al-madkhal ila al-falsafah al-islamiyyah sept2014

11
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM SEMESTER 1, 2014/2015 AL-MADKHAL ILA AL-FALSAFAH AL-ISLAMIYYAH (IXEU 1110 ) 8.9.2014 – 17.12.2014 (14 Minggu) 8-10am DK3 (Isnin) MOHD FAKHRUDIN BIN ABDUL MUKTI 1. FALSAFAH, MAKNA, TUJUAN, KEPENTINGAN SERTA CIRI-CIRI PENTING (8.9.14) Falsafah adalah dari perkataan Greek Philo + Sophia yang bermaksud cinta hikmah (hub al-hikmah) dan ahli falsafah ialah pencinta kebijaksanaan. Tujuan falsafah ialah mengenali semua hakikat sesuatu dengan sebenar sekadar kemampuan manusia. Pengetahuan yang diperolihi ialah secara mendalam dan dapat diterima dengan lojik. Falsafah membuka minda untuk mendalami ilmu dengan mengkaji semua ilmu pengetahuan seluas yang mungkin. Mencari hakikat Tuhan, Alam dan Manusia. Justeru ahli falsafah ialah dikenali sebagai sesiapa yang banyak ilmu sebagaimana yang disebut oleh Ibn Sina. Pemikiran falsafah adalah berbeza dari pemikiran biasa kerana ianya adalah kritikal, analisis, seimbang, mendalam, fleksible, tenang dan bertanggungjawab. (Lihat: Imam Abd Al-Fattah Imam, Al-Madkhal ila al-Falsafah) 2. PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN DISIPLIN ILMU ISLAM YANG LAIN TERMASUK SAINS MODEN (15.9.14) Pada asalnya falsafah merangkumi pelbagai ilmu yang berorientasikan penggunaan akal termasuk ilmu-ilmu sains, kimia, fizik, matemetik, kejuruteraan, undang-undang, lojika dan lain- lain. Falsafah telah dibahagikan kepada dua jenis ilmu : teori dan praktikal. Falsafah mempunyai hubungan yang rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang lain yang turut menggunakan akal secara maksimum seperi ilmu kalam, tasawuf dan usul fiqh. Mungkin perbezaan falsafah dengan ilmu Sains moden adalah berdasarkan penggunaan makmal bagi membuktikan sesuatu. Falsafah hanya memenuhi aspek-aspek teori dari ilmu-ilmu berkenaan. Ini dikeranakan perbahasan yang panjang lebar serta analisis yang 1

Upload: nurshafiqah-radzir

Post on 20-Dec-2015

345 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Perkongsian Ilmu

TRANSCRIPT

Page 1: Al-madkhal Ila Al-falsafah Al-Islamiyyah Sept2014

AKADEMI PENGAJIAN ISLAMJABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAMSEMESTER 1, 2014/2015AL-MADKHAL ILA AL-FALSAFAH AL-ISLAMIYYAH (IXEU 1110 )8.9.2014 – 17.12.2014 (14 Minggu)8-10am DK3 (Isnin)MOHD FAKHRUDIN BIN ABDUL MUKTI

1. FALSAFAH, MAKNA, TUJUAN, KEPENTINGAN SERTA CIRI-CIRI PENTING (8.9.14)

Falsafah adalah dari perkataan Greek Philo + Sophia yang bermaksud cinta hikmah (hub al-hikmah) dan ahli falsafah ialah pencinta kebijaksanaan. Tujuan falsafah ialah mengenali semua hakikat sesuatu dengan sebenar sekadar kemampuan manusia. Pengetahuan yang diperolihi ialah secara mendalam dan dapat diterima dengan lojik. Falsafah membuka minda untuk mendalami ilmu dengan mengkaji semua ilmu pengetahuan seluas yang mungkin. Mencari hakikat Tuhan, Alam dan Manusia. Justeru ahli falsafah ialah dikenali sebagai sesiapa yang banyak ilmu sebagaimana yang disebut oleh Ibn Sina. Pemikiran falsafah adalah berbeza dari pemikiran biasa kerana ianya adalah kritikal, analisis, seimbang, mendalam, fleksible, tenang dan bertanggungjawab.

(Lihat: Imam Abd Al-Fattah Imam, Al-Madkhal ila al-Falsafah)

2. PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN DISIPLIN ILMU ISLAM YANG LAIN TERMASUK SAINS MODEN (15.9.14)

Pada asalnya falsafah merangkumi pelbagai ilmu yang berorientasikan penggunaan akal termasuk ilmu-ilmu sains, kimia, fizik, matemetik, kejuruteraan, undang-undang, lojika dan lain-lain. Falsafah telah dibahagikan kepada dua jenis ilmu : teori dan praktikal. Falsafah mempunyai hubungan yang rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang lain yang turut menggunakan akal secara maksimum seperi ilmu kalam, tasawuf dan usul fiqh. Mungkin perbezaan falsafah dengan ilmu Sains moden adalah berdasarkan penggunaan makmal bagi membuktikan sesuatu. Falsafah hanya memenuhi aspek-aspek teori dari ilmu-ilmu berkenaan. Ini dikeranakan perbahasan yang panjang lebar serta analisis yang perlu dilakukan sebelum diaplikasikan dalam realiti di makmal dan sebagainya. (al-Imam, Al-Madkhal ila al-Falsafah)

3. SEJARAH PERKEMBANGAN PEMIKIRAN FALSAFAH SEBELUM ISLAM (22.9.14)

Umum mengetahui bahawa Falsafah Islam adalah berkembang atau lanjutan dari pemikiran falsafah Yunan yang telah bermula semenjak Socrates kira-kira 500 tahun sebelum Masihi. Sebelum timbulnya falsafah Islam yang dipelupuri oleh al-Kindi selaku ahli falsafah Islam yang pertama pemikiran falsafah telah berkembang pesat di zaman-zaman Plato dan Aristotle. Idea-idea tentang ketuhanan, alam dan manusia menjadi topik-topik perbahasan dan perbincangan bahkan penulisan tokoh-tokoh falsafah Greek sebelum Islam. Mereka menggunakan akal secara maksimum dalam mencari hakikat dan kebenaran dengan sangat mengkagumi akal yang dianugerahi Tuhan sehingga pernah menganggap tuhan itu ialah, akal, ‘aqil dan ma’qul.

1

Page 2: Al-madkhal Ila Al-falsafah Al-Islamiyyah Sept2014

Setiap tokoh cuba menjawab dengan respons kepada isu-isu di zaman mereka yang diwarisi dari sebelum atau yang ditimbulkan pada zaman mereka samada dengan sokongan atau bantahan. Abiqur yang ingin menjuarai kaedah pencapaian kebahagian (al-sa’adah) mencetuskan bahawa setiap yang lazat itu adalah baik dan benar sementara Sophis (Sufas sati’iyyun) memperkenalkan teori kebaikan berdasarkan penilaian diri masing-masing telah dianggap merosakkan masyarakat belia di Athen pada zaman tersebut. Lantas Socrates mencanggahi idea-idea yang dibawa oleh Sophist ini dengan kaedah-kaedah berfikir yang luhur. Pelbagai teori akal diperkenalkan oleh tokoh-tokoh falsafah dan menimbulkan polemik dalam kalangan tokoh-tokoh terkemudian. Tokoh-tokoh Islam kemudian yang bermula dengan al-Kindi (selaku ahli falsafah Islam dan Arab pertama) mula menterjemahkan buku-bukuYunani ke dalam Bahasa Arab dan lebih kepada menyebarkan ilmu pengetahuan yang diwarisi dari Greek atau Yunan itu. Sebaliknya usaha yang lebih dilakukan al-Farabi sehingga digelar al-Mu’allim al-Thani selepas Aristotle. Beliau banyak menterjemah dan mengulas pandangan Aristotle serta mengkagumi seluruh idea Aristotle yang dianggap sebagai satu pencapaian akal manusia yang cukup tinggi. Beliau kemudiaannya disokong oleh Ibn Sina yang menganggap beliau sebagai guru kerana beliau (Ibn Sina) mula memahami falsafah Aristotle selepas mentela’ah buku al-Farabi mengenai (Tujuan Metaphysics) melalui syarahnya oleh al-Farabi. Kegaguman kedua tokoh terawal falsafah Islam ini mengundang kecaman al-Imam al-Ghazali kemudiannya khasnya dalam tiga isu yang diwarisi dari Aristotle yang berasaskan lojik akal semata-mata.

(Lihat: Mahmud Hamdy Zaqzuq, al-Muqaddimah fi al-Falsafah al-Islamiyyah)

4. ISLAM DAN PEMIKIRAN FALSAFAH: PERANAN ISLAM DALAM MENJANA PEMIKIRAN FALSAFAH (29.9.14)

Islam adalah agama akal dan sangat memuliakan akal manusia sebagai satu nikmat terunggul pemberian Allah untuk digunakan bagi mengenali Penciptanya dan untuk kebaikan diri bagi kehidupan dunia dan akhirat. Akallah yang membezakan manusia dari haiwan yang tidak berfikir. Islam melalui kitab dan Syariatnya sentiasa menyeru manusia supaya berfikir dengan lebih sistemetik (berfalsafah) supaya kebahagian dapat dicapai bahkan dapat memberi kebahagian serta kebaikan kepada masyarakat alam sekitar dan kebaikan global amnya. Akal selaku syarat berlaku taklif maka tentu mendukung tanggungjawab yang besar dan berat untuk merealisasikan segala ajaran Islam yang bersifat syumul dan kamil. Justeru Islam secara naturenya sebagai agama dan risalah terakhir dari AllahTuhan semesta alam yang sudah tiada ada lagi Rasul yang diutuskan pasti memerlukan akal sahaja yang luas dan mendalam untuk memahami ajaran al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW untuk dilaksanakan dalam kehidupan individu masyarakat Negara dan dunia amnya. Islam (al-Quran dan Sunnah) hanya menyediakan prinsip-prinsip yang bersifat am yang perlu dipanjanglebar dan diperkembangkan serta dipecah-pecahkan kepada pelbagai konsep untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Akal dibenarkan asalkan tidak melanggari dasar dan prinsip yang ditetapkan al-Quran misalnya Keesaan Allah, KeadilanNya dan sebagainya.

(lihat ‘Abd al-Mu’ti al-Bayumi, Al-Falsafah al-Islamiyyah fi al-Mashriq)

2

Page 3: Al-madkhal Ila Al-falsafah Al-Islamiyyah Sept2014

5. KEDUDUKAN PEMIKIRAN FALSAFAH DALAM ISLAM: PANDANGAN DAN PENJELASAN (13.10.2014 (6.10.2014 – CUTI GANTI AIDILADHA-))

Terdapat golongan yang memandang serong kepada falsafah justeru menganggapnya sebagai warisan ilmu Yunani bahkan terdapat orientalis barat dalam masa yang sama menuduh umat Arab tidak layak berfalsafah kerana falsafah adalah sesuatu yang rumit dan berat di mana memerlukan daya fikir yang tinggi serta pengorbanan dalam memikirkan sesuatu idea. Di tengah menghadapi penghinaan orang-orang barat terhadap kemampuan umat Arab atau Islam dalam berfalsafah atau memahami falsafah terdapat dalam kalangan umat Islam sendiri cuba merendah-rendahkan falsafah sebagai bidaah sesat dan bercanggah dengan Islam. Ibn Salah misalnya menganggap falsafah adalah sesat dan sia-sia sementara mantiq juga sesat kerana ianya pintu masuk kepada falsafah. Tuduhan ini justeru falsafah dan mantiq dianggap dua ilmu dari Aristotle Greek yang pada waktu itu belum menerima kedatangan Islam. Sedang falsafah yang sebenar ialah hikmah dan ahli falsafah ialah orang yang banyak ilmu dan pencinta al-hikmah yakni kebijaksanaan. Justeru falsafah mengikut Ibn Rushd sebagai satu ilmu yang mencari hakikat dan beramal dengan hakikat yang ditemui. Justeru Agama dan falsafah mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari atau mengkaji hakikat. Maka tidak ada apa-apa percanggahan di antara agama dan falsafah kerana “hakikat tidak menentang hakikat”. Penyelewengan yang berlaku adalah hasil pemujaan kepada akal dan ahli falsafah tergelincir dalam penyelewengan ini khasnya yang berkaitan dengan isu ketuhanan sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Ghazali. Falsafah dapat dipulihkan olerh Ibn Rushd (Averoes) melalui kitabnya “Tahafut al-Tahafut” setelah dikafirkan oleh al-Ghazali melalui kitabnya “Tahafut al-Falsafah wa al-Falasifah” terhadap tiga isu: qidam al-alam, Ilmu Allah bersifat kulli dan Kebangkitan Jisim. Al-Ghazali mengkafirkan Ibn Sina dan al-Farabi sebagai dua tokoh yang cukup setia dengan falsafah Greek sementara Ibn Rushd mempertahankan falsafah atas dasar pentakwilan ayat-ayat al-Quran oleh ulama’ yang terdiri dari ahli falsafah. Bagi Ibn Rushd mereka tidak menolak asas-asas akidah seperti Allah pencipta alam, Allah mengetahui dan berlakunya kebangkitan hari akhirat.

(Ibid)

CUTI BREAK SEMESTER (18.10-26.10.2014)

6. PEMIKIRAN FALSAFAH DALAM ISLAM (ILMU KALAM, TASAWUF DAN USUL FIQH) (27.10.14)

Falsafah mempunyai persamaan dengan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti Ilmu Kalam, Tasawuf dan ilmu Usul Fiqh dari segi penggunaan akal. Ilmu Kalam adalah ilmu yang bersumberkan akidah-akidah Islam dan membincangkan isu-isu berkaitan dengan akidah semata-mata seperti soal sifat-sifat Tuhan, kuasa ketuhanan, Imamah, hukum pelaku dosa besar, qada’ qadar, syurga neraka, syufaat dan lain-lain perkara umur al-gyaibiyyat sedang falsafah mengkaji segala-galanya yang lebih luas merangkumi konsep-konsep Allah, Manusia dan Alam ini serta hubungan-hubungan di bawah konsep illah ma’lul dan al-sabaiyyah. Tasawuf pula merupakan ilmu kerohanian dan pemikiran dikaitkan dengan amalan-amalan kerohanian. Tasawuf cuba memahami ayat-ayat al-Quran secara mendalam dan halus sehingga menimbulkan kontroversi seperti yang jelas dalam konsep Wihdatulwujud (monotheism) oleh Ibn Arabi yang dikenali sebagai al-Tasawwuf al-Falsafi. Ini mungkin kemuncak akal dalam tasawuf hasil perenungan yang mendalam dan bersih dari unsur-unsur jisim atau kebendaan. Usul Fiqh menggunakan akal

3

Page 4: Al-madkhal Ila Al-falsafah Al-Islamiyyah Sept2014

tetapi aplikasinya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah melaksanakan hukum-hukum atau fatwa (istinbat hukum) sedang cakupan Falsafah merentasi segala tajuk-tajuk yang dibahaskan oleh ilmu usul Fiqh ini. Usul fiqh menggunakan mantiq yang berasal-usulkan Aristotle jua dan berasaskan kaedah al-Qiyas (analogy) yang diperlukan untuk menentukan hukum-hakam terhadap isu-isu semasa yang berlaku dan dihadapi untukl maslahah umat Islam.

(Ibid.)

7. Al-QURAN DAN FALSAFAH (3.11.2014)

Perkataan Falsafah meskipun tidak disebut dalam al-Quran tetapi perkataan al-hikmah terdapat dalam al-Quran. Falsafah yang ditakrifkan sebagai hub al-hikmah (mencintai kebijaksanaan) dan failasuf adalah al-hakim boleh dikaitkan dengan al-Quran sebagai menyeru kepada falsafah. Tetapi dalam kontek ini ayat-ayat al-Quran yang menyeru kepada berfikir dan term-term al-Quran seperti ulul albab, ulul absar, ya’qilun, yatafakkarun dan seumpamanya boleh dikaitkan sebagai penyeruan kepada mengkaji secara mendalam dan keluasan ilmu seperti yang menjadi matlamat falsafah dan berfalsafah yang bertujuan mencari kebenaran. Al-Quran menyediakan dasar-dasar umum mengenai Allah Tuhan yang Maha Esa, pentadbiran alam dan al-Quran melarang taqlid dan ikutan yang tidak menggunakan akal. Al-Quran juga akhir kitab wahyu dari Allah dan Rasul SAW akhir Nabi SAW maka sepastinya akal diperlukan untuk menghayi ajaran al-Quran dengan tafsiran dan kefahaman yang tidak mencanggahi dasar-dasar am yang digaris oleh al-Quran.

(Lihat: Yusuf Musa, Al-Quran wa al-Falsafah)

8. ELEMEN PEMIKIRAN FALSAFAH DALAM HADITH (10.11.2014)

Hadis sebagai sumber kedua Islam turut menjadi sandaran kepada menggunakan akal secara mendalam dan teliti. Rasul SAW melarang manusia berfikir tentang Zat Allah tetapi sebaliknya menyuruh berfikir mengenai kejadian Allah adalah sesuatu yang boleh dikaitkan sebagai elemen-elemen falsafah dalam Hadis Rasul SAW. Hadis Rasululah SAW juga yang membenarkankan Muaz ibn Jabal apabila ke Yaman apabila ditanya sekiranya mushkilah yang tiada di dalam al-Quran dan Sunnah beliau (Muaz) akan kembali merujuk kepada akal juga adalah asas kepada penggunaaan akal dan tentulah secara bijaksana dan berdasarkan kemampuan manusia yang diberikan Allah. Rasulullah SAW juga memberi panduan untuk penggunaan akal sehingga bersabda bahawa berfuikir tentang zat Allah akan membawa kepada kerosakan.

(Ibid.)

9. KLAFIKASI ILMU DARI PERSPEKTIF FALSAFAH ISLAM (17.11.2014)

Tokoh-tokoh falsafah telah mengklafikasikan ilmu-ilmu kepada falsafah dan bukan falsafah. Plato tokoh Yunani pertama yang mengklafikasikan ilmu falsafah kepada: Jadal (Debat), ilmu Tabi’i (Sains) dan Akhlak. Aristotle kepada : Ilmu Teori (Speculative Sciences) –Tabi’iyyat, Riyadhiyyat dan Ilahiyyat- dan Ilmu Praktikal (Practical Sciences) –Akhlak, Tadbir

4

Page 5: Al-madkhal Ila Al-falsafah Al-Islamiyyah Sept2014

al-manzil dan Siyasah. . Kedua-dua ilmu teori dan praktikal itu bertujuan mengetahui hakikat dan beramal (action) dengan hakikat yang diperolihi. Bagi Aristotle: Mantiq adalah Madkhal (Pengantar) kepada Ilmu atau Alat kepada ilmu-ilmu (Organon).Al-Kindi: Ilmu-Ilmu Falsafah : Ilmu Riyadhi, Tabi’iyyat dan RububiyyahAl-Farabi: Falsafah Nazariyyah (Teori) : Ilmu al-Ta’lim, al-Ilm al-Tabi’i dan Ilmu Ba’d al-Tabi’iyyat (Metafizika).Ibn Sina (1087/428) membahagikan ilmu falsafah kepada teori dan praktikal (nadhari wa amali). Ilmu Teori. Beliau mengikat ilmu-ilmu teori sebagai pengetahuan untuk manusia dan perlu diamalkan untuk kesempurnaan makrifah.Imam al-Ghazali (1111/505): Ilmu-ilmu Falsafah terbahagia kepada 6 ilmu: Riyadyiyyat, Mantiqiyyat, Ilm al-Tabi’iyyat, Ilahiyyat, Siyasiyyat dan Khuluqiyyah. Ibn Hazam (1064/456) al-Ulum al-Dhururiyyah: Syariah, Bahasa, Akhbar dan Sejarah. Al-Ulum al-‘Ammah: Nujum, Hisab, Mantiq, Falsafah, Perubatan, Balaghah dan Ibarah.

(Lihat al-Imam, al-Madkhal ila al-Falsafah,)

10. FALSAFAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AGAMA SECARA AM DAN SYARIAT

KHASNYA (24.11.2014)

Islam adalah terbahagi kepada Akidah dan Syariat . Agama dan Falsafah kedua-duanya bermaksud mencari kebenaran dan mengamalkan kebenaran yang diperolihi. Prinsip-prinsip agama perlu difahami dan dibahaskan dengan panjang lebar selaras dengan maqasid Syariah yang bertujuan untuk kebaikan manusia dan diredai Allah. Syariat Allah adalah perundangan yang sedia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi SAW secara asas dan prinsip-prinsip am yang perlu difahami, ditafsir dan bahaskan sebagai panduan (guide line). Falsafah dalam kontek ini adalah membahaskan prinsip-prinsip umum seperti Keadilan, Persamaan, Kebebasan (Syura) untuk dilaksanakan dalam Syariat Allah yang bertujuan memberikan kebahagian kepada manusia seluruhnya. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa Akal adalah tapak dan Syara’ adalah binaan di mana kedua-dua saling perlu memerlu di antara satu dengan lain.(Lihat al-Bayumi, al-Falsafah al-Islamiyyah.)

11. PERSOALAN TAKWIL (01.12.2014)

Al-Quran adalah terdiri dari dua jenis ayat-ayat : Muhkamat dan Mutasyabihat. Takwil adalah satu pentafsiran tentang ayat-ayat yang mutasyabihat yang perlukan penjelasan supaya Allah dan Sifat Allah difahami dengan sebenar dan setepatnya untuk mengelak kekufuran di mana Allah “Tiada ada sesuatu yang seumpama denganNYa”. Rasul SAW juga ada berdoa bahawa “Ya Allah ajariku fiqh dan al-ta’wil”. Ibn Rushd seorang tokoh falsafah dan al-faqih al-mujtahid membahaskan isu-isu pentakwilan sehingga mentafsirkan “al-rasiqun fi al-ilmu” ialah ahli-ahli falsafah (Islam)”. Beliau menggariskan panduan dalam pentakwilan dan pentakwilan ini akan menyemarakkan ilmu dalam Islam dan sekaligus akan menyumbang kepada pembangunan ummah melalui kemakmuran dan keamanan serta anti kepada keganasan dan kejumudan. Tanpa pentakwilan tentu keilmuan Islam menjadi statik dan pensiasian kepada kebijaksanaan akal yang dianugerahi Allah kepada seseorang asalkan tidak melanggari Nas-nas yang jelas. Justeru gabungan kepakaran Ibn Rushd dalam Falsafah dan Fiqah (beliau juga seorang al-Tabib) yang

5

Page 6: Al-madkhal Ila Al-falsafah Al-Islamiyyah Sept2014

bukan calang-calang ahli fikir maka penghujahan dalam kontek Ta’wil oleh tokoh sarjana ini perlu diberi perhatian yang serius supaya minda umat menjadi maju dan tidak terkongkong dan ketinggalan. Ibn Rushd meletakkan landasan yang kuat dalam kebebasan berfikir dan penggunaan akal dalam Islam. Mutakhir ini pandangan beliau turut dirujuk sebagai mempunyai idea-idea anti kepada keganasan (terrorisme/al-irhab) yang meriuhi dunia kini khasnya Dunia Islam.

(Lihat: Ibn Rusd, Tahafut al-Tahafut)

12. FALSAFAH ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN (08.12.2014)

Falsafah adalah cintakan Ilmu dan hikmah yakni kebijaksanaan. Pastinya manusia perlukan ilmu dan perlukan kebijaksanaan dalam kehidupan. Kebijaksanaan sepastinya adalah dari akal dan pada akal jua untuk memberi panduan dalam kehidupan demi untuk kebahagian dunia dan akhirat. Allah telah menyediakan prasarana yang lumayan dengan hasil mahsul bumi di lautan dan daratan yang luas terbentang dengan udara dan langit yang dijunjung dihiasi dengan keindahan alam semula jadi yang seluruhnya untuk manusia menikmati ni’mat-ni’mat yang dikurniakan untuk kehidupan dan kebahagian mereka selepas merentasi ujian-ujian yang disunnahkan Allah demi menguji siapa yang paling baik amalannya. Manusia menjadi hamba Allah yang sentiasa patuh kepada perintah Allah, melakukan kebaikan melarang kemungkaran dan berdaya maju, mampu menempuh cabaran, menghapuskan kejahilan, mengambil yang positif dan menolak yang negetaif. Manusia menjadi ejen pembaharuan dan pembangunan. Memahami ilmu-ilmu teori dan praktikal dengan sewajarnya dan tahu menghargai apa yang terbaik, berakhlak mulia menjadi orang yang bijaksana serta sedar dengan realiti dan tahu liku-liku dan sebab-musabbab untuk pembangunan insan. Berpijak di bumi nyata dan tiada berteori dan berada dalam alam kyayalan yang tidak praktikal dan realistik. Agama adalah untuk kebaikan, keamanan dan kemajuan manusia.

(Zaqzuq, op. cit.)

13. FALSAFAH ISLAM DI ZAMAN MODEN (15.12.2014)

Falsafah yang berasal-usul dari zaman Yunani berkembang dalam zaman-zaman Islam melalui usaha-usaha tokoh-tokoh Islam dari al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina sehingga dikritik hebat oleh al-Ghazali sehinggalah muncul kembali dengan kuat dengan penampilan Ibn Rushd bersama-sama Ibn Tufail dan Ibn Bajjah yang merupakan tokoh-tokoh falsafah Islam dari Andalusia (Cardova) mewakili falsafah Islam di Barat. Falsafah Yunani atau Greek yang mendapat sambutan luar biasa dari para pemerintah Islam di zaman Abbasi dengan usaha-usaha penterjemahan besar-besaran membuatkan pemikiran falsafah Greek dikuasai tokoh Islam dan pemindahannya ke Barat adalah melalui Andalusia sewaktu pemerintahan Islam.Falsafah Islam di zaman modern turut berkembang dan menerima ulasan sokongan dan kritikan tokoh-tokoh atau ahli falsafah dari barat. Penulisan falsafah oleh tokoh-tokoh Islam terus menerus menjadi rujukan kepada dunia Akademik di Timur dan Barat di mana penulisan ahli falsafah turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa antarabangsa khasnya Inggeris, Jerman dan Perancis. Kini buku-buku atau artikel falsafah Islam boleh didapati dalam pelbagai Bahasa dunia samaada mendedahkan pemikiran tokoh atau ulasan-ulasan terhadap pemikiran.

6

Page 7: Al-madkhal Ila Al-falsafah Al-Islamiyyah Sept2014

(Lihat Seyyed Hossein Nasr, A Young Muslim’s Guide to the Modern World.”)

(20.12-28.12.2014 Minggu ulangkaji)(29.12.2014-16.01.2015 Peperiksaan)

14. FALSAFAH ISLAM DI MALAYSIA (15.12.14)

Pemikiran Falsafah Islam turut tersebar dan mendapat perhatian umat Islam di Malaysia. Tokoh-tokoh falsafah Islam khasnya al-Kindi, al-Farabi Ibn Sina dan al-Ghazali adalah tidak asing lagi kepada umat Islam di Negara ini. Tokoh-tokoh falsafah yang ada hubungan dengan tasawuf (akhlak) serta ilmu kalam (akidah) dikenali kerana fikiran-fikiran mereka menjadi rujukan dan bahan ilmu serta pegangan rata-rata umat Islam. Justeru Imam al-Ghazali amat terkenal di dunia Melayu melalui kitab beliau Ihya Ulumuddin yang membicarakan akhlak dan amalan kerohanian dan terjemahan beberapa bahagian darinya telah dilakukan oleh Al-Falimbani (Siyar al-Salikin) pada awal kurun 18 masihi (juga terjemahan Syeikh Daud: Minhaj al-Abidin fi Ibadati Rabbil Alamin). Kitab-kitab al-Ghazali masih dirujuk sehingga ke hari ini dan menjadi teks pengajian di pondok dan di masjid serta surau. Tetapi fikiran falsafah yang sebenar seperti mengenai alam, akal dan lain-lain yang dicetuskan oleh Aristotle tidak tersebar ke rantau Melayu ini mungkin kerana Islam baru tiba di rantau ini dan perkara-perkara kesahihan akidah fiqah dan akhlak yang lebih bersifat amali lebih diutamakan dan perbincangan teori-teori yang tidak berkesudahan. Walaupun begitu belum ada bukti bahawa Falsafah yang dibawa oleh al-Farabi dan Ibn Sina tidak berkembang di Dunia Melayu disebabkan Takfir al-Ghazali terhadap falsafah dan ahli falsafah. Perbicaraan pemikiran falsafah adalah dalam kerangka Ilmu Kalam dan tasawuf akhlak sahaja misalnya Syeikh Daud mengatakan Qidamul Alam sebagai satu kesesatan ahli falsafah (lihat kitab Ward al-Zawahir fi hil Alfaz ‘Aqd al-Zawahir) dan Wehdatul Wujud Ibn Arabi oleh al-Raniri di Acheh sebagai sesat dan pengikutnya perlu bertaubat serta kitab-kitab berkenaan perlu dibakar (tetapi al-Raniri mengaitkan salah faham pengikut setempat terhadap Ibn Arabi seorang tokoh agung yang disanjung). Hamzah Fansuri pejuang Sufi Dunia Melayu yang melunaskan WehdatulWujud sebagai kemuncak dari pencapaian ketinggian akhlak ahli Sufi yang bertitik-olak dari “Sesiapa kenal Diri kenal Tuhannya”. WehdatulWujud adalah satu aliran tasawuf falsafi yang menimbulkan kontroversi dan ini boleh dikaitkan sebagai pemikiran falsafah yang cuba berkembang di Dunia Melayu dalam masa yang amat singkat. Al-Raniri di Acheh telah berusaha menghapuskan ajaran ini tetapi tetap menyanjung tinggi Ibn Arabi sebagai seorang tokoh ulama’ Islam yang muktabar.

(Seyyed Hosein Nasr, Dr Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia. Al-Attas, A Commentary on the Hujjat Al-Siddiq)

DR MOHD FAKHRUDIN ABDUL MUKTI

SEPTEMBER 2014

7