akta komunikasi

8
TAJUK : AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 PENGENALAN Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan- perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet. Akta ini merupakan undang - undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada

Upload: hafizeija

Post on 01-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

TAJUK : AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

PENGENALAN Akta Komunikasi dan Multimedia 1998merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia(MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.Akta ini merupakan undang - undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997,Akta Hakcipta Pindaan 1997danAkta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.Akta Komunikasi dan Multimedia 1998mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 (kecuali seksyen 157, 159, 160, 161,162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176, 178, 197 dan 198 [P.U.(B) 128/99]; pada 1 April 2000: seksyen 157, 159, 160, 161, 162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176 dan 178 [P.U.(B) 106/2000]; 1 Mac 2002: seksyen 197 dan 198 [P.U.(B) 66/2002])Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).

RINGKASAN AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 19981. Akta ini mengabungkan pniaran dan komunikasi yang menggantikan Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 19882. Telah dikuatkuasakan pada 1 April 19993. Akta ini menjelaskan kuasa dan tatacara menteri berkaitan tribunal rayuan, perlesnan dan kuasa serta tatacara suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia4. Kementerian Tenaga, komunikasi dan multimedia telah ditubuhkan apabila akta ini diutarakan

MATLAMAT AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 DIPERKENALKANAkta ini meliputi komunikasi menerusi media elektronik tetapi dikecualikan media cetak. Ia tidak akan menjejaskan penguatkuasaan undang-undang sedia ada keatas national security, illegal content, fitnah dan hak cipta.1. Menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia2. Mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia 3. Mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia4. Mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran Akta ini.

MATLAMAT DASAR KEBANGSAAN BAGI INDUSTRI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1. Menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan dan utama bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia2. Menjamin keselamatan maklumat, kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.3. Menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup4. Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia5. Mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir6. Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu7. Memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada8. Mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir9. Memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan10. Menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia11. Menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.12. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet.

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MELIPUTI 1. Penyediaan kemudahan rangkaian2. Penyediaan perkhidmatan rangkaian3. Penyediaan perkhidmatan aplikasi4. Penyedian perkhidmatan aplikasi kandungan

Di bawah Akta ini, menteri diberikuasa untuk memberikan lesen aktiviti berkaitan komunikasi dan multimedia kepada penyediaan perkhidmatan yang dinyatakan serta difikirkannya sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kuasa menteri ini adalah supaya perubahan pesat teknologi boleh diambil tindakan segera.Akta ini juga memberikan kuasa kepada sebuah suruhanjaya yang dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyelia dan mengawasi multimedia dan komunikasi di Malaysia. Suruhanjaya ini akan menguatkuasa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIGUBAL DI BAWAH AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 MERANGKUMI1. Penyiaran tradisional

2. Telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut.

3. Memantau kegiatan di dunia maya yang melanggar undang-undang Malaysia termasuk penulisan. Sekiranya sesuatu tulisan di laman web atau blog didapati menyalahi undang-undang, tindakan akan diambil dengan mengarahkan Internet Service Provider (ISP) menyekat laman-laman web tertentu yang menyalahi undang-undang negara di bawah peruntukan pencegahan yang dibenarkan oleh Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM 98). Tindakan ini tidak boleh dianggap sebagai menapis Internet, sebaliknya ia adalah tindakan penguatkuasaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang negara.

CONTOH-CONTOH SALAH LAKU DAN DENDA YANG DIKENAKAN DI BAWAH AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 Sepanjang tempoh Januari 2008 hingga Julai 2009, sebanyak 470 laman web yang didapati melakukan kesalahan telah dikenakan tindakan sekatan oleh Internet Service Provider (ISP) atas arahan SKMM. Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Pendakwaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula membabitkan apa-apa kegiatan berkaitan penyalahgunaan akaun komunikasi untuk mengelak bayaran. Hal ini dapat dilihat melalui contoh yang berikut :-1. Kes pendakwaan di mahkamah atas kesalahan tertentu seperti kes Raja Petra Kamarudin (RPK) didakwa menghasut berhubung dengan artikel beliau di Malaysia Today, Lets Send the Altantuya Murderers to Hell pada 25 April 2008.

2. Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Melalui seksyen ini, seorang kerani bank telah menjadi individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial. Tajulzairi Tajuddin, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet di laman web wanitamelayu2.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial telah didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

3. Penyebaran maklumat berunsur fitnah atau menjatuhkan maruah orang lain boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan. Akta ini menggabungkan penyiaran dan komunikasi iaitu menggantikan Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988.

KESIMPULANDalam dunia tanpa sempadan , serangan mungkin boleh dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun mungkin dari orang yang berada di sebelah kita dan amat malang sekali sekiranya kita tidak dapat mengenalpasti siapa mereka dan dari mana serangan tersebut muncul . Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk melindungi sistem komputer . Contohnya undang- undang tradional dan kemudiannya bertukar menjadi undang-undang siber ini adalah usaha terbaik bagi mengawal ianya daripada berkuasa.