akta dan peraturan elektrik

18
1: AKTA (BAHAGIAN I, II, III) PENGENALAN : Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mempelajari dan memahami mengenai Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan Elektrik 1994. Dimana Akta Bekalan elektrik ini terletak dibawah undang-undang Malaysia. Dalam bahagian Akta Elektrik ini terdapat susunan seksyen sebanyak 56 seksyen. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari dan memahami maksud-maksud tafsiran istilah-istilah yang akan digunakan ini di dalam Akta ini. Pelatih juga akan dapat mengetahui fungsi, tugas dan kuasa-kuasa Suruhanjaya Tenaga dalam mengawal segala perjalanan yang berkaitan dengan undang-undang elektrik seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. LEARNING OBJECTIVES: Pelatih- pelatih akan dapat: Huraikan apa yang dimaksudkan dengan Akta dan Peraturan Elektrik Terangkan maksud-maksud tafsiran dalam seksyen 1 Terangkan Fungsi,Tugas dan Kuasa Suruhajaya Tenaga LERNING OUTCOMES: 1

Upload: hanim-husaif

Post on 06-Aug-2015

361 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Nota 1

TRANSCRIPT

Page 1: Akta dan Peraturan Elektrik

1: AKTA (BAHAGIAN I, II, III)

PENGENALAN :

Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mempelajari dan memahami mengenai Akta

Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan Elektrik 1994. Dimana Akta Bekalan elektrik ini

terletak dibawah undang-undang Malaysia. Dalam bahagian Akta Elektrik ini terdapat

susunan seksyen sebanyak 56 seksyen.

Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari dan memahami maksud-maksud tafsiran istilah-

istilah yang akan digunakan ini di dalam Akta ini.

Pelatih juga akan dapat mengetahui fungsi, tugas dan kuasa-kuasa Suruhanjaya

Tenaga dalam mengawal segala perjalanan yang berkaitan dengan undang-undang

elektrik seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

LEARNING OBJECTIVES:

Pelatih- pelatih akan dapat:

Huraikan apa yang dimaksudkan dengan Akta dan Peraturan Elektrik

Terangkan maksud-maksud tafsiran dalam seksyen 1

Terangkan Fungsi,Tugas dan Kuasa Suruhajaya Tenaga

LERNING OUTCOMES:

Di akhir pembelajaran pelatih-pelatih berkemampuan:

Menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini.

Memahami maksud-maksud tafsiran dalam seksyen 1.

Boleh menerangkan Fungsi, Tugas dan Kuasa Suruhanjaya Tenaga.

1

Page 2: Akta dan Peraturan Elektrik

Bahagian 1

PERMULAAN

1.1.1 Seksyen 1: Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 447

AKTA BEKALAN ELEKTRIK

Tujuan Akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industri

pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan

mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan

kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan

orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan

dengannya.

[ 1hb. September 1990.P.U.(B) 494/90]

Akta Bekalan elektrik ini [ Undang-undang] terbentuk atau dibuat oleh Duli Yang Maha

Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan

Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa

daripadanya yang terkandung dalam Akta Bekalan Elektrik ini.

2

Page 3: Akta dan Peraturan Elektrik

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian

1.(1). Akta ini dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula

berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melaluai pemberitahuan

dalam warta. – [Dalam mana-mana warta yang akan dikuatkuasakan; sekiranya

diumumkan]

(2). Akta ini akan digunapakai diseluruh Malaysia, walau bagaimanapun Menteri

boleh melalui perintahnya menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau

mana-mana dibawah peruntukan Akta ini bagi mana-mana Negeri.

3

Page 4: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan :

Soalan 1:

Di dalam undang-undang Malaysia iaitu Akta Bekalan Elektrik 447, apakah yang

maksudkan dengan Akta Bekalan Elektrik?

Jawapan 1:

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan

elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana

pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan

elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan

penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

Soalan 2 :

Bilakan Akta Bekalan Elektrik ini dikuatkuasakan?

Jawapan 2 :

1 hb. September 1990 / 1.9.1990

Soalan 3:

Dalam susunan Akta ini ada berapakan bahagian-bahagiannya?

Jawapan 3:

13 Bahagian.

Soalan 4 :

Dalam Akta Bekalan Elektrik 1990, terdapat berapa seksyen di dalamnya?

Jawapan 4 :

56 Seksyen

4

Page 5: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

1.1.2 Seksyen 2: Taksiran

PENERANGAN :TAFSIRAN

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

Bahaya – Ertinya bahaya kepada kesihatan atau nyawa atau anggota badan manusia

kerana renjatan, terbakar, atau kecederaan lain dan termaksuklah bahaya kepada harta,

pepasangan atau kelengkapan yang diakibatkan oleh penjanakuasaan, penghantaran,

pengagihan atau penggunaan elektrik.

Cedera Parah – Cedera parah dan cedera bermaksud diberikan kepadanya dalam

Kanun Keseksaan.

Dengan Curang – Bermaksud diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan.

Ditebat – Bererti disaluti dengan bahan penebat

Elektrik – Bermaksud tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijanakan, dikeluarkan,

dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi

maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat.

Hidup atau bertenga – Apabila dipakai bagi sesuatu sistem atau mana-mana bahagian

sesuatu sistem, ertinya bahawa voltan wujud diantara apa-apa konduktor dengan bumi

atau diantara mana-mana konduktor dengan lain dalam sistem itu.

Janakuasa – Bermaksud mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukarkan

tenaga mekanik kepada tenaga elektrik.

5

Page 6: Akta dan Peraturan Elektrik

Kawasan Bekalan – Bermaksud kawasan yang didalamnya pihak berkuasa bekalan

atau pemegang Lesen dibenarkan untuk menjanakuasa dan atau membekalkan elektrik.

Kelengkapan – Termasuklah apa-apa barang bagi maksud-maksud seperti

penjankuasaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga

elektrik seperti mesin, pengubah, radas, alat penyukat, peranti pelindung, bahan

pendawaian, aksesori dan perkakas.

Keselamatan Awam – Bermaksud penghindaran bahaya kepada orang awam, kepada

harta awam dan kepada lebuh, rel keretapi, lapang terbang, pelabuhan, terusan,

limbungan, dermaga, pengkalan, jambatan, kerja gas dan apurtenannya serta talian

telegraf, talian telefon dan talian pengisyarat elektrik lain yang dipunyai atau

dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri.

Keselamatan diri – Bermaksud penghindaran bahaya kepada individu atau kepada

harta persendirian.

Konduktor – Bermaksud konduktor yang diatur supaya bersambung secara elektrik

dengan sesuatu sistem.

Lampu Awam – Bermaksud lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-

mana lebuh atau tempat awam lain.

Lesen – Bermaksud Lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 9 dan termaksuklah

apa-apa Lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang lain yang dikuatkuasa

sebelum pemasyuhan Akta ini.

Menteri – Bermaksud Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan

tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubung dengan pembekalan elektrik.

Orang diberikuasa – Bermaksud orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau

pemunya sesuatu pepasangan, atau oleh seorang kontraktor yang bertindak sebagai

ejen untuk atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalakan tugas-tugas

6

Page 7: Akta dan Peraturan Elektrik

tertentu yang bersampingan dengan penjanakusaan, penghantaran, pengagihan dan

penggunaan elektrik.

Dengan syarat bahawa orang tersebut memiliki kelayakan-kelayakan yang ditetapkan

bagi orang-orang yang menjalankan tugas-tugas itu, atau jika tiada kelayakan

ditetapkan, adalah kompeten bagi maksud ia diambil kerja dan beban membuktikan

kekompetenan terletak pada majikan.

Orang Kompeten – Bermaksud orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan

yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya untuk melaksanakan kerja mengikut sekatan-

sekatan yang dinyatakan didalam perakuannya itu.

Pegawai diberi kuasa - Bermaksud mana-mana pegawai awam atau pegawai

Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini.

Pemegang Lesen – Bermaksud orang yang dilesenkan dibawah Seksyen 9.

Pengerusi – Bermaksud Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang dilantik oleh Menteri di

bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.

Pepasangan – Bermaksud keseluruhan pepasangan mana-mana loji atau kelengkapan

dibawah satu pemunya atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga

pihak pengurusan itu, yang direkabentuk bagi pembekalan atau penggunaan elektrik,

atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuklah penggerak-

penggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang perlu

yang berkaitan denganya, talian paip, talian bekalaan dan radas penggunaan, jika ada;

Pepasangan Awam – Bermaksud pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang

Lesen bagi membekalkan elektrik kepada mana-mana orang selain daripada Pemegang

Lesen. Dengan syarat Pemegang Lesen boleh menggunakan elektrik bagi maksud-

maksudnya sendiri jika penggunaan itu konsisten dengan terma-terma Lesen.

Pepasangan Persendirian - Bermaksud pepasangan yang dikendalikan oleh

Pemegang Lesen atau pemunya semata-mata bagi memberikan elektrik kepada dan

7

Page 8: Akta dan Peraturan Elektrik

penggunaanya diatas harta atau premis kepunyaan pemegang Lesen atau pemunya itu

sendiri, atau dalam hal seorang pengguna, yang mengambil elektrik daripada

pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya diharta atau

premis kepunyaan Pemegang Lesen atau pemunya sahaja.

Pihak Berkuasa Bekalan – Bermaksud mana-mana pihak berkuasa berkanun yang

ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau mana-mana undang-undang lain untuk

menjanakuasakan dan atau membekalkan elektrik.

Pihak Pengurusan – Bermaksud orang yang pada masa ini ditugaskan untuk menjaga

sesuatu pepasangan.

Talian Bekalan – Bermaksud konduktor atau konduktro-konduktor atau kaedah lain

untuk menyampaikan, menghantar atau mengagihkan elektrik, berserta dengan apa-apa

selonsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat atau tiang yang mengepungi,

mengelilingi atau menopangi konduktor atau kaedah itu atau mana-mana bahagiannya,

atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang bersambung dengannya bagi maksud

mengubah, menyampai, menghanatar atau mengagihkan elektrik.

Talian Bekalan utama - Bermaksud mana-mana talian bekalan volatan tinggi atau

voltan yang amat tinggi bagi menghantar elektrik daripada suatu stesen janakuasa ke

stesen janakuasa yang lain atau ke pencawang dan termaksuklah apa-apa bangunan

atau bahagian suatu bangunan yang digunakan berkaiatan dengan talian bekalan

sedemikian.

Tanah Negeri – Bermaksud tidak termasuk tanah rizab dan tanah bermilik.

Tanah Rizab – Bermaksud tanah yang dirizabkan bagi suatu maksud awam, rizab

keretapi dan hutam simpan.

Timbangtara – Bermaksud timbangtara dibawah dan mengikut Seksyen 36.

Voltan Amat Tinggi – Bermaksud voltan yang biasanya melebihi 3,000 volt / 3 kV.

8

Page 9: Akta dan Peraturan Elektrik

Voltan tinggi – Bermaksud voltan yang biasanya melebihi 600 Volt tetapi tidak melebihi

3000 Volt.

9

Page 10: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB TOPIC 1.2

BAHAGIAN II

ESTABLISHMENT

3. Dibatalkan

SUB SUB TOPIC:

1.2.1 Seksyen 3: The Executive Director Of Electricity Supply

10

Page 11: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB TOPIC 1.3

Bahagian III Fungsi, Tugas dan Kuasa Suruhanjaya

SUB SUB TOPIC:

1.3.1 Seksyen 4: Fungsi dan Tugas

PENERANGAN:

4. Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti berikut:

a). Untuk mengeluarkan Lesen di bawah Seksyen 9 Akta ini;

b). Untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan

mengadakan elektrik oleh Pemegang Lesen termasuk menentukan standard prestasi

dan standard kemudahan dan perkhidamatan dan penguatkuasaanya.

c). Untuk menggalakan persaingan dalam penjankuasaan dan pembekalan elektrik

untuk, antara lainya, memastikan pembekalan optimum elektrik pada harga-harga yang

munasabah.

d). Untuk memajukan kepentingan pengguna-pengguna elektrik yang dibekalkan oleh

pemegang-pemegang lesen berkenaan dengan;

i). Harga yang akan dikenakan dan syarat-syarat lain bagi bekalan elektrik.

ii). Keberterusan bekalan elektrik; dan

iii). Kualiti perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan.

e). Untuk memastikan segala tuntutan yang munsabah untuk elektrik dipenuhi;

f). Untuk memastikan bahawa pemegang-pemegang Lesen dapat membiayai perjalanan

aktiviti-aktivit yang dibenarkan oleh Lesen-lesen mereka untuk dijalankan.

11

Page 12: Akta dan Peraturan Elektrik

f). Untuk memastikan bahawa pemegang-pemegang Lesen dapat membiayai perjalanan

aktiviti-aktivit yang dibenarkan oleh Lesen-lesen mereka untuk dijalankan.

g). Untuk menggalakan dan mengiatkan penjanakuasaan elektrik bagi tujuan ekonomi

Malaysia.

h). Untuk mengawalselia lat tempoh dan cara begaimana apa-apa pepasangan atau

kelengkapan elektrik hendak diperiksa.

i). Untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan

kelayakandan pengalaman praktrik yang minimum bagi apa-apa maksud menurut

Akta ini.

j). Untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa-apa

pepasangan elektrik.

k). Untuk mengadakan peruntukan, jika perlu mengenai pendaftaran apa-apa

pepasangan, mana-mana kontraktor, pengilang dan pengimport bahan elektrik; dan

mana-mana orang kompeten.

l). Untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan menaksirkan serta

meluluskan, jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik;

la). Untuk menggalakan pengunaan elektrik dengan cekap dan

m). Untuk menjalankan segala aktiviti-aktivit lain sebagaimana yang ternyata kepada ST

adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau

berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya dibawah Akta ini.

12

Page 13: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

1.3.2 PEGAWAI DIBERI KUASA

PENERANGAN:

4A. Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam

atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan dibawah Akta ini.

13

Page 14: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan1:

Apakah yang dimaksudkan dengan Pegawai yang diberi kuasa?

Jawapan 1:

Suatu pernyataan kuasa bertulis yang diberikan oleh Menteri kepada mana-mana

pegawai-pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalakan kuasa

penguatkuasaan dibawah Akta ini

Soalan 2 :

Nyatakan 4 fungsi dan tugas Suruhajaya Tenaga?

Jawapan 2 :

a). Untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik

dipenuhi.

b). Untuk menggalakan dan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi

tujuan kemajuan Ekonomi Malaysia

c). Untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan

kelayakan dan pengalaman praktrik yang minimum bagi apa-apa maksud

menurut Akta ini.

d). Untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan

apa-apa pepasangan elektrik

14

Page 15: Akta dan Peraturan Elektrik

SUMMARY

Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari

1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian Akta ini.

2. Fungsi, Tugas dan Kuasa Suruhanjaya Tenaga.

3. Maksud Pegawai Diberi Kuasa

3. Maksud-maksud tafsiran dalam seksyen 1, seksyen 2, seksyen 4, dan seksyen 4A.

REFERENCES

1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn

Bhd)

15