alat memahat 8

10
ALAT MEMAHAT Kerja-kerja memahat bertujuan untuk membuang bahagian kayu projek yang tidak diperlukan. Alat-alat untuk kerja memahat yang digunakan dalam bengkel ialah seperti pahat pelubang, pahat peraut, pahat kuku jenis peraut, pahat kuku jenis pengukir dan sebagainya. 56

Upload: dorothy-doh-dominic

Post on 30-Dec-2014

394 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

alat memahat

TRANSCRIPT

Page 1: ALAT MEMAHAT 8

ALAT

MEMAHATKerja-kerja memahat bertujuan untuk membuang bahagian kayu projek yang tidak diperlukan.

Alat-alat untuk kerja memahat yang digunakan dalam bengkel ialah seperti pahat pelubang,

pahat peraut, pahat kuku jenis peraut, pahat kuku jenis pengukir dan sebagainya.

56

Page 2: ALAT MEMAHAT 8

A. PAHAT PELUBANG / PAHAT KUKUH

GAMBAR

FUNGSI

Digunakan untuk membuat kerja kasar.

Matanya lebih tebal supaya tahan diketuk dengan tukul

kayu semasa membuat lubang.

Digunakan untuk membuang lebihan-lebihan yang tidak

diperlukan.

SAIZSudut canai matanya ialah 25 dan sudut menajamnya

antara 30-35.

57

Page 3: ALAT MEMAHAT 8

B. PAHAT PERAUT / PAHAT TEPI SERONG

GAMBAR

FUNGSI

Digunakan untuk kerja-kerja halus.

Digunakan untuk membuat kerja meraut seperti

mengemas tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai

bentuk kumai.

Memahat secara mendatar seperti menatal dan memarit,

menatal tingkat rendah dan menatal tepi serong.

Memahat secara menegak seperti menatal dasar parit,

membersih penjuru bulat dan menahan penjuru cekung.

SAIZ Lebar mata pahat = 3 – 50 mm

Sudut menajam = 25

KAEDAH PENGGUNAAN Memahat secara mendatar

Memahat secara menegak

58

Page 4: ALAT MEMAHAT 8

Lain-lain kegunaan pahat

59

Page 5: ALAT MEMAHAT 8

C. PAHAT KUKU JENIS PERAUT ( SERONG DALAM )

GAMBAR

FUNGSI Digunakan untuk mendapatkan permukaan yang melengkung.

SAIZ 3 – 40 mm

D. PAHAT KUKU JENIS PENGUKIR ( SERONG LUAR )

GAMBAR

FUNGSI

Digunakan untuk membuat lurah tepat.

Digunakan untuk membuat lengkung dalam kerja ukir-

mengukir.

SAIZ Matanya bersaiz antara 3 – 40 mm.

60

Page 6: ALAT MEMAHAT 8

Mengasah Pahat

Mengasah pahat adalah proses menajamkan mata pemotong. Mata pahat diasah

dengan menggunakan mesin pencanai. Proses ini dilakukan dengan memegang batang pahat ke

atas pelaras rehat. Gerakkan mata pemotong k ekiri dan kanan. Kenakan tekanan secara

perlahan-lahan ke atas mata pahat. Celupkan pahat ke dalam bahan penyejuk untuk

mengelakkan menjadi terlalu panas. Periksa sudut potong mata pahat dengan menggunakan tolok

sudut. Gunakan gogal semasa mengasah pahat untuk mengelakkan tatal daripada memasuki

mata.

61

Page 7: ALAT MEMAHAT 8

Cara mengasah mata pahat ialah :

a. Sudut asah mata pahat adalah 250 hingga 350.

b. Pastikan kedudukan mata pahat adalah sama sudut semasa mengasah.

c. Gunakan keseluruhan bahagian batu asah bagi mengelakkan batu asah daripada

melengkung.

d. Mengasah mata alat adalah dari hadapan ke belakang dan pergerakannya adalah seperti

nombor 8 atau ke kanan dan ke kiri

e. Menuang minyak keatas permukaan batu asah.

f. Menggunakan permukaan batu asah yang kasar dahulu kemudian menggunakan

permukaan halussehingga mata betul-betul tajam.

62

Page 8: ALAT MEMAHAT 8

Perawatan pahat :

Hindari menyimpan pahat di dalam laci tanpa penutup pengaman mata pisau, di mana

jika terdapat banyak jenis benda dari bahan besi dikhawatirkan bisa sering

bersinggungan, sehingga menumpulkan ujung mata pisau pahat. 

Penyimpanan yang lebih baik adalah untuk menggantung pahat pada rak atau laci

dengan garis pembagi untuk benturan dengan benda lain.

Untuk benar mempertajam pahat, menggunakan batu asah yang standard. Anda mungkin

perlu secara teratur mengasah sisi datar untuk menjaga ketajaman mata pahat teratur

dengan baik.

Keamanan Pemakain Pahat :

Keselamatan utama pemakaian pahat adalah untuk menjaga  ketajaman mata pahat. 

Mata  pahat yang tidak tajam apalagi sudah berkarat adalah berbahaya, karena akan

membutuhkan lebih banyak tenaga saat pemahatan.

Hati hati penempatan tangan dan jari anda saat melakukan pemahatan untuk menghindari

luka saat pemahatan.

Jika anda membutuhkan pukulan yang lebih kuat, gunakan  palu kayu , hindari

menggunakan palu besi, karena dapat merusak pahat.

BATU ASAH

Batu asah digunakan untuk mengasah mata pahat supaya menjadi lebih tajam dan

tidak tumpul bagi memudahkan kerja memahat. Menjaga ketajaman mata alat sudah

63

Page 9: ALAT MEMAHAT 8

menjadi kewajipan bagi seseorang penukang. Terdapat dua jenis batu asah iaitu batu asah

asli dan batu asah buatan.

JENIS BATU ASAH MAKLUMAT

a. Batu asah asli

Diperbuat daripada bahan galian yang banyak

terdapat di Amerika Syarikat.

Terdapat dalam 2 gred iaitu keras dan lembut.

Batu asah asli jenis keras mempunyai ira halus.

Batu asah asli yang baik adalah dari jenisArkansas

dan Washita.

b. Batu asah tiruanDihasilkan daripada bahan las buatan, silikon

karbida dan aluminium oksida.

Terdapat dalam gred kasar, halus dan sederhana.

Terdapat dalam bentuk seperti rola canai segiempat,

bujur dan lain-lain.

Minyak hendaklah digunakansemasa mengasah.

Menatal Menggunakan Pahat

Menatal adalah proses membuang lebihan pada benda kerja. Cara yang betul

hendaklah digunakan semasa proses menatal.

1. Pegang pahat dengan kemas.

2. Tumpukan perhatian terhadap benda kerja yang hendak ditatal.

3. Angkat gandin hingga ke paras bahu dan kenakan pukulan kepada pahat dengan tepat.

64