almunzir

2
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani… SOLAT BERJEMA’AH Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang men- jadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu: 1. Fardhu ain pada solat Jumaat; 2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan 3. Sunat pada solat jenazah dan so- lat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan. Tuntutan berjemaah pada solat fardhu Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa- apa keuzuran syarie. Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat Jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Dalil tentang amat kuatnya tuntutan ber- jemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: “Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi ke- mudiannya Baginda menarik balik ke- benaran tadi setelah Baginda mengeta- hui bahawa si buta tadi dapat menden- gar seruan azan solat yang dikuman- dangkan di masjid.” Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendir- ian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)”. (Hadith riwayat al- Bukhari dan Muslim) Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyam- bung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keun- tungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cinta- kan solat berjemaah. Wallahu a’lam. Kelebihan Solat Berjemaah : Daripada Ibnu Umar r.a., Rasu- lullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Buk- hari dan Muslim. Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seo- lah-olah dia telah bangun separuh malam, dan se- siapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluru- han malam. Hadis riwayat Muslim. 2

Upload: perubatan-cawangan-iskandariah-pci

Post on 30-Mar-2016

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Almunzir Mei 2013

TRANSCRIPT

Page 1: AlMunzir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

Maha Pengasihani…

SOLAT BERJEMA’AH

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai

yang sekurang-kurang bilangannya selain

daripada solat fardhu Jumaat ialah 2

orang.

Seorang menjadi imam dan seorang men-

jadi makmum. Semakin ramai bilangan

jemaah maka semakin besar pula fadhilat

pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya

menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

1. Fardhu ain pada solat Jumaat;

2. Fardhu kirayah pada solat fardhu

lima waktu; dan

3. Sunat pada solat jenazah dan so-

lat-solat sunat yang disunatkan

berjemaah padanya, seperti solat

dua hari raya, solat gerhana bulan

dan matahari, solat minta hujan,

solat terawih dan solat witir pada

bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu

yang selain daripada solat fardhu Jumaat,

pada pendapat yang masyhur dan paling

sohih menurut Imam an-Nawawi adalah

tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan

bagi orang-orang lelaki yang berakal,

baligh, bermukim, mempunyai pakaian

menutup aurat dan tidak mempunyai apa-

apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung

atau mukim mendirikan solat jemaah di

tempat yang dikira menzahirkan syiar

Islam seperti di masdjid atau surau, maka

gugurlah dosa atas orang-orang kampung

atau mukim yang tidak hadir bersolat

Jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan

solat jemaah maka semua penduduk

kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan ber-

jemaah itu ialah apa yang diriwayatkan

oleh Imam al-Bukhari dan Muslim,

bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam

untuk membakar rumah orang yang

meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith

daripada Abu Hurairah r.a:

“Ada seorang lelaki buta telah datang

mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia

tidak mempunyai orang yang boleh

memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu

dia mengharapkan Baginda memberi

kelonggaran kepadanya untuk bersolat

di rumahnya. Pada mulanya Baginda

telah membenarkannya, tetapi ke-

mudiannya Baginda menarik balik ke-

benaran tadi setelah Baginda mengeta-

hui bahawa si buta tadi dapat menden-

gar seruan azan solat yang dikuman-

dangkan di masjid.”

Fadhilat solat berjemaah amat besar

sekali berbanding dengan solat bersendir-

ian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Solat berjemaah melebihi solat

bersendirian dengan 27 darjat (atau 27

kali ganda)”. (Hadith riwayat al-

Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah

adalah bertali arus, sambung menyam-

bung, mengembang dan membesar.

Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja

mendapat setakat 27 darjat, malah dia

akan mendapat banyak fadhilat dan keun-

tungan sampingan lain lagi semasa dia

berulang alik ke masjid dan semasa dia

berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan

fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi

dorongan kepada kita semua agar cinta-

kan solat berjemaah. Wallahu a’lam.

Kelebihan Solat Berjemaah :

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasu-lullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Buk-hari dan Muslim.

Daripada Usman bin Affan r.a.,

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seo-lah-olah dia telah bangun separuh malam, dan se-siapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluru-han malam. Hadis riwayat Muslim.

2

Page 2: AlMunzir

Coretan Pedoman...

MUTIARA AL-QURAN

“ Dan mohonlah pertolongan

(kepada Allah) melalui sabar dan

solat .Dan sesungguhnya (solat)

itu sungguh berat melainkan

bagi orang2 yang khusyuk”

Al-Baqarah :45

English Standard

Arabic

to wash يغسل -غسل

(غسل )

to clean ينظف -نظف

(تنظيف )

to study يدرس -درس

(دراسة )

to learn يتعلم –تعلم

(تعلم )

to under-

stand

يفهم -فهم

(فهم )

to know يعرف -عرف

(معرفة )

to de-

scribe

يصف -وصف

(وصف )

KEBERANIAN SAAD BIN ABU WAQQASH R.A.

Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, dia berkata: "Pada hari pertempuran

di Uhud Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah membunuh tiga orang Musyrikin den-

gan sebatang anak panah. Dipanahnya seorang, lalu diambilnya lagi panah itu,

kemudian dipanahnya orang yang kedua dan seterusnya orang yang ketiga den-

gan panah yang sama. Ramai para sahabat merasa heran tentang keberanian Sa'ad

itu. Maka Sa'ad berkata: "Rasulullah s.a.w. yang telah memberikanku keberanian

itu, sehingga aku menjadi begitu berani sekali". (Al-Muntakhab 5:72)

Bazzar telah mengeluarkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. dia berkata: "Pada hari

pertempuran di Badar, Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah menyerang musuh den-

gan berkuda dan dengan berjalan kaki". (Majma'uz Zawa'id 6:82)

Mari Kenali Sahabat BAginda..

ARABIC VOCABULARY