aktiviti 14:analisis data

2
AKTIVITI 14 : ANALISIS DATA (BUKU) Secara khususnya buku yang telah dibaca, iaitu Teaching As Learning : An Action Research Approach didapati penulis tidak menghuraikan bahagian analisis data dalam kajian tindakan secara khusus. Namun, sama seperti buku All You Need to Know about Action Research yang telah dihasilkan oleh penulis yang sama iaitu Jean McNiff. Terdapat beberapa cara analisis data yang digunakan dalam kajian, iaitu : 1- Pemerhatian Data yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh dianalisis melalui pemerhatian. Melalui kajian tindakan pengkaji atau guru boleh melihat atau memerhatikan diri sendiri sebagai subjek utama dan juga orang lain untuk mengenal pasti bagaimana guru boleh mempengaruhi mereka melalui cara pendidikan. Menurut Jean, pengkaji atau guru boleh melakukan pemerhatian melalui video atau meminta orang lain membuat pemerhatian ke atasnya untuk dijadikan data dalam kajian yang akan dilakukan. 2- Soal Selidik Data yang juga boleh diperolehi melalui soal selidik seterusnya dianalisis sebagai hasil dapatan. Soal selidik yang dibina baik adalah soal selidik yang tidak terlalu banyak soalan sehingga menyebabkan pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah. Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah: Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari. Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa. Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti. Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka mengkritik sama ada positif atau negatif. Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik.

Upload: rusbiah

Post on 18-Jul-2015

10.204 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti 14:Analisis Data

AKTIVITI 14 : ANALISIS DATA (BUKU)

Secara khususnya buku yang telah dibaca, iaitu Teaching As Learning : An Action

Research Approach didapati penulis tidak menghuraikan bahagian analisis data dalam

kajian tindakan secara khusus. Namun, sama seperti buku All You Need to Know about

Action Research yang telah dihasilkan oleh penulis yang sama iaitu Jean McNiff.

Terdapat beberapa cara analisis data yang digunakan dalam kajian, iaitu :

1- Pemerhatian

Data yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh dianalisis melalui pemerhatian.

Melalui kajian tindakan pengkaji atau guru boleh melihat atau memerhatikan diri sendiri

sebagai subjek utama dan juga orang lain untuk mengenal pasti bagaimana guru boleh

mempengaruhi mereka melalui cara pendidikan. Menurut Jean, pengkaji atau guru

boleh melakukan pemerhatian melalui video atau meminta orang lain membuat

pemerhatian ke atasnya untuk dijadikan data dalam kajian yang akan dilakukan.

2- Soal Selidik

Data yang juga boleh diperolehi melalui soal selidik seterusnya dianalisis sebagai hasil

dapatan. Soal selidik yang dibina baik adalah soal selidik yang tidak terlalu banyak

soalan sehingga menyebabkan pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru mesti

membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik

yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah. Antara garis panduan dalam

pembinaan soal selidik ialah:

Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari.

Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa.

Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti.

Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka mengkritik sama ada positif atau negatif.

Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik.

Page 2: Aktiviti 14:Analisis Data

3- Temu ramah

Kaedah temu ramah merupakan kesinambungan bagi soal selidik bagi data yang lebih

memerlukan jawapan yang cepat. Temu ramah ini boleh dilakukan dengan

menggunakan perakam video, perakam audio, mencatat secara tulisan, dan orang yang

ditemu ramah perlu tahu apakah matlamat pengkaji melakukan temu ramah tersebut.

Pengkaji juga perlu jelas dengan etika temu ramah dan sentiasa peka dengan

perkataan yang dituturkan oleh responden. Ia bertujuan untuk menjaga kesahan data.

Pengkaji perlu aktif semasa mendengar dan ia menjadi perkara utama dalam teknik

temu ramah.

4- Teknik Fotografi, Perakam audio, video dan media

Data yang diperlukan dalam kajian juga bole diperolehi dan dianalisis melalui teknik

fotografi, rakaman audio, video dan media. Teknik ini menjadi satu mediaum dalam

menjalankan kajian seiring dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan. bagi

mendapatkan dan menganalisis data yang diperolehi melalui teknik ini, adalah perlu

bagi seorang pengkaji mendapat persetujuan daripada responden atau pihak lain yang

terlibat sebelum mengambil data menggunakan audio-visual. Menurut penulis, adalah

lebih baik, sekiranya persetujuan tersebut berbentuk surat sebagai menunjukkan bukti

kajian boleh dijalankan.

Teknik Analisis Data

Data-data yang diperolehi seterusnya akan dianalisis dalam bentuk jadual. Analisis

data dalam kajian tindakan juga bersifat kuantitatif. Contohnya teknik statistik deskriptif

boleh dilihat dalam kajian tindakan iaitu menfokuskan kepada meningkatkan kollaboratif

Teknik deskriptif digunakan bertujuan untuk menghuraikan dapatan kajian daripada soal

selidik yang dijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk

kekerapan, peratusan (%) dan mod (skor yang kerap berlaku atau terbanyak).

Selain itu, membina gambarajah berbentuk grafik yang menunjukkan komunikasi yang

dinamik tentang apa yang berlaku juga boleh dibuat.