akta 580 (lembaga kounselor)

Upload: kwan-ga-hou

Post on 06-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kssr

TRANSCRIPT

Akta 580

Akta 580 BAHAGIAN III (LEMBAGA KAUNSELOR)Wan.Mohd.Azuan.Wan.Mohd.Zzin7PISMP PSV/PJ/PMASAS PEMIKIRAN KEPERLUAN AKTA KAUNSELOR 1998

Kegawatan gejala sosial masa kini memerlukan pendekatan yang lebih berkesanKaunseling yang merupakan proses sistematik untuk membantu manusia telah terbukti boleh meningkatkan kesihatan mental, psikologi dan tingkahlaku, dan dengan itu dapat menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang sihat mental, bermoral dan beretika.

TUJUAN AKTA KAUNSELOR 1998

Memelihara profesionalisme kaunselorMemberi perlindungan kepada klien.Membolehkan usaha untuk mengawalselia kelayakan-kelayakanMengekalkan dan mempastikan standard perlakuan profesional yang tinggi.

Lembaga KaunselorDitubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai Lembaga Kaunselor dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada syarat. Akta ini boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain. Fungsi Lembagamenyelia pemberian perkhidmatan kaunseling;menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia;mengawal selia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap kaunseling yang akan diadakan di Malaysia;menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan di bawah Akta ini;menentukan standard program latihan kaunseling;membuat syor kepada Kerajaan berhubung dengan standard perkhidmatan kaunseling;mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan;mengawal selia fi yang boleh dikenakan oleh kaunselor berdaftar bagi perkhidmatan kaunselingnya;melantik anggota Lembaga untuk menganggotai manamana lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion kaunseling;mengawal selia tatalaku profesion kaunseling, termasuklah menetapkan kod etika bagi profesion kaunseling; danmelakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya dengan berkesan.Keanggotaan LembagaLembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:seorang Presiden, yang hendaklah dilantik daripada kalangan kaunselor berdaftar;seorang wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat;seorang wakil Kementerian Pendidikan;seorang wakil Kementerian Kesihatan;seorang wakil Jabatan Kemajuan Islam;seorang wakil Jabatan Perkhidmatan Awam;seorang wakil Kementerian Dalam Negeri;tiga orang wakil institusi pendidikan tinggi; danenam orang kaunselor berdaftar.Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah dilantik oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi dua tahun dan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:(a) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat sebagai pengerusi;(b) sembilan orang yang mewakili pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion kaunseling; dan(c) seorang yang mewakili institusi pendidikan tinggi.Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.Pekhidmat awamTiap-tiap anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya dan tiap-tiap pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awamPenyata, laporan, akaun dan maklumatLembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktiviti sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri.Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun, laporan kewangan perlu dibuat dan dihantar kepada Menteri.Penjalanan prosiding sivilLembaga boleh melantik seorang peguam bela dan peguam cara untuk memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding sivil bagi pihaknya.SEKIAN