akta 308

15
AKTA 308 AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Upload: john-chong

Post on 02-Jul-2015

1.221 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTA 308

AKTA 308AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Page 2: AKTA 308

AKTA 308AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Siapa yang membuat AKTA 308?.

Page 3: AKTA 308

AKTA 308AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

DIPERBUAT UNDANGUNDANGoleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan

persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang

bersidang dalam Parlimen

Page 4: AKTA 308

AKTA 308SEKSYEN HURAIAN

seksyen 3 (a) hospital kerajaan atau hospital persendirian yang dilesen di bawah Akta Hospital Persendirian 1971;(b) mana-mana institusi yang dikecualikan daripadaperuntukan-peruntukan Akta ini oleh Ketua Pengarah;(c) mana-mana tadika atau sekolah asuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961;(d) mana-mana rumah kanak-kanak yang dikelolakan oleh Kerajaan atau suatu Kerajaan Negeri.

Page 5: AKTA 308

AKTA 308

SEKSYEN HURAIAN

seksyen 4 Tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.(didaftarkan di bawah Kebajikan Masyarakat)

seksyen 5 t’dpt 2 kategori;a)Taman Asuhan kanak2 di rumah - bilangan kanak-kanak kurang drpd 10 orgb)Taman Asuhan kanak2 di institusi - bilangan kanak-kanak 10 org @ lbh

Page 6: AKTA 308

AKTA 308SEKSYEN HURAIAN

seksyen 6 Tiada seorang pun boleh menjalankan ataumengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan.

Denda kali pertama tidak melebihi RM1000.00. dan bagi kesalahan kali kedua & seterusnya denda tidak melebihi RM2000.00

Seksyen 7 Permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuatkepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan

Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak mendaftarkan atau enggan mendaftarkan pemohon

Page 7: AKTA 308

AKTA 308SEKSYEN HURAIAN

seksyen 8 Ketua Pengarah boleh mendaftarkan mana-mana taman asuhan kanak-kanak tertakluk kepada yang berikut(a) menghadkan bilangan kanak-kanakyang diterima masuk dalam mana-mana tamanasuhan kanak-kanak pada satu-satu masa;

(b) pemohon atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak adalah seorang yang layak dan sesuai, sama ada disebabkan oleh umur atau selainnya, untuk menjalankan, mengambil bahagian dalam pengurusan atau diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak itu;

Page 8: AKTA 308

AKTA 308SEKSYEN HURAIAN

seksyen 8 (c) dengan menjamin bahawa kakitangan yang cukup, baik dari segi bilangan mahu pun kelayakan atau pengalaman orang yangdiambil bekerja;

(d) dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak hendaklah dilengkapkan dan disenggarakan dengan secukup dan sesuainya;

(e) dengan menjamin bahawa, kanak-kanak diterima masuk selama melebihi empat jam dalam satu-satu hari, maka hendaklahada peraturan yang cukup dan sesuai bagi makanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak itu ;

(f) dengan mematuhi apa-apa kehendak yang berkaitan dengan struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan dan keselamatan;

(a) apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah.

Page 9: AKTA 308

AKTA 308SEKSYEN HURAIAN

seksyen 9 Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan supayadisimpan suatu daftar taman asuhan kanak-kanak:(a) nama dan alamat tiap-tiap orang yang didaftarkanberhubungan dengan mana-mana taman asuhankanak-kanak;(b) nama dan alamat tiap-tiap taman asuhan kanak-kanakberdaftar, dan(c) apa-apa butir lain sebagaimana yang difikirkanpatut oleh Ketua Pengarah.

Page 10: AKTA 308

AKTA 308

SEKSYEN HURAIAN

seksyen 10 Mana-mana orang boleh, dengan permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan dengan membayar fee yang ditetapkan, memeriksadaftar yang disimpan di bawah seksyen 9 dalam masa pejabat.

Page 11: AKTA 308

AKTA 308

SEKSYEN HURAIAN

Seksyen 11 (3) Ttiap-perakuan p’daftaran sah selama dua belas bulan kalendar Suatu perakuan pendaftaran hendaklah membuat permohonan baginya, dan tidaklah boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain. Jika terdapat perubahan hendaklah maklumkan dalam tempoh 14 hari supaya perakuan baru dapat dikeluarkan.

Seksyen 12 Pendaftaran boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan, tidak memaklumkan perubahan terkini & pemilik yang tidak berakhlak.

Page 12: AKTA 308

AKTA 308

SEKSYEN HURAIAN

Seksyen 14 • Pegawai berhak memeriksa taska dari segi rekod, jadual waktu, buku kira-kira, menu, kesihatan, pengurusan, peralatan, kebersihan, dan persekitaran.

Page 13: AKTA 308

AKTA 308SEKSYEN HURAIAN

Seksyen 15 & 16 • Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk menutup sementara taman asuhan jika didapati mebahayakan kanak-kanak.

Seksyen 17 Ketua Pengarah atau mana-mana pegawaiberkuasa adalah mempunyai kuasa untuk memasukipada bila-bila masa yang munasabah mana-manapremis yang disyaki dengan munasabahnya sebagai digunakan bagi maksud taman asuhan kanak-kanaktanpa pendaftaran.

Seksyen 21 Mana-mana pendakwaan berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh pegawai berkuasa.

Page 14: AKTA 308

AKTA 308SEKSYEN HURAIAN

Seksyen 15 & 16 • Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk menutup sementara taman asuhan jika didapati mebahayakan kanak-kanak.

Seksyen 20 Ketua Pengarah atau mana-mana pegawaiberkuasa adalah mempunyai kuasa untuk memasukipada bila-bila masa yang munasabah mana-manapremis yang disyaki dengan munasabahnya sebagai digunakan bagi maksud taman asuhan kanak-kanaktanpa pendaftaran.

Seksyen 21 Mana-mana pendakwaan berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh pegawai berkuasa.

Page 15: AKTA 308

AKTA 308

SEKSYEN HURAIAN

Seksyen 22 Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusanKetua Pengarah di bawah Akta ini hendaklah dalamtempoh tiga puluh hari dari tersiarnya keputusan itumerayu secara bertulis kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad dan tidaklah boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah undang-undang atas apa jua alasan.

Seksyen 23 Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untukmenjalankan maksud-maksud Akta ini

Seksyen 24 Pemohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4 thn ke atas dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa.