aktiviti kesediaan membaca

9
1 AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Memilih dan menampal gambar yang menunjukkan keadaan pagi, tengah hari, petang, malam dan melafazkan pengucapan yang sesuai dengan gambar itu. Bahan Papan flanel, papan magnet, papan hitam, kad gambar yang menunjukkan waktu (pagi, tengah hari, petang, malam). Aktiviti Murid 1. Memilih kad gambar. 2. Menyatakan waktu yang digambarkan oleh kad gambar sama ada pagi, tengah hari, petang atau malam. 3. Menampalkan gambar di papan flanel, papan magnet atau papan hitam. 4. Melafazkan pengucapan yang sesuai berdasarkan gambar secara kelas, kumpulan dan individu. 5. Murid menampal gambar dalam buku skrap. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan Pelbagai gambar kereta, baju, buku, lain-lain. Aktiviti Murid Murid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan Aktiviti Pengamatan Penglihatan 3 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis. Aktiviti Guru/Murid 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

Upload: muhamad-hisham-boboy

Post on 30-Jun-2015

478 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

1

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1

Memilih dan menampal gambar yang menunjukkan keadaan pagi, tengah hari, petang, malam dan

melafazkan pengucapan yang sesuai dengan gambar itu.

Bahan

Papan flanel, papan magnet, papan hitam, kad gambar yang menunjukkan waktu (pagi, tengah hari,

petang, malam).

Aktiviti Murid

1. Memilih kad gambar.

2. Menyatakan waktu yang digambarkan oleh kad gambar sama ada pagi, tengah hari, petang

atau malam.

3. Menampalkan gambar di papan flanel, papan magnet atau papan hitam.

4. Melafazkan pengucapan yang sesuai berdasarkan gambar secara kelas, kumpulan dan

individu.

5. Murid menampal gambar dalam buku skrap.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2

Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.

Bahan

Pelbagai gambar kereta, baju, buku, lain-lain.

Aktiviti Murid

Murid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara

individu, kelas dan kumpulan

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 3

Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku

skrap kelas.

Bahan

Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh

dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.

2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda

yang diimbaskan oleh guru.

3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut

tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.

4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

Page 2: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

2

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 4

Mencantumkan kad gambar dan menyebut namanya.

Bahan

Gambar kad cantuman: rumah, bola, bunga.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru mencampuradukkan kad-kad gambar di atas meja.

2. Murid mencantumkan kad-kad gambar itu secara bebas.

3. Guru menyebut nama satu benda dan murid mencantumkan kad gambar.

4. Setiap murid diberi satu keratan kad gambar dan mereka mencari pasangan kad itu pada rakan

mereka.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 5

Mencari pasangan gambar yang sama jenisnya.

Bahan

Beberapa pasang gambar yang sama jenis tetapi berlainan bentuknya.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru meletakkan beberapa pasangan gambar di atas meja.

2. Guru menunjukkan sekeping gambar dan murid menyebut nama objek pada gambar itu.

3. Murid mencari pasangan gambar yang sama jenisnya.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 6

Menyudahkan bahagian-bahagian model benda maujud yang tidak lengkap dan menyebutnya.

Bahan

Benda atau permainan yang dapat diceraikan bahagian-bahagiannya seperti anak patung, kereta,

pen, dan lampu picit; kad gambar rumah, buah-buahan, baju, kasut dan lain-lain yang dapat

diceraikan.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru mencerai-ceraikan bahagian-bahagian barang permainan.

2. Murid mencantumkan bahagian-bahagian yang telah dicerai-ceraikan itu dan menyebut namanya.

3. Guru memberikan kad gambar yang telah dicerai-ceraikan kepada murid dan murid

mencantumkan kad-kad itu serta menyebut namanya.

Page 3: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

3

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 7

Meletakan gambar pada benda yang sebenar.

Bahan

Benda maujud: kerusi, meja, papan hitam, almari, tingkap, beg, bunga dan lain-lain.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru meminta murid menamakan benda-benda maujud yang ditunjukkan.

2. Guru mengedarkan kad-kad gambar kepada murid dan murid melekatkan kad-kad itu pada benda

sebenar.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 8

Mengenal, membezakan dan menerangkan benda-benda maujud di bilik darjah dari segi bentuk,

warna dan saiznya.

Bahan

Buku nipis dan tebal, pembaris pendek dan panjang, kapur tulis pelbagai warna, bola kecil dan bola

besar, tin kecil dan tin besar, kotak kecil dan kotak besar, meja, kerusi murid, dan kerusi guru.

Aktiviti Guru/Murid

1. Minta seorang murid keluar ke hadapan kelas dan berdiri di samping guru.

2. Minta seorang murid menyatakan perbezaan murid dengan guru: perbezaan saiz seperti tinggi

rendah, besar-kecil, dan gemuk-kurus; perbezaan warna pakaian.

3. Arahkan murid mengeluarkan pembaris dan pensel. Minta mereka menyatakan yang mana

panjang dan yang mana pendek.

4. Ulangi langkah di atas dengan objek yang lain.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 9

Menekap, mewarna dan menggunting potongan gambar yang berbagai-bagai bentuk dan saiz serta

menampalkannya di atas bentuk yang tersedia.

Bahan

Kertas atau kad kosong; kad gambar: limau, daun, bunga, bola, rama-rama, ikan, kereta, pokok,

rumah dan lain-lain; lembaran kerja yang mempunyai bentuk lakaran yang sama dengan kad gambar,

gunting, krayon atau pensel warna, dan gam.

Aktiviti Guru/Murid

1. Bahagikan kertas kosong dan kad gambar.

2. Minta murid menekap bentuk benda yang diberikan kepada mereka dan minta mereka

mewarnakannya.

3. Minta murid menggunting bentuk-bentuk yang telah diwarnakan dan minta mereka tampalkan

bentuk-bentuk pada lembaran kerja.

Page 4: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

4

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 10

Mengasingkan bentuk yang ganjil daripada kumpulannya.

Bahan

Set 1: bongkah. Set 2: Gambar sayur-sayuran (timun, petola, bayam). Set 3: Gambar haiwan (ayam,

burung, ular). Set 4: Gambar buah-buahan (betik, limau, durian).

Aktiviti Guru/Murid

1. Murid menamakan benda atau gambar yang ditunjukkan oleh guru.

2. Murid mengasingkan bentuk-bentuk yang ganjil daripada setiap set.

3. Guru mengumpulkan semua gambar benda dan murid mengasing-asingkannya dalam kumpulan

benda hidup dan bukan hidup.

Aktiviti 11. Mencantumkan bahagian-bahagian bentuk atau gambar.

Aktiviti 12. Menyusun bentuk mengikut urutan.

Aktiviti 13. Menggunting bentuk untuk ditampal menjadi gambar yang sempurna.

Aktiviti 14. Melakar corak atau gambar dengan menggunakan krayon, pensel warna, warna tempera

dan lain-lain.

Aktiviti 15. Melakukan latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, kanan ke kiri dan atas ke bawah.

Aktiviti 16. Mengikut dengan mata pergerakan tangan orang membuat garisan lurus dan bengkang

bengkok dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Aktiviti 17. Mengelaskan benda atau garisan yang sama warna, saiz, bentuk dan corak.

Aktiviti 18. Mencari benda yang tersembunyi dalam gambar.

Aktiviti 19. Mengikut dengan jari garisan lurus dan garisan bengkang-bengkok dari kiri ke kanan dan

dari atas ke bawah.

Aktiviti 20. Mewarnakan bulatan kecil mengikut pergerakan membulat dan memulakannya dengan

bulatan dari kiri ke kanan.

Aktiviti 21. Menampal gambar-gambar bergunting pada kertas mengikut lakar atau contoh yang

disediakan.

Aktiviti 22. Membentuk model berdasarkan gambar.

Aktiviti 23. Mengumpul huruf yang sama bentuknya.

Aktiviti 24. Mengasingkan huruf-huruf besar dan huruf kecil yang sama atau berbeza bentuk dan

warna.

Aktiviti 25. Menyusun kedudukan gambar ahli keluarga mengikut urutannya seperti bermula dari

bapa hingga kepada anak bongsu.

Aktiviti 26. Memadankan ibu dan bapa serta ahli keluarga dari beberapa gambar yang disediakan.

Page 5: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

5

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1

Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan

bunyinya.

Bahan

Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung,

batang kayu, meja dan batu.

2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.

3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama

atau tidak.

4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau

nyanyian guru sendiri.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2

Mengajuk bunyi haiwan.

Bahan

-

Aktiviti Murid

Murid mengajuk bunyi-bunyi haiwan yang terdapat di sekeliling mereka.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 3

Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin

kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.

Bahan

Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu,

hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang

diperdengarkan.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.

2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu.

3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

Page 6: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

6

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 4

Mengajuk bunyi-bunyi kenderaan yang biasa terdapat dalam kehidupan murid seperti bunyi kereta,

motosikal, kapal terbang, kereta api dan lain-lain.

Bahan

Berbagai-bagai gambar kenderaan seperti bunyi kereta, motosikal, kapal terbang, kereta api dan

lain-lain. Pita rakaman bunyi kenderaan.

Aktiviti Guru/Murid

1. Guru berbual dengan murid tentang kenderaan dan jentera.

2. Guru memainkan pita rakaman. Murid meneka nama kenderaan atau jentera yang mengeluarkan

bunyi itu.

3. Guru menunjukkan gambar. Murid menyatakan nama kenderaan atau jentera pada gambar itu

dan mengajuk bunyinya.

4. Murid melakonkan gaya memandu kenderaan.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 5

Mengajuk bunyi alat-alat muzik.

Bahan

Berbagai-bagai alat muzik seperti gendang, tamborin, kerincing, rekoder, dan harmonika.

Aktiviti Guru/Murid

1. Murid mendengar bunyi muzik daripada pita rakaman dan menyatakan nama alat muzik yang

berkenaan.

2. Murid mendengar bunyi dua alat muzik yang hampir sama bunyinya dan menyatakan sama ada

bunyi tersebut sama atau berbeza.

Aktiviti 6. Mengajuk bunyi.

Aktiviti 7. Menghasilkan bunyi atau nada yang berlainan untuk menentukan perbezaannya.

Aktiviti 8. Mendengar dan mengecam bunyi yang kuat dan perlahan, suara yang kasar dan yang

halus, bunyi yang bingit dan lunak, dan lain-lain.

Aktiviti 9. Mendengar dan mengecam berbagai-bagai suara satu persatu daripada pita rakaman.

Aktiviti 10. Menyatakan sama ada bunyi atau suara yang didengar sama atau tidak.

Aktiviti 11. Mengetuk benda-benda seperti kayu, tempurung, tin dan lain-lain dan meneka arah

datangnya.

Aktiviti 12. Mengecam adunan bunyi yang telah dirakam serentak.

Aktiviti 13. Menyusun benda maujud atau gambar benda mengikut urutan nama yang disebutkan.

Aktiviti 14. Mendengar dan melakukan arahan.

Aktiviti 15. Mendengar arahan dan menyampaikan arahan tersebut kepada pihak lain.

Aktiviti 16. Mengajuk bunyi yang terdapat di sekeliling murid yang mirip bunyi “s” dan ”k”.

Page 7: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

7

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan

Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid

1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya.

3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk

membolehkan membentuk huruf.

Bahan

Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik,

cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan

putus-putus.

Aktiviti Murid

1. Murid menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebaliknya.

2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-

gerakkan tangan kanan mereka kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan

dipelbagaikan.

3. Murid membilang manik yang digantung dengan menggunakan jari dari atas ke bawah dan dari

bawah ke atas.

4. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 3

Menggerakkan tangan, pergelangan tangan dan jari-jari mengikut rentak lagu.

Bahan

Kertas, sedulang pasir, sebesen besar air, meja.

Aktiviti Murid

1. Murid mengikut guru melakukan pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari telunjuk.

2. Murid mengikut guru melakukan pergerakan a, b, c.

3. Murid menggerakkan tangan, pergelangan tangan dan jari telunjuk di udara, pada pasir, dalam

air, di atas meja dan di atas kertas.

Page 8: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

8

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 4

Menguli plastisin, tanah liat atau benda-benda yang dapat dibancuh.

Bahan

Plastisin, tanah liat dan benda-benda yang dapat dibancuh.

Aktiviti Murid

1. Murid menguli bahan yang disediakan dan membentuk benda-benda yang mereka suka dengan

menggunakan bahan yang telah diuli itu.

2. Murid menyatakan benda yang telah dicipta oleh mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 5

Menggunting kertas mengikut garisan dan bentuk.

Bahan

Gunting, kertas bergaris dan xxx

Aktiviti Guru/Murid

1. Beri murid kertas yang bergarisan lurus dan murid mengguntingnya mengikut garisan.

2. Beri murid kertas bergarisan bengkok dan murid mengguntingnya mengikut garisan.

3. Beri murid kertas yang bergarisan lurus dan bengkok, dan murid mengguntingnya.

4. Beri murid kertas bergambar yang menggunakan garisan lurus seperti gambar lakaran papan

hitam, pintu, meja, rumah dan lain-lain. Murid menggunting bentuk itu mengikut garisan lurus.

Aktiviti 6. Membuat garisan bebas mengikut lagu yang dimainkan.

Aktiviti 7. Melakar perjalanan dari meja guru ke meja murid, dari bilik darjah ke bilik guru besar, dari

bilik darjah ke tandas, dari bilik darjah ke kantin, dan dari rumah ke sekolah.

Aktiviti 8. Melukis gambar benda maujud di sekeliling murid.

Aktiviti 9. Latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan.

Aktiviti 10. Latihan kordinasi tangan dan mata.

Aktiviti 11. Mencari benda di dalam kotak yang berisi habuk papan atau pasir.

Aktiviti 12. Membuat bentuk yang mirip bentuk huruf dengan menggunakan plastisin, tanah liat, dan

bubur kertas.

Aktiviti 13. Membentuk huruf-huruf dengan jari, krayon atau berus, di air, di tanah, di kertas dan lain-

lain.

Aktiviti 14. Memotong kad huruf dan menampalkannya dari kiri ke kanan.

Aktiviti 15. Menekap atau menyurih bentuk huruf berdasarkan contoh dengan menggunakan pensel

warna.

Aktiviti 16. Memusing dan menghayunkan tangan.

Page 9: AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA

9

Di bawah ini ialah dua contoh bahan yang dapat digunakan untuk latihan penajaman

penglihatan. Pengecaman dapat dipelbagaikan seperti menandakan betul () atau

mewarnakan bentuk yang berkenaan,

Arahan

Bulatkan bentuk yang sama.

Arahan

Bulatkan bentuk yang ganjil.

Pada masa kini aktiviti kesediaan membaca termasuk dalam kurikulum prasekolah

kebangsaan. Di bawah ini diberikan dua contoh aktiviti kesediaan membaca yang terdapat

dalam Huraian Sukatan Pelajaran Prasekolah Kebangsaan.