al-lisan ‘nur’ yang bererti cahaya , ... malam raya (aidilfitri dan aidiladha), ... tahlil dan...

2
PUSAT ISLAM, FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN, UPMKB, PETI SURAT 396, 97008 BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA. TEL: 086-855301, WEBSITE: www.btu.upm.edu.my PUSAT ISLAM, FSPM, UPMKB Untuk Edaran Dalaman Sahaja Al-Lisan 4 JUN 2014/5 SYAABAN 1435H BIL 2/2014 Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan syaaban yang mulia. 1 Syaaban 1435H tahun ini jatuh pada hari Jumaat bersa- maan 30 Mei 2014M. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keber- katan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesem- patan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan ada- lah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Syaaban adalah cantuman daripada daripada lima huruf iaitu shin, ‘ain, ba, alif dan nun. Huruf ‘shin’ bermaksud kemuliaan, iaitu bulan yang dimuliakan dan Allah akan memuliakan sesiapa sahaja yang beribadat dan memohon keampunan serta bertaubat kepada Allah SWT. Huruf ‘ain pula diambil daripada kalimah ‘uluyun’ iaitu ketinggian darjat iman yang Allah SWT kurniakan kepada mereka yang berpuasa dan beribadat pada bulan syaaban; dengan diberi darjat yang tinggi di akhirat kelak iaitu dimasukkan ke dalam syurga Allah. Huruf ‘ba’ adalah daripada kalimah ‘birru’ yang bererti kebajikan, bagi mereka yang mengerjakan amal soleh akan dibalas dengan kebajikan yang besar dan tinggi oleh Allah SWT. Huruf ‘alif diambil daripada kalimah ‘alif juga yang berjinak jinak, iaitu hamba-hamba mukmin yang bertakwa kepada Allah dan berharap akan mendapat kerahmatan daripadaNya. Manakala huruf ‘nun’ pula diambil daripda kalimah ‘nur’ yang bererti cahaya , iaitu cahaya hidayah sentiasa menyelubungi hamba Allah yang sentiasa berada dalam pimpinanNya. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat dan peperangan bani Mustaliq. Malam Nisfu Syaaban Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah, manakala Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban yang mana siangnya adalah empat belas haribulan Syaa- ban. Malam Nisfu Syaaban 1435 Hijrah ber- mula sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib hari Khamis (malam jumaat) bersamaan 13 Jun 2014M. Pada malam Nisfu Syaaban, buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baharu setelah setahun berlalu. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan ber- puasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkann- ya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditim- pa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaa- ban), bersolat sungguh lama sujudnya sehing- ga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata da- lam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan ke- maafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pu- jian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.” Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad daripada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kamb- ing).” Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baharu bagi setiap hamba. Amalan Malam Nisfu Syaaban Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon: 1. Bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah. 2. Bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan di- jauhkan dari bala bencana. 3. Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati. Antara amalan yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam di sepanjang bulan syabaan adalah berpuasa sunat, perbanyakkan istigfar Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, membaca al-quran, memper- banyakkan sedekah, perbanyakkan selawat dan berdoa, perbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir dengan ucapan subhanallah alhamdulillah ilahaillallah allahuakbar dan seterusnya memperbanyakkan solat-solat sunat seperti : - Solat Sunat Dhuha - Solat Sunat Rawatib - Solat Sunat Tahajud - Solat Sunat Tasbih - Solat Sunat Taubat - Solat Sunat Hajat - Solat Sunat Witir. Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Maka, sewajarnya kita melakukan amalan- amalan yang soleh pada bulan berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah- mudahan kita semua diampunkan.

Upload: haque

Post on 09-May-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al-Lisan ‘nur’ yang bererti cahaya , ... malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), ... tahlil dan takbir dengan ucapan subhanallah

PUSAT ISLAM, FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN, UPMKB, PETI SURAT 396, 97008 BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA. TEL: 086-855301, WEBSITE: www.btu.upm.edu.my

PUSAT ISLAM, FSPM, UPMKB

Untuk Edaran Dalaman Sahaja

Al-Lisan 4 JUN 2014/5 SYAABAN 1435H BIL 2/2014

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan syaaban yang mulia. 1 Syaaban 1435H tahun ini jatuh pada hari Jumaat bersa-maan 30 Mei 2014M. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keber-katan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesem-patan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan ada-lah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Syaaban adalah cantuman daripada daripada lima huruf iaitu shin, ‘ain, ba, alif dan nun. Huruf ‘shin’ bermaksud kemuliaan, iaitu bulan yang dimuliakan dan Allah akan memuliakan sesiapa sahaja yang beribadat dan memohon keampunan serta bertaubat kepada Allah SWT. Huruf ‘ain pula diambil daripada kalimah ‘uluyun’ iaitu ketinggian darjat iman yang Allah SWT kurniakan kepada mereka yang berpuasa dan beribadat pada bulan syaaban; dengan diberi darjat yang tinggi di akhirat kelak iaitu dimasukkan ke dalam syurga Allah. Huruf ‘ba’ adalah daripada kalimah ‘birru’ yang bererti kebajikan, bagi mereka yang mengerjakan amal soleh akan dibalas dengan kebajikan yang besar dan tinggi oleh Allah SWT. Huruf ‘alif diambil daripada kalimah ‘alif juga yang berjinak jinak, iaitu hamba-hamba mukmin yang bertakwa kepada Allah dan berharap akan mendapat kerahmatan daripadaNya. Manakala huruf ‘nun’ pula diambil daripda kalimah ‘nur’ yang bererti cahaya , iaitu cahaya hidayah sentiasa menyelubungi hamba Allah yang sentiasa berada dalam pimpinanNya. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat dan peperangan bani Mustaliq. Malam Nisfu Syaaban Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah, manakala Nisfu Syaaban bererti setengah

bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban yang mana

siangnya adalah empat belas haribulan Syaa-ban. Malam Nisfu Syaaban 1435 Hijrah ber-

mula sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib hari Khamis (malam jumaat) bersamaan 13

Jun 2014M.

Pada malam Nisfu Syaaban, buku catatan

amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baharu

setelah setahun berlalu.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam

Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu

pada malamnya (melakukan ibadat) dan ber-puasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya)

pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon

keampunan maka aku akan mengampunkann-ya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditim-

pa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah

daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit

fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa

Nabi tidak tidur pada malam itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaa-

ban), bersolat sungguh lama sujudnya sehing-ga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku

melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku

kembali dan aku dengar Baginda berkata da-lam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan ke-maafanMu daripada apa yang akan diturunkan

dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu

daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pu-jian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu

sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya

tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam

Ahmad daripada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit

dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih

banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kamb-

ing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki

umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka

bermulalah rekod amalan baharu bagi setiap hamba.

Amalan Malam Nisfu Syaaban

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan

setiap satunya diniatkan memohon:

1. Bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.

2. Bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan di-jauhkan dari bala bencana.

3. Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

Antara amalan yang sewajarnya dilakukan

oleh umat Islam di sepanjang bulan syabaan adalah berpuasa sunat, perbanyakkan istigfar

Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, membaca al-quran, memper-

banyakkan sedekah, perbanyakkan selawat dan berdoa, perbanyakkan tasbih, tahmid,

tahlil dan takbir dengan ucapan subhanallah alhamdulillah ilahaillallah allahuakbar dan

seterusnya memperbanyakkan solat-solat sunat seperti :

- Solat Sunat Dhuha - Solat Sunat Rawatib

- Solat Sunat Tahajud - Solat Sunat Tasbih

- Solat Sunat Taubat - Solat Sunat Hajat

- Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan

setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua

jemu.”

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada bulan berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-

mudahan kita semua diampunkan.

Page 2: Al-Lisan ‘nur’ yang bererti cahaya , ... malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), ... tahlil dan takbir dengan ucapan subhanallah

PUSAT ISLAM, FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN, UPMKB, PETI SURAT 396, 97008 BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA. TEL: 086-855301, WEBSITE: www.btu.upm.edu.my

BIL 2/2014

S etiap saat dalam kehidupan kita ada-lah ujian Allah. Sekiranya apa yang kita lakukan dapat mendekatkan diri

kita kepada Alah dengan menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya, insya-Allah kita akan lulus ujian tersebut. Dalam mengharungi kehidupan, pelbagai bentuk ujian kita akan hadapi bergantung kepada situasi dan kedudukan kita di dunia. Berbeza diri seseorang, berbeza pula ujian yang dihadapi. Apa jua bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah ataupun kesenangan semuanya adalah tanda kasih sayang Allah. Allah ingin kita kembali padaNya semasa kita hidup, yakni mengembalikan jiwa, roh, tujuan hidup dan amal ibadah kita semata-mata kepada Allah. Nabi Ayub diuji dengan kesakitan dan kepaya-han. Nabi Isa diuji dengan kemiskinan. Nabi Sulaiman dengan kekayaan tetapi mereka tetap bersabar. Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w yang diuji dengan pelbagai rintangan ketika berdakwah. Namun, kesabaran mereka begitu luar biasa. Tahap kesukaran ujian dan kesabaran menghadapi pelbagai ujian menaikkan maqam dan martabat setiap nabi yang diungguli oleh Rasullullah S.A.W. Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat ber-makna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya. Firman Allah: (maksudnya) Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelapa-ran, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditim-pa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hi-dayahNya.” (Surah al-Baqarah 155-157). Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Bila Allah sayangkan seorang hambanya, akan diuji hambanya dengan kesusahan supaya hambanya bergantung harap dan berdoa dengan khusyuk kepadaNya. Sabda Nabi s.a.w:

“Tiada apa pun yang menimpa seorang muk-min, sehingga duri yang mengenainya, melain-kan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim). Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan caba-ran tetapi sebenarnya sedang tenggelam da-lam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”. Kita semua akan melalui ‘bicara dan didikan Tuhan’ melalui pentas ujian. Kita mengharap-kan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagai kurniaan. Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”). Yakinlah segala ujian yang Allah berikan kepada kita adalah mengikut kemampuan iman kita seperti yang tersebut dalam Firman Allah: (maksudnya) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat paha-la kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang di-usahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau meng-irakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau be-bankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan Kami! Jangnlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, to-longlah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Al-Baqarah:286) Kita sendiri dalam hidup barangkali tidak akan menghafaz banyak doa al-Quran dan al-Sunnah melainkan setelah kejadian-kejadian dalam hidup yang mendesak untuk kita ‘bertadarru’ atau merendah, akur dan tunduk dengan sepenuh jiwa kepada kebesaran kera-jaan Allah Yang Maha Menguasai segala uru-san hidup ini. Demikian jika kita membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan roh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, sama ada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar. “Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, ya Allah. Jika kami ada melakukan

kesalahan ya Allah, maafkan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penya-yang. Kaulah yang menerima taubat. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami tanggung. Ya Allah, jangan kau uji kami dengan sesuatu yang me-nyusahkan kami. Ya Allah, berikanlah perasaan sabar kepada kami. Ya Allah, ban-tulah kami, permudahkanlah hidup kami, sesungguhnya hanya pada-Mu tempat kami memohon pertolongan. Ya Allah, Kaulah yang satu-satunya Tuhan yang kami sembah.” Dalam menghadapi ujian sama ada dalam bentuk musibah mahupun nikmat, kita disyor-kan untuk menguruskan ujian hidup dengan melakukan perkara berikut: 1. Redha kepada Allah selaku yang

menurunkan ujian tersebut. Yakini apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku dan sekiranya bukan kehendak Allah pasti tidak akan berlaku. Sebagai hamba kita menyerapi ujian dalam jiwa dengan mengakui kelemahan diri sendiri.

2. Tenangkan diri dengan petunjuk Allah untuk respons pada ujian tersebut. Ujian dari Allah, solusinya juga dari Allah. Mo-hon Allah memberikan petunjuk hidayah dengan cara berdoa secara khusyuk dan mendapatkan khidmat nasihat dari yang pakar.

3. Ambil masa untuk bertafakur. Berfikiran positif dengan mencari hikmah dan ke-baikan disebalik ujian yang dihadapi. Ujian mungkin bertujuan untuk mengha-pus dosa malah boleh membawa sejuta kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Ujian pasti akan datang. Gangguan dan go-daan hadir bagi menganggu gugat iman kita. Mereka yang tewas akan tersungkur. Namun bagi yang kuat dan sabar, kemenangan akan menanti. Ada kemanisan menanti bagi mereka yang sabar dalam taat.

Program Ziarah Dakwah Tarikh: 21-22/6/2014

Tempat: Rumah Panjang RESSA

Malam Nisfu Syaaban Tarikh: 12/6/2014 (Khamis)

Masa: Selepas solat Maghrib Tempat: Masjid UPMKB

Penceramah: Ustaz Ali Fathullah Bin Harun Tajuk: Persiapan Menyambut Ramadhan

Semua staf dan pelajar UPMKB adalah

dijemput hadir.