aktiv

19
MINGGU 12 Aktiviti dan Bahan Perancangan yang rapi adalah perlu untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengayaan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu hendaklah: i. Bercorak belajar sendiri. Ia haruslah mengandungi arahan yang jelas agar murid menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru. ii. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. iii. Menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. iv. Menarik berbentuk aktiviti harian atau berbentuk projek yang mengambil masa satu atau dua minggu. v. Mengandungi bahan-bahan yang pelbagai jenis sama ada dibuat sendiri atau dibeli. vi. Berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. vii. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran bahasa yang diajarkan. viii. Peringkat kesukaran hendaklah sesuai dengan kebolehan kumpulan murid. ix. Arahan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas. x. Ilustrasi hendaklah seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan konsep dan maksud kandungan pelajaran. Jenis-jenis aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan terdiri daripada bacaan tambahan, kerja projek, dan permainan dan rekreasi. Bacaan Tambahan Tujuan diadakan aktiviti ini ialah supaya murid dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang bahasa. Dengan cara ini, mereka akan menimba ilmu dalam bidang-bidang baharu. Di samping itu, murid diharap dapat meminati dan menguasai bacaan secara luas. Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas, di luar kelas, atau di perpustakaan. Guru hendaklah berperanan sebagai pembantu kepada murid untuk

Upload: rajeshwari-periasamy

Post on 04-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MINGGU 12Aktiviti dan BahanPerancangan yang rapi adalah perlu untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengayaan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu hendaklah:0. Bercorak belajar sendiri. Ia haruslah mengandungi arahan yang jelas agar murid menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru.0. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.0. Menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza.0. Menarik berbentuk aktiviti harian atau berbentuk projek yang mengambil masa satu atau dua minggu.0. Mengandungi bahan-bahan yang pelbagai jenis sama ada dibuat sendiri atau dibeli.0. Berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung.0. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.0. Peringkat kesukaran hendaklah sesuai dengan kebolehan kumpulan murid.0. Arahan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas.0. Ilustrasi hendaklah seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan konsep dan maksud kandungan pelajaran.

Jenis-jenis aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan terdiri daripada bacaan tambahan,kerja projek, dan permainan dan rekreasi.

Bacaan TambahanTujuan diadakan aktiviti ini ialah supaya murid dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang bahasa. Dengan cara ini, mereka akan menimba ilmu dalam bidang-bidang baharu. Di samping itu, murid diharap dapat meminati dan menguasai bacaan secara luas.

Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas, di luar kelas, atau di perpustakaan. Guru hendaklah berperanan sebagai pembantu kepada murid untuk memilih bahan bacaan yang sejajar dengan minat dan kebolehan mereka. Bahan bacaan boleh terdiri daripada buku-buku berbentuk ilmu pengetahuan, buku cerita, majalah, hasil kerja murid yang dikumpulkan, risalah, potongan akhbar, dan ensiklopedia.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 1 dicadangkan mempunyai ilustrasi menarik, berwarna-warni untuk merangsang imaginasi dan fantasi murid. Struktur ayat hendaklah mudah. Fon saiz dicadangkan antara 14 18 dengan bilangan muka surat kurang daripada enam muka surat.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 2 dicadangkan mempunyai ilustrasi sesuai mengikut keperluan. Bahan-bahan berbentuk realiti lebih sesuai dengan murid tahap ini. Struktur ayat yang boleh digunakan ialah ayat mudah dan ayat kompleks. Saiz fon 12 lebih sesuai digunakan bagi tahap ini. Bilangan muka surat bahan bacaan bawah 20 muka surat.

Garis panduan lain bagi menyediakan kad-kad bahan bacaan tambahan adalah seperti yang berikut: Bahan-bahan bacaan boleh berbentuk puisi, dialog, teka-teki, cerita, iklan, berita Bahan boleh dalam bentuk bahan sebenar dan kartun Tajuk yang dipilih hendaklah sejajar dengan peringkat pembelajaran murid.Kerja ProjekProjek memerlukan murid membuat kajian terhadap sesuatu perkara yang dipelajari atau diminati. Kajian-kajian itu dalam bentuk inkuiri, penerokaan, produk baharu seperti buku skrap, pembelajaran berasaskan masalah, drama kreatif, diorama, dan penghasilan produk.Murid melaksanakan projek secara kolaboratif, berpasukan, memfokuskan kemahiran interpersonal, menyelesaikan masalah ,dan membuat keputusan. Tempoh masa menjalankan projek bergantung kepada keperluan yang ditentukan oleh guru. Aktiviti pengayaan berbentuk projek juga menekankan konsep konstektual dan konstruktivisme.

Contoh-contoh projek yang boleh dijalankan: Menyediakan carta cuaca Mengumpul gambar, poskad yang pelbagai Mengumpul pelbagai jenis daun Menyediakan akuarium yang mengandungi pelbagai ikan Menyediakan dan melengkapkan sudut pembelajaran dalam kelas Mengadakan gotong-royong Mengadakan lawatan

Ciri projek berasaskan inkuiri dan masalah ialah: Meneroka cabaran dan masalah dunia sebenar untuk tujuan menyelesaikan masalah Bekerjasama, berkolaborasi dalam kumpulan kecil Wujud penyerapaan antara ilmu dan disiplin mata pelajaran lain Memerlukan kemahiran berfikir tinggi untuk membuat keputusn dan menyelesaikan masalah. Penilaian boleh dalam bentuk holistik dan berterusan. Penyoalan tonggak pembelajaran inkuiri. Murid boleh mengemukakan soalan dan mengenal pasti kaedah menjawab dan memberikan penjelasan. Membina membina pemahaman baharu dan refleksi

KITARAN INKUIRI

MENYOAL

MERANCANG

MEMBINA

MENYELIDIK

MEMBUAT REFLEKSI

MENYOAL Bermula dengan minat dan keinginan meneroka Soalan yang bermakna kepada kehidupan murid tentang pengalaman dunia Soalan atau masalah sebagai fokus Murid memurnikan dan menjelaskan masalah

MENYELIDIK Mengumpul maklumat mengesan sumber maklumat membuat pembacaan, menemu bual, membuat pemerhatian, soal selidik Murid mungkin membina soalan baharu untuk memperoleh maklumat dan data terperinci

MEMBINA Membuat perkaitan antara maklumat dengan cara mensintesis dan menemui jawapan Membina pemahaman baharu MERANCANG Merancang tindakan seterusnya berdasarkan dapatan hasil penyelidikan dan tafsiran data

MEMBUAT REFLEKSI Memperuntukkan masa untuk melihat semula persoalan, proses mencari jawapan dan penyelesaian masalah untuk memberikan pemahaman makna.

Permainan dan RekreasiKedua-dua jenis aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti itu terdiri daripada permainan pendidikan dan permainan untuk rekreasi. Permainan-permainan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan menggembirakan. Murid-murid akan sentiasa berfikir dan menyusun strategi bagi mengatasi satu-satu masalah yang dihadapi semasa permainan itu dilaksanakan. Permainan dan rekreasi hendaklah berkaitan dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Contoh permainan bahasa : Teka silang kata Teka teki Ular dan tangga Sahiba Mencari harta karun Congkak Bermain dengan blok-blok

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan atau pengayaan bahasa melalui permainan. Terdapat dua jenis permainan bahasa:a.LinguistikBerfokuskan kepada cara membina struktur ayat yang betul

b.KomunikatifBerfokuskan kepada kelancaran dan kefasihan, iaitu pertukaran maklumat dan idea antara dua pihak, contoh: perbincangan tentang dua gambar yang hampir serupa tetapi tidak sama.

12.5Memilih Permainan BahasaPermainan bahasa yang dipilih seharusnya memenuhi kriteria yang berikut: Bukan sekadar hiburan Melibatkan pertandingan persahabatan Semua murid mesti terlibat Fokus dan menggalakkan murid menggunakan bahasa Memberikan peluang kepada murid belajar,berlatih dan mengulang kaji , mengukuhkan aspek bahasa yang dipelajari Arahan yang jelas, dan demonstrasi oleh guru boleh diikuti dengan arahan Sumber rujukan daripada internet atau bahan bercetak seperti kamus

Contoh-contoh permainan bahasa:a.Kemahiran mendengar bertutur Nama permainan: Telefon KaratObjektif permainan: Menyampaikan berita atau mesej dengan berkesan selepas mengetahui kebenaran berita atau mesej itu. Meningkatkan kemahiran menghafaz dan mengingat. Melihat bagaimana sesuatu mesej atau berita disampaikan daripada individu kepada individu yang lain.

Cara bermain: Seorang murid diminta datang ke hadapan kelas. Guru akan memberikannya sebuah catatan dan murid itu diminta membacanya secara senyap. Murid itu diminta membisikkan catatan itu kepada rakannya yang kedua. Rakannya itu pula diminta menyampaikan mesej itu kepada rakan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga rakan yang kesepuluh. Murid yang kesepuluh itu akan mengujarkan semula catatan tersebut secara kuat di hadapan kelas.

Catatan yang perlu dibaca dan dibisikkan :

Ah Ling pergi ke Kerling, ingin membeli batu giling. Dalam perjalanan terlanggar tenggiling, lalu terjatuh terguling-guling, rupa-rupanya dia juling.

b.Permainan Bahasa Berdasarkan Teks Bacaan Arahan: Sila susun semula huruf dalam perkataan supaya menjadi satu atau beberapa perkataan baharu. KISAH:HAKIS RUMAH:HARUM, MURAH SATU LIHAT ANAK DAPAT

c.Permainan bahasa berdasarkan menu kantin sekolahObjektif permainan bahasa: Menganalisis menu makanan yang terdapat di kantin sekolah. Melengkapkan tempat kosong berpandukan menu yang dibaca.

Cara bermain: Murid membaca maklumat yang terdapat dalam menu makanan yang terdapat di sekolah Kebangsaan Selesa. Murid melengkapkan tempat kosong berpandukan maklumat tersebut.

MINGGU 13Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti PengayaanAktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan rancangan pengajaran supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan yang positif ke arah meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Dalam perancangan pengajaran, guru perlu mengambil kira aspek ruang pengayaan, objektif aktiviti, langkah-langkah aktiviti dilaksanakan dan strategi pengajaran pengayaan.Mengenal pasti ruang pengayaanMurid berada dalam kumpulan berdasarkan pencapaian, seperti kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Guru perlu mengatur ruang/tempat di dalam kelas untuk menempatkan setiap kumpulan murid bagi aktiviti pengayaan supaya lebih terurus. Bahan disimpan di tempat yang sesuai supaya mudah untuk diambil dan digunakan. Kumpulan murid tidak sama setiap masa kerana kebolehan setiap murid tidak sama bagi semua mata pelajaran. Murid perlu dilatih untuk bergerak dengan cepat dalam kumpulan supaya aktiviti pengayaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu, pengurusan ruang untuk aktiviti pengayaan secara kumpulan hendaklah dilaksanakan secara mudah alih.

Objektif dan langkah-l angkah aktivitiObjektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan harus berbeza. Objektif secara kumpulan ini dianggap sebagai objektif lanjutan daripada objektif P dan P secara kelas. Aktiviti pengayaan bagi tiga kumpulan berdasarkan kemahiran yang sama. Peringkat kesukaran objektif setiap kumpulan berbeza sesuai dengan tahap kebolehan dan pencapaian kumpulan. Pencapaian minimun dalam objektif perlu sesuai dengan tahap kebolehan setiap kumpulan murid.

Contoh objektif pengayaan untuk kemahiran menulis ayat tunggal dengan menggunakan kata kerja transitif:Kelas: Tahun 3Kumpulan Anggerik (cerdas) Murid dapat menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa merujuk gambar tanpa pilihan perkataan.

Langkah:Guru memberi arahan kepada murid supaya menulis lima ayat tunggal dengan menggunakan kata kerja transitif selain daripada kata kerja transitif yang telah dipelajari.Murid menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa bimbingan guru.

Kumpulan Mawar (sederhana)Murid dapat menulis lima ayat tunggal secara gramatis berdasarkan gambar tunggal tanpa pilihan perkataan.Langkah:Guru memberikan sekeping gambar tunggal yang mengandungi lima individu dalam sebuah keluarga sedang melaksanakan tugas masing-masing.Murid menulis lima ayat tunggal berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh setiap individu dalam gambar tanpa bimbingan daripada guru.

Kumpulan Cempaka (lambat)Murid dapat menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar bersiri dengan mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang diberikan. Langkah:Guru memberikan gambar bersiri yang terdiri daripada lima keping gambar yang menunjukkan individu sedang melakukan sesuatu aktiviti. Di bawah gambar terdapat satu ayat yang dikosongkan untuk diisi dengan kata kerja transitif. Lapan pilihan jawapan disediakan oleh guru.Guru membimbing murid untuk memilih jawapan yang paling tepat.

Menentukan Strategi dan aktivitiGuru menentukan sama ada ingin melaksanakan aktiviti pengayaan melalui kumpulan mengikut kebolehan murid atau aktiviti pengayaan bersama kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan atau melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Jika aktiviti pengayaan dalam kumpulan mengikut kebolehan murid, aktiviti murid cerdas harus lebih mencabar daripada murid sederhana, aktiviti murid lambat lebih mudah daripada murid sederhana. Murid cerdas dapat membimbing murid dalam kumpulan lambat.

Bagi aktiviti pengayaan diberikan kepada murid cerdas dan sederhana manakala murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan , guru memberikan arahan yang jelas kepada murid pemulihan kerana guru perlu membimbing murid pemulihan.Jika guru melaksanakan aktiviti pengayaan dalam kumpulan pelbagai kebolehan, murid cerdas dilatih untuk membantu/membimbing murid lambat. Sesuai dilaksanakan jika kekurangan bahan bantu belajar. Wujudkan stesen untuk meletakkan bahan yang berbeza (jumlah setiap bahan sedikit)

MINGGU 14

Program PengayaanProgram pengayaan hendaklah dilaksanakan untuk semua murid cerdas, sederhana, dan lambat di dalam kelas KBSR dan KSSR. Program pengayaan merupakan suatu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid memperoleh pelbagai aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.

Jenis-jenis pengayaan boleh terdiri daripada bacaan tambahan, kerja projek, dan permainan dan rekreasi. Ketika melaksanakan aktiviti pengayaan perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil kira ialah: Program pengayaan dijalankan secara tidak formal. Program hendaklah dirancangkan dengan teliti. Guru berperanan sebagai pendorong Guru memberikan bimbingan kepada murid lambat ketika aktiviti pengayaan dijalankan. Murid cerdas digalakkan mengajar murid yang lambat Penghargaan diberikan kepada murid yang telah menghasilkan kerja.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Lisan)Lengkapkan kata bual berdasarkan gambar bersiri cerita harimau dengan sang kancil.Selepas melengkapkannya, murid secara berpasangan dikehendaki mengujarkannya dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Mula

zzz

Tamat

Kemahiran MembacaBil.Aktiviti-aktiviti kemahiranAktiviti-aktiviti pengayaan

1Membunyikan huruf yang ditunjukkan. Memadankan kad gambar yang ejaannya bermula dengan huruf yang ditunjukkan.

2Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.

Menyesuaikan suku kata dengan gambar yang diberikan.

3Membaca perkataan yang ditunjukkan

Memadankan gambar dengan perkataan yang diberikan.

Kemahiran MenulisContoh 1

Bil.Contoh Aktiviti-aktiviti KemahiranContoh Aktiviti-aktiviti Pengayaan

1Melawat ke kawasan sekolah untuk melihat pelbagai jenis bunga.Mengkaji bunga, iaitu bau, warna, dan saiz

2Bersoal jawab tentang bunga-bunga yang dilihatMemasukkan keratan pokok-pokok bunga ke dalam botol-botol yang berisi air untuk dijadikan hiasan bilik darjah dan ditanam ke dalam pasu apabila tumbuh akarnya.

3Memadankan gambar bunga dengan kad perkataanMelengkapkan silang kata tentang pokok atau bunga.

4Mencari kad-kad huruf bagi menamakan gambarMencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar.

5Mengisi petak kosong untuk melengkapkan satu nama.Membaca kad-kad atau buku-buku yang disediakan oleh guru tentang pokok atau bunga.

6Menyalin perkataan-perkataan yang dipelajari.Menulis sebuah cerita pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disalin.

7Melukis bunga yang digemari.Menyediakan buku skrap berkaitan dengan bunga-bungaan.

MINGGU 15Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Selepas murid melaksanakan aktiviti pengayaan yang disediakan, guru hendaklah membuat penilaian terhadap pencapaian murid semasa proses melaksanakan aktiviti dan menilai hasil kerja murid selepas aktiviti dilaksanakan. Guru boleh menilai hasil dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian. Kaedah PenilaianAntara kaedah penilaian yang dapat diaplikasikan oleh guru seperti yang berikut: Pemerhatian semasa aktiviti pengayaan muridGuru boleh menilai murid dari aspek cara murid berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan, kerjasama, toleransi, tanggungjawab, kesungguhan, kepimpinan, semangat berpasukan dan aspek lain yang berkaitan. Penilaian lebih berfokus pada sikap dan sahsiah murid. Guru boleh menyediakan borang senarai semak yang mengandungi aspek-aspek yang dinilai, gred pemarkahan dan ulasan guru secara keseluruhan bagi setiap murid. Soal jawab dan perbincangan selepas aktiviti pengayaan Penilaian dapat dilaksanakan melalui kaedah soal jawab dan perbincangan. Kaedah ini digunakan oleh guru selepas aktiviti pengayaan dijalankan. Guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dilaksanakan sama ada senang atau sukar bagi murid, masa yang diberikan mencukupi atau sebaliknya serta kenal pasti masalah yang dihadapi murid semasa menyiapkan aktiviti. Perbincangan tentang cara murid mendapatkan idea untuk menghasilkan tugasan yang diberikan atau berbincang tentang sumber yang digunakan untuk menghasilkan projek dan sebagainya. Pemeriksaan dan penelitian hasil kerja murid selepas aktiviti pengayaanGuru menilai hasil kerja murid sama ada secara individu atau berkumpulan. Hasil kerja yang dinilai boleh terdiri daripada hasil aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Hasil kerja dinilai berdasarkan jenis aktiviti pengayaan yang dilaksanakan. Guru boleh menyediakan borang pemarkahan yang mengandungi kriteria-kriteria yang ingin dinilai seperti kreativiti, kekemasan, kesesuaian jika menilai aktiviti projek. Jenis penilaian yang sesuai untuk menilai aktiviti pengayaan ialah penilaian formatif, iaitu penilaian yang dibuat setiap kali aktiviti diberikan kepada murid. Untuk aktiviti yang berbentuk projek, penilaian diberikan selepas projek disiapkan. Penilaian boleh dilakukan oleh guru sendiri atau mendapatkan bantuan daripada guru lain atau penilaian sesama murid itu sendiri. Guru perlu menyediakan borang senarai semak yang mengandungi kriteria penilaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Penilaian yang diikuti oleh penghargaan daripada guru dapat membangkitkan semangat belajar dalam kalangan murid. Penyimpanan RekodKeputusan penilaian yang telah dilaksanakan oleh guru semasa dan selepas aktiviti pengayaan perlu direkodkan dan disimpan di dalam fail. Guru boleh menyimpan rekod murid di dalam fail secara individu atau secara kumpulan. Rekod ini penting sebagai rujukan untuk melihat pencapaian dan hasil kreativiti murid dalam aktiviti pengayaan yang telah dijalankan. Tindakan SusulanGuru dapat menjadikan hasil penilaian sebagai asas untuk mengadakan tindakan susulan seperti memberikan bahan dan aktiviti yang lebih mencabar dan menguji minda bagi murid cerdas untuk mengelakkan mereka berasa bosan dengan aktiviti yang diberikan manakala guru juga berperanan untuk mempertingkatkan aktiviti bagi murid yang sederhana dan lambat jika mereka telah dapat menguasai kemahiran dengan baik berdasarkan aktiviti pengayaan yang telah diadakan.

MINGGU 5Merancang Objektif, Langkah-Langkah Pengajaran, dan Pembelajaran Pemulihana.Perancangan objektifObjektif pembelajaran pemulihan hendaklah dibuat secara lebih khusus. Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan kebolehan serta minat murid-murid. Guru perlu membantu murid mengatasi masalah pembelajaran sesuatu kemahiran tertentu dengan khusus. Selain itu guru juga perlu mengubah sikap negative dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. Sikap yakin diri juga perlu dibina pada murid yang mengikuti pemulihan.

Objektif yang khusus akan membolehkan murid-murid menguasai kemahiran melalui aktiviti alternative. Murid akan mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan mereka dan seterusnya peluang pembelajaran yang sama dengan murid-murid lain. Dengan itu, mereka dapat meneruskan pembelajaran dalam sistem persekolahan.

Objektif pembelajaran haruslah dibentuk mengikut prinsip-prinsip yang berikut:1. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui1. Daripada yang mudah kepada yang kompleks1. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak1. Daripada yang dekat kepada yang jauh1. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Objektif yang baik harus memenuhi kriteria yang berikut:1. Menggunakan kata kerja tindakan khusus yang menerangkan objektif guru.1. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat.1. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkah laku yang boleh dinilai.

Langkah-langkah menjalankan Sesi Pemulihan0. Kenal pasti dan buat analisis:0. Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian0. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian saringan dan Diagnostik0. Punca masalah daripada aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran0. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.0. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.0. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.0. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.0. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan belum pulih.Langkah-langkah Pelaksanaan Sesi PemulihanLangkah-langkah pelaksanaan sesi pemulihan boleh digambarkan melalui rajah yang berikut:1. Kenal pasti murid2. Analisis Masalah 3. Membuat perancangan 5. Membuat penilaian4. Melaksanakan pengajaran 6. Tindakan susulan

Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihanSetelah dikenal pasti murid yang perlu diberikan pemulihan, guru perlu merancang aktiviti pemulihan yang sesuai dengan masalah. Guru perlu menentukan objektif dan kemahiran khusus yang hendak dipulihkan, membina dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai, merangsang pelbagai pancaindera (multisensory) dan berbentuk konkrit. Guru memilih teknik pengajaran yang mengambil kira gaya belajar, menggunakan latih tubi, dan berunsurkan permainan. Strategi pelaksanaan pemulihan boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan atau secara individu.

1. Strategi KumpulanStrategi kumpulan digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid bermasalah. Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru

1. Strategi individuStrategi ini digunakan apabila murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan dan khusus. Guru boleh membetulkan kesalahan murid secara individu sementara murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan. Guru juga boleh menggalakkan murid cerdas mengajar atau membimbing murid-murid bermasalah secara individu (rakan sebaya).