aktiviti perniagaan.pptx

14
13.2 Aktiviti Perniagaan Pembentangan Pengajian Perniagaan Kumpulan 1

Upload: alke-rozy-elik

Post on 05-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Slide 1

13.2 Aktiviti PerniagaanPembentangan Pengajian Perniagaan Kumpulan 1

Aktiviti Perniagaan Terdiri daripada dua kategori utama :PengeluaranPerkhidmatan.

Aktiviti Pengeluaran Ekstraktif Pengeluaran barangan konsumerBarangan industriPembuatan Pemasangan

Ekstraktif Merupakan aktiviti pengeluaran bahan mentah daripada sumber semula jadi di daratan dan lautan. Contohnya :Aktiviti pertanian (penanaman padi & penanaman sayur-sayuran secara besar-besaran)Pembalakan Perlombongan (emas,bijih besi, & bijih timah)

Barangan pengguna (konsumer)Barang yang dibeli untuk kegunaan akhir atau kegunaan sendiri. Contoh : Beras yang dibeli untuk dimakan.

Barangan industri Bahan mentah yang diproses atau tambah nilai menjadi produk separuh siap atau produk siap. Contoh : Padi diproses menjadi beras.

Barangan pembuatan Barang yang diproses dengan menggunakan mesin dan dikeluarkan secara besar-besaran untuk tujuan jualan.Contoh : Penghasilan kraf tangan.Kain batik.Makanan segera.Tayar kereta.

4 Pemasangan Aktiviti mencantum atau memasang komponen sesuatu barang untuk menghasilkan barangan siap. Contoh : Komponen komponen eletronik dipasang untuk menghasilkan televisyen, radio dan perakam video.

Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan

Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang tidak nampak kepada pengguna.Perniagaan perkhidmatan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan di peringkat pemasaran dalam memasarkan produk kepada pengguna. Jenis aktiviti perniagaan perkhidmatan seperti berikut: Perkhidmatan pengeluar Contoh : PergudanganPerhubunganInsuransKewanganHartanah Perkhidmatan awam seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan, dan pertahanan

Perkhidmatan lain Contoh : PerkhidmatanPerubatan runcitPelancongan Perhotelan Restoran

1.3.3 Sektor Perniagaan Organisasi perniagaan terbahagi kepada tiga sektor yang utama, iaitu : Sektor swastaSektor awam Badan Berkanun

Sektor swasta Perniagaan yang dimiliki oleh individu atau organisasi secara persendirian. Motif sektor wujud adalah untuk memaksimumkan keuntungan Sektor ini meliputi perniagaan : Pemilikan tunggalPerkongsianSyarikat berhad

Aktiviti perniagaan yang dijalankan termasuk pelbagai aktiviti pengeluar dan perkhidmatan

Sektor swasta menyumbang pembangunan ekonomi negara dengan menghasilkan pelbagai produk untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Pendapatan negara dapat ditingkatkan melalui pengeksportan barangan industri dan konsumer Pendapatan negara dapat ditingkatkan melalui pengeksportan barangan industri dan konsumer, terutamanya barangan elektrik dan elektronik yang merupakan hasil eksport utama negara. Hal ini, pendapatan negara meningkat melalui kutipan cukai pendapatan dan cukai syarikat daripada sektor ini. Melalui sektor swasta, ianya dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan juga dapat diwujudkan. Negara mendapat manfaat melalui pemindahan teknologi dari luar negara yang membolehkan penggunaan jentera berteknologi tinggi dan penghasilan produk bermutu tinggi. Bilangan tenaga mahir juga dapat ditingkatkan di negara kita.

Sektor Awam Organisasi yang dimiliki oleh kerajaan untuk melaksanakan dasar kerajaan dan menyediakan barangan serta perkhidmatan kepada rakyat. Matlamat sektor ini adalah untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan untuk keuntungan semata-mata.Peranan sektor awam menyediakan kemudahan seperti : Kemudahan pengangkutan.Elektrik .Air.Telekomunikasih.Perkhidmatan keselamatan. Kemudahan pendidikan. Kemudahan perkhidmatan kesihatan

Mengamalkan monopoli semula jadi seperti melaksanakan projek berisiko atau projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi dan memastikan agar dapat menikmati faedah skel ekonomi bidangan. Menggubal dan melaksana dasar-dasar fizikal dan kewangan seperti menentukan kaedah percukaian yang sesuai atau memberi bantuan subsidi dan pinjaman serta membentuk dasar belanjawan yang fleksibel. Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan seperti mengawal dan memantau aktiviti swasta dan awam serta menjamin kepentingan pengguna dan menggubal akta dan peraturan. Selain itu, kerajaan juga termasuklah mengeluarkan lesen dan mengenakan tindakan atau mendakwa. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

Badan Berkanun Badan berkanun adalah perbadanan kerajaan atau agensi separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri misalnya : (UDA)(PKEN)Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia(KWSP)

Badan berkanun merupakan entiti yang terpisah daripada perkhidmatan awam dan mempunyai lebih kebebasan untuk menjalankan aktiviti seperti syarikat swasta.Badan berkanun mempunyai pengurus tersendiri yang dikenali sebagai Lembaga, Majlis, atau sebagainya.

Tujuan penubuhan badan berkanun adalah untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara langsung dalam pembangunan sosioekonomi negara yang tidak diceburi oleh sektor swasta kerana kurang menguntungkan atau memerlukan modal yang besar. Dengan ini, kerajaan dapat mengawal selia etika perniagaan yang dijalankan dan memastikan pembangunan yang lebih pesat, teratur, serta adil.

Melalui badan berkanun juga, kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan awam, meningkatkan penglibatan golongan bumiputera dalam aktiviti ekonomi, serta melibatkan diri dalam industri berat.

Sesi soal menyoal !