aktiviti amalan agama selama setahun

5
AKTIVITI AMALAN AGAMA SELAMA SETAHUN Terdapat pelbaga jenis aktiviti amalan agama yang diraikkan dan disambut secara besar- besaran oleh penganut agama Hindu. Antaranya ialah, Deepavali, Pongal, Thaipusam, Karthigai dan Tamil Puthandu. Deepavali merupakan satu perayaan penting yang disambut oleh penganut Hindu. Perayaan ini disambut pada bulan ‘Aippasi’, iaitu bulan Oktober. Sewaktu perayaan ini masyarakat Hindu akan melakukan aktiviti- aktiviti kekeluargaan seperti bermain mercun, makan bersama- sama keluarga, sebelum perayaan ini disambut ahli keluarga akan bersama pergi untuk membeli belah, iaitu membeli baju baru, membuat kuih- muih bersama- sama ahli keluarga dan lain- lain lagi. Perayaan ini sendiri mempunyai maksud kegembiraan iaitu Deepam bermaksud Cahaya dan Avali bermaksud kegembiraan yang dikatakan sebagai Deepavali. Selain itu, perayaan dijuga melambangkan satu sambutan yang menghapuskan kegelapan iaitu perbuatan yang buruk dan memberi perkara yang baik kepada individu masing. Pada hari Deepavali ahli keluarga akan bangun pada awal pagi dan akan bermandi minyak. Selepas itu, ahli keluarga akan memakai baju baru dan akan pergi ke kuil secara bersama- sama. Mereka akan berdoa untuk diri masing- masing dan juga untuk ahli keluarga supaya hidup dalam keadaan yang sejahtera dan harmoni. Selepas pulang dari kuil, ahli keluarga akan mendapatkan restu daripada orang- orang tua didalam DEEPAVALI

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 16-Nov-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perayaan Masyarakat India

TRANSCRIPT

AKTIVITI AMALAN AGAMA SELAMA SETAHUNTerdapat pelbaga jenis aktiviti amalan agama yang diraikkan dan disambut secara besar- besaran oleh penganut agama Hindu. Antaranya ialah, Deepavali, Pongal, Thaipusam, Karthigai dan Tamil Puthandu. DEEPAVALI

Deepavali merupakan satu perayaan penting yang disambut oleh penganut Hindu. Perayaan ini disambut pada bulan Aippasi, iaitu bulan Oktober. Sewaktu perayaan ini masyarakat Hindu akan melakukan aktiviti- aktiviti kekeluargaan seperti bermain mercun, makan bersama- sama keluarga, sebelum perayaan ini disambut ahli keluarga akan bersama pergi untuk membeli belah, iaitu membeli baju baru, membuat kuih- muih bersama- sama ahli keluarga dan lain- lain lagi. Perayaan ini sendiri mempunyai maksud kegembiraan iaitu Deepam bermaksud Cahaya dan Avali bermaksud kegembiraan yang dikatakan sebagai Deepavali. Selain itu, perayaan dijuga melambangkan satu sambutan yang menghapuskan kegelapan iaitu perbuatan yang buruk dan memberi perkara yang baik kepada individu masing. Pada hari Deepavali ahli keluarga akan bangun pada awal pagi dan akan bermandi minyak. Selepas itu, ahli keluarga akan memakai baju baru dan akan pergi ke kuil secara bersama- sama. Mereka akan berdoa untuk diri masing- masing dan juga untuk ahli keluarga supaya hidup dalam keadaan yang sejahtera dan harmoni. Selepas pulang dari kuil, ahli keluarga akan mendapatkan restu daripada orang- orang tua didalam keluarga iaitu nenk, datuk, bapa dan Ibu. Anak anak akan sujud pada kaki orang tua mereka dan akan mendapat restu dan apa- apa hadiah daripada mereka, contohnya wang. Selepas, ahli keluarga akan makan bersama dan akan mengunjungi ke rumah- rumah saudara. Keseluruhannya, penganut Hindu akan menyambut hari tersebut dengan sangat meriah bersama- sama keluarga masing- masing.

THAIPUSAM

Thaipusam merupakan salah satu perayaan yang diraikan oleh penganut agama Hindu untuk dewa Muruga. Hari Thaipusam merupakan hari istimewa bagi Dewa Muruga iaitu, hari Thaipusam merupakan Hari Jadi bagiNya. Justeru, penganut- penganut agama Hindu pergi ke kuil- kuil untuk menyembah Tuhan. Pada hari tersebut juga penganut agama Hindu akan bersama- sama dengan keluarga ke kuil- kuil dewa Muruga untuk menyampaikan nazar mereka, iaitu dengan cara mengambil Kavadi, mengangkat Paal Kudam, mencukur rambut dan lain lain lagi. Perayaan ini disambut secara besar- besaran di tiga tempat yang utama di Malaysia iaitu Batu Caves, Selangor, Thaneer Malai, Pulau Pinang dan Kallu Malai, Perak. Penganut agama Hindu akan bersama- sama keluarga dan akan menyembah Tuhan dan mendoakan supaya hidup dengan aman, sihat dan sejahtera. Pada hari Thaipusam tempat yang paling ditujui oleh rakyat ialah Batu Caves, Selangor. Penganut Hindu dan juga yang bukan beragama Hindu akan datang ke Thaipusam dari luar negeri untuk menyembah dewa Muruga. Selain itu, kita juga dapat melihat ramai pelancong dari luar negara disana. Pelbagai jenis makanan dan minuman akan jual disana. Makanan yang paling terkenal dalam Thaipusam ialah Laddu. Terdapat juga pelbagai jenis kedai yang dibuka disana. Peniaga-peniaga disana kebanyakkanya terdiri daripada peniaga gerai baju tradisional kaum India dan aksesori yang dipakai oleh perempuan agama Hindu. Barang- barang yang dijual disana boleh dibeli dengan harga yang murah.

PONGAL

Pongal merupakan satu perayaan yang disambut secara meriah oleh petani. Perayaan ini disambut untuk tiga hari berturut- turut. Hari pertama merupakan hari Ia sempena berakhirnya musim menuai, dimana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai. Bulan Thai merupakan bulan ke-10 di dalam kalendar kaum india. Bulan ini, disambut dengan hadiah dan pakaian baru untuk ahli keluarga serta doa kepada dewa untuk kemakmuran di tahun-tahun akan datang. Bulan Thai juga sangat sesuai untuk perkahwinan. Rumah-rumah dihiasi dengan daun mangga dan lantai dihiasi dengan corak-corak yang dilukis menggunakan tepung beras atau beras berwarna. Ada juga yang mengikat batang tebu di luar rumah mereka. Hari pertama perayaan Ponggal dikenali sebagai 'Bhogi'. Ia hari untuk Indran iaitu Dewa Awan dan Hujan. Sebelum matahari terbit, unggun api besar dinyalakan dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang lama. Rumah kemudian dibersihkan dan dihiasi dengan corak dan bunga. Hari kedua pula dipanggil 'Thai Pongal' yang khusus untuk Dewa Matahari. Ungkapan 'Ponggal' bermakna 'meluap-luap', ia menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu sedang mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Ponggal-O-Ponggal' semasa susu mengalir keluar. Hari ketiga, yang dikenali sebagai 'Mattu Pongal' adalah khusus untuk haiwan lembu. Hari ini adalah untuk pengembala berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan 'Ponggal' dan loceng diikat di leher mereka. Hari terakhir pula dikenali sebagai 'Kaanum Pongal', ia merupakan hari yang istimewa untuk wanita. Pada hari ini, wanita sulung di rumah akan bangun awal dan menyapukan kunyit pada muka semua wanita muda dan melumurkan minyak kepada rambut mereka. Selepas mandi, semua wanita-wanita akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada burung-burung. Kaum wanita akan berdoa untuk keluarga yang sihat dan gadis-gadis yang belum berkahwin berdoa untuk perkahwinan yang bahagia. Ahli-ahli keluarga yang lebih muda pula akan memberi penghormatan kepada orang-orang tua untuk mendapatkan restu.