aluanpkkk

2
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Kegiatan kokurikulum dianjurkan bagi memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pelajar di dalam cabang kokurikulum ke arah pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar. Ianya selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). SJKT Ladang Alma berasa bertanggungjawab memegang amanah bagi melahirkan pelajar yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Dan pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat menggalakkan pelajar dalam penglibatan mereka dalam bidang beruniform. Seorang pelajar dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan untuk menjadikan anak – anak didik sebagai insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal dan tidak berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan. Kegiatan kokurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk memupuk perasaan kekitaan atau "espirit de corps" di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap

Upload: letchumi-thevi-murugayah

Post on 16-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Kegiatan kokurikulum dianjurkan bagi memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pelajar di dalam cabang kokurikulum ke arah pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar. Ianya selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

SJKT Ladang Alma berasa bertanggungjawab memegang amanah bagi melahirkan pelajar yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Dan pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat menggalakkan pelajar dalam penglibatan mereka dalam bidang beruniform. Seorang pelajar dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan untuk menjadikan anak anak didik sebagai insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal dan tidak berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan.

Kegiatan kokurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk memupuk perasaan kekitaan atau "espirit de corps" di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdikari dan berkemahiran di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Saya berharap agar guru-guru dapat melaksanakan semua tugasan yang diamanatkan dengan ikhlas dan penuh dedikasi . Semoga segala aktiviti dijalankan seperti yang dirancang dengan jayanya.

Kekuatan tidakdatang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya dating dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Kata hikmah

Sekian, terima kasih.

Encik Rajendran a/l UthirajooPenolong Kanan KokurikulumSJKT Ladang Alma