aktiviti panjang az

3
Bidang : Ruang Tajuk : Sukatan dan Geometri Aktiviti : i. Membuat perbandingan panjang ii. Membuat hubungan panjang (a) 1 dengan 1 (b) 1 dengan banyak (c) Banyak dengan 1 Resos : Aktiviti (i) Pensel dan pen Aktiviti (ii) Buku, kayu , klip kertas, batang mancis dan lidi Masa : 60 minit (Setiap aktiviti ) Langkah –langkah aktiviti (i) (1) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan 4 atau 5 orang dalam setiap kumpulan. (2) Guru mengarahkan murid untuk mengeluarkan pensel atau pen yang ter”panjang” yang mereka ada dan bertanding di dalam setiap kumpulan pensel siapakah yang lebih panjang. (3) Murid di dalam kumpulan akan dikehendaki untuk meletakkan pensel mereka di atas meja dan membandingkan panjang pen atau pensel mereka dengan kawan-kawan lain dengan tertib pensel yang lebih panjang akan disusun kea rah kekanan

Upload: mohd-azfarin

Post on 23-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mengukur

TRANSCRIPT

Bidang : RuangTajuk :Sukatan dan GeometriAktiviti :i. Membuat perbandingan panjangii.Membuat hubungan panjang(a) 1 dengan 1(b) 1 dengan banyak(c) Banyak dengan 1Resos:Aktiviti (i) Pensel dan pen Aktiviti (ii) Buku, kayu , klip kertas, batang mancis dan lidiMasa : 60 minit (Setiap aktiviti )Langkah langkah aktiviti (i)(1) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan 4 atau 5 orang dalam setiap kumpulan.

(2) Guru mengarahkan murid untuk mengeluarkan pensel atau pen yang terpanjang yang mereka ada dan bertanding di dalam setiap kumpulan pensel siapakah yang lebih panjang.

(3) Murid di dalam kumpulan akan dikehendaki untuk meletakkan pensel mereka di atas meja dan membandingkan panjang pen atau pensel mereka dengan kawan-kawan lain dengan tertib pensel yang lebih panjang akan disusun kea rah kekanan

(4) Murid yang berjaya menang di peringkat kumpulan akan bertanding pada peringkat seterusnya iaitu dengan pemenang dari kumpulan lain. Ahli kumpulan yang kalah pula akan membantu ahli kumpulan mereka yang menang untuk memberikan semangat dan membantu di dalam membuat perbandingan panjang dalam peringkat seterusnya

(5) Guru akan menjadi pemudahcara di mana jika kata muktamad atau murid tidak dapat menentukan pemenang seperti jika terdapat pen atau pensel yang sama panjang, guru akan mengarahkan murid yang berada di tempat kedua di peringkat kumpulan untuk membandingkan panjang pen atau pensel mereka. Proses ini akan diulangi sekiranya keputusan seri masih berlaku sehingga pemenang dapat ditentukan.

(6) Murid yang menjadi pemenang akan diberikan hadiah.

Langkah-langkah aktiviti (ii)

(1) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan berlima atau berenam

(2) Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan beberapa bahan iaitu sebuah buku, sebatang kayu ( dipotong mengikut panjang buku ), 3 batang mancis, 2 klip kertas dan satu batang lidi

(3) Setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan satu lembaran kerja.

(4) Murid di dalam kumpulan diarahkan untuk mencari bahan yang sama panjang dengan panjang buku yang dberikan dan merekodkannya ke dalam lembaran kerja yang telah diberikan.

(5) Kemudian murid akan mencari gabungan bahan yang disusun untuk menjadi sama panjang dengan buku tersebut.

(6) Guru memberi kebebasan kepada murid untuk menggunakan alatan persendirian seperti alat tulis atau alatan lain seperti tanda nama untuk digunakan sebagai sebahagian daripada gabungan alat membuat perbandingan panjang.

(7) Setiap alat yang digunakan untuk membuat perbandingan kemudiannya akan direkodkan ke dalam lembaran kerja yang disediakan.

(8) Hasil kerja murid di dalam setiap kumpulan akan dibentangkan di hadapan kelas dan murid dikehendaki untuk membuat demonstrasi bagi menunjukkan apa yang telah mereka rekodkan.