aktiviti for mr.teoh

Upload: ng-xin-yi

Post on 01-Mar-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970.i) Agama dan KebudayaanSetiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Tiada persefahaman dalam agama pada awal kemunculan masyarakat pluralistik di Malaysia. Masing-masing kurang mengenali dan memahami agama kaum lain. Mereka seringkali menganggap agama mereka sahaja yang terbaik dan tidak mengambil peduli tentang agama kaum lain. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.ii) Amalan ekonomi yang berlainanSetiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras.Golongan etnik yang berpendapatan rendah berasa mereka disisih dan ditindas akibat pendapatan mereka yang jauh berbeza daripada kaum lain. Hal ini telah mengakibatkan perpaduan negara terancam.iii) Dasar penjajah BritishPenjajah british mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.iv) Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnikKewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.v) Pendudukan Jepunkemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Semasa pemerintahan Jepun, orang Cina telah ditindas oleh orang Jepun manakala orang Melayu dilayan dengan baik. Hal ini demikian kerana orang Jepun membenci orang Cina di Tanah Melayu yang sentiasa menyalurkan sokongan kepada saudara mereka di China semasa Perang Cina-Jepun. oleh perang Cina-Jepun. Layanan yang berat sebelah telah menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.vi) Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainanSetiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.vii) Penggunaan akhbar yang berbezaPelbagai jenis akhbar digunakan di Malaysia dengan pelbagai jenis medium. Contohnya akhbar Jawi, akhbar Melayu, akhbar Cina, akhbar India. Pada masa itu, akbar-akhbar tersebut lebih bersifat perkauman. Persepsi dalam akbar tentang isu semasa hanya dilaporkan dari satu sudut pandangan sahaja.Hal ini menyebabkan lain jenis akhbar mempunyai lain isi akhbar dan secara langsungnya menghasilkan lain persepsi masyarakat yang menerimanya.

Disediakan oleh:Ho Chee VunNg Xin Yi