akan menimbulkan masalah kepada pengkaji untuk menjelaskan tajuk kajiannya dengan lebih terperinci. Dalam sistem konsep yang tidak lengkap, makna juga hilang, struktur subordinat tidak jelas dan banyak unsur yang tidak berkaitan harus dibuang. Apabila keadaan ini berlaku, maka ahli terminologi akan menghadapi masalah dalam penyediaan definisi yang tepat bagi sesuatu istilah yang dibentuk. Kesukaran ini akan menjadi hambatan dalam menghasilkan sebuah glosari terminologi yang baik.

Upload: noryn-pinksakura

Post on 19-Feb-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kepentingan definisi kajian

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN

AMALAN

SEJAUH MANA

PELAKSANAAN

Definisi secara jelasnya adalah memberikan makna kepada kata atau istilah. Hal ini memerlukan penelitian terhadap konsep kajian, kesamaran, kejelasan dan tujuan kajian. Terdapat banyak cara yang boleh menyebabkan makna kata menjadi kurang jelas. Kadangkala sesuatu kata itu memberikan makna yang berlainan bagi individu yang berlainan. Kaedah yang dapat membantu kita mengatasi masalah ini adalah dengan memahami teori definisi yang mendasar kerja pendefinisian bagi sesuatu kata atau istilah. Dalam setiap kajian yang dibuat, pengkaji harus memberi definisi yang tepat tentang istilah yang digunakan. Ini kerana tidak semua pembaca adalah golongan pendidik atau golongan pakar membuat kajian. Mereka murid terdiri daripada golongan surirumah, guru pelatih, pelajar vokasional dan sebagainya. Maka, fungsi memberi definisi kepada istilah tertentu yang digunakan amatlah penting dan perlu diberi perhatian khususnya definisi operasional.

Proses menghasilkan definisi memerlukan keprihatinan dan kecekapan dalam menganalisis konsep dalam pemetaan konsep yang dilakukan. Banyak teknik yang boleh digunakan untuk membuat definisi dalam glosari peristilahan. Kemahiran ini memerlukan kemahiran individu yang dipupuk dalam tempoh masa yang agak lama. Justeru Definisi Operasional bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijelaskan. Oleh itu, pengkaji haruslah merungkai sedikit demi istilah tersebut dan kemudian membuat kesimpulan mengenai tajuk kajian yang dipilih dan ingin dilaksanakan.

Apabila seorang pengkaji menyatakan definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajiannya, pengkaji harus juga memastikan bahawa istilah yang digunakan mempunyai konsep dan maksud yang lengkap dan dapat menghuraikan maksud tajuk kajian. Contohnya jika pengkaji hanya menyatakan tajuk ‘Keberkesanan kaedah mengajar guru’

Pembaca dapat memahami bahawa pengkaji ingin melaksanakan kajian mengkaji keberkesanan cara guru mengajar. Namun tidak dinyatakan adakah guru ingin mengajar di dalam kelas, atau di luar kelas atau mungkin mengajar mata pelajaran lain. Maka definisi yang tepat untuk menghuraikan istilah digunakan mungkin tidak akan memenuhi syarat tajuk kajian yang sesuai dan baik. Definisi istilah mungkin boleh dihuraikan tetapi dari segi definisi operasional, terlalu banyak makna dan penjelasan yang tidak lengkap. Ia akan menimbulkan masalah kepada pengkaji untuk menjelaskan tajuk kajiannya dengan lebih terperinci.

Dalam sistem konsep yang tidak lengkap, makna juga hilang, struktur subordinat tidak jelas dan banyak unsur yang tidak berkaitan harus dibuang. Apabila keadaan ini berlaku, maka ahli terminologi akan menghadapi masalah dalam penyediaan definisi yang tepat bagi sesuatu istilah yang dibentuk. Kesukaran ini akan menjadi hambatan dalam menghasilkan sebuah glosari terminologi yang baik.