al-balaghah dan kesannya terhadap perkembangan ilmu … proceedings 2012/09 idris.pdf · prosiding...
TRANSCRIPT
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
1
Al-Balaghah dan Kesannya terhadap Perkembangan Ilmu Islam
Kod Projek : UKM-PTS-028-2009 1Idris Abdullah (Ketua Projek),
3,5Abdull Rahman Mahmood,
1Maheram Ahmad,
4Mohd Shukari Hamzah &
2Shofian Ahmad
1Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
2Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
3Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam
4Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam
5Institut Islam Hadhari (HADHARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
ABSTRAK
Al-Balaghah ialah suatu cabang bahasa Arab yang sangat penting. Ia dicipta oleh para
ilmuan Islam bagi memahami ungkapan-ungkapan yang terdapat dalam bahasa Arab. Ia
menjadi lebih penting apabila diperlukan untuk memahami ungkapan-ungkapan al-Qur’an
dan al-Hadith dengan tepat dan betul sebagaimana yang dimaksudkan. Selain dari itu ia
dapat merungkai I’jaz al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh makhluk seluruhnya. Bagi
kajian ilmu-ilmu Islam seperti Fiqh, Tauhid, Akhlak, Tafsiran al-Quran dan sebagainya,
para pengkajinya sangat memerlukan kepada pemahaman yang luas kepada Balaghah,
bahkan menjadi syarat utama seseorang itu untuk memiliki pengetahuan yang luas tentang
Balaghah sebelum melakukan kajian. Penyelidikan ini bertujuan untuk merungkai peranan
Balaghah dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam seperti di atas dengan membawa contoh-
contohnya.
PENGENALAN / PERNYATAAN MASALAH
Balaghah adalah antara ilmu asas bagi seseorang itu memahami dan seterusnya
mengeluarkan pendapat tentang ilmu-ilmu Islam, seperti Fiqh, Tauhid, Akhlak dan
sebagainya, mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ilmu-ilmu tersebut. Dalam kajian
ini, akan dijelaskan peranan Balaghah dalam pembentukan ilmu-ilmu Islam tersebut
dengan jelas dan terperinci
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenali perkembangan Balaghah secara detail
2. Mengkaji kesan Balaghah kepada perkembangan ilmu-ilmu Islam seperti Fiqh,
Tauhid, Tafsir al-Qur’an dan sebagainya.
3. Mengetengahkan peranan Balaghah dengan membawa contoh-contoh yang
secukupnya.
Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012
disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail,
Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha’ari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan
Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab
© Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
2
METODE KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisa.
PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT)
Penerbitan (Jurnal / buku / bab dalam buku / prosiding dan lain-lain)
Artikel dalam Prosiding
1. Idris Abdullah dan rakan-rakan. 2009. Perana Balaghah dalam perkembangan Ilmu
Tauhid. Kertas Kerja Prosiding Wacana Pendidikan Islam siri ke7 (Institut Studi
Islam Darussalam Guntur, Indonesia 4-9 December 2009).
2. Idris bin Abdullah dan Rakan-Rakan. 2010. Peranan Balaghah Dalam perkembangan
Fiqh Islam. Kertas kerja dalam Seminar SKEPEN (Di Makassar Indonesia 10-12 Jun
2010)
Modal Insan (Pelajar Ph.D, Sarjana, Sarjanamuda, Pembantu Penyelidik)
Sarjana : Seorang pelajar
Sarjanamuda : Dua Orang pelajar